Sabtu, 17 Februari 2024
USTAZ BUDAK BERNASIB BAIK
Ustaz Budak' kekal dipenjara 13 bulan
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat, mengekalkan hukuman penjara 13 bulan terhadap seorang bekas mudir sebuah tahfiz di Machang, Kelantan yang dikenali sebagai `Ustaz Budak' kerana melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun, di sebuah hotel, empat tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, untuk mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman itu terhadapnya.
Ketika membaca keputusan sebulat suara bersama Hakim, Azman Abdullah dan Azmi Ariffin, beliau berkata, mahkamah memutuskan permohonan bekas mudir tahfiz itu tidak bermerit.
Mengikut pertuduhan itu, Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi di sebuah hotel di ibu negeri Kelantan, pada jam 1.15 pagi, 16 Disember 2020.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Pada 9 Mac tahun lalu, Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhi tertuduh hukuman tersebut selepas dia didapati bersalah namun penangguhan hukuman terhadapnya dibenarkan sepanjang tempoh rayuan.
Pada 21 November tahun sama, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengekalkan hukuman dan sabitan itu dan mengarahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa serta-merta.
Sebelum ini, `Ustaz Budak' didakwa di beberapa mahkamah di negeri itu, melebihi 10 kes melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki termasuk bekas pelajarnya.
USTAZ BUDAK
BERNASIB BAIK
AMIN
DALAM JIL
LAGI BANYAK
PIPI BOLEH DICIUM
KAH KAH KAH
KHALAS
ANWAR PUN ADA FORMULA
ANWAR PUN
ADA FORMULA
AMIN
Unknown commented on
"RATU NAGA DITANGKAP"
Harga barang akan turun jika rompakan hasil negara dihentikan - Anwar
Ini formula baru ka..!?
Atau formula nak kona baring asal bukak mulut ja mohong bukak mulut ja mohong...!?
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1213149/harga-barang-akan-turun-jika-rompakan-hasil-negara-dihentikan-anwar
Papanon dah bagitau hang Datuk ka, Datuk Seri ka, Tan Sri ka, Tun ka, hang baik kita salute (hormat) hang rompak kita tangkap sumbat dalam penjara.
Persoalan nya takdak sekor pun yang halang Tan Sri ka, Datok ka, Puan Sri ka yang rompak kekayaan negara. Rakyat personalkan Wak Jahit 47 rasuah, keling paria rompak puluh juta , Nurul Izzah kerja 3 Hari seminggu gaji 35 ribu sebulan suma tu Papanon nak campak ke mana...!?
Anwar menegaskan, sekiranya rompakan terhadap hasil negara dapat dihentikan, harga barang yang melonjak tinggi juga dapat diturunkan.
Saya ulangggg.. ini formula baru ka..!? Nurul kerja 3 hari seminggu gaji 35 ribu sebulan hagak hagak harga barang boleh turun kottt..!!!!
Jadi saya minta kawan-kawan faham mengapa ada kes saya tidak mahu tolak ansur, hang (awak) makilah berbakul-bakul pun, serangla guna apa pun tetapi saya tidak akan bertolak ansur dari perompak (hasil negara).
Mana ada rakyat nak maki berbakul bakul membabi buta saja.. hang hingat rakyat Bodo nak maki membabi buta..!?
Rakyat maki pasai hang tak reti nak jaga negara ini.... Bangangggg....!!
#takmembantukesusahanrakyatbanganggg...
MUSTAHIL DNAA UNTUK NAJIB
1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat – Saksi
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak cacat.
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Nur Aida Arifin, 37, berkata demikian ketika disoal balas peguam Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Muhammad Shafee mencadangkan kepada saksi pendakwaan ke-49 itu bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah cacat kerana sebahagian besar dokumen melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) dari Singapura hanya diperoleh selepas beliau didakwa.
Muhammad Shafee: Kebiasaannya seseorang itu hanya didakwa apabila pegawai penyiasat melihat semua dokumen dan berpuas hati bahawa mereka mempunyai kes?
Nur Aida: Kami membuat permintaaan kepada Kerajaan Singapura untuk mendapatkan dokumen terbabit sebelum Najib didakwa.
Beliau berkata, sebahagian besar dokumen melalui MLA diperoleh sebelum pendakwaan dikemukakan terhadap Najib.
“Saya hanya memperoleh dokumen daripada pihak berkuasa asing melalui bantuan MLA kemudian, bagaimanapun tidak ada perbezaan dengan dokumen yang sudah ada dalam simpanan,” katanya.
Nur Aida berkata, Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan set dokumen MLA dari negara berbeza seperti Hong Kong, Switzerland dan Singapura.
“Saya tidak turut serta ketika Timbalan Pendakwa Raya terbabit menerima dokumen berkenaan dari luar negara,” katanya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. – Bernama
MUSTAHIL LEPAS
INI NAJIB AKAN
DIBERI DNAA
AMIN
SAKSI SAKSI
SEMUA
MENUNJUKKAN
NAJIB PENCURI
DAN PENIPU
AMIN
KHALAS
PAK TANI DITINDAS
PAK TANI
YANG PERIT DLM
SISTEM KAPITALIS
AMIN
Unknown commented on
"PENGILANG BERAS
MARAH DAH NI"
Dari racun, putar, tanam sampai potong, kilang beri hutang pada petani. Tak ambil, mesin ketam tak masuk petak. Sesudah padi dipotong pasti akan dipotong hasilnya. Nak dicegah, sudah begitu harganya tiada yang salah. Begini sebenarnya sistem kapitalis. Nilai warga akan dihisap sehingga kering. Tiada,tiada,tiada bakti industri. Bohong. Itu nanya cakap muluk pintu belakang kapitalisma.
BERAS
BERAS
SABTU 17 FEBUARI 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
HAL BERAS
BERAS BUKAN SAJA MAHAL
BERAS TEMPATAN HILANG
DARI KEDAI
YANG ADA HANYA BERAS IMPOT
HARGA MAHAL
AMAT JAUH BEZA DARI
BERAS TEMPATAN
TAK PERNAH TERJADI
DALAM NEGARA KRISIS BERAS
NASIB MADANON KURANG BAIK
MASUK JADI KERAJAAN
KRISIS BERAS MELANDA
KINI DI LAPORKAN
BULAN 3 AKAN ADA BERAS MADANI
30 RINGGIT UNTUK 10 KILO
ERTINYA 3 RINGGIT SEKILO
HAMPIR HARGA LAMA
TAPI
PESAWAH
PENGILANG
PEMBORONG
MERASA TIDAK PUAS HATI
JENG JENG JENG
MEREKA TIDAK DIBAWA
BERBINCANG TENTANG BERAS MADANI
PASAI APA?
APA NAK SOROK ?
JENG JENG JENG
AMERIKA
DONALD TRUMP DIDENDA
350 JUTA DOLAR OLEH MAHKAMAH
NEW YORK
ATAS KESALAHAN MENIPU
TRUMP MERAYU
JENG JENG JENG
MESIR
KERAJAAN MESIR MENDIRIKAN
TEMBOK DI RAFAH
UNTUK MENGHALANG
WARGA PALESTIN MASUK
KE WILAYAH MESIR DAN
MENINGGALKAN PALESTIN
ISREAL TERUS BOM WILAYAH RAFAH
UNTUK HALAU KELUAR SEMUA
WARGA PALESTIN
HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
MATA HARI TAK TIMBUL
LANGIT BERCAPOK CAPOK
DENGAN KELOMPOK AWAN
KELMARIN SENJA
ADA PERCUBAAN HUJAN
NAK TURUN
SUARA HOW WOW
DARI BUKIT KUAT
TERKUKUR MENDAYU DAYU
DALAM SAWAH RUMPUT
GUA IKUT JALAN ARA
HA HA HA
KETIKA PULANG
WARGA ASLI DATANG MENYALAK
KALI INI HANYA DUA EKOR
KAMI LALU WILAYAH MEREKA
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK INI
BALKONI GUA DAH MELIMPAH
DENGAN CAHAYA MATA HARI
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN
BRO
JANGAN FIKIR
ADA MASA YANG TEPAT
BRO
JANGAN TAKUT
UNTUK CUBA SATU
YANG BARU
BRO
JANGAN TAKUT
UNTUK ANGKAT TANGAN
DAN BERTANYA
BRO
JANGAN TAKUT
UNTUK DILIHAT BEBAL
BRO
JANGAN TAKUT
UNTUK KETAWAKAN DIRI LU
SENDIRI
BRO
TERUS PEGANG KUKUH
APA YANG LU PERCAYA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI