Selasa, 30 April 2024
KASINO KERAJAAN MADANI - SAMAN BLOOMBERG
Anwar perlu ambil tindakan undang-undang jaga namanya selepas laporan kasino Bloomberg, kata peguam
Seorang peguam mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sebelum ini giat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencalar imejnya masih belum mengumumkan apa-apa tindakan serupa terhadap Bloomberg, susulan laporan yang mendakwa beliau bertemu dua taikun terkenal bagi membincangkan rancangan membuka sebuah kasino di Forest City.
Haniff Khatri Abdullah memberi contoh tindakan saman difailkan Anwar terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, tidak lama selepas dilantik perdana menteri, berhubung ucapan pemimpin PAS itu yang disifatkan fitnah ketika pilihan raya umum yang lalu.
"Jika Sanusi dia boleh saman, kenapa pula ini dia belum mahu cakap dia mahu saman (Bloomberg) atau tidak?" kata Haniff.
Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Sanusi memfitnahnya sebagai seorang tidak bermoral berkait sabitannya dalam kes liwat pada 2015, di sambing berkata ucapan itu tersebar luas di media sosial.
Anwar turut mendapatkan perintah injunksi dari mahkamah untuk menghalang Sanusi mengulangi ucapan yang didakwa fitnah itu dalam apa jua bentuk termasuk sindiran.
Haniff berkata, buat masa ini, adalah penting Anwar menuntut Bloomberg menarik balik laporan itu dan membuat permohonan maaf.
Menurut Haniff, laporan Bloomberg itu bukan mengenai sama ada ianya tepat ataupun tidak, tetapi perkara utama ialah ia memetik nama Anwar yang kemudiannya menafikan dakwaan terhadapnya.
"Nama Anwar Ibrahim memang disebut, jadi kalau perdana menteri sendiri buat kenyataan pada hari sama mengatakan itu laporan tipu, palsu, maka jadi tanggungjawab dia untuk saman," Haniff memberitahu MalaysiaNow.
Dalam laporan yang diterbitkan minggu lalu, Bloomberg berkata Anwar bertemu dengan ahli perniagaan Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting, serta wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membincangkan sebuah cadangan membuka kasino di Forest City.
"Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu, yang menyifatkan perbincangan itu masih di "peringkat awal".
Laporan itu muncul lapan bulan selepas Anwar mengumumkan penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City untuk meningkatkan ekonomi Johor dan menggiatkan semula projek mega itu yang kini dilabelkan "bandar berhantu".
Ketika ditanya pemberita, Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut.
Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".
'Anwar perlu tunjuk teladan'
Bagaimanapun, Haniff mempersoalkan mengapa Anwar menyuruh pihak lain mengambil tindakan sedangkan reputasi beliau yang lebih berisiko terjejas berbanding dua taikun lain yang sememangnya sudah terlibat dalam industri perjudian.
Malah katanya, walaupun laporan itu memberikan persepsi buruk terhadap pemimpin Islam, ia mungkin meningkatkan kredibiliti ahli perniagaan lain kerana amalan judi bukan dianggap satu kesalahan di sisi agama.
"Tapi yang jatuh maruah adalah dia (Anwar). Memang kena ambil tindakan (undang-undang). Bagi saya tidak ada alasan sebab pertama dia kata laporan itu palsu dan kedua dia nyatakan siapa yang dinamakan kena ambil tindakan.
"Dialah tu!" tambahnya.
Kedua-dua taikun Tan dan Lim yang dinamakan dalam laporan itu masing-masing memiliki francais judi Sports Toto dan satu-satunya kasino di negara ini.
Haniff berkata laporan itu bukan sahaja menjejaskan reputasi kerajaan Malaysia di mata rakyat yang majoritinya beragama Islam, tetapi juga imej Anwar sebagai pemimpin sebuah negara Islam di dunia Islam.
Haniff turut membuat perbandingan dengan tindakan pantas pihak polis menangkap seorang aktivis yang mengulas mengenai dakwaan Bloomberg itu.
Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, ditahan polis sejurus selepas memuat naik ulasannya mengenai laporan itu.
Menurut peguamnya, Chegubard disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
MalaysiaNow telah cuba mendapatkan komen Pejabat Perdana Menteri mengenai tindakan susulan, di samping Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang sebelum ini kerap mengeluarkan amaran kepada badan media tempatan atas laporan yang disifatkan "palsu".
ANWAR TUDUH
BLOOMBERG FITNAH
KAH KAH KAH
KALAU FITNAH
MENGAPA TAK SAMAN
AMIN
KALAU TAK SAMAN
RAKYAT INGAT
LAPORAN BERITA
KASINO MADANI
ADALAH BETUL
KAH KAH KAH
KHALAS
CONTOH SEMIOTIK BIJAK
'Roket' ganti 'keris' undang kemarahan Umno
Sebuah sepanduk yang menggambarkan perpaduan antara Umno dan DAP dalam berdepan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu mengundang kemarahan Umno, yang mahu pihak polis mengambil tindakan.
Dalam laporannya, Naib Pengerusi Pemuda Umno Hulu Selangor, Rahimi Saliman Rahimi, mengadu "kurang senang" dengan imej dua keris pada logo Umno digantikan dengan dua roket DAP.
"Pengadu percaya pihak parti PN yang bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu sengaja dengan niat jahat untuk mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan di kalangan rakyat dan atau pengundi termasuk ahli-ahli parti Umno dan DAP untuk meraih sokongan dalam PRK Kuala Kubu Baharu," katanya dalam laporan yang dilihat MalaysiaNow.
Tambahnya lagi, pihaknya "merasa tidak senang dan marah dengan naratif yang ditimbulkan" oleh sepanduk tersebut, di samping berkata ia melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Sebelum ini, pimpinan tertinggi Umno menyeru ahli dan penyokongnya untuk membantu calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan, Pang Sock Tao, yang berdepan dengan penyaing utamanya dari PN, Khairul Azhari Saut.
Seruan itu berlawanan dengan pendirian MCA, rakan Umno dalam Barisan Nasional, yang enggan berkempen untuk DAP.
Bagaimanapun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno perlu turun membantu DAP sebagai membalas budi parti itu yang sebelum ini membantu kempen BN.
SEMIOTIK IALAH
ILMU TANDA DAN
MAKNA IMEJ
AMIN
LOGO BARU
GEROMBOLAN INI
TEPAT MAKNANYA
AMIN
GEROMBOLAN
BERKERJASAMA
DENGAN DAP
AMIN
PEMIKIR LOGO
INI BIJAK
AMIN
TAHNIAH
DENGAN IDEA
YANG BIJAK
KHALAS
SPRM TANGKAP MB PERLIS ?
MB Perlis dipanggil beri keterangan kepada SPRM
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
Difahamkan Mohd Shukri diambil keterangan berhubung dakwaan salah guna kuasa.
Jika keterangan mencukupi, menurut sumber, Menteri Besar itu akan dilepaskan.
Menurut sumber, Mohd Shukri dirakam keterangan berhubung penahanan anaknya dalam kes dakwaan tuntutan palsu berjumlah RM600,000 baru-baru ini.
Sebelum itu, anak pemimpin Pas itu ditahan bersama enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.
Sebelum ini, Mohd Shukri berkata, sekiranya hasil siasatan mendapati anaknya bersalah, pihak berkuasa berhak menjatuhkan hukum kerana tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.-
TANGKAP JANGAN
TAK TANGKAP
AMIN
TAKDA SAPA
KEBAL DARI
UNDANG-UNDANG
KECUALI ZAHID
JENG JENG JENG
DAH DI DAKWA
ZAHID BOLEH
BEBAS
AMIN
INI TANDA BIJAK
KERAJAAN MADANON
AMIN
KHALAS
COVID-19 PROJEK KONTROL DUNIA
AstraZeneca akui vaksin Covid-19 boleh sebabkan darah beku
ASTRAZENECA mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan secara meluas boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku, termasuk pembekuan darah dan kiraan platelet yang rendah.
Gergasi farmaseutikal itu mengakui buat kali pertama dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di UK bahawa vaksin itu boleh “dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS”, atau Trombosis dengan Sindrom Thrombocytopenia.
Sindrom ini dicirikan oleh pembekuan darah dan kiraan platelet darah yang rendah pada manusia.
“Adalah diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS. Mekanisme penyebabnya tidak diketahui,” kata syarikat itu dalam dokumen mahkamah pada Februari, lapor The Telegraph.
Malaysia adalah antara negara yang menggunakan vaksin AstraZeneca dalam memerangi Covid-19. Vaksin itu dilabelkan sebagai ChAdOx1-S (Rekombinan) di Malaysia.
Menurut data Kementerian Kesihatan, Malaysia membekalkan kira-kira 14 juta dos vaksin AstraZeneca.
Vaksin AstraZeneca, berjenama Covishield di UK, telah dibangunkan oleh syarikat British-Sweden dengan kerjasama Universiti Oxford, UK, Ia dihasilkan oleh Institut Serum India dan diedar secara meluas di lebih 150 negara.
Beberapa kajian yang dijalankan semasa wabak itu mendapati vaksin itu adalah 60% hingga 80% berkesan dalam melindungi daripada novel coronavirus.
Bagaimanapun, penyelidikan telah mendapati Covishield boleh menyebabkan sesetengah orang mengalami pembekuan darah, yang boleh membawa maut.
Tuntutan yang difailkan di UK mendakwa bahawa vaksin itu membawa kepada kematian dan kecederaan parah dan meminta ganti rugi sehingga £100 juta untuk kira-kira 50 mangsa.
Salah seorang pengadu mendakwa vaksin itu menyebabkan dia mengalami kecederaan otak kekal selepas mengalami pembekuan darah, menghalangnya daripada bekerja.
Pengakuan oleh AstraZeneca dalam dokumen mahkamahnya bertentangan dengan desakan syarikat pada 2023 bahawa ia “tidak akan menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik”.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini telah mengesahkan bahawa vaksin AstraZeneca boleh mempunyai kesan sampingan yang mengancam nyawa. – 30 April, 2024.
SEMAKIN JELAS
SEMAKIN TERBUKTI
COVID-19 IALAH
PROJEK AWAL CARA
NAK KONTROL
DUNIA
AMIN
SAMBIL BUAT DUIT
SAMBIL JUAL
KETAKUTAN
AMIN
PFIZER TERBUKTI
TAK MUJARAB
MALAH BAWA
BAHAYA
AMIN
HARI INI
ASTRAZENECA
VAKSIN KARUT
AMIN
MALAH TUTUP
MUKA JUGA
DIBUKTIKAN
KERJA KARUT
NAK BERI TAKUT
AMIN
COVID PROJEK
GLOBALIS NAK
KAWAL DUNIA
AMIN
KHALAS
KITA PERLU POLITIK JALAN RAYA
JUSTERU KITA
PERLU POLITIK
JALAN RAYA
AMIN
Unknown commented on
"SABOTAJ CARA BIJAK"
Woit tiba tiba teringat ada pengundi Cina ada pengundi India kah kah kah selama ini mana pergi? Ada ingat jugak rupanya? Jadi apa motifnya suruh sokong atau tidak sokong? Siapa akan sokong? Yang dapat habuan pasti sokong, yang tak dapat apa-apa mana nak sokong kah kah kah selama ini semuanya bagi kepada siapa? Mereka tak sokong kah?
Inilah orang perangai politik tak maju, kah kah kah yang jadi bodoh rakyat juga, jangan lupa hantar beras kopi susu milo bee hoon ang pau makan minum bendera kah kah kah kalau tak ada jangan harap orang keluar pun kah kah kah ops jangan lupa Alphard Vellfire Mercedes jugak bagi lah pengundi pun rasa sikit nikmat kah kah kah
A & W DAH TUTUP KE ?
A & W
DAH TUTUP
KES KE?
KAH KAH KAH
JADI KE WAHAB
SAMAN CIKGU BARD?
KAH KAH KAH
APA JADI DENGAN
AGUS PELIR KERAS
KAH KAH KAH
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
AMIN
CHINA TEMBAM TERUS TIPU ME;AYU
Jho Low disyaki antara pemilk Bugatti Veyron dirampas di Jerman
SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan salah sebuah daripada empat kereta mewah Bugatti Veyron yang dirampas di Munich, Jerman dipercayai dimiliki Low Taek Jho atau Jho Low.
Ahli perniagaan dalam buruan itu disyaki membeli kereta tersebut menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan Utusan Malaysia memetik sumber menyebut baki kereta mewah edisi khas itu dipercayai dimiliki bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi dan bekas ketua eksekutif Aabar Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny, yang didakwa turut menerima sogokan daripada Jho Low.
“Sememangnya nama tiga individu ini sudah berada dalam radar siasatan SPRM,” kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, SPRM telah menghantar pegawai penyiasat ke Switzerland dan Jerman bagi mendapatkan butiran berhubung isu ini bermula dari akhir 2020 sehingga 2022.
Media Jerman baru-baru ini melaporkan polis negara itu telah merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Kereta yang dirampas itu dikelaskan di bawah siri eksklusif ‘Legends’ kereta hiper Bugatti, yang mana hanya 18 kereta dihasilkan di bawah siri itu.
Empat kenderaan yang dirampas ialah Rembrandt edisi Veyron, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini, dan setiap satu berharga harga sekitar AS$3 juta (RM14.3 juta). – 30 April, 2024.
WOIT
MELAYU MASIH
TAK SEDAR
AMIN
PEMIMPIN MELAYU
DI TAJA OLEH
CHINA UNTUK
GADAI NEGARA INI
AMIN
PAK LEBAI PARA
USTAD HEBOH DGN
HIDUP LEPAS MATI
AMIN
PAK LEBAI USTAD
LUPA TENTANG
HIDUP YANG
SEDANG DI HADAPI
AMIN
KHALAS
ASKAR ISRAEL ENGGAN BERPERANG
Tentara Israel enggan ikut perintah ceroboh Rafah
TEL AVIV – Seramai 30 anggota tentera Israel enggan menurut perintah agar bersedia untuk melakukan pencerobohan darat di bandar Rafah.
Anggota tentera terbabit memberi alasan kepenatan dengan menyatakan mereka rasa tidak mampu untuk terus bertempur di Gaza selepas tujuh bulan, lapor rangkaian televisyen, Channel 12.
Angkatan tentera simpanan payung terjun yang diletakkan di bawah Briged Payung Terjun dilaporkan menerima arahan siap siaga untuk ke Rafah, lapor Channel 12, namun mereka kemudian memaklumkan kepada pegawai atasan ‘tidak akan pergi kerana mereka tidak lagi berdaya untuk melakukannya’.
Para pegawai tentera berkata, mereka tidak akan memaksa anggota simpanan untuk menyertai pencerobohan tersebut, yang mana keengganan itu dikatakan gambaran jelas anggota simpanan keletihan.
Beberapa hari lalu rangakaian televisyen, Channel 7, melaporkan beberapa ratus anggotan tentera wanita enggan menyertai tentera pengawasan berhampiran sempadan Gaza.
Media Israel melaporkan ia merupakan kali ketiga anggota yang disenaraikan sejak 7 Oktober lalu enggan berkhidmat. – Agensi
DAH MASUK
7 BULAN PERANG
HAMAS MASIH
BELUM KALAH
AMIN
RAMAI NAK BELOT
RAMAI NAK LARI
TAK NAK PERANG
KAH KAH KAH
KHALAS
NUAR KONO POGANG TOLO
NUAR KONO
POGANG TOLO
KHALAS
abu qassim commented on
"KASINO MADANI KE ?"
KAH KAH KAH
Tolo nuar dh kono jontik..
Sapo lak yg monjontik ni?
Nuar nk cr namo..
Mulut eh tibai setannahyu..
Poi merato mulut tk jago..
Nk nunjuk handa..
Mmg kono main kek blakang la..
KAH KAH KAH
HIDUP VINCENT UUNTUK TAN
HIDUP VINCENT
UNTUK TAN
KHALAS
Unknown commented on
"HASUT
UNTUK PENCERAHAN"
US + ISRAEL = Palestin MATI
UMNO + DAP = SIAPA MATI ???
Fikir2kan lah melayu2 semua...
hidup terowong hidup heitech padu hidup kasino hidup vincent tan.
kah kah kah...