Ahad, 11 Februari 2024

PARTI IMRAN KHAN DAPAT KERUSI MAJORITI TAPI....


PARTI IMRAN KHAN

DAPAT KERUSI

MAJORITI

AMIN

TAPI.....

ENG JENG JENG

KHALAS

NAJIB - PANDANGAN BEKAS KETUA HAKIM NEGARA



Kenyataan pengampunan Najib: kesilapan demi kesilapan berlaku

PADA 4 Februari 2024, saya telah memuatnaikkan rencana bertajuk “Pengampunan DS Najib: Lembaga Pengampunan Patut Beri Alasan” berdasarkan Kenyataan Media bertarikh 2 Februari 2024 yang dikeluarkan oleh Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Pada 7 Februari 2024, saya terdengar persidangan akhbar TS Shafee, peguam DS Najib melalui Youtube. Beliau membaca satu dokumen yang mengikutnya ditandatangani oleh Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan juga DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang ke-16 dan cop mohor Baginda.

Dalam rencana ini saya merujuk kepada Kenyataan Media itu sebagai dokumen pertama dan surat yang dibaca oleh TS Shafee itu sebagai dokumen kedua. Dokumen pertama, antara lain, mengatakan:

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar. Oleh yang demikian, YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000.00 dikurangkan kepada RM50,000,000.00.”

Daripada perenggan ini dapat difahamkan: bahawa keputusan untuk mengurangkan hukuman dan denda ke atas DS Najib itu adalah keputusan lembaga itu. Kedua, terdapat kesilapan pengiran baki denda yang kena dibayar oleh DS Najib setelah “pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.” Kenyataan itu seterusnya berkata “Oleh yang demikian…denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000.00 dikurangkan kepada RM50,000,000.00.”

Adalah nyata 50% daripada RM210,000.00 adalah RM105,000,000.00 bukan RM50,000,000.00. Bagaimana kesalahan seperti itu pada dokumen yang begitu penting boleh berlaku sukar difahami. Urusetia itu adalah sebahagian daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Takkanlah pegawai undang-undang yang menyediakan dokumen semudah itu tidak faham makna “dan” dan tidak tahu mengira berapakah 50% daripada RM210,000,000.00.

Juga tidakkah Menteri berkenaan yang menghadiri mesyuarat lembaga itu tidak nampak kesilapan itu atau beliau tidak membacanya, sebelum meluluskannya. Kedua-dua mereka patut dipertanggungjawabkan

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan…telah memutuskan…”

Ertinya, keputusan mengurangkan hukuman dan denda kepada DS Najib itu adalah keputusan lembaga itu yang dipengerusikan oleh YDPA, yang bererti ahli-ahli lembaga itu dan YDPA bersetuju dengannya. Tunggu lihat apa yang dikatakan oleh dokumen kedua.

Dokumen kedua ditandatangani oleh Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Dikembarkan kepada dokumen itu adalah satu muka surat berasingan tidak bernombor dan tidak bertarikh. Ia bertajuk Perintah Pembebasan Awal dan mengandungi cop mohor YDPA dan tandatangan Baginda dan perkataan “Kepada Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Sekalian Yang Menerima Surat Ini.” Saya fikir ia adalah muka surat pertama kepada dokumen itu.

Dokumen ini, antara lain, mengatakan:

“Lembaga Pengampunan….pada 29 Januari 2024 menimbang hukuman banduan telah menasihatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya banduan Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak meneruskan baki hukuman.”

Ia diikuti selepas itu, di muka surat yang sama, dengan:

“Bahawasanya adalah munasabah, pada hemat beta, belas kasihan patut diberi kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Maka oleh yang demikian beta …, pada menjalankan kuasa yang terletak pada beta… dengan ini memerintahkan bahawa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00….beta telah menurunkan tandatangan dan cop mohor beta pada 29 Januari 2024.”

Dokumen itu diakhiri dengan perkataan “Dengan Titah Perintah Baginda” diikuti dengan tandatangan Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dokumen ini juga memeningkan. Pertama, dalam satu dokumen terdapat dua orang yang bercakap dan dua orang yang menandatanganinya, Menteri dan YDPA. Di bahagian pertama, ia nampak seperti Menteri membuat kenyataan mengenai pengampunan DS Najib.

Selepas itu, YDPA pula bertitah yang diakhiri dengan “PADA MENYAKSIKAN YANG TERSEBUT DI ATAS beta telah menurunkan tandatangan dan cop mohor beta pada 29 Januari 2024.” Tetapi, Baginda tidak menurunkan tandatangan Baginda di muka surat itu. Yang menurunkan tandatangannya adalah Menteri selepas perkataan “Dengan Titah Perintah Baginda”. Dokumen itu pula tidak bertarikh. Tandatangan dan cop mohor YDPA dibuat pada sekeping kertas berasingan yang juga tidak bertarikh.

Dalam keadaan ini, kita tidak tahu bilakah dokumen yang ditandatangani Menteri itu dan dikatakan ditandatangani YDPA itu dibuat. Tandatangan Menteri tidak bertarikh. Tandatangan YDPA diturunkan atas sekeping kertas berasingan tidak bermuka surat dan juga tidak bertarikh. Tandatangan Baginda sepatutnya terletak di muka surat 4 bersama-sama tandatangan Menteri. Jika dibuat demikian pun pelik juga. Ini bukan surat bersama yang kedua-dua orang mengatakan atau mengesahkan perkara yang sama. Ini surat dua orang yang masing-masing berkata perkara yang berlainan.

Saya tidak pernah lihat satu dokumen yang begitu penting dibuat sedemikian cara. Jika mengikut tajuk pada kertas tidak bernombor di mana terdapat tandatangan YDPA, ia adalah Perintah Pembebasan Awal daripada YDPA. Jika demikian, ia sepatutnya menggunakan kepala surat Istana Negara. Ia tidak boleh dicampur aduk dengan kenyataan Menteri. Baginda seorang sahaja yang patut menandatanganinya. Menumpang surat orang lain yang menggunakan kertas taip adalah satu penghinaan kepada Baginda. Tiada siapa pernah berbuat demikian. Ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula yang melakukannya. Saya tidak fikir perkara seperti itu pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Pegawai dan Menteri berkenaan patut dipertanngunjawabkan

Ingat kembali, mengikut dokumen pertama keputusan mengurangkan hukuman dan denda kepada DS Najib itu adalah keputusan lembaga itu yang dipengerusikan oleh YDPA, yang bererti ahli-ahli lembaga itu dan YDPA bersetuju dengannya.

Apa yang dikatakan oleh dokumen kedua?

“Lembaga Pengampunan….telah menasihatkan YDPA supaya banduan Dato’ Sri Mohd Najib …. meneruskan baki hukuman.”

Tetapi, Baginda berpendapat “…. adalah munasabah, pada hemat beta, belas kasihan patut diberi kepada…. ” DS Najib. Maka Baginda memerintahkan hukuman dan denda dikurangkan. Ertinya Baginda tidak menurut nasihat lembaga itu. Ini selaras dengan pendapat Baginda tidak terikat dengan nasihat Lembaga Penasihat. Mahkamah kita pun memutuskan demikian.

Ertinya, terdapat perbezaan besar di antara apa dinyatakan oleh dua dokumen itu. Dokumen pertama mengatakan lembaga dan YDPA sekata untuk mengurangkan hukuman dan denda DS Najib. Dokumen kedua mengatakan lembaga menasihat Baginda bahawa DS Najib hendaklah meneruskan baki hukuman, ertinya DS Najib tidak diberi pengurangan. Tetapi, Baginda tidak menurut nasihat itu dan memberi pengurangan atas dasar belas kasihan.

Apa yang menghairankan ialah, jika apa yang dikatakan dalam dokumen kedua itu adalah apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat lembaga itu, bagaimana pegawai undang-undang di jabatan itu boleh tidak tahu perbezaannya dan menggubal dokumen pertama seperti itu? Adakah beliau tidak hadir dalam mesyuarat itu? Menteri berkenaan memang hadir. Tidakkah beliau tahu apa yang sebenarnya berlaku? Tidakkah beliau tahu perbezaan di antara keduanya? Tidakkah beliau nampak apa makna dan kesan apa yang dikatakan oleh dokumen pertama itu? Atau beliau tidak membacanya?

Saya lebih percaya bahawa dokumen kedua dikeluarkan untuk membetulkan dokumen pertama setelah orang ramai menyalahkan kerajaan kerana pemberian pengampunan itu. Mereka menuduh kerajaan memain peranan di dalamnya. Tuduhan itu tidak adil kepada Kerajaan, terutama sekali kepada Perdana Menteri, jika ia tidak betul. Saya lebih percaya apa yang disebut dalam dokumen kedua adalah apa yang berlaku dalam mesyuarat itu. Jika tidak, tidakkah YDPA membacanya sebelum menurunkan tandatangan Baginda atau Baginda sanggup berbohong? Saya tidak fikir demikian.

Satu perkara lagi yang memeningkan ialah dokumen pertama menyebut pengurangan 50% hukuman penjara dan menetapkan tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028. Dokumen kedua pula tidak menyebut pengurangan hukuman penjara sebanyak 50% tetepi terus menetapkan tarikh pembebasan awal yang sama, iaitu pada 23 Ogos 2028.
Penetapan tarikh pembebasan awal itu telah menimbulkan perbalahan sama ada ia boleh dikurangkan oleh Ketua Pengarah Penjara menurut undang-undang dan peraturan penjara. Saya percaya tarikh itu dikira oleh pegawai yang menggubal surat itu, bukan oleh Lembaga Pengampunan dalam dokumen pertama dan oleh YDPA dalam dokumen kedua. Saya percaya apa yang dipersetujui seperti disebut dalam dokumen pertama dan apa yang dititahkan oleh YDPA menurut dokumen kedua ialah DS Najib diberi pengurangan hukuman penjara sebanyak 50%.

Mengapa tidak menyebut demikian dan biarkan pihak penjara mengira dan menetapkan tarikh pembebasannya, mengambil kira perintah itu dan lain-lain kelayakan beliau mengikut undang-undang dan peraturan penjara. Mereka lebih arif dalam halam hal itu. Mahkamah pun tidak menetapkan tarikh pembebasan. Seperti dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan hanya memerintahkan hukuman penjara DS Najib berjalan “mulai daripada Keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu pada 22 Ogos 2022.”

Malangnya, sudahlah dokumen pertama mempunyai kesilapan-kesilapan material, dokumen kedua pula memalukan Kerajaan dan merupakan satu penghinaan terhadap YDPA. Menteri berkenaan bertanggungjawab ke atasnya. Beliau tidak boleh menolak tanggungjawab itu kepada pegawainya semata-mata.

TUN ABDUL HAMID 
Mohamad merupakan mantan 
Ketua Hakim Negara
 


UMUR ENAM TAHUN DIBUNUH ZIONIS



Hind akhirnya ditemukan maut selepas 12 hari diserang Israel
GAZA CITY – Seorang kanak-kanak Palestin yang membuat panggilan kecemasan kepada Bulan Sabit Merah Palestin (PRC) 12 hari lalu meminta pertolongan kerana kenderaan yang dinaiki bersama keluarga bapa saudaranya diserang tentera Israel ditemukan maut.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, mayat Hind Rajab berusia enam tahun bersama lima ahli keluarganya ditemui di kawasan Tal Al-Hawa, barat daya Bandar Gaza.

Kawasan berkenaan telah dikepung oleh pasukan tentera Israel termasuk kereta kebal.

Sumber perubatan melaporkan bahawa keluarga Hind menemui mayatnya pagi ini bersama-sama mayat keluarga bapa saudaranya yang terperangkap di dalam kenderaan itu di sekitar Bulatan Kewangan.

Hind menaiki kenderaan bersama bapa saudaranya Bashar Hamada, isterinya dan tiga anak mereka untuk pergi ke kawasan selamat.

Mereka telah bertolak dari rumahnya di Gaza City pada 29 Januari iaitu hari tentera Israel telah memberitahu orang ramai untuk mengosongkan kawasan di barat bandar dan bergerak ke selatan di sepanjang jalan pantai.

Bagaimana pun kereta kebal Israel mengepung mereka di sekitar Bulatan Kewangan di kejiranan Tel al-Hawa di Bandar Gaza.

Kereta kebal itu melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka yang mengakibatkan kematian semua penumpang kecuali Hind dan sepupunya, Layan Hamadeh.

Dalam panggilan kepada PRC yang dirakam, yang dibuat oleh sepupu Hind, Layan Hamadeh, 15, tangisan meminta tolong kedengaran di tengah-tengah bunyi tembakan sengit.Kemudian suara Layan terhenti dan panggilan terputus.

PRC kemudian menelefon semula nombor berkenaan dan kedengaran suara Hind menangis dan meminta bantuan.

“Kereta kebal itu ada di sebelah saya. Ia bergerak.”

Duduk di pusat panggilan kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin, penerima panggilan, Rana cuba memastikan suaranya tenang.

“Adakah ia sangat dekat?”

“Sangat, sangat,” suara kecil itu menjawab. “Sudikah awak datang ambil saya? Saya sangat takut.”

PRC menghantar pasukan penyelamat, terdiri daripada paramedik Yousef Zieno dan Ahmed Almadhoun untuk mencari dan menyelamat di tengah-tengah serangan Israel yang menggila.-Agensi

INI BUKTI

KEPADA DUNIA

ZIONIS MELAKUKAN

GENOSIDA

AMIN

BUDAYA BODEK CIUM TANGAN


HAPUSKAN

BUDAYA BODEK

CIUM TANGAN

KHALAS


Unknown commented on 
"HIDUPKAN REFORMATI !!!"

Ini penyakit orang orang kita, sebaik dapat jawatan sebaik dapat kedudukan, tahi dikelilingi lalat, kalau lalat baik tak apa, tapi semua lalat jahat, nak cium tangan nak urut kaki, nak pegang telurnya kah kah kah buat apa saja sanggup asalnya dapat kembali projek komisen projek pelan strategik sungguh orang kita kah kah kah budaya sembah cium tangan dari kesultanan lagi lol berat nak hapuskan amin

POLIS KITA DALAM KRISIS


POLIS KITA

DALAM KRISIS

AMIN

Unknown commented on 

"ASKAR UKRAINE DALAM KRISIS"


Askar polis kita pun dalam krisis

Kah kah kah

Rumah buruk duit tarak

Krisis kenaikan harga barang

Krisis kewangan krisis gaji

Elaun pencen tamat

Tak sanggup pikul ramai

Makan gaji buta

Hasil kerja entah kembali

Kah kah kah

HIDUPKAN REFORMATI !!!


Hassan tak gentar dipecat atau digantung ahli PKR


PASIR GUDANG – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan beliau seorang yang berpegang kepada prinsip.

Selain tidak akan berdiam diri terhadap perkara dianggapnya tidak betul yang memerlukannya menegur.

Beliau juga tidak gentar dipecat atau digantung keahlian daripada PKR kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan malah tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Jadi saya nak jaga apa sangat, (nak) buang, buangla (nak) pecat, pecatla. Saya tukar baju ahli Parlimen pakai baju lawyer (beliau merupakan seorang peguam) pergi mahkamah.

“Tak gentar digantung atau dipecat, bukanlah saya berkata angkuh bila kata macam itu. Saya tiada kekuatan, kalau saya disingkirkan daripada parti tak rugi apa pun. Patah tumbuh hilang berganti.

“Saya serah sahaja, apa pilihan yang saya ada, saya dah tua, takkan nak setuju atau tunduk sahaja (apabila tidak bersetuju),” katanya kepada pemberita selepas hadir sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Kim Ying, Plentong hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada bersedia dikenakan tindakan selepas mendakwa reformasi dilaksanakani Anwar Ibrahim terlalu perlahan dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) wajar turun ke jalanan menuntut janji.

Pada Rabu lalu, Bersih menggesa pentadbiran Anwar tidak lagi berdalih dan melaksanakan semua agenda reformasi dijanjikan sebelum menjadi kerajaan atau bersedia berdepan demonstrasi jalanan.

Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, rakyat kecewa dan marah berikutan perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda reformasi dalam negara yang indah khabar dari rupa.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak pernah melupakan reformasi institusi kerana itu antara perkara utama diperjuangkan pentadbiran Anwar.

Hassan percaya Anwar yang juga Presiden PKR faham perkara yang disuarakannya dan itu bukan kali pertama beliau membuat teguran.

Katanya, PKR adalah sebuah parti politik berteraskan perjuangan reformasi dan perlu diteruskan pada masa sama percaya agenda tersebut akan diteruskan selagi Anwar menjadi presiden parti tersebut.

Dalam pada itu, Hassan berangapan Anwar maklum mengenai isu yang dibangkitkan.

“Kalau orang lain jadi Presiden PKR saya tak berani cakapla tapi teguran saya itu Anwar faham maksud saya (perkara yang dibangkitkan). Kita tidak mahu Anwar dikelilingi pegawai dia yang yes man sokong sahaja,”katanya.

Hassan berkata, walaupun membuat teguran termasuk dalam isu pengampunan Najib Razak baru-baru ini, hubungannya dengan Anwar tidak mempunyai masalah.- 

SEMUA MENUNGGU

BERSIH TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

TOLAK REFORMATI

HIDUP REFORMASI

KHALAS

AKAUN PENGGANAS !!!


AKAUN PENGGANAS

KAH KAH KAH

KAWAN HANTAR DUIT

NAK LAWAN KES

SAMAN PELIR KERAS

KHALAS 

EKONOMI MAKIN RAHAI



EKONOMI

MAKIN RAHAI

AMIN 

Unknown commented on 
"HARI RAYA"

Aku tak dengar sangat bunyi mercun pun tahun ini, adakah ekonomi orang Cina begitu teruk? Orang-orang kita berbaris panjang nak beli baju Choli pulak walaupun beratus ringgit kah kah kah, ekonomi siapa lebih baik? Dulu asyik salahkan DAP komisen pembelian barangan terpakai lagi tak? 

Adakah data betul atau data tipu sampai mengkaya orang-orang sendiri dahulu kah kah kah manusia paling kaya anak beranak kaum kerabatku kayangan politikus adalah, tetapi ekonomi semakin merosakkan sampai akar umbi, negara sudah tidak tahan, perompak penyamun berleluasa dahulu mungkin kurang sedikit zaman madani tetapi lubang yang ada sukar nak tampal,

setiap hari kena jaga kaum kerabatku sampai negara papa kedana langsung kah kah kah adakah semuanya berjuang demi agama bangsa agama bangsa agama negara ops berulang kali pulak kah kah kah

BERITA PALSU - KUASA INTERNET


BERITA PALSU

KUASA INTERNET

AMIN


Unknown commented on 
"HOT HOT HOT 
TERKINI TER NOWW"

Harga Barang Naik Nak alih cite kiriman beracun pulak di gebang macam Babi terbang...

Terbang tinggi si Babi terbang tinggi tinggi...
Kah kah kah

Unknown commented on 
"HOT HOT HOT 
TERKINI TER NOWW"

lu jangan macam2... nanti pami hantar radiokar.. kah kah kah https://sebenarnya.my/tujuh-wanita-maut-selepas-mencium-sampel-wangian/


Unknown commented on 
"HOT HOT HOT 
TERKINI TER NOWW"

wow mei ling sangat bagus .. siap bagi no fax dan no talipon.. kah kah kah

MUSIM PANAS


MUSIM PANAS 

AHAD 11 FEBUARI 2024
RAYA CHINA  HARI KE DUA
JALAN  LORONG
SYED PUTRA JEM
KERANA SEMBAHYANG
DI KUIL THEAN HOU
SAMPAI TENGAH MALAM

NASIB BAIK KAMI
DI LE CHATEAU ADA JALAN KE DUA
IKUT JALAN  BELAKANG HOHHIEN

BILA CAP GOH ME SAMPAI
JEM LAGI GILA
DAN DENTAM DENTUM
MERCUN DI BAKAR

KUIL INI DIATAS BUKIT
DARI APA YANG GUA DENGAR
LIM GOH TONG
YANG BUAT KUIL INI

APAKAH BETUL
TAHUN INI KUREENG
MERCUN DI BAKAR?
JENG JENG JENG

GAZA
ZIONIS MULA MENGEBOM
RAKYAT PALESTIN YANG
MENGUNDUR KE RAFAH
DI SELATAN  GAZA
PULUHAN GUGUR
AL-FATIHAH

PAKISTAN
IMRAN KHAN DARI PENJARA
KLIM PARTI SEKUTUNYA
MENANG PRU
TAPI
YANG AKAN BUAT KEPUTUSAN
PASTILAH ASKAR

UNITED KINGDOM
RAJA CHARLES BERTERIMA
KASIH PADA NGO BARAH
DAN ORANG RAMAI
YANG BERSIMPATI PADANYA
YANG KINI DISERANG BARAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATAHARI DAH KELUAR
DI BELUKAR BELAKANG RUMAH
MURAI BERKICAU
DALAM HOKKIEN 
HOW WOW  KUAT BERSUARA
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR MENDAYU DAYU

LANGIT BIRU MUDA
BERSAMA  AWAN PUTIH
HARI INI PASTI PANAS

TAK TAK DAH BERSADAI
DI BALKONI 
MANDI CAHAYA MATA HARI

GUA RASA MUSIM PANAS
DAH SAMPAI
TANDA TANDA MAKIN JELAS
JAM 7 PETANG MASIH TERANG
KITA TENGOK PANAS
 MACAM MANA TAHUN INI
APAKAH AKAN BAWA KEMARAU
ATAU ADA HUTAN TERBAKAR
AMIN

BRO
KUNCI KEGAGALAN
BILA LU NAK CUBA
SANTUNI SEMUA ORANG

BRO
SI BIJAK LAKUKAN
APA YANG   DIA WAJIB LAKUKAN
YANG BERBAKAT
LAKUKAN APA YANG DIA BOLEH
YANG LAIN BUAT
APA YANG DI SURUH

BRO
LEBIH BAIK KITA
FAHAMI SEDIKIT
DARI SALAH FAHAM
YANG BANYAK

BRO
AMBIL MASA LAMA
NAK KURANGKAN BERAT BADAN
MASA YANG SINGKAT
UNTUK MEROSMAHKAN DIRI

BRO
KALAU LU  MENUJU KE BULAN
TAPI GAGAL
JANGAN KECEWA
LU DI KELILINGI BINTANG

BRO
LEBIH BAIK DI CEMBURI
DARI DI KASEHI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI