Ahad, 21 Januari 2024

BILA IRAN AKAN MEROKET TEL AVIV ?


DUNIA DAH LAMA

TUNGGU BILA IRAN

AKAN MEROKET

TEL AVIV

KHALAS

PERANG DUNIA KE TIGA


Russia mungkin serang negara NATO dalam 5 hingga 8 tahun lagi?


BERLIN: Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius memberi amaran Russia di bawah pimpinan Presiden Vladimir Putin berisiko melancarkan serangan ke atas sebuah negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam tempoh lima hingga lapan tahun.

Pistorius membuat dakwaan demikian dalam satu temubual bersama akhbar Der Tagesspiegel yang berpangkalan di Berlin.

“Kami mendengar ancaman daripada Kremlin hampir setiap hari, jadi kita harus mengambil kira Putin mungkin akan menyerang negara NATO suatu hari nanti.

“Walaupun serangan Russia itu tidak mungkin berlaku buat masa ini namun pakar kami menjangkakan ia boleh berlaku dalam tempoh lima hingga lapan tahun lagi,” katanya.

Kenyataan Pistorius itu selari dengan amaran dibuat oleh Menteri Pertahanan Awam Sweden, Carl-Oskar Bohlin yang sebelum ini menyatakan perang berisiko berlaku di Sweden.  

Menurut Pistorius, amaran Sweden boleh difahami dari perspektif Scandinavia.

Malah, katanya, Sweden juga berdepan `situasi lebih serius’ disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Russia.

Dilaporkan, Sweden belum menjadi anggota NATO dan masih menunggu kelulusan daripada Turkiye dan Hungary.

“Kami juga perlu belajar untuk hidup dengan bahaya sekali lagi dan mempersiapkan diri dari aspek ketenteraan, sosial dan pertahanan awam,” katanya.

Selasa lalu, akhbar Jerman, BILD melaporkan bahawa kerajaan negara itu sedang menyediakan pelan rahsia untuk potensi pencerobohan Russia terhadap NATO.

Jelas laporan itu, Kementerian Pertahanan Jerman juga sedang bersiap sedia untuk kemungkinan perang Eropah secara habis-habisan dalam masa terdekat ini. – AGENSI

RUSIA TAKDA

NIAT NAK SERANG

EROPAH

AMIN

JIKA BERLAKU

INI MAKNANYA

KITA DAH MASUK

PERANG DUNIA KE3

KHALAS

CARA ANAK MUDA KAPIR SOKONG PALESTIN


INI CARA

ANAK MUDA KAPIR

SOKONG PALESTIN

KHALAS

KES CURI JAMBAN


4 lelaki didakwa curi tandas emas

EMPAT lelaki dihadapkan ke mahkamah UK pada Jumaat atas tuduhan mencuri tandas emas 18 karat bernilai £4.8 million (AS$6.1 million) dari sebuah pameran seni yang berlangsung di England.

Mangkus tandas yang berfungsi sepenuhnya itu dikenali sebagai “Amerika” di Istana Blenheim di Woodstock, berhampiran Oxford.

Ia adalah tarikan utama pameran artis Itali Maurizio Cattelan di hartanah 18 kurun itu, yang juga tempat lahir perdana menteri era perang Winston Churchill dan rumah Duke of Marlborough.

Ketika pendengaran kes di Mahkamah Oxford di selatan England, James Sheen, Michael Jones dan Frederick Sines, kesemuanya dalam usia lingkungan 30-an, mengaku tidak bersalah mencuri mangkus tandas pada pagi 14 September, 2019.

Bora Guccuk, 40, tidak diminta membela diri atas dakwaan bersubahat memindahkan barang rompakan.

Pengunjung pameran di Istana Blenheim, sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco, boleh menempah slot menggunakan tandas itu selama tiga minit.

Lebih daripada 100,000 orang menggunakan tandas tersebut ketika ia dipamerkan di Muzium Guggenheim, New York.

Polis British berkata pencuri itu menceroboh Istana Blenheim pada masa ia ditutup dan melarikan tandas itu sehingga menyebabkan kerosakan kepada paip dan kebocoran air. – AFP, 21 Januari, 2024.


LANGKAH TEPAT

KERJA BAIK

SAYANG DITANGKAP

AMIN


JUMPAH GUGUR DI GAZA MAKIN MENINGKAT



Angka korban di Gaza hampiri 25,000 orang
GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 24,927 penduduk Palestin terbunuh akibat pengeboman Israel di Semenanjung Gaza sejak perang rejim Zionis dengan Hamas meletus pada 7 Oktober tahun lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan.

Jelas kementerian itu, sekurang-kurangnya 165 penduduk di Gaza terbunuh dalam tempoh 24 jam.

Menurut kementerian, seramai 62,388 lagi penduduk mengalami kecederaan sejak perang bermula di wilayah Palestin itu.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin terbunuh akibat pengeboman Israel sejak waktu subuh.

Jelas laporan, dua penduduk Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan Israel di kawasan kejiranan al-Amal di Khan Yunis.

Ini menjadikan jumlah mangsa serangan Israel di beberapa kawasan di bandar itu meningkat kepada 18 orang.

Dilaporkan, kawasan sekitar Hospital al-Shifa turut menjadi sasaran serangan udara dan pengeboman tentera Israel. – AFP/AGENSI

AL-FATIHAH

AMIN

NEGARA EROPAH AMBIL GARIS ANTI ZIONIS


Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel

BELGIUM berikrar menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kerjasama Pembangunan Belgium Caroline Gennez menerusi hantaran di akaun X beliau, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Gennez mengulangi sokongan tidak berbelah bagi Belgium terhadap kes itu di ICJ, menekankan jika mahkamah memanggil Israel untuk menghentikan operasi ketenteraannya terhadap Gaza, Belgium akan memberikan sokongan penuh.

Menteri itu berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.

Selain itu, Belgium mengesahkan usaha berterusan di dalam Kesatuan Eropah dan di peringkat antarabangsa untuk mendesak gencatan senjata secara kekal, akses penuh kepada bantuan kemanusiaan dan menyeru pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa.

Afrika Selatan memulakan tindakan undang-undang terhadap Israel awal bulan ini, menuduh rejim Zionis melakukan jenayah genosid terhadap penduduk Gaza dalam konflik selama lebih tiga bulan, mengakibatkan puluhan ribu penduduk terbunuh dan bencana kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Pada November tahun sebelumnya, Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), mengumumkan bahawa mahkamah itu masih menjalankan siasatan terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel sejak 13 Jun 2014. – Bernama, 21 Januari, 2024.

MAKIN BANYAK

NEGARA EROPAH

BERALIH

AMIN

DULU PRO ZIONIS

KINI BERANI

ANTI ISRAEL

AMIN

KHALAS

NAJIB DIBERI DNAA ?


Tiada DNAA untuk kes rasuah babit ahli politik, kata Bersih

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini menggesa peguam negara “supaya segera berhenti mengemukakan permohonan melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap kes rasuah yang melibatkan ahli politik”.

“Kami menolak DNAA untuk mana-mana ahli politik daripada mana-mana parti yang didakwa atas tuduhan rasuah dan pecah amanah.

“Kami menggesa mereka yang berdepan pertuduhan rasuah supaya membela diri dan dibicarakan secara adil di mahkamah, bukannya menggugurkan pertuduhan mereka dengan ‘pemberian’ DNAA,” kata pertubuhan masyarakat sivil itu.

Kenyataan kumpulan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenyataan peguam negara baru-baru ini bahawa bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara boleh memohon pembebasan penuh atau DNAA pada September jika pihak pendakwa masih belum membuat keputusan berhubung representasinya untuk menggugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumnlah RM27 juta melibatkan dana SRC International.

Bersih berkata jika amalan itu berterusan, ia dibimbangi akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasa undang-undang khususnya Jabatan Peguam Negara.

Gabungan itu juga membidas peguam negara berhubung kenyataannya pada 15 Januari yang berkata pendakwa raya tidak perlu memberi penjelasan selepas memohon untuk menarik balik pertuduhan.

Menurut Bersih, itu sama sekali tidak boleh diterima terutamanya apablia kes berkenaan melibatkan kepentingan awam dan mengaitkan ahli politik di peringkat tertinggi kerajaan.

Ia kemudiannya meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan garis masa pelaksanaan cadangan pasukan petugas khas untuk memisahkan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Bersih berkata ia akan sentiasa mengingatkan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan tentang janji dan prinsip reformasi gabungan itu sebelum mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

“Rakyat sedang memerhati dan jika DNAA terus diberikan untuk kes rasuah yang melibatkan ahli politik, kepercayaan rakyat terhadap institusi awam kita akan terhakis.

“Jangan ambil remeh”. – 20 Januari, 2024.


BERSEDIA

JIKA NAJIB DAPAT

DNAA

KITA TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

KHALAS

NAJIB AKAN DI BEBAS


APAKAH NAJIB

AKAN BEBAS ?

AMIN

APAKAH KES

NAJIB AKAN

DI BERI DNAA ?

AMIN

APA LANGKAH

WAJIB DIBUAT?

JENG JENG JENG

LANGKAH BETUL LAWAN SELUDUP


KPDN tempatkan penguat kuasa di 7 pintu masuk sempadan negara


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menempatkan pegawai penguat kuasa di tujuh pintu masuk sempadan negara di empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan bagi membanteras ketirisan dan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.

Menterinya Armizan Mohd Ali berkata penempatan pegawai penguat kuasa KPDN itu adalah sehingga penubuhan agensi tunggal sempadan negara (SBA) dan juga selaras dengan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi pada tahun ini.

“Pegawai-pegawai kita ini dalam tempoh itu akan membuat pemantauan berkala tentang operasi penguatkuasaan di bawah tiga akta di bawah kawal selia KPDN iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) dan Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).

“Dengan adanya penempatan pegawai kita dengan serta-merta di tujuh pintu masuk ini, mereka akan dapat melihat sendiri dan seterusnya dapat memberikan respons kepada bahagian penguat kuasa di peringkat kementerian, bagaimana kita dapat menambah baik operasi penguatkuasaan tersebut,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar di Padang Besar, hari ini.

Beliau berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk membolehkan pegawai penguat kuasa KPDN ditempatkan di pintu masuk negara seperti mana Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Armizan berkata penempatan pegawai penguat kuasa KPDN itu juga bukan bermaksud ada tambahan peringkat pemeriksaan keselamatan baharu di pintu-pintu masuk negara, sebaliknya diintegrasikan dalam proses pemeriksaan sedia ada.

Selain itu, beliau berkata KPDN juga akan meneruskan pelaksanaan Ops Tiris dengan skop pelaksanaan operasi pada tahun ini akan diperluas kepada barangan kawalan lain seperti gula, minyak masak tepung gandum, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).

“Bagi tujuan ini, penguatkuasaan ke atas Peraturan-peraturan kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang melarang mana-mana orang untuk mengeksport apa-apa barang kawalan akan dikuatkuasakan secara menyeluruh di semua pintu masuk sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata KPDN juga akan memperkukuh kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di sempadan negara bagi meningkatkan kawalan sempadan negara serta akan menambah baik prosedur operasi standard bagi Kes Penyerahan Agensi daripada agensi penguatkuasaan yang lain.

“KPDN juga akan melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan di premis-premis perniagaan melibatkan pemborong dan peruncit di kawasan sempadan dan melaksanakan pengauditan terhadap pemborong diesel, pemegang permit barang kawalan, bukering dan syarikat pengeksport bagi mendapatkan butiran sumber bekalan, pengedaran dan penjualan,” katanya. – Bernama, 20 Januari, 2024.

INI TINDAKAN

BETUL 

AMIN

TAPI AWAS !!!

PEGAWAI RASUAH

JENG JENG JENG

AWAS !!

JALAN LAUT

AMIN

NELAYAN JUAL

MINYAK DISEL

DALAM LAUT 

AMIN

KHALAS

HASUT TURUN KE JALAN


BAKAR LAGI

HASUT LAGI

HINGGA SEMUA

TURUN KE JALAN

AMIN

BUKAN TAN SRI VINCENT


BUKAN

TAN SRI VINCENT

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "SAPA TAN SRI KERETA ?"

Tak ada nama? Ada gelaran? Media kita semakin hari semakin teruk dah? Media buat teka teki atau SPRM buat teka teki? Ada music tak? Music suspen? Kah kah kah lain kali buat tangkapan buat live video lah senang sedikit, tangkap rasuah Buat live masuk mahkamah buat live senang asyik gambar Ajib Rosmah saja boring lah woit kah kah kah

TAN SRI CHINA ?


TAN SRI CHINA?

JENG JENG JENG

AMIN

Unknown commented on
 "SAPA TAN SRI KERETA ?"

tan sri dato sri azam baki kot .. kah kah kah


Unknown commented on
 "SAPA TAN SRI KERETA ?"

Tan Sri kete tu mesti Tan Sri Melayu

Bole potong kote la klu Tan Sri Cina kena tangkap

Kah kah kah

EKONOMI


EKONOMI

AHAD 21 JANUARI 2023
EKONOMI LAAH BODOH !!!
INI LAH YANG BUAT NEGARA KACAU

CERITA AYAM
CERITA TELOR
DAH REDA

CERITA BERAS TEMPATAN
PUN DAH REDA
INI PETANDA BAIK

TAPI LEPAS NI
AKAN SAMPAI CERITA GULA
JUMAAT LALU GUA
CHECK HARGA BAWANG
DAH NAIK SERINGGIT
DAH JADI 9 RINNGGIT
INI BAWANG DARI INDIA
5 KEPALA BAWANG PUTIH
DULU 5RM KINI 7 RINGGIT

RANGKA AYAM 
DARI 3 RM NAIK JADI 4 RM
SEMUA BARANG MAHAL
BILIS DARI 5 RM 100 GRM
KINI NAIK 7 RINGGIT

GUA  SEDAR HARGA NAIK
TERASA JUGA  SAKU KOYAK
TAPI BAGAIMANA DENGAN
YANG BERPENDAPATAN RENDAH
PARAH PARAH

EKONOMI DUNIA
MAKIN HURU HARA
INI AKAN PENGARUH KITA
BILA CUKAI 8% SST SAMPAI
BILA SABSIDI DITARIK ?
JENG JENG JENG

APAKAH KE JALAN RAYA
JENG  JENG JENG

ISRAEL
NETANYAHU KATA PADA BIDEN
TAKDA RUANG
UNTUK BUAT NEGARA PALESTIN
JENG JENG JENG

UKRAINE
ZELENSKY  MARAH
KATA KATA TRUMP
JIKA DIA JADI PRESDEN
PERANG UKRAINE AKAN TAMAT
ZELENSKY KATA INI BAHAYA

AMERIKA
RIBUT SALJI
DI PELBAGAI WILAYAH
55  JIWA MELAYANG

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK SEGAR KELAM
MATA HARI TAK ADA
KL & KL SENTRAL BERJERUBU

DI PINTU MASUK
BERDESING SUARA RIANG RIANG
DARI POKOK TERAP

JAUH KEDENGARAN
SUARA MURAI BERKICAU
BILA MURAI BERKICAU
PAGI JADI INDAH

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS WALAU PUN
PAGI II AGAK KELAM DAN REDUP

BRO
SENYUM
KITA  SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN

BRO
ADA SOSOK MELAKUKAN SESUATU
ADA SOSOK HANYA LIHAT APA BERLAKU
DAN RAMAI HAIRAN
APA YANG BERLAKU

BRO
KENAPA ?
KENAPA TIDAK ?
KENAPA TIDAK LU ?
KENAPA TIDAK SEKARANG ?
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSANTAI