Isnin, 29 Januari 2024
TAK PERLU BANYAK CAKAP - PENCEN MAHU AKSI
Mansuh pencen: Ini tanggungjawab kerajaan cari dana - Tuan Ibrahim
TEMERLOH - Pas menegaskan Kerajaan Perpaduan bertanggungjawab mencari dana bagi pembayaran pencen kepada pesara dan bukannya mengambil tindakan dengan memansuhkan skim persaraan penjawat awam.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, alasan kerajaan terpaksa berbelanja besar dipertikaikan dan memberitahu bahawa kerajaan sebelum ini pun berdepan masalah sama, namun tidak mengambil tindakan sedemikian.
Beliau turut mendakwa bahawa hak untuk berpencen kakitangan awam termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kenapa kerajaan kini kata tak mampu tanggung lagi?
"Ini tanggungjawab kerajaan mencari dana kerana hak untuk berpencen kakitangan awam termaktub dalam Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pencen 1980 (Akta 227)," katanya.
Beliau berkata sedemikian pada siang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pas Pahang di Kompleks Al-Makmur Kerdau di sini pada Sabtu yang disertai 800 perwakilan dari seluruh Pahang.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Pahang, Abdul Rosli Jabar dan Timbalannya, Andansura Rabu.
Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pemansuhan skim persaraan juga akan menjejaskan sektor tersebut jika hasrat itu diteruskan, selain penjawat awam hilang motivasi kerana tidak lagi memiliki pencen selepas tamat tempoh perkhidmatan.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam bermula Februari ini berstatus tetap tetapi tidak berpencen.
Ahmad Zahid berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ujar Ahmad Zahid, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, jumlahnya akan mencecah RM120 bilion menjelang 2040.
Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Dr Adnan Mat berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat jika negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmatan awam.
PEJAWAT AWAM
TAK MAHU LAGI
DENGAR CERITA
PUTAR ALAM
AMIN
PEJAWAT AWAM
MAHU AKSI
AMIN
CAKAP SAJA
TAK UBAH APA APA
AMIN
KHALAS
DAIM UZUR - KUAT UNTUK MELAWAN
Saya tidak peduli nasib saya – Tun Daim
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin hari ini sekali lagi menafikan wujud sebarang salah laku.
Sebaliknya beliau tidak ‘sabar-sabar’ menanti hari perbicaraan bermula selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.
Daim mengakui dirinya agak uzur namun keyakinannya masih lagi kuat.
Walaupun keadaan tidak begitu mengizinkan beliau bercakap, Daim masih cuba untuk membaca kenyataan media di luar pekarangan Mahkamah Jalan Duta selepas didakwa di mahkamah itu.
Bagaimanapun beliau seperti tidak dapat meneruskan pembacaanya kemudian memohon maaf sebelum menyerahkan kenyataan itu kepada media sebelum pulang bersama isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid bersama barisan peguam.
Antara yang terkandung dalam kenyataan itu termasuklah bagaimana Daim tidak mengakui salah terhadap tuduhan dilemparkan ke atasnya yang dipercayai bermotifkan politik.
“Saya tidak bersalah dan tidak sabar menunggu hari perbicaraan kelak. Namun, saya ingin menyatakan sesuatu mengenai keadaan negara kita.
“Seperti ramai yang lain mahukan sebuah Malaysia baharu, saya turut menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu, negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB.
“Tetapi kini, kita dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran yang menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan sebaliknya.
“Demi mencapai jawatan perdana menteri, Anwar melantik seorang individu berdepan tuduhan rasuah sebagai timbalan perdana menteri. Tidak lama kemudian, seperti silap mata, 47 pertuduhan rasuah timbalan perdana menteri itu digugurkan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?,” katanya.
Dakwa Daim, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke ‘laut’ seperti SPRM, Peguam Negara dan LHDN diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik.
“Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau Anwar, malah menteri mengeluarkan ugutan menghantar kereta polis ke rumah mereka.
“Seharusnya Anwar mesti sedar yang semua ini ada tempiasnya. Ketika sibuk melunaskan dendam yang lampau, ringgit terus merosot, ekonomi terbantut dan penderitaan rakyat biasa berterusan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?,” soalnya.
Katanya lagi, keyakinan yang ada pada dirinya tidak goyah walaupun sudah lanjut usia.
“Saya tidak peduli sangat nasib saya, biarlah Anwar melemparkan segala-galanya terhadap saya.
“Tetapi saya khuatir nasib negara saya. Jadi, saya menyeru anda melakukan apa yang terdaya dalam memelihara dan menyelamatkan negara ini. Jangan takut bersuara terhadap Anwar dan rejimnya. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab kepada rakyatnya, bukan sebaliknya.
Seperti kata pepatah, “Untuk memenangkan kejahatan, cukup sekadar orang baik tidak melakukan apa-apa”. Rakyat layak mendapat yang dijanjikan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Daim sempat menitipkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nur kepada Anwar Ibrahim berikutan ‘fitnah’ dilemparkan kepadanya.
“Kepada sahabat lama saya, Anwar Ibrahim, ingatlah akan firman Allah SWT dalam Surah al-Nur, bahawa mereka yang menyebarkan fitnah keji di kalangan orang-orang mukmin akan mendapat balasan pedih di dunia dan akhirat. Dan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,” tegasnya. -
DALAM HAL
MAHKAMAH
DAN HAL DUNIA
ALLAH TAK CAMPUR
AMIN
DLM PERTEMPURAN
POLITIK
SAPA PEGANG KUASA
DIA AKAN MENANG
AMIN
KHALAS
KENYATAAN DAIM
Kenyataan Media
Tun Daim Zainuddin,
29 Januari 2024
Saya tidak akan berbicara mengenal tuduhan bermotifkan politik terhadap saya ini.
Saya tidak bersalah dan tidak sabar menunggu hari perbicaraan kelak.
Namun, saya ingin menyatakan sesuatu mengenai keadaan negara kita.
Seperti ramai yang lain yang mahukan sebuah Malaysia baharu, saya turut menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu, negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB.
Tetapi kini, kita dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran yang menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan
sebaliknya.
Demi mencapai jawatan Perdana Menteri, Anwar melantik seorang individu berdepan tuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak lama kemudian, seperti silap mata, 47 pertuduhan rasuah timbalan perdana menteri itu digugurkan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?
Kejujuran, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke laut. Institusi bebas seperti SPRM, Peguam Negara dan LHDN diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik.
Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan? Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau Anwar, malah menteri mengeluarkan ugutan menghantar kereta polis ke rumah mereka.
Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan? Seharusnya Anwar mesti sedar yang semua ini ada tempiasnya.
Ketika sibuk melunaskan dendam yang lampau, ringgit terus merosot, ekonomi terbantut dan penderitaan rakyat biasa berterusan.
Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?
Dalam usia yang lanjut, di mana saya tidak lagi mempunyai kekuatan seperti dulu, keyakinan saya tetap tidak goyah.
Saya tidak peduli sangat nasib saya, biarlah Anwar melemparkan segala-galanya terhadap saya.
Tetapi saya khuatir nasib negara saya.
Jadi, saya menyeru anda melakukan apa yang terdaya dalam memelihara dan menyelamatkan negara ini.
Jangan takut bersuara terhadap Anwar dan rejimnya. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab kepada rakyatnya, bukan sebaliknya. Seperti kata pepatah, "Untuk memenangkan kejahatan, cukup sekadar orang baik tidak melakukan apa-apa," Rakyat layak mendapat yang dijanjikan.
Kepada sahabat lama saya, Anwar Ibrahim, ingatlah akan firman Allah swt dalam Surah al-Nur, bahawa mereka yang menyebarkan fitnah keji di kalangan orang-orang mukmin akan mendapat balasan pedih di dunia dan akhirat. Dan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
Daim Zainuddin
29 Januari 2024
APAKAH AKAN HUJAN ?
AKAN HUJAN ?
JAM 5.30 PETANG
AWAN HITAM BERKUMPUL
ARAH SHAH ALAM
ARAH KUALA SELANGOR
ARAH SUNGAI BESI
ARAH SEREMBAN
CERAH
MATA HARI TERLINDUNG
APAKAH AKAN HUJAN MALAM. INI ?
AMIN
AGENDA IMF - PENCEN
HAPUS PENCEN
AGENDA IMF
DIPANGGIL
AUSTERITY
ATAU BERJIMAT
KHALASI
Unknown commented on
"PENCEN AGENDA DAP ?"
kenapa nak mansuh pencen ? adakah sebab tak mampu bayar atau nak sakau.. kalau tak bayar pencen.. kemana hala duit tu akan pergi.. ini macam lebih baik ada gst.. ada brim ada pencen.. kah kah kah
PENCEN AGENDA DAP ?
Mansuh pencen untuk lemahkan monopoli Melayu – Rahim
KUALA LUMPUR – Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa pemansuhan sistem berpencen dalam kalangan kakitangan awam adalah helah yang dicetuskan oleh DAP.
Beliau mendakwa, cadangan itu dibuat DAP untuk melemahkan orang Melayu yang monopoli perkhidmatan awam sekali gus menjadi sendi kepada politik negara.
“Sebenarnya pencen ini isu yang ditimbulkan oleh DAP yang selalu sebut kita mesti gempur perkhidmatan awam yang dimonopoli oleh orang Melayu.
“Jadi pencen kena tarik kerana orang Melayu ramai dalam. Sedangkan kita tahu perkhidmatan awam itu sendi kepada kepimpinan politik. Orang politik fikir dan membuat dasar dan wawasan, yang melaksanakan kakitangan kerajaan ini.
“Nak gempur tak bolehkan buang sahaja, jadilah kontrak. Kontrak hari ini lantik, esok boleh buang,” katanya sambil berkata cadangan ini mesti ditolak.
Abdul Rahim berkata demikian pada Wacana Intelek bertajuk Pembangunan Ekonomi Bumiputera.
Beliau turut berpendapat cadangan pemansuhan pencen ini sebagai satu helah untuk mencacatkan penguasaan politik Melayu.
Penguasaan politik ini banyak melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN), cikgu melalui Kementerian Pendidikan.
Beliau berpendirian pendekatan ini digunakan untuk merosakkan perkhidmatan awam.
“Apa pasal dulu boleh beri? Kita ni kaya tetapi pentadbir ada sedikit tak pandai.
“Tak reti, tak kreatif, tak pandai. Saya fikir ini helah orang politik,” ujarnya.
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Kabinet bersetuju perjawatan bagi kakitangan awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Ahmad Zahid berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
WOIT
BUKAN NAK
LEMAHKAN
AMIN
ISU PENCEN
BERI PELUANG
UNTUK RAKYAT
LAWAN KERAJAAN
AMIN
PEMBANGKANG
WAJIB URUT
ISU PENCEN DAN
BAWA RAKYAT
KE JALAN RAYA
AMIN
CAKAP TIDAK
ADA GUNA
AMIN
RAKYAT IKUTI KES DAIM
Rakyat sibuk fikir isi perut sendiri, tak peduli isu pendakwaan – Perkasa
KUALA LUMPUR – Pendakwaan terhadap bekas-bekas pemimpin didakwa untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Kerajaan Madani yang sudah lebih tahun mentadbir negara.
Walau bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, rakyat ketika ini hanya memberi perhatian terhadap isu-isu kebajikan sendiri berbanding pendakwaan yang dilakukan.
“Dakwa-dakwa sampai orang tua pun kena dakwa. Anak dia kena, isteri kena. Sebenarnya tidak ada apa sangat, cuma nak alihkan isu pandangan rakyat kegagalan setahun lebih, tidak boleh buat apa pun.
“Takut rakyat fokus kepada kegagalan, mereka suruh rakyat fokus isu pendakwaan zaman dulu. Eh, rakyat tak kisah cerita menyamun ni bukan kayakan kita.
“Rakyat fikir perut ni nak isi, pekerjaan, harga (barang) murah itu yang rakyat fokus,” katanya yang bertindak sebagai panelis Wacana Intelek bertajuk Pembangunan Ekonomi Bumiputera.
Baru-baru ini, isteri bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan kesalahan kesalahan tidak mendedahkan aset selaras Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.
Pada masa sama, dua anak Dr Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir dan Mohkzani turut dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.
Mokhzani yang juga ahli perniagaan hadir ke ibu Pejabat SPRM pada 26 Januari lalu berkaitan notis pengisytiharan hart
Hari ini bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin bakal didakwa atas tuduhan yang sama dengan isterinya. –
WOIT
SAPA KATA
RAKYAT TAK IKUT
AMIN
RAKYAT NAK TAHU
NAMA DAIM DALAM
PANAMA PAPER
MAKA DI DI DAKWA
AMIN
SEMUA NAK TAHU
BILA NAK DAKWA
ZAHID & ZAFRUL
DUA DUA ADA
NAMA DALAM
PENAMA PAPER
JENG JENG JENG
KHALAS
DAIM NAIK KERUSI RODA
Daim hadir berkerusi roda ke mahkamah
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin akan dibicarakan di Mahkamah Seksyen, di sini, atas dakwaan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.
Daim, 85, yang hadir berkerusi roda pagi ini dengan kot berwarna hitam kelihatan seperti tidak bermaya dan tidak bercakap apa-apa ketika dikerumuni pengamal media di lobi mahkamah.
Beliau ditemani isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid.
Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin dijangka didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi pada jam 9 pagi ini.
Sabtu lepas dalam satu kenyataan, Daim mendedahkan, SPRM sudah mengambil rakaman percakapannya dan memaklumkan bahawa beliau akan didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang juga kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.
“Peguam saya telah difahamkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin 29 Januari mengikut Sesyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan tidak istiyar aset.
“Baiklah, saya tidak sabar dengan hari-hari saya di mahkamah nanti,” katanya melalui peguam beliau.
Minggu lepas, Nai’mah mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dan mohon dibicarakan.
Pada 10 Januari lalu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Daim.
Na’imah juga mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.
Beliau berkata disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik Daim dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.
Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.
Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.
Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.
Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.
Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen. -
PERANG MULA
ATAU
OKU DI ZALIMI
KAH KAH KAH
KESIAN DAIM
DEMAM KURANG
SEHAT NAIK
KERUSI RODA
AMIN
MASIH WAJIB
TURUN NAIK
MAHKAMAH
AMIN
BILION BILON
DUIT NAK BUAT
APA ?
JENG JENG JENG
AMIN
BUAT CIPTAAN SENDIRI
BUAT CIPTAAN
SENDIRI
AMIN
Unknown commented on
"TAKTIK SAMBUNG KUASA"
Tak ada satu ciptaan kita sendiri, orang-orang kita pandai berhujah bercakap menjerit melopong tapi satu pun bukan ciptaan kita, semua pinjam teknologi orang lain, tak kira negara apa, internet bukan ciptaan kita, kita menumpang teknologi orang lain tapi bukan main hebat sembang siang malam,
teori lain analisis kiri kanan sampai ramai pakar-pakar ekonomi politik semuanya komen kah kah kah tapi sedikit pun tak malu dengan orang-orang luar, kah kah kah, pertama guna produk halal tak payah sembang kari ayam
BERSILAT BUKAN BERCALAT
BERSILAT
BUKAN BERCALAT
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"SILAT JANGAN TAK SILAT"
bersilat dengan bini orang ok tak ?
Unknown commented on
"SILAT JANGAN TAK SILAT"
Tunjuk aksi silat kat masjid nabawi tu okey waooiii Menteri agama wooiii
Jangan tunjuk aksi berjubo kat masjid nabawi udah ler wooii
Apeeee pun tak bolehhh...!!!
Kah kah kah
PENCEN
PENCEN
SENIN 29 JANUARI 2024
PENCEN PENCEN PENCEN
HEBOH HEBOH HEBOH
DULU TONY PUA
DARI DAP ADA KATA
PENJAWAT AWAM KITA
TERLALU RAMAI
PANDANGAN INI BETUL
PANDANGAN INI SALAH
BETUL DARI SEGI ANGKA
SALAH DARI SEGI INCIAN
KITA MASUK KAN
POLIS ASKAR GURU BOMBA
DOKTOR MISI CIK GU PENSYARAH
KE DALAM KOTAK PENJAWAT AWAM
MAKA KELIHATAN RAMAI
DI NEGARA LAIN
HANYA YANG BEKERJA
DENGAN EKSEKUTIF SAJA
ASKAR POLIS MISI BOMBA
BUKAN PENJAWAT AWAM
HANYA YANG BEKERJA
UNTUK KERAJAAN FEDERAL SAJA
YANG LAIN TIDAK
INI BUAT KITA JULING
WALHAL TIDAK SERAMAI MANA
APA YANG BETUL
IALAH PEKERJA AWAM INI
AGAK LEMBAB
KERJA SLOOO
REHAT BANYAK
INI YANG WAJIB DI LAWAN
BUKAN PENCEN MEREKA
TERTIBA
FAHMI FADIL KATA
HAL PENCEN INI
MASIH DALAM KAJIAN
KAH KAH KAH
KALAU DALAM KAJIAN
APA HAL NAK UMUM
1 FEBUARI 2024
KAH KAH KAH
KANTOI
AMERIKA
3 ASKAR AMERIKA MATI
34 CEDERA
ADA CEDERA PARAH
KENA SERANG DI SEMPADAN
JORDAN SYRIA
OLEH GERILA ?
UNITED KINGDOM
VAPE PAKAI BUANG
AKAN DI HARAMKAN
FINLAND
PARTI KANAN
DI BACA AKAN MENANG
PRU PRESIDEN
GARIS KANAN MENGEMBANG
AMERIKA
SAPA AKAN JADI
RAKAN TIMBALAN
TRUMP DALAM
PILIHAN PRESIDEN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
KELMARIN PANAS SEPANJANG HARI
TERKUKUR BERSUARA
MURAI BERKICAU
DALAM BELUKAR
TUK TUK TUK
SUARA DI DENGAR
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS TANPA HUJAN
DALAM MALAM JUGA
AKAN PANAS
INI WATAK SEBELUM RAYA CHINA
AMIN
BRO
SENYUM KITA SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUM
SIMPAN AIR DALAM BESEN
PSASANG PERANKAP BUNUH TIKUS
ASKAR POLIS AYAM PENCEN
APA AKAN JADI BILA DILUPUS
SALAI IKAN DALAM LEKAR
BILA DAH KERING JADI MAKANAN
BALU POLIS BALU ASKAR
SEMUA ADA PENCEN BULANAN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA