Isnin, 19 Februari 2024

KAPAL TENTERA LAUT ISRAEL TERBAKAR DISERANG


KAPAL 

TENTERA LAUT

ZIONIS TERBAKAR

DI SERANG

KHALAS

BERITA DARI TV3



BERITA  1.2 JUTA

WARGA

CHINA MERAH 

LESAP DARI  TV3

KHALAS

Unknown commented on 
"JUMPA BANGLA - 
WARGA MERAH KENAPA TAK JUMPA ?"

memang la tak jumpa china merah sb data 1.2juta yg lu petik dari TvPertiwi itu tidak betul.fakta yg betul ialah TvPertiwi ada beratus jongkong emas..bila lu kena dakwa, lu kata lu petik berita dan data dari TvPertiwi, lu fikir TvPertiwi milik ISMA nak menyerah diri.saifudin dan isham rais berkawan baik, dua2nya tak bole pakai..lembab macam KJ..

KDN - SIKAP BIJAK


3 NGO disenarai pengganas: KDN perlu semak fakta dahulu


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang membuat semakan fakta berhubung tindakan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyenaraikan tiga rakyat Malaysia sebagai pengganas.

Menterinya  Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sedia maklum mengenai perkara tersebut menerusi laporan media dua hari lalu.

“Saya telah menghubungi Ketua Polis Negara  
( Razarudin Husain) dan juga untuk memberikan gambaran lebih jelas dan tepat berkenaan dengan perkara tersebut.

“Yang saya tahu adalah FBI telah membuat ‘request’ (permohonan) berkenaan dengan perkara itu,” katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media selepas membuka Pejabat Pasport Imigresen Shaftbury Putrajaya pagi tadi.

Mengulas lanjut, Saifuddin juga menambah, pihaknya akan membuat semakan terlebih dahulu mengenai isu tersebut sebelum tampil dengan sebarang tindakan susulan.

“Jadi kita kena semak dulu fakta yang lebih tepat dalam perkara ini.

“Lagipun, saya tidak bersedia untuk memberi fakta yang tangkap muat atau samar-samar,” tegasnya lagi.

Minggu lepas, media melaporkan bahawa tiga pemimpin badan bukan kerajaan di Malaysia telah tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI.

Abu Bakar Abdul dari Dunia Melayu Dunia Islam, Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzaman dari Cinta Syria Malaysia antara tiga pemimpin yang tersenarai dalam senarai tersebut.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut terlibat secara aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat.- 

WOIT

KDN AMBIL

LANGKAH BIJAK

AMIN

KDN SIASAT

WARGA SENDIRI

BUKAN DENGAR

CAKAP FBI AMERIKA

KHALAS

NGO MALAYSIA PENGGANAS ?

 


FBI senarai 3 pemimpin NGO Malaysia sebagai pengganas

KUALA LUMPUR – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menyenaraikan tiga pemimpin daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berbeza di Malaysia dalam Pusat Saringan Pengganas (TSC).

Ketiga-tiga pemimpin tersebut terlibat secara aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat.

Menurut New Straits Times, Kementerian Luar telah mengarahkan individu-individu terbabit tidak terlibat dalam Op Ihsan yang menyelia penyampaian bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Sementara itu Pengerusi sekretariat Op Ihsan, Jismi Johari mengesahkan kesahihan surat pemberitahuan yang diterima daripada bahagian Asia Barat Kementerian Luar.

Jismi melahirkan rasa terkejut apabila dokumen itu dibocorkan dan disebarkan di media sosial sambil menekankan ia adalah pemberitahuan rasmi yang sah daripada kementerian.

Beliau bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan sekretariat bagi membincangkan tindakan selanjutnya susulan pemberitahuan itu.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu perkara ini menimbulkan kekecohan. Tetapi apabila surat ini sudah bocor, kesian mereka.

“Mereka perlu jawab, persepsi orang terhadap mereka adalah apa yang kita tidak mahu. Kita pun tidak tahus ejauh mana siasatan FBI ini, ia mungkin hanya syak wasangka,” katanya.-

FBI INI JUGA

ALAT ZIONIS

AMIN

NGO INI BANTU

PALESTIN

AMIN

KERANA HULUR

BANTUAN MAKA

DI CAP PENGGANAS

KHALAS


KAPAL MINYAK INGGERIS TERUS DISERANG


YAMAN TERUS 

SERANG

KAPAL MINYAK

 INGGERIS

KHALAS

BANGLA DI TANGKAP UNTUK ALIH ISU HARGA BARANG MAHAL


TANGKAP BANGLA

UNTUK ALIH ISU

HARGA BARANG

MAHAL DAH NI

AMIN

Unknown commented on 
"JUMPA BANGLA - WARGA MERAH KENAPA TAK JUMPA ?"

ini salah satu cara media nak menipu melayu
gembar gemburkan berita pasal penangkapan bangla itu ini
jadi boleh tutup berita pendatang haram china merah.

teknik media ini sudah ada dalam poket lah!
pengamal media milik kerajaan sila menipu lagi ya

gwa pernah terbayang jika parti yang cenderung kepada kebajikan rakyat menang, akan melantik tt sebagai ketua editor ketua pengarang pengerusi bernama kahkahkah

namun ini malaysia boleh. amin.

GEDEBE BARU DARI BUKIT GANTANG


GEDEBE BARU DARI

BUKIT GANTANG

NAK AMBIL

 JAWATAN

MAT SABU

KHALAS

PEASANAN NAJIB UNTUK ROSMAH & ZAHID


PESANAN NAJIB

INI PESANAN NAJIB UNTUK ROSMAH
JUGA UNTUK ZAHID
NAJIB TAK PERLU SAMPAIKAN PESAN INI
PADA ANWAR KERANA ANWAR
TELAH TAHU PERKARA PENTING INI
KHALAS


TOPENG MELAYU & TOPENG PALESTIN


DUA DUA SAMA

AMIN

SATU TOPENG 

PALESTIN

SATU TOPENG

MELAYU

KHALAS

Unknown commented on
 "PAKAI TOPENG PALESTIN"

apa beza akal budi dan aman palestin.. sapa tahu ? kah kah kah

MADANON BERCELARU


AMAT SAHIH

KERAJAAN

 MADANON

BERCELARU

AMIN

TAPI PEMIMPIN 

PERIKATAN NASIONAL

TAK BUAT APA PUN

KAH KAH KAH

AMINI

BERAS MAKIN MAHAL


Beras Madani : Kerajaan 'Kluk Klek', Rakyat Jadi Mangsa

BESUT, 18 Februari - Kenyataan yang saling bercanggah dalam isu utama negara terutama melibatkan sumber makanan ruji negara seperti beras tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr. Azman Ibrahim menegaskan, percanggahan keputusan dalam kementerian lebih-lebih lagi apabila melibatkan makanan utama akan memberi impak kepada seluruh rakyat.

"Di kalangan teraju yang menjaga sektor makanan negara tidak sepakat, baru-baru ini ada seorang keluar kenyataan (Ahli Parlimen Bukit Gantang), semalam pula menteri (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan-KPKM), keluar kenyataan menafikan kenyataan itu.

"Saya tengok ada sesuatu isu yang perlu diselesaikan di peringkat kementerian, bagaimana seorang boleh mengeluarkan kenyataan dan apakah dia berautoriti dalam bidang kuasanya? Tanpa kelulusan kabinet dan menteri pula hari ini memberi kenyataan tidak merestui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

"Bagaimana boleh tidak sepakat dalam perkara ini, selesaikanlah. Jangan jadikan rakyat keliru serta buat satu solusi yang terbaik," katanya.

Tambah Dr. Azman, keputusan tersebut seharusnya dikaji semula oleh kementerian terbabit sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas ini kerana sebarang keputusan akan memberi impak besar kepada rakyat.

"Kita tidak dapat elak situasi pembelian panik berlaku kerana ada kemungkinan harga akan naik pada suatu tarikh yang ditetapkan apabila ia berkuatkuasa.

"Semoga ia dikaji semula kerana dilihat tiada kesepakatan. Daripadakenyataan dikeluarkan sebelum ini (oleh Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)) seolah-olah mendapat restu Perdana Menteri, tetapi hari ini dinafikan pula.

"Kita harap mereka tengok semula kepentingan rakyat, jangan kita jaga kepentingan taikun-taikun yang akhirnya menekan rakyat dengan sektor makanan ruji seperti ini," nasihatnya.

Sebagai rekod, pada 14 Februari lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mat Belot Syed Abu Hussin yang mengetuai NACCOL mengumumkan bahawa kerajaan bakal memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara.

Namun, hari ini Menteri KPKM,  Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan media menafikan perkara itu. Jelasnya dalam kenyataan itu, kerajaan belum ada ketetapan yang dibuat atas cadangan Mat Belot, sebaliknya menyatakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan akan membincangkan secara kolektif isu Beras Putih Malaysia Madani dalam Mesyuarat NACCOL akan datang.

Nota: Kluk klek merupakan loghat Terengganu yang bermaksud tidak tetap pendirian. 
:



BERAS MAKIN

KACAU MAKIN

MAHAL

AMIN

BERAS IMPOT

MAHAL

BERAS TEMPATAN

PUN MAHAL

AMIN

BERAS MADANI

DAH JADI

BERAS MAHALDAHNI

KAH KAH KAH

KHALAS

ISRAEL NAZI


Israel beri kata dua, bebas tebusan atau Rafah diserang bulan depan

GAZA – Israel memberi kata dua kepada Hamas supaya membebaskan semua tebusannya atau bersedia berdepan dengan serangan yang akan dilancarkan di Rafah pada 10 Mac ini.

Kenyataan itu dibuat oleh anggota Kabinet Israel, Benny Gantz.

Malah, ia adalah kali pertama Israel menyatakan bila tenteranya mungkin memasuki bandar selatan Gaza yang sesak itu.

Penentangan global semakin meningkat susulan tindakan Israel yang menyerang Rafah yang menjadi tempat perlindungan 1.5 juta penduduk Palestin.

Serangan itu menyebabkan hospital utama di Gaza itu sudah tidak lagi berfungsi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, ia tidak dibenarkan memasuki Hospital Nasser di Khan Yunis, di utara Rafahuntuk menilai keadaan.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang memasuki kompleks itu pada hari Khamis mendakwa risikan mendapati tebusan yang diambil oleh Hamas ditahan di sana.

IDF menyifatkan operasinya di Hospital Nasser sebagai “tepat dan terhad” sambil menuduh Hamas menggunakan hospital untuk keganasan.

Bercakap pada hari Ahad, Gantz, bekas menteri pertahanan, berkata: “Dunia mesti tahu, dan pemimpin Hamas mesti tahu – jika menjelang Ramadan tebusan kami tiada di rumah, pertempuran akan berterusan di mana-mana, termasuk kawasan Rafah”.

Ramadan adalah bulan puasa bagi umat Islam dan pada tahun ini bermula pada 10 Mac.

Gantz menambah, Israel akan bertindak dalam “cara yang diselaraskan, memudahkan pemindahan orang awam dalam dialog dengan rakan Amerika dan Mesir untuk meminimumkan korban awam”.

Rujukan Gantz kepada Mesir mungkin meningkatkan spekulasi bahawa Israel menjangkakan beberapa orang Palestin akan menyeberang keluar dari Semenanjung Gaza dan mencari perlindungan di sebelah sempadan Mesir, di mana pihak berkuasa nampaknya sedang membina rumah-rumah kotak.

Kabinet perang Israel terdiri daripada pegawai keselamatan tertinggi negara itu.

Ia ditubuhkan beberapa hari selepas lelaki bersenjata pimpinan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 1,200 orang dan menjadikan 253 tebusan.

Israel percaya Hamas masih menahan kira-kira 130 tebusan di Gaza.

Tetapi pegawai Israel masih belum memberikan sebarang butiran mengenai rancangan pemindahan tersebut, tambahnya.

Di sebalik tekanan antarabangsa, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berikrar untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah untuk menghapuskan Hamas. – Agensi



ISRAEL KINI

DAH JADI NEGARA

NAZI HITLER

AMIN

HANCURKAN ISRAEL

SELAMAT KAN

DUNIA

KHALAS

MAT BELOT NAK TUNJUK GEDEBE



Libat urus tidak temui keputusan laksana penjualan Beras Madani – Barim

KUALA LUMPUR – Sesi libat urus antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan pemain industri padi pagi tadi, tidak menemui sebarang keputusan yang membolehkan kerajaan melaksanakan penjualan Beras Madani.

Sebaliknya, perjumpaan tersebut sekadar mendengar pandangan daripada semua pihak terlibat dalam industri itu tanpa ada jawapan ‘menang-menang’ terhadap apa yang dibangkitkan, kata Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim), Ismail Awang.

Beliau berkata, banyak perkara masih perlu dikaji dan terdapat kelemahan-kelemahan yang wajar diberikan perhatian agar semua pihak berpuas hati terhadap apa yang hendak dilaksanakan.

“Peringkat awal libat urus hanya diberitahu cadangan awal nak perkenalkan Beras Madani 10 kilogram (kg) dengan harga RM30

“Banyak perkara yang belum diputuskan lagi termasuk dari segi harga…yang kedua, dari segi gred beras tu…tu yang jadi persoalan dan tandatanya tadi.

“Misal kata Beras Madani 100 peratus beras import dan dijual dengan harga 10 kilogram RM30, kalau guna beras import bermakna kerajaan kena beri subsidi kepada pemborong atau kepada pembekal beras. Ia samalah macam dulu kerajaan pernah buat program beras nasional.

“Kerajaan beri subsidi kepada beras tempatan. Tetapi, oleh kerana kalau nak beri beras tempatan untuk penuhi program Beras Madani ni saya rasa kerajaan tak mampu nak bagi beras tempatan…sebab kita punya beras ada musim-musim padi di seluruh Semenanjung hanya boleh berdasarkan 45 peratus pengeluaran dan 45 peratus pengeluaran tu bukan keseluruhan komposisi,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi, hari ini.

Sebagai contoh, Ismail berkata, wakil pesawah yang hadir pada sesi libat urus itu bercakap mengenai pengeluaran padi di Kedah yang bergantung kepada cuaca seperti musim panas, keadaan kering serta struktur tanah.

Begitu juga katanya, Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu yang mana mereka terpaksa berdepan risiko banjir dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Jadi, kalau kerajaan nak buat program Beras Madani ni mengguna pakai beras tempatan, ia berkait dengan harga beras tempatan.

“Beras tempatan ni keadaannya untuk 10kg RM26…tetapi, kalau Beras Madani ni nak diisi dengan beg plastik 10kg dia nak jual beras tempatan RM30 rakyat mesti memberontak.

“Kos sara hidup dahlah meningkat kerajaan nak naik pula harga beras daripada RM26 kepada RM30 memang tak bolehlah…itu melibatkan pendapatan golongan B40 dan M40,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan, wakil peruncit yang turut hadir pada sesi libat urus berkenaan turut memberikan pandangan masing-masing apabila kurang bersetuju dengan cadangan menggunakan beras import sebagai Beras Madani.

Katanya, rata-rata berpandangan tidak akan mendapat untung sekiranya langkah itu dibuat kerana satu tan beras import harganya RM3,200 dan sudah pastinya tidak boleh dijual pada harga RM30 untuk 10kg.

“Kalau betul kerajaan nak buat Beras Madani ni dan kalau nak campurkan beras tempatan dengan beras import untuk dijadikan Beras Madani ia melibatkan pula Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kena pinda peraturan.

“Kecuali beras import itu Beras Madani yang diberikan subsidi kepada pemain indutri ataupun pengilang atau pembekal beras…bukan pemborong,” ujarnya.

Dalam pada itu Ismail memaklumkan, mereka diberitahu bahawa hasil perbincangan daripada libat urus tersebut akan dibawa ke dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri minggu depan untuk diputuskan.

Terdahulu hari ini, pemain industri padi dipanggil untuk menghadiri sesi libat urus bagi mencari langkah untuk kerajaan melaksanakan hasrat penjualan Beras Madani.

Sesi libat urus itu bermula pukul 10.30 pagi dan dipengerusikan Ketua Setiausaha KPKM, Lokman Hakim Ali.

Hadir sama pada sesi perbincangan itu, Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Mat Belot Syed Abu Hussin.

Rabu lalu, Mat Belot  dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Katanya, serentak penetapan itu, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa Isnin. – 

WOIT

HEBOH BERAS NI

SEMUA KERANA

MAT  BELOT

KAH KAH KAH

MAT BELOT NAK

TUNJUK GEDEBE

LEBIH BIJAK DARI

MENTERI & PM

KAH KAH KAH

AMIN

NAK TUNJUK HERO

SEKARANG SEMUA

TERBARAI

MADANON DILIHAT

GAGAL

KAH KAH KAH

KHALAS

ASIK MOHONG


ASIK

MOHONG

AMIN

Unknown commented on
 "PAS DAPAT PELUANG BESAR"

Memang bab hentam begini pandailah, tapi kerajaan Kelantan Terengganu selama ini berjaya sangat kah ? Lihat tengok dulu betul betul samada mampu mentadbir lebih baik tak? Atau nak pakai surah ayat-ayat mana ? Memang kerajaan gagal memang silap tetapi yang komen pun kena ada kaki lebar jugak, bukan setakat PhD University Islam Antarabangsa Zakat kah kah kah 

mampu tak melakukan yang luarbiasa kah kah kah saja tanya lah yang pernah menjadi menteri pernah menjadi timbalan perdana menteri pun entah ke laut cina utara kah kah kah asyik mohong siang malam kah kah kah susah nak betulkan jalan gerak si ketam kena ingat lumrahnya jalan memang tak lurus kena jaga sisi ke sisinya amin

BIJIK KELENTIT CHINA MERAH


PEGAWAI DAPAT

BIJIK KELENTIT

CHINA MERAH?

AMIN

Unknown commented on 
"JUMPA BANGLA - 
WARGA MERAH KENAPA TAK JUMPA ?"

Cina Merah susah nak jumpa

Bijik kelentit Cina Merah Penguasa Penguasa negara agak agak boleh jumpa tak...!??

KHALAS

BERAS MADANI


BERAS MADANI

SENIN 19 FEBUARI 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
PASAI BERAS MADANI

SEMUA BERPUNCA
DARI MAT BELOT BUKIT GANTANG
NAK TUNJUK GEDEBE
KAH KAH KAH

NAK TUNJUK SATELAH BELOT
DIA ADA KUASA UMUM INI
UMUM ITU
KAH  KAH  KAH

KESIAN
ANWAR
KESIAN MAT SABU
KERANA MAT BELOT
DUA DUA MENTERI
DI LIHAT TERCIBAI
KAH KAH  KAH

BERAS MADANI
DI KATAKAN 3ORM SEKAMPIT
JENG JENG JENG
INI NIAT BAIK KERAJAAN MADANI
BAWA BERAS PUTIH YANG AGAK MURAH
TAPI
PENGGUNA MELIHAT
INI PUTAR ALAM
KAH KAH KAH
INI MANIPULSASI
BERAS MADANI
DAH JADI BERAS
MAHAL DAH NI
KHALAS

BRAZIL
KERAJAAN BRAZIL DENGAN BERANI
MENTAKRIF  KERAJAAN ISRAEL
SAMA SEPERTI KERAJAAN
NAZI HILTER

RUSIA
SOSOK PENENTANG PUTIN
TELAH MATI DALAM PENJARA
MEDIA BARAT PRO AMERIKA
MELONCAT MENGAMBUR
TUDUH PUTIN BUNUH NAVALNY

GAZA
RUNDINGAN GENCATAN SENJATA
MAKIN DI BACA GAGAL
NETANYAHU TERUS SERANG
RAFAH

UKRAINE
RUSIA KINI BERJAYA
MENAWAN BANDAR AVDIIVKA
UKRAINE KINI TAK CUKUP PELURU
TAK CUKUP SOLDADU
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR CERAH
PETANG  KELMARIN HUJAN SEKEJAP
LANGIT BIRU TERBENTANG
INDAH MENYENANGKAN HATI

MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH

BUKIT KANAN
BUKIT KIRI
JALAN DEPAN
HOW WOW BERSUARA
APAKAH ADA 3 EKOR HOW WOW
ATAU SAEKOR BERPINDAH PINDAH

HARI INI PASTI PANAS
MUSIM PANAS DAH MASUK
KALAU HUJAN PETANG
MENJADI MALAM YANG ENAK
BALKONI GUA DAH BERCAHAYA
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM SENIN
MULA KERJA

BRO
GAGAL BUKAN LU JATUH
GAGAL IALAH BILA LU JATUH
LU TAK BANGUN
MELAWAN

BRO
PANDANGAN TEPAT
 HASIL PENGALAMAN
PENGALAMAN INI
HASIL PANDANGAN SALAH

BRO
MAT BEBAL PENUH YAKIN
WALHAL SOSOK BIJAK ADA
WAS WAS

BRO
KEADAAN BURUK
KEADAAN BAIK
SEMUANYA AKAN BERUBAH

BRO
HIDUP INI HANYA SEKALI
JIKA LU LAYAN HIDUP
INI DENGAN BIJAK
SEKALI HIDUP PUN
DAH  CUKUP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA