Ahad, 28 Januari 2024

SILAT JANGAN TAK SILAT






Silat di Masjid Nabawi beri imej buruk – Na’im

PUTRAJAYA – Tindakan tiga individu yang mengadakan pertunjukkan silat di Majlis Nabawi di Madinah, Arab Saudi baru-baru ini tidak menjejaskan kuota haji namun mungkin memberi imej buruk kepada negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Mohd Na’im Mokhtar berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung kejadian itu.

“Setakat ini tidak menerima sebarang laporan negatif yang sehingga menjejaskan kuota. Sebab kuota itu telah diberikan dan tidak timbul persoalan kuota akan dikurangkan.





KAH KAH KAH

SILAT JANGAN

TAK SILAT

KAH KAH KAH

INI TANDA

KESEDARAN

MELAYU ISLAM

KAH KAH KAH

AMIN

RAJA BOMOH


INI RAJA BOMOH

BUKAN

RAJA FORMULA

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
BERJUBUR DAN PENCEN"

Apeee pun tak bolehhh..!!

Formula terbaru Rafizi " E Hailing sepatutnya jadi side income" sahaja.

Menteri Formula Malaysia ,Rafizi Ramli berkata, pekerjaan tersebut tidak relevan dijadikan tempat bergantung...pulakkk dah..!!

Suatu masa dolu cakap bergegar sana sini macam bijak pandai otak bergelumang dengan bau jubo...

Saya ulangggg...

Apeee pun tak bolehhh..!!

KEMBOJA PULAK


KAMBOJA PULAK...

CHINA MERAH BILA?

AMIN

PANAS TAK HUJAN


PANAS TAK HUJAN

JAM 6.30 PETANG MATA HARI MASIH BERSINAR
TENGAH HAR PANAS TERIK
PETANG TAK HUJAN
ADA DENGAR GURUH KECILAN
TAPI TAK JADI
MALAM SANTAI BERANGIN MYA,AN
AMIN


BERJUBUR DAN PENCEN


BERJUBUR 

DAN PENCEN

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"MUDA KERJA KERAS 
DAH TUA TOLAK TEPI"

PMX Jubor pernah janji tak nak hapuskan pencen sebab ada akta.. betul ke ?.. apa je janji yang tak tipu PMX jubor ? mat jubor dan minah jubor tak kesah ke kena berak hari hari ? kah kah kah


 

KETUM UNTUK SEX


KETUM 

UNTUK SEX

KHALAS

Unknown commented on 
"KETUM MOLEK
 UNTUK EKONOMI"

Jika kamu boleh rendam ketum kering dalam minyak zaitun, ia lebih keras dari tongkat ali. Syaratnya disapu, bukan diminum.



 

TANAH RUNTUH KERANA PENEROKA HARAM


Lokasi tanah runtuh di Cameron Highlands diterokai secara haram

CAMERON HIGHLANDS – Lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, semalam merupakan kawasan Hutan Simpan Sungai Wi D yang diterokai secara haram sejak tahun lepas oleh pengusaha kebun sayur walaupun pernah dikenakan tindakan.

Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman berkata pemilik kebun warga tempatan itu pernah ditahan dan sitaan peralatan dilakukan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada April tahun lepas.

“Peneroka itu ada membuat permohonan permit penggunaan tanah hutan, namun Jabatan Perhutanan tidak memberi sokongan kerana keadaan cerun yang tinggi melebihi 35 darjah.

“Ia disebabkan ada risiko bahaya iaitu jika berlaku hujan yang banyak, cerun itu tidak dapat menampung dan berlaku gelinciran,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Bomba di lokasi kejadian itu di sini hari ini.

Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara berterusan oleh jabatan-jabatan berkaitan bagi menangani isu pencerobohan hutan di kawasan berkenaan.

Menurut Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984.

Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang ditemukan semalam dikenal pasti sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48 tahun.

Tiga lagi mangsa terlibat ialah Shing Law Har, 56, Om Myu, 37, dan seorang wanita Thang Moung, 25 tahun.

Kesemua mangsa warganegara Myanmar itu merupakan pekerja di ladang sayur di situ. – BERNAMA

TANAH RUNTUH

PASTI ADA SEBAB

AMIN

JELAS SEKARANG

TANAH DI TEROKA

SECARA HARAM

AMIN

TAK PERLU POLIS

ATAU MAHKAMAH

AMIN

ALAM JATUHKAN

HUKUM MATI

PADA ORANG JAHAT

KHALAS

RAFIZI CAKAP BETUL


Kerajaan bukan anti-orang miskin – Rafizi 
PETALING JAYA: Pelaksanaan subsidi bersasar yang sedang diusahakan pada masa ini bukan bermakna kerajaan yang memerintah anti-subsidi dan anti-orang miskin.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penyasaran semula subsidi itu hanya menumpukan kumpulan rakyat yang benar-benar layak menerima inisiatif tersebut.


Menurutnya, langkah dilaksanakan itu  bertujuan memastikan perbelanjaan rakyat lain tidak dikekang berikutan keadaaan ekonomi negara kini.


“Apabila jumlah tanggungan subsidi melangkaui RM80 bilion setahun dan kita tahu banyak ketirisan berlaku.


 “Misalnya, orang kaya mendapat lebih banyak manfaat, bukan warganegara turut sama mendapat subsidi,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, disebabkan kerajaan tidak mahu golongan berpendapatan tinggi mendapat manfaat, maka pelaksanaan subsidi perlu distruktur semula.


Dalam pengumuman Belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim berkata penyelarasan subsidi bukanlah bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya, memastikan agar wang rakyat tidak dibazirkan semata-mata menyenangkan lagi golongan yang berkemampuan tinggi.


Justeru, Rafizi berkata beliau tidak akan  terkejut sekiranya terdapat serangan terbaharu pembangkang ialah mengenai penyasaran semula subsidi.


“Malah, saya faham kalau ada kebimbangan kenapa semua ini (penyasaran semula subsidi) yang ditumpukan kerajaan.


“Kan bagus kalau bagi wang kepada semua dan gunakan duit cukai rakyat untuk tetapkan harga barang serendah mungkin? Kita sebenarnya dah terlepas kapal,” tambah beliau.


Jelas Rafizi, semasa polemik untuk menurunkan harga RON95 antara 2007 ke 2015, situasinya berbeza kerana pada waktu itu tanggungan subsidi negara masih rendah berbanding pendapatan keseluruhan kerajaan.


Tambahnya, perkara itu turut diulas beliau  bersama dengan  Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai menerusi podcast Yang Bakar Menteri. – 


WOIT

RIFIZI CAKAP 

BETUL

AMIN

CUMA TAK SEBUT

KERAJAAN INI

PRO IMF

AMIN

PENYELARASAN

LAWAN TIRIS

SABSIDI BERSASAR

BAHASA INDAH

MAKNA  NYA

LUPUS SABSIDI

AMIN

INI CADANGAN

GLOBALIS DARI IMF

KHALAS

KEPUTUSAN MAHKAMAH DUNIA AKUI GENOSID


KEPUTUSAN ICJ 

TIDAK ATASI 

PERANG GAZA -  HANYA AKUI GENOSID




Keputusan Mahkamah Dunia ICJ tidak nampak kearah menghentikan  perang Gaza tetapi hanya mengakui Israel cenderung melakukan genosid bila ia mengeluarkan arahan Israel perlu mengambil langkah berkesan mengelak genosid . 

Kami berpendirian apa yang jelas ialah keputusan ini tidak menyebut sepatahpun mengenai gencatan senjata. Padahal  terbukti keganasan Israel jelas bersalah atas jenayah genosid yang mengorbankan ribuan rakyat awam di Gaza.  ICJ telah mendengar bukti Afrika Selatan yang tidak dapat disangkal oleh Israel. Apa yang dihujahkan oleh Israel hanya mencabar jurisdiksi ICJ dan mengulangi hak mempertahankan diri.    

ICJ telah mengarahkan Israel tidak menghilangkan bukti-bukti genosid di Gaza. Ini bermakna ICJ menerima fakta ada perlanggaran Konvensyen Genosid.

Malah ICJ telah mengarahkan Israel menghukum mereka yang mengistiharkan niat genosid yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi Israel. Apakah ini akan dipatuhi oleh Israel ? 

Sebab itu reaksi kecewa dari penduduk Gaza malah Tebing Barat telah disuarakan terhadap keputusan ICJ . Apa yang mereka mahukan adalah gencatan senjata diarahkan untuk keganasan Israel dihentikan sertamerta.

Kami berpendirian sementara ICJ telah membuat keputusan yang dianggap menyebelahi tuntutan Afrika Selatan , namun ICJ tidak menangani isu pokok , bahawa serangan Israel yang terus berlaku tidak dihalang dan Israel tidak dipertanggungjawabkan terhadap jenayah perang dan jenayah genosid yang jelas dilakukan terang-terangan.

ICJ telah mengarah Israel melapor kembali dalam tempuh satu bulan  kepada ICJ mengenai langkah Israel . Padahal serangan terus dilancarkan sudah lebih dari 100 hari tanpa henti dan membunuh hampir 150 - 200 warga Gaza sehari. Sementara itu ada yang mati kerana tidak menerima rawatan , kebuluran dan kerana penyakit yang mulai merebak. Soalnya kenapa harus tunggu sebulan lagi ?

Kami mengusulkan kerajaan Malaysia melakukan pencelahan dalam pembicaraan kes tuntutan Afrika Selatan itu agar keputusan yang lebih adil dan mengukuhkan hujah gencatan senjata perlu dilakukan segera.

Reaksi PM Israel Natanyahu terhadap keputusan ICJ jelas menunjuk sikapnya bahawa dia tidak akan peduli dengan arahan ICJ. Dia telah mengistiharkan akan meneruskan malah meningkatkan operasi militari di Gaza. Oleh itu apa jaminan warga Gaza akan selamat walaupun keputusan ICJ mengarahkan langkah mengelak genosid.

Yang jelas ialah Israel telah melakukan perlanggaran Konvensyen Genocide dan jenayah perang dengan sokongan penuh serta bantuan tanpa had Amerika Syarikat . Persekongkolan Amerika sangat jelas. Keputusan ICJ sewajarnya mempersoalkan status Amerika membantu Israel dengan senjata tercanggih untuk membunuh seramai mungkin warga Gaza.

Amerika mesti turut dipertanggungjawabkan terhadap serangan Israel di Gaza. Keupayaan Israel melancar serangan berskala besar adalah akibat Amerika merestui dan menaja sepenuhnya operasi Israel. Malah semua calon Presiden Amerika untuk pilihanraya 2024 nanti menyatakan sikap bahawa operasi militari Israel di Gaza perlu diteruskan. Ada yang menyatakan bukan Israel bergantung kepada Amerika , akan tetapi hakikatnya Amerika yang memerlukan Israel.

Isunya sekarang ialah sementara keputusan ICJ itu adalah mengikat namun ia tidak dapat dikuatkuasakan. Apakah jaminan Israel akan menghentikan serangan dan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar melalui pintu Rafah. Laporan pelarian Gaza malah ditembak ketika cuba mendapat bantuan kemanusiaan di Khan Yanis sudah cukup membuktikan Israel tidak peduli kepada arahan ICJ.
  
Kami berpendirian masyarakat dunia tidak terlalu mengharapkan pembelaan ICJ . Bantahan perlu diteruskan dan tekanan kepada Israel hendaklah dipertingkatkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid 
Presiden MAPIM

MAKAN BERAS HANCUR


MAKAN 

BERAS HANCUR

KHALAS

Unknown commented on 
"MUDA KERJA KERAS 
DAH TUA TOLAK TEPI"

Kalau muda kerja kuat tak apa jugak, kalau semua makan tanggung berak cangkung apa cerita? Sekian lama orang-orang kita terus dibagi beras hancur, beras import quinoa beras basmati orang-orang kayangan makan, beras hancur pun naik harga, malah pesawah sendiri makan beras hancur

woit, cakap apa saja bagi sedap, menjaga bangsa menjaga agama menjaga pintu syurga tapi akhirnya sakau curi rompak samun rogol dalam kereta peronda pun ada kah kah kah bila nak bagi selipar kepada golongan macam ini? Tak guna NATO saja kah kah kah

CUKI SANA SINI



CUKAI DI SANA

DI SINI

AMIN

Unknown commented on 
"MUDA KERJA KERAS 
DAH TUA TOLAK TEPI"

Aku hairan jugak, setiap kali umum macam-macam bantuan, Rahmah lah Madani lah betulkah orang-orang Melayu saja dapat selama ini? Siapa layak siapa tidak layak? Apa cerita sebenarnya? Atau cerita 1mdb Najib jugak kah? Kah kah kah sepatutnya yang bekerja siang malam mencari rezeki yang perlukan bantuan subsidi bukan kontrak kaya raya bukan kontrak kelas F atau kroni kaum kerabatku?

Apa punya sistem paduka betul kah? Setiap bulan kena potong cukai pendapatan tambah macam-macam cukai termasuk SST lah cukai pintu cukai jamban cukai indah water cukai jalan cukai rokok cukai judi cukai makan nasi kandar kah kah kah duit semuanya pergi mana? Kah kah kah

ICJ - MAHKAMAH DUNIA


ICJ

MAHKAMAH DUNIA


AHAD 28 JANUARI 2024
KEPUTUSAN SEMENTARA
ICJ - MAHKAMAH DUNIA
MASIH HEBOH DIBINCANG

NEGARA EROPAH
SEPERTI GERMAN DAN PERANCHIS
MULA BERUBAH
MEMINTA ISRAEL HORMATI
ARAHAN MAHKAMAH

ISREAL TAK AMBIL POT
GAZA TERUS DI BOM
KUNCINYA  AMERIKA
HANYA AMERIKA BOLEH KAWAL ISRAEL
TAPI INI MUSTAHIL BERLAKU
KERANA HAMPIR SEMUA
AHLI POLITIK AMERIKA
DARI PRESIDEN KE AHLI KONGRES
SEMUA DALAM POKET ISRAEL

MEREKA SEMUA DAPAT DANA
MASA BERTANDING DARI
SAUDAGAR ZIONIS YAHUDI
ATAU SYARIKAT PRO ZIONIS
AMIN

UKRAINE
SERANGAN DRONE
DARI UKRAINE MASUK
JAUH KE DALAM WILAYAH RUSIA
INI PERKEMBANGAN BARU

KOREA SELATAN
MASIH HEBOH DENGAN SKANDAL
FIRST LADY
YANG GILA DENGAN BEG DIOR
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
KELMARIN PANAS
PAGI INI MATAHRI DAH BERSINAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
 
GUA BERJALAN DEPAN  POHON ARA
YANG SUNYI
TAPI DI ATAS BUKIT MURAI BERKICAU
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU
DARI JUAH GUA DENGAR SUARA 
HOW WOW

HARI INI PASTI PANAS
INI WATAK ALAM
SEBELUM TAHUN BARU CHINA

MUNGKIN HARI INI
 PANAS TERIK
WAJIB BERSEDA 
DENGAN BOTOL AIR

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN

POKOK DURIAN RUNTUH SEDAHAN
GULA MANIS DALAM TIN
MAHKAMAH DUNIA BUAT ARAHAN
ZIONIS JANGAN BOM PALESTIN 

ANAK SEKOLAH MAIN GULI
GULI DISIMPAN DALAM PETI
ZIONIS ISRAEL TAK AKAN PEDULI
GAZA DI BOM RAMAI AKAN MATI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI