Jumaat, 12 Januari 2024

HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT SEDIA LAWAN ISRAEL

 

HIMPUANAN 

SEJUTA RAKYAT

BERSEDIA LAWAN

ISREAL

KHALAS

BELAJAR CARA PETANI & BURUH GERMAN BANGUN MELAWAN


KITA WAJIB 

BELAJAR CARA 

PETANI & BURUH

GERMAN BERJUANG

KHALAS


GASAK DAP - KESEDARAN MELAYU ISLAM


YB DAP & DAP

TERUS DI GASAK

TANDA KESEDARAN

MELAYU ISLAM

AMIN

SIASAT KHOO HAM YB DAP


Koo Ham tak boleh buat tuduhan melulu – Gerakan


Koo Ham patut insaf, bukan tuduh orang lain – Hamzah


Pemuda PN, Pas buat laporan polis kekang kenyataan Ngeh – Fadhli


KAJANG – Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini membuat laporan polis bagi menutup fitnah jahat berkaitan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang cuba mengaitkan kes kebakaran kediamannya dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Fadhli Shaari berkata, kenyataan Koo Ham itu dilihat cuba mendahului pihak polis dengan mengesyaki insiden itu didalangi PN dan Pas.

“Beliau mendahului siasatan pihak polis dengan meletakkan syak bahawa pelaku yang terdorong kononnya daripada Pas dan PN yang tidak setuju dengan kenyataan beliau.

“Ini berikutan cadangan beliau supaya diletakkan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Kompetensi DUN Dalam Menggubal Undang-Undang Syariah.

“Sebab itu kami datang untuk membuat laporan polis supaya kenyataannya itu disiasat,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, siasatan awal di tempat kejadian menemui satu botol disyaki ‘olotov cocktail yang dipercayai dibaling ke kediaman Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung, Perak.

Pada kejadian jam 2.55 pagi itu, Mercedes Benz E300 milik Koo Ham musnah terbakar, dua lagi kereta dan syiling di perkarangan rumahnya turut terbakar.

Dalam pada itu, Fadhli turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri  Saifuddin Nasution Ismail yang melarang sesiapa mendahului siasatan termasuk mengeluarkan persepsi dan sangkaan terhadap mana-mana suspek.

“Ini kerana untuk mengenal pasti suspek dan menjalankan siasatan ini merupakan kuasa pihak polis,” katanya.

Selain itu, PN dan Pas mengucapkan takziah kepada Koo Ham di atas kejadian yang menimpa Ahli Parlimen Beruas itu.

“Kita ingin menyatakan bahawa perbuatan ini adalah tidak boleh diterima dalam negara kita, dalam dalaman demokrasi negara kita pada hari ini.

“Apa juga perbezaan yang berlaku, tidak perlu sampai ke peringkat khianat kepada harta orang lain.

“Kita doakan Ngeh Koo Ham diberikan keadilan, dipermudahkan urusan menuntut insurans dan sebagainya,” katanya lagi. –

SIASAT JANGAN

TAK SIASAT

AMIN

PARTI GERAKAN

PUN WAS WAS

AMIN

SPRM SIASAT

MACAM MANA

ADA 3 KERETA

MEWAH

AMIN

PUNCA DUIT 

DARI MANA?

AMIN

KOREK MACAM

KES TUN DAIM

JENG JENG JENG

POLIS SIASAT

APAKAH ADA

KES DENDAM

DARI KONGSI

GELAP CHINA

JENG JENG JENG

ATAU INI PROJEK

REVERSE SAIKOLOJI

BAKAR SENDIRI

CARI SIMPATI

AMIN

KHALAS

APA DAH JADI DENGAN MALAYSIA ?



Rogol dan samun pelajar kolej, dua anggota polis direman

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis ditahan selepas disyaki merogol dan menyamun dua pelajar kolej swasta pada Selasa lalu di Bukit Ampang View.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa yang merupakan lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada pukul 10.09 malam.


“Ketika mangsa dan rakan lelakinya berada di lokasi kejadian, mereka ditahan oleh dua suspek lelaki yang lengkap beruniform sebelum kedua-duanya dibawa ke lokasi berasingan.

“Salah seorang suspek bertindak merogol mangsa wanita manakala mangsa lelaki dibawa ke sebuah bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta oleh kedua-dua suspek atas kesalahan lalu lintas,” katanya menerusi kenyataan

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap pada keesokannya dan kini ditahan reman selama tujuh hari.

Katanya lagi, susulan kejadian berkenaan dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Hussein menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222.-


BETUL KEJADIAN

INI BERLAKU ?

AMIN

APA DAH JADI

DGN MALAYSIA ?

AMIN

JIKA POLIS JADI

PENYAMUN DAN

PEROGOL KITA

NAK MENGADU

PADA SAPA?

AMIN

KHALAS

AMARAN HUJAN LEBAT




Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 14 Januari

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa lokaliti di Pahang dan Johor yang dijangka berlaku mulai hari ini sehingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini memaklumkan kedua-dua lokaliti itu membabitkan daerah Rompin di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama di kedua-dua negeri terbabit melibatkan daerah Pekan di Pahang dan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan hari ini di Sarawak yang meliputi beberapa lokaliti iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, dan Mukah. – Bernama, 12 Januari, 2024.

HUJAN MASIH

TURUN

AMIN

BANJIR MASIH

DATANG

AMIN

BERSEDIA

BERJAGA JAGA

KHALAS

HOT HOT HOT - PERANG DI YAMAN

 

HOT HOT HOTT

TERKINI TER NOWW

YAMAN SIAP SEDIA

BERPERANG

KHALAS

ZIONIS ISRAEL DIHERET KE MAHKAMAH DUNIA


ZIONIS ISRAEL 

DIHERET 

KE MAHKAMAH

 DUNIA


Perang Gaza atau Nakba 2  yang bermula pada  Sabtu 7 Oktober 2023 sedang berjalan. Tulisan ini digarap pada Rabu 10 Januari 2024 -  hari  ke 95 Perang Gaza. Warga Gaza yang tewas dan gugur telah melintasi lebih 22 ribu. Al-Fatihah.

Dunia diberitahu majoriti yang gugur adalah  wanita dan kanak-kanak. Amin

Pada hari ke 96 - Khamis 11 dan Jumaat 12 Januari 2024, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan perbicaraan awam di Istana Keamanan di The Hague Belanda. Prosiding yang dimulakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel pada 29 Disember 2023.

Negara Afrika Selatan mendakwa Zionis Israel  melakukan genocide terhadap warga Gaza dan Palestin.

Kertas tuduhan 84 muka surat dari Afrika Selatan membuktikan Israel telah melanggar Konvensyen Genocide 1948, yang dibuat selepas Perang Dunia Ke Dua.

Israel dan Afrika Selatan adalah penandatangan Konvensyen Genocide Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB memberikan ICJ - badan perundangan PBB tertinggi - bidang kuasa untuk memutuskan pertikaian mengenai perjanjian itu.

Semua negara yang menandatangani konvensyen itu diwajibkan untuk tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai dan juga mencegah dan menghukumnya jika berlaku.

Perjanjian itu mentakrifkan pembunuhan beramai-ramai sebagai "tindakan yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan kebangsaan, etnik, kaum atau agama".

Mahkamah Keadilan Antarabangsa terdiri daripada 15 hakim yang dipilih untuk memegang jawatan  hakim selama sembilan tahun. Mereka dipilih oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan. 

Mana-mana negara yang telah menandatangani konvensyen ini berhak untuk membuka prosiding.  Contohnya  Gambia dari Afrika telah membawa prosiding terhadap genocide yang dilakukan oleh Myanmar. 

Pada 11 November 2019, Gambia, bagi pihak 57 anggota Pertubuhan Konferensi Islam (OIC), memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendakwa Myanmar gagal memenuhi kewajipannya untuk mencegah dan menghukum tindakan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap Rohingya di Negeri Rakhine seperti yang dikehendaki di bawah Konvensyen Genocide.

Mahkamah Internasional Court of Justice  (ICJ) berbeza dengan Internasional Criminal Court (ICC) – Mahkamah Jenayah Antarabangsa. ICJ mendakwa negara manakala ICC mendakwa individu yang melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai. Contohnya individu bernama Ahmad Al-Bashir Presiden Sudan. Waran tangkap keluar pada 12 Julai 2010. Hingga ke hari ini masih belum ditangkap.

Afrika Selatan yang mengheret  Zionis Israel ke hadapan mahkamah adalah  langkah yang tepat. Dalam masa yang sama menggembirakan dan memeranjatkan  dunia. 

Selama 75 tahun  tindak tanduk dan tingkah laku Zionis Israel telah mendapat tentangan dan kritikan dunia. Berpuluh ratus resolusi dan ketetapan PBB  yang menyelar , melarang dan mengutuk Israel telah diluluskan. 

Zionis Israel tidak ambil pot. Israel tidak peduli pandangan rakyat sedunia.

November 2023 bukan kali pertama rumah kediaman orang awam  di bom. Bukan kali pertama masjid dan gereja di bom. Bukan kali pertama hospital dan sekolah di bom.

Semenjak 7 November 2023 seramai 79 wartawan dan pekerja media disahkan meninggal dunia: 72 warga Palestin, 4 warga Israel dan 3 warga Lebanon 16 wartawan dilaporkan cedera.

Bila hospital di bom orang sakit mati. Doktor dan jururawat mati sama. Bila masjid di bom Imam dan makmum mati. Bila sekolah di bom Cik Gu dan  murid mati. Bila rumah di bom emak, abah dan anak mati.

Inilah isi 84 muka surat yang di ajukan oleh Afrika Selatan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Fakta bom dan fakta kematian bersama kenyataan resmi dari Netanyahu, dari menteri kabinet Israel dan kenyataan ketua tentera Israel menjadi  bahan bukti. 
 
Peguam dari Afrika Selatan akan membuktikan wujud satu perancangan yang diatur  jelas untuk membunuh  rakyat Palestin. Usaha politik dan tentera untuk melakukan genocide.

Kenapa segala keganasan, segala kejahatan yang dilakukan oleh Zionis Israel ini tidak dapat dibendung dan di hentikan.

Jawabnya : Seperti kata Ayatollah Khomenei : Amerika ialah Setan Akhbar. Di belakang Israel ialah kuasa imperialis  Amerika Syarikat.  Tanpa Amerika Zionis Israel telah lama lungkup.

Kekuatan dan keangkuhan Zionis Israel lahir kerana kaum Zionis tahu bahawa  Amerika akan terus memberi sokongan kepada Israel.

Sekali lagi dinyatakan disini bahawa Israel ialah pangkalan tentera Amerika. Israel ialah negara pendatang –  settler state. Kaum Yahudi adalah  pendatang   dan menjajah bumi Palestin.

Amerika, Australia, Kanada,  New Zealand dan Singapura adalah contoh negara pendatang. Pendatang yang bukan warga asli  - bukan anak watan kini menguasai bumi tersebut. 

Amerika Syarikat memberi bantuan geran kepada Israel sebanyak $3 bilion setiap tahun dan melaksanakan perjanjian perdagangan bebas pada tahun 1985. Sejak itu semua duti kastam antara dua rakan dagang telah dihapuskan.

Selepas 7 Oktober 2023 Amerika mula menghantar kapal perang dan pesawat tentera ke Mediterranean Timur dan membekalkan Israel dengan peluru dan peralatan ketenteraan.

Amerika menyatakan bahawa Israel akan menerima "apa sahaja yang diperlukan" untuk menyokong serangan balas terhadap Hamas. Amerika  juga menjanjikan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada Israel. 

Pada 20 Oktober 2023, Presiden Biden mengumumkan bahawa beliau telah meminta bantuan tambahan $14 bilion untuk Israel  kepada Kongres.

Fakta sejarah menunjukkan sejak penubuhan Israel pada 1948, Israel telah menerima $158 bilion bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat. Israel  adalah penerima terbesar dana Amerika dalam sejarah.

Sah dan sahih Setan Akhbar  bernama Amerika di belakang Zionis Israel.

Malah seperti di Ukraine di beritakan  bahawa soldadu Amerika ada turut sama dalam kancah perang. Mereka bukanlah soldadu biasa yang mengangkat M16 dan mencari gerila Al-Qassam.  Soldadu Amerika yang dikatakan berada di Gaza terdiri dari pegawai penasihat strategik ketenteraan. Soldadu bahagian intel teknologi siber.

Malah perang ini menjadikan sekolah dan                    kuliah untuk Amerika. Segala taktik dan teknik perang sedang diteliti. Senjata buatan Hamas, buatan Rusia, China atau Korea Utara sedang menjadi bahan kajian.

Soldadu Amerika pasti membuat kaji selidik tentang keupayaan  drone buatan  Iran.

Tetapi kenapa negara Kapir  Afrika Selatan yang membawa prosiding ini ke Mahkamah Dunia. Kenapa negara Arab seperti Saudi Arabia atau Mesir tidak mengajukan prosiding ini.

Jawabnya senang sahaja : Negara seperti Mesir atau Saudi Arabia sudah  masuk dalam saku Zionis Israel. Malah paling terkini negara Arab  telah di perangkap oleh Amerika dengan Abraham Accords.

Abraham Accords ialah perjanjian dua hala mengenai normalisas

i Arab-Israel yang ditandatangani antara Israel dan Emirit Arab Bersatu dan Bahrain pada 15 September 2020. Abraham Accords sama n seperti Perjanjian  Camp David atau Perjanjian Oslo didalangi  oleh Amerika Syarikat.

Dilaporkan  Saudi Arabia juga akan menyertai Abraham Accords ini.

Manakala Afrika  Selatan dan Isreal memiliki hubungan sejarah yang lama dan intim. Ketika Afrika  Selatan di bawah rejim Aparteid Kulit Putih hubungan dengan Zionis Israel cukup baik – dua negara saling bantu membantu.

Ketika  ini Nelson Mandela dalam penjara. Gerakan gerila ANC ( Afrikan Nattional Congress )  di panggil uMkhonto we Sizwe sedang angkat senjata melawan rejim Kulit Putih. Ketika berjuang ini gerila ANC telah i menjalin hubungan amat rapat dengan kumpulan gerila dari Palestin dan PLO.

Satelah rejim Aparteid runtuh dan Afrika Selatan menjadi negara baru  Nelson Mandela berkata : “ Kebebasan kita tidak lengkap tanpa kebebasan rakyat Palestin". 

Ini petikan ucapan Nelson Mandela yang dibuatnya semasa Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, di Pretoria, Afrika Selatan, pada 4 Disember 1997.

Justeru apa yang sedang dilakukan oleh negara Afrika Selatan pada  11 Januari 2024 adalah meneruskan kembali  perjuangan anti rasisme aparteid. Dulu di Afrika Selatan hari ini di Palestin.

Apa jawapan Zionis Israel atas langkah yang di ambil oleh Afrika Selatan ?

“ Tidak, Afrika Selatan, bukan kami yang datang untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, tetapi Hamas,” jawapan Netanyahu bila berita Afrika Selatan mengheret Israel ke Mahkamah di umum.

Kaum Zionis bukan sahaja menafikan apa yang mereka lakukan itu adalah  genocide  malah  terus menuduh Afrika Selatan menjadi barua Hamas.

 Di laman  X milik resmi soldadu Israel terpapar : "@idfonline sedang menghapuskan Nazi Muslim," Ini apa yang ditulis oleh  Timbalan Datuk Bandar Baitulmaqdis Arieh King di X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

"Mereka bukan manusia dan bukan haiwan manusia," Datuk Bandar ini  terus berkata. "Mereka tidak berperikemanusiaan dan begitulah cara mereka harus diperlakukan."

Dengar dan baca apa pula kata-kata Gaza Ayelet Shaked, bekas menteri kehakiman Israel. Dia  telah membuat kenyataan provokatif mengenai masa depan Semenanjung Gaza, khususnya Khan Younis ibu kota Gaza. Dia hendak menjadikan  Khan Younis padang bola sepak dengan 'bantuan Tuhan dan  tentera Israel'.

Semua kenyataan  seperti ini akan  menjadi bahan bukti di Mahkamah Antarabangsa.

Setan Akhbar terus memperlekehkan tindakan Afrika Selatan.

Pentadbiran Biden mengkritik Afrika Selatan  kerana memfailkan kes pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague..

“Kami mendapati penyerahan ini tidak berbaloi, tidak produktif, sama sekali tanpa sebarang asas sebenarnya,” kata Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika, John Kirby pada sidang media pada hari Rabu 3  Januari 2024.

Awas dan waspada Amerika juga boleh di heret sama. Amerika boleh dituduh bersubahat dengan Zionis Israel. Amerika pemberi senjata dan pembekal bom yang membunuh mati warga Palestin.

Perbicaraan ini akan mengambil masa. Hakim boleh bertanya dan menyoal wakil  pendakwa dan pihak yang di tuduh.

Sementara 15  Hakim mendengar penghujahan Afrika Selatan dan penafian Zionis Israel  ada masa terluang.

Masa ini - pada  harapan Afrika Selatan dan harapan orang ramai -   tuan hakim akan mengeluarkan injunksi mahkamah agar gencatan senjata di lakukan.

Arahan mahkamah ini akan menghentikan perang untuk sementara ketika kes dibicarakan.  Apakah ini akan berlaku ? Apakah jika injunksi dibuat Zionis Israel akan patuh. Kita belum tahu.Amin.

 Afrika Selatan telah  menyusun satu pasukan "peguam antarabangsa kelas pertama."

Menurut laporan media, pasukan itu akan diketuai oleh John Dugard, bekas pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin.

Dugard, yang dilihat sebagai salah seorang pakar undang-undang antarabangsa terkemuka di Afrika Selatan, mempunyai pengalaman dengan ICJ, setelah berkhidmat sebagai hakim ad hoc pada tahun 2008.

Manakala Israel telah memilih peguam British Malcolm Shaw untuk mewakilinya di ICJ.

Shaw dianggap sebagai salah seorang pakar terkemuka dunia dalam undang-undang antarabangsa dan pernah hadir di hadapan ICJ pada masa lalu.

Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda. Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/479657



PERANG TELAH MEREBAK



AS, UK lancar serangan ke atas Yemen

LONDON – Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas empat wilayah Yemen.

Presiden AS, Joe Biden mengesahkan negara itu dan sekutunya menyerang kumpulan Houthi dengan mendakwa serangan tersebut sebagai tindak balas kepada ‘ancaman kebebasan pelayaran’.

Serangan dilakukan terhadap 12 kemudahan Houthi di Yemen, kata pegawai AS kepada Sputnik.

AS berkata, sehingga jam 3.20 pagi, negara itu dan UK telah menghentikan serangan, bagaimananpun ia mungkin menyambung kembali jika ancaman dan serangan Houthi berterusan.

Houthi terus melancarkan peluru berpandu ke arah kapal AS ketika ini, lapor media.

Bandar Taiz di tengah Yemen turut dibom oleh AS dan UK malam tadi, kata seorang sumber kerajaan Yemen kepada Sputnik.

Terdahulu, rangkaian televisyen Al Arabiya memetik sumber sebagai berkata, AS dan UK melancarkan operasi pada malam Jumaat terhadap kemudahan kumpulan Houthi di utara negara tersebut.

Sumber berkata, serangan disasarkan khususnya di pelabuhan Hodeidah. – 

TERBAIK !!!

PERANG TELAH

MEREBAK

AMIN

LAGI BANYAK

MEDAN PERANG

LAGI LEMAH

KUASA AMERIKA

AMIN

MEUNGGU IRAN

MASUK SAMA

AMIN