Khamis, 8 Februari 2024
PEKERJAAN PALING BAHAYA !!!
123 wartawan maut di Gaza sejak 7 Okt
Seramai 123 wartawan Palestin terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, menurut pejabat kerajaan di wilayah terkepung itu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kematian seorang wartawan yang juga pengarah Pusat Penerangan Palestin di Semenanjung Gaza, Rizq al-Gharabli.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 27,585 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt.
MELAPOR BERITA
SEBAGAI
WARTAWAN
ADALAH
KERJA PALING
BAHAYA
KHALAS
ADA DIPENJARA
ADA DIBUNUH
GUGUR DI MEDAN
PERANG
KHALAS
BAHAYA BARU SUDAH SAMPAI
Energy Stick bahaya, KKM pastikan iklan produk diturunkan
KUALA LUMPUR – Produk penyedut hidung atau dikenali sebagai Energy Stick tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) seperti peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas penjual yang dikesan menjual produk tersebut.
Katanya, KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya iaitu memastikan iklan-iklan produk tersebut diturunkan.
“Hasil saringan awal di platform e-dagang (e-marketplace) seperti Shopee dan Lazada, pihak KKM turut mengesan terdapat pengiklanan dan penjualan produk tersebut oleh penjual tempatan dan luar negara,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu katanya, KKM menerima aduan awam mengenai penjualan produk penyedut hidung di dalam talian.
Menurut Muhammad Radzi, penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
INI BAHAYA
BARU SAMPAI
AMIN
HASIL TEKNOLOJI
MICRO CHIP
AMIN
APA LAGI
AKAN SAMPAI ?
KHALAS
ZAHID BEBAS - KENAPA NAJIB HANYA DAPAT DISKAUN ?
ZAHID
DAPAT BEBAS
KENAPA
NAJIB HANYA
DAPAT DISKAUN ?
AMIN
KENAPA PERASUAH DIBEBASKAN
KENAPA PERASUAH
DI BEBASKAN ?
KHALAS
Unknown commented on
"MERCUN"
Isu beribu batu jauh masih dalam hati, isu anak tak ada makan, tak ada susu tak ambik pot pun, orang tak ada kerja tak kisah asal anak Rohingya nak masuk universiti, anak kita tak ada kerja tak kisah asal anak Bangla ada perniagaan kedai runcit,
semuanya rasuah orang-orang kita tak apa biasa biasa ketua perasuah nak bebas atas jasa kepada negara kah kah kah adakah otak kita ini tak betul, tak cukup air dalam otak Ker apa? Kah kah kah meluat lah setiap hari pemimpin negara-negara menjadi karton rokok tampal
CURI RASUAH MENJADI JADI
CURI RASUAH
MENJADI JADI
AMIN
Unknown commented on
"ANWAR GANTI ZAHID"
Pakai uniform megah minta sedekah tepi jalan, kalau kesian orang bagi tapi meludah muak perangai orang-orang kita ini, semuanya boleh diuruskan dengan duit kah kah kah
Nak jadi peminta sedekah biar profesional sikit-sikit, jangan guna uniform, minta tadah tangan baik bagus lagi kah kah buat malu bangsa agama negara saja dengan orang-orang luar
Unknown commented on
"ANWAR GANTI ZAHID"
Asal usul pencuri penyamun perompak dah lah begitu dinobatkan sebagai pendekar pulak, susah atur tak kira berapa lama,. perangai tetap sama, agungkan segalanya berkaitan Iskandar Zulkarnain kah kah kah buat malu saja, setiap sentuhan semua jadi curi rasuah songlap kah kah kah masih nak salahkan Yahudi masih nak salahkan DAP?
DAP senyap menyap jadi kerajaan engkaulah orang bawahan musnah negara mudah musnah rakyat sampai Bangla berani lawan balik kah kah kah puiiii
NAJIB PENCURI DUIT RAKYAT
NAJIB PENCURI
CURI DUIT RAKYAT
KHALAS
Dari KERU commented on
"BIN ABDULLAH BOCORKAN KESILAPAN AGONG ATAU MENTERI ?"
Bagi aku siapa pun tak boleh bagi pengampunan kepada najib...dia bukan curi duit sultan/agong, bukan curi duit umnoo, bukan curi duit zahid. Dia curi duit rakyat/negara untuk jadi king. Orang umnooo sibuk suruh ampooonnnkan najib pasal apa? Kalau duit umnoo kita boleh le kita terima, ini duit rakyat/negara.
Kalau kes ni di negara korea utara...lama dah najib ni dapat hukuman tembak. Keluarga najib kecewa sebab najib tak dilepaskan...tak tau malu...bapak kau perompak!!!!Sedangkan pencuri milo pun kena 18 bulan penjara tanpa ampoonn, inikan pula juta-juta. Manusia di Malaya ni dah gila agaknya!!!!!
Tt, siarkan keluhan den ni!!!
MANA HILANG MENTERI ANCAM
MENTERI ANCAM
MANA ILANG FAHMI FADIL
MENTERI ANCAM ?
BIN ABDULLAH
DAH BOCOR MAKLUMAT RAHSIA
BIN ABDULLAH
PERTIKAI TITAH AGONG
BIN ABDULLAH
UMUM ISI SURAT AMPON
JENG JENG JENG
BILA NAK DAKWA
BIN ABDULLAH ?
KHALAS
REFORMASI DAH JADI REFORMATI
Surendran keluar PKR, dakwa parti gagal laksana reformasi
KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mengumumkan keluar PKR kerana kecewa dengan parti itu.
Bekas Naib Presiden PKR itu sebelum itu kecewa dengan sikap pucuk pimpinan parti yang didakwa gagal melakukan reformasi.
“Fahmi, jangan kisah soal disiplin parti. Lagi pun saya pun sudah lama tidak aktif dalam parti.
“Saya tanya mengenai reformasi PKR seperti dijanjikan. Tiada jawapan mengenainya.
“Tiada guna jadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai tindakan keluar parti,” katanya menerusi kenyataan di X hari ini.
Sebelum itu, Fahmi Fadzil yang juga Ketua Komunikasi PKR mengingatkannya supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR. –
WOIT
APA SUDAH JADI
KAH KAH KAH
REFORMASI
DAH JADI
REFORMATI
KAH KAH KAH
INI PEGUAM
PEMBELA ANWAR
MASA DALAM JIL
KAH KAH KAH
SEKARANG DAH
SEDAR SAPA
ANWAR SEBENAR
KAH KAH KAH
KHALAS
PEMIMPIN GERAKAN SALAH TUDUH DAP
Pemimpin DAP jadi boneka bisu isu pengampunan Najib – Kah Yong
KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP hanya menjadi ‘boneka bisu’ berhubung isu pengampunan Najib Razak dan siasatan polis terhadap Tony Pua.
Setiausaha Agong Gerakan, Loh Kah Yong berkata, DAP jangan hanya bising semasa menjadi pembangkang sebaliknya berdiam diri apabila sudah menduduki kerajaan dan ada jawatan.
“Sikap sebegini sangat memalukan, walhal sebelum ini pemimpin PH terutamanya DAP antara yang banyak menghasut rakyat dan menjadikan isu 1MDB dan label kleptokrasi sebagai modal kempen pada pilihan raya umum 2018 dan 2022.
“Mana perginya suara-suara bising Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Adakah Kit Siang lupa ‘kata laluan’ untuk blog dia? ” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.
Soal Kah Yong, di mana pendirian pemimpin DAP apabila Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan meminta bertenang dan menggesa akar umbi tidak mengkritik isu pengampunan tersebut.
“Saya berasa hairan, adakah mereka ini berubah 180 darjah kerana takut kehilangan jawatan sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan maruah serta abaikan janji kepada pengundi?
“Paling ketara, Akta Hasutan kini telah dikembalikan oleh pihak kerajaan terhadap pesaing politik kerajaan,” ujarnya.
WOIT
TUDUHAN GERAKAN
INI SALAH BESAR
AMIN
PEMIMPIN
DAP SENYAP
BUKAN
JADI BONEKA
AMIN
MEREKA BUKAN
JADI BONEKA
TAPI JADI MENTERI
TU PASAL SENYAP
KAH KAH KAH
KHALAS
PEMUDA GEROMBOLAN TIBAI AMK
AMK jangan latah, hantaran Dr Akmal tak tuju pada sesiapa – A’zla
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak perlu melatah apabila Pergerakan Pemuda UMNO menyatakan pendiriannya ekoran keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengurangan hukuman terhadap Najib Razak.
Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO, A’zlan Abu Bakar berkata, ketuanya, Dr Akmal Saleh tidak menujukan kepada sesiapa apabila membuat hantaran di media sosial di sebalik keputusan Lembaga Pengampunan itu.
“Saya berasa hairan, seolah-seolah ada yang terasa pedas walhal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Dr Akmal) dalam hantarannya hanya menulis secara umum tanpa menuju kepada sesiapa.
“Tidak timbul perkara yang menyerang parti komponen Kerajaan Perpaduan atau dalam kata lain, siapa makan cili, dia terasa pedas.
“Saya minta supaya Haziq jangan cepat melatah kalau tak terasa pedas dengan terus menuduh tak tentu hala,” katanya.
Pada Ahad lalu, media melaporkan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar membidas kenyataan Dr Akmal kerana didakwa boleh mengeruhkan hubungan dengan rakan komponen Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut mencadangkan supaya Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu fokus kepada usaha memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.
Sebelum ini, Dr Akmal memuat naik hantaran di akaun Facebook miliknya yang menyatakan; “Kita dipermainkan akhirnya. Jangan ingat kami tidak tahu apa yang berlaku, sudah tiba masanya”.
Dalam pada itu, A’zlan berkata, sebaliknya kenyataan Haziq itu dilihat cuba mengeruhkan hubungan Kerajaan Perpaduan.
“Hakikatnya beliau (Haziq) sendiri yang sedang mengeruhkan keadaan ini kerana kenyataannya sendiri membuta-tuli.
“Tidak timbul soal tidak adil, seolah-olah UMNO tidak berusaha mengekalkan keharmonian serta menghormati antara rakan komponen Kerajaan Perpaduan.
“Kalau benar pun dia terasa pedas, saya rasa lebih elok dia bertanya kepada Ketua AMK, Adam Adli apa yang dimaksudkan dalam hantaran Dr Akmal.
“Haziq boleh tanya terus kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim sama ada benar sedang mempermainkan UMNO atau tidak,” katanya.
A’zlan mengingatkan Haziq Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Dr Akmal pada masa ini mempunyai prinsip jelas dan ikhlas.
“Ia terbukti dalam Konvensyen Pemuda Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Mei 2023. Seterusnya siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan usaha yang digerakkan Dr Akmal,” katanya lagi. –
WOIT
GADUH JANGAN
TAK GADUH
AMIN
TIBAI JANGAN
TAK TIBAI
AMIN
SAPA MAKAN CABAI
AKAN TERASA PEDAS
AMIN
SAPA MAKAN CIBAI
AKAN TERASA MASIN
KAH KAH KAH
KHALAS
BERSIH - BILA NAK TURUN KE JALAN RAYA ?
JANGAN UGUT
JANGAN CAKAP
BUKTIKAN
AMIN
BILA NAK TURUN
KE JALAN RAYA ?
AMIN
ANWAR GANTI ZAHID
ANWAR GANTI
ZAHID
KHALAS
politikgilababi commented on
"ANWAR DAN GEROMBOLAN"
Mungkin Anwar akan guna taktik sama pada Jahid mcm diguna pada Ghafar Baba sehingga tarik diri masa pemilihan Tim.Presiden umnu dulu? Apakah Jahid akan berundur secara sukarela? Kahkahkah Kahkahkah
CAKAP NAK LAWAN RASUAH - KENAPA ZAHID DIBEBAS ?
ANWAR NAK
LAWAN RASUAH
TAPI ZAHID DIBEBAS
AMIN
Unknown commented on
"ANWAR DAN GEROMBOLAN"
perasaan kah kita ? setiap kali nuar kata nak lawan rasuah sekor penyamun lepas.. kah kah kah
MERCUN
MERCUN
LAGI SEHARI RAYA CHINA SAMPAI
MERCUN DAH MULA
BERDENTAM DENTUM
KESIAN EZI DAN TAK TAK
WALAU PUN DALAM RUMAH
MERAKA MERASA TAKUT
INI KERANA TELINGA MEREKA
BERIBU KALI LEBIH SENSITIF
DARI TELINGA KITA
DISKAUN
HEBOH PASAL DISKAUN NAJIB
BELUM SELESAI
TUP TUP
PEGUAM NAJIB BOCORKAN
BERITA ADA PERTELINGKAHAN
ANTARA MADANI DENGAN AGONG
JENG JENG JENG
MENGIKUT BIN ABDULLAH
MADANI TAK NAK BEBAS
AGONG NAK BEBAS
OOOOH
DING DING DONG DONG
INI SEBAB PENGUMUMAN
LAMBAT MENIMBULKAN
PELBAGAI SPEKULASI
KITA TENGOK HARI INI
APA KOMEN MENTERI ANCAM
APAKAH TINDAKAN AKAN DIAMBIL
PADA BIN ABDULLAH
KERANA BOCORKAN
MAKLUMAT SULIT
ANAK GUAMAN
JENG JENG JENG
ISRAEL
AMERIKA BUAT DEAL
NAK LAKUKAN GENCATAN SENJATA
NETHANYAHU TOLAK
KERANA KATANYA ISRAEL
DAH NAK MENANG
AMERIKA
DEWAN SENAT HALANG
DANA SEBANYAK 118 BILION DOLAR
UNTUK UKRAINE DAN BUJET
KAWAL SEMPADAN DI MEXICO
IRAQ
TIGA MATI
DARI SERANGAN DRONE
AMERIKA DI BAGHDAD
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI MENCELAH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
LANGIT AGAK KELAM
INI KERANA PETANG KELAMRIN
HUJAN GAGAL
HA HA
DARI BUKIT KIRI
DARI BUKIT KANAN
HOW WOW BERSUARA
CUKUP UNTUK MENDOMINASI
HOKKIEN PAGI INI
DI TAMBAH PULA
SUARA SAEKOR KENG KENG
MENCELAH MASUK
ADUH !
YANG LAIN GUA TAK DENGAR
GUA IKUT JALAN KE ARAH SUNGAI
GUA LIHAT SAWAH RUMPUT
DAN KUNING KERING
HASIL KENA RACUN
BULAN DUA MERACUN
BULAN EMPAT SEMBAHYANG KUBUR
MAKA BELUKAR LALANG
WAJIB DI MUSNAH
BILA GUA MENGETIK INI
DI BALKONI GUA
CAHAYA MATAHARI
DAH MELIMPAH
PASTI
HARI INI AKAN PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUMAN
BRO
LEBIH SUSAH HENDAK
MENUTUP OTAK KOSONG
DARI BELAJAR UNTUK
MENGISI OTAK
BRO
TANDA MASYARAKAT YANG BEBAS
KITA SELAMAT UNTUK JADI
TIDAK POPULAR
BRO
SETIAP ORANG
PASTI ADA MELIHAT
ORANG LAIN POYO
BRO
KALAU LU KATA
DUIT AKAN BUAT LU GUMBIRA
MAKNANYA
LU TAK BERDUIT
BRO
KALAU LU NAK PERDAMAIAN
JANGAN BERCAKAP
DENGAN KAWAN LU
LU PERGI BERCAKAP
DENGAN MUSUH LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHAMIS