Selasa, 20 Februari 2024

NILAI RINGGIT MAKIN MURAH


NILAI RINGGIT 

MAKIN MURAH

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH  KAH

AMIN

RAFIZI KENA SABOTAJ ?


RAFIZI KENA

SABOTAJ?

JENG JENG JENG

SAPA MUSUH RAFIZI

KHALAS

PUTAR JANGAN TAK PUTAR

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PASAI APA ORANG

LAIN KENA JAWAB

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TUTUP BERITA BERAS MADANI - TIBAI BANGLA



32 warga asing ditahan dalam Ops Selera, Ops Sapu

JOHOR BAHRU – Seramai 32 warga asing ditahan dalam Ops Selera dan Ops Sapu di sekitar bandar raya ini dan Kulai kerana bekerja tanpa permit dan tinggal lebih masa di negara ini.

Serbuan itu dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia Johor susulan aduan orang ramai yang mendakwa warga asing bekerja tanpa pas/permit yang sah serta tinggal lebih masa di Malaysia.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, dalam operasi itu, seramai 79 orang warga asing telah diperiksa.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah 12 lelaki dan tiga perempuan warga Myanmar, enam lelaki Pakistan, seorang lelaki dan dua perempuan serta seorang kanak-kanak Indonesia.

Lima lagi lelaki India, masing-masing seorang lelaki Vietnam dan perempuan Filipina.

Mereka yang ditahan berusia antara 2 hingga 52 tahun.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Manakala Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

Seorang lelaki warga India dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi pendatang asing tanpa izin.

Sembilan individu diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. –




JANGAN HEBOH

HAL BERAS

AMIN

NEGARA SEDANG

DISERANG BANGLA

AMIN

CHINA MERAH

MACAM MANA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

YAMAN CAKAP DAN BUAT




Kapal kargo Britain ditinggalkan selepas dibedil Houthi

MESIR – Kru sebuah kapal kargo yang menggunakan bendera Belize dan berdaftar di Britain telah meninggalkan kapal tersebut di Yaman selepas ia terkena peluru berpandu yang ditembakkan Houthi.

Rubymar berada di Teluk Aden dan menghampiri Selat Bab al-Mandab ketika ia dibedil, kata firma keselamatan.

Agensi Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) berkata, ia telah menerima laporan insiden daripada sebuah kapal yang tidak dinamakan kira-kira 35 batu nautika (65km) di selatan pelabuhan Laut Merah Yaman di Mocha jam 11 malam waktu tempatan.

Kapal itu, yang membawa baja yang “sangat berbahaya” dan kini berisiko untuk tenggelam.

Mengutuk “serangan melulu” ke atas kapal itu, UK berkata, kapal tentera laut bersekutu “sudah berada di tempat kejadian”.

Ia adalah salah satu serangan yang paling menjejaskan yang pernah dilakukan oleh Houthi yang disokong Iran, dan merupakan bukti terbaharu bahawa usaha Barat untuk menghalang mereka masih belum berjaya.

Houthi telah melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu dan dron ke atas kapal dagang dan kapal perang Barat di Laut Merah dan Teluk Aden sejak pertengahan November lalu.

Kumpulan itu mempertahankan tindakannya yang dikatakan untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang kini menghadapi serangan berterusan dari Israel.

Serangan Houthi itu telah mendorong banyak syarikat perkapalan untuk berhenti menggunakan laluan air tersebut, yang menyumbang kira-kira 12% daripada perdagangan laut global.

Tentera Amerika Syarikat dan Britain mula melancarkan serangan udara ke atas sasaran tentera di seluruh barat Yaman yang dikuasai Houthi sebagai tindak balas bulan lalu.

Awal Isnin, agensi itu memetik pihak berkuasa yang melaporkan anak kapal meninggalkan kapal itu selepas diserang.

“Kapal berlabuh dan semua anak kapal selamat,” katanya. – Agensi

YAMN TAK PERLU

CAKAP BANYAK

AMIN

TAK PERLU 

AYAT & HADIS

AMIN

CAKAP BEDIL

BAKAR

KHALAS

TANGKAP BANGLA !!!


TAKTIK BIASA

TANGKAP BANGLA

TUTUP CERITA

HARGA BARANG

KHALAS

Unknown commented on
 "BANGLA DI TANGKAP UNTUK ALIH ISU HARGA BARANG MAHAL"

kepala butoh punya melayu.korang la yg repot kata malaysia jadi mini dhaka, mini colombia.ust sofian terpekik melolong serbu warga asing sini sana..sekarang ni lu kata kata serbu bangla sb nak alihkan isu harga barang? kepala bana punya melayu.padan la raja2 melayu berani rembat bini dan anak dara orang, kerana bani melayu cakap berbolak balik macam sakai hilang gigi palsu..oit melayu, bukan semua barang dalam kawalan kerajaan.sila rajin membaca benda2 yg betul.asyik baca tukartiub je, last2 lu sendiri kutip oren kat jirat china merah dan jual semula..pundek punya melayu..

FORUM ESOK MALAM


FORUM

PEMANSAN DUNIA

& ALAM SEKITAR



SURAT TERBUKA UNTUK DR ZUL DARI PENGGUNA KETUM


SURAT TERBUKA 

UNTUK DR ZUL

 DARI 

PENGGUNA  KETUM


Saudara Dr Zul yang saya hormati,

Saya terpanggil untuk menulis surat terbuka ini kepada saudara kerana jawatan saudara  sebagai Menteri Kesihatan. Justeru bila kita menyebut hal kesihatan maka tidak dapat tidak kita akan bertemu dengan daun ketum.

Saya merasa resah dan gelisah terutama beberapa minggu kebelakangan ini. Saya terbaca berita  pada 9 Januari 6 anggota PDRM ditahan kerana memproses dan minum air ketum.

Pada  Selasa 6 Februari 2024 saya ada membaca bagaimana 5 anggota PDRM termasuk seorang Inspektor dan seorang DSP telah di tahan kerana  ketum. Mereka ditangkap ketika berehat  minum air ketum.

Gila apa telah dan sedang  berlaku? 

Saya membesar di Jelebu Negeri Sembilan. Ketika saya membesar saya tidak pernah mendengar atau mengetahui apa itu ketum.

Sepulang saya ke Malaysia satelah  20 tahun berkelana -  dalam tahun 90’an -  saya telah banyak membaca laporan berita tentang  ketum. Saya tidak tahu menahu apa dia ketum ini. Di Jelebu saya tidak pernah mendengar nama daun ketum. Justeru saya tertanya tanya dengan kawan-kawan.

Apakah ketum ini seperti ganja. Apakah ketum ini seperti hashih. Ganja bukan satu yang baru untuk saya. Ketika di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1970 saya pernah membeli ganja di kedai stesen kereta api Kuala Kangsar.. Tahun  1970 – satu kertus ganja berharga  dua ringgit.

 Malah di Kolej Ke Lima Universiti Malaya ramai kawan-kawan saya menghisap ganja. Mereka semuanya berakhir dengan ijazah dan mendapat kedudukan. Malah ada yang menjadi pegawai tinggi dan ada menjadi  Pak Duta.

Hashish saya temui di Pakistan dan Afghanistan. Malah di Belgium negara angkat saya – ganja dan hashish senang di beli. Negara paling awal menghalalkan ganja ialah Belanda di  sebelah Belgium.

 Tanya punya tanya hal ketum – saya mendapat jawapan dari seorang kawan  dari Terengganu. Dia  menerangkan bahawa nelayan dan pesawah di kampungnya minum air ketum untuk membetulkan urat satelah penat bekerja.

Ini jawapan dari kawan yang tidak  terdidik dalam ilmu perubatan.

Satu hari saya terbaca bagaimana pihak berwajib telah  menebang sebatang pokok ketum. Berita ini  menaikan keberahian saya untuk mengetahui lebih dalam apa itu ketum. Ketika ini saya menulis di majalah Off The Edge – majalah bulanan  Gaya Hidup berbahasa Inggeris.

Saya bertekad untuk menulis hal ketum. Korek punya korek saya di beri lorong untuk pergi ke Kedah. Di luar Alor Setar di wilayah Kuala Nerang di kampung Bendang Raja ada sebuah  cafe khusus menjual air ketum.

Di Cafe Ketum inilah kali pertama saya minum air ketum. Tuan empunya cafe yang tahu tujuan saya telah memberi saya secawan air ketum. 

Aduh ! Pahit sungguh air ketum ini. Tapi kita berbudi berbahasa – orang  memberi kita merasa. Saya minum untuk  menunjukkan tanda terima kasih.  

Kemudian keberahian saya tentang ketum padam. Satelah tulisan itu keluar saya rasa ketum bukan satu misteri lagi untuk saya.

Tup tup virus dari Wuhan datang melanggar dunia. Saya setia mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ). Ketika ini saya mengalami masalah letih. Biasanya saya berurut  dengan Roslan – pengurut buta di Brickfeilds.  Bila PKP di umum semua kedai urut ditutup. 

Saya merasa resah kerana mengalami letih. Tanpa dirancang ada kawan menasihatkan saya untuk minum air ketum.  Mungkin air ketum dapat membantu masalah keletihan yang saya hadapi.

Cari punya cari saya berjaya mendapat air ketum. Saya minum. Keletihan saya hilang. Saya kembali segar dan bertenaga. Aduh ! Baru saya sedar kenapa ketum menjadi begitu popular.

Saudara Dr Zul,

Saya berlabun panjang ini dengan tujuan agar saudara memahami bahawa saya minum air ketum bukan untuk  berkhayal tapi  untuk kembali bertenaga. 

Kesah punya kesah ketika PKP saya telah melanggan teksi untuk ke Bangsar. Pemandu teksi ini berasal dari Yan Kedah. Kami bersembang tentang ketum. Si Pemandu ini juga peminum air ketum. 

‘ Letih .. minum lepas kerja....’  Pemandu teksi bersurah. Jelas tujuan untuk mengembalikan tenaga satelah sehari memandu. Bukan untuk mabuk. Sama seperti apa yang saya lakukan.

Sambil bersembang sambil ketawa dia berkata .... ‘ Ketum ini baik untuk lawan Kobid...’   Ini juga kenyataan dari sosok yang tidak ada ilmu dalam bidang perubatan.

Siah malaikat 44 – hingga ke hari ini – saya peminum air ketum masih lagi teruna belum ditiduri oleh Mat Kobid. 

Dr Zul yang saya hormati,

Saya ingin mengajukan pertanyaan apakah minum air ketum membantu melawan virus Kobid ? Alangkah baik jika ada kajian ilmiah  di buat dalam hal ini.

Kembali kepada keresahan saya bila saya membaca berita anggota PDRM di tahan. Saya bersimpati pada mereka. Malah saya bersimpati kepada sesiapa yang di tahan berkaitan dengan ketum.

Ini kerana saya sendiri tahu khasiat air ketum. Saya adalah tikus makmal. Saya mengakui saya juga tikus rahmat yang dapat bertenaga kerana minum air ketum.

Saya amat yakin anggota PDRM ini minum air ketum untuk kembali bertenaga. Mereka telah meronda, mereka telah menjalankan tugas maka mereka mahu berehat dengan meminum air ketum. 

Mereka tidak masuk ke bar atau kelab  malam untuk minum secangkir   Guinness Stout untuk mengembalikan tenaga. Mereka minum produk tempatan yang datuk nenek moyang mereka telah gunakan sebagai tonik  untuk mengembalikan tenaga.

Dr Zul – kenapa kita mengjenayahkan  sosok -sosok PDRM ini  hanya kerana mereka minum air ketum. Saya juga  sama  seperti anggota PDRM ini  – peminum air ketum. Saya menolak niat malah menganggap satu kezaliman untuk mengjenayahkan sesiapa saja kerana minum air ketum.

Bayangkan berapa ramai warga kita telah menjadi penjenayah kerana minum air ketum.  Anggota dan pegawai PDRM ini mungkin akan hilang kerja, hilang pencen dan porak peranda rumah tangga hanya kerana kita mengikut  Akta  Racun 1952. 

Jika ditangkap kerana minum air ketum maka kita akan ada rekod jenayah. Jika anak muda tangkap maka masa depan gelap kerana tercatat  rekod jenayah. Jika penjawat awam di tangkap mungkin hilang pekerjaan dan pencen. Walhal kesalahan hanya minum air  ketum

Dr Zul yang saya hormati,
 
Adakah apa yang sedang berlaku ini masuk akal. Secara rasional kita telah mengjenayahkan warga kita sendiri. Hanya kerana kita mengikut Akta Racun 1952.

Dr Zul - Sila lihat Akta Racun ini. Ianya di wartakan dalam tahun 1952. Ketika akta ini di buat Tanah Melayu  masih lagi tanah jajahan Inggeris.  Untuk saya ini Akta Baginda Queen. 

Saya syak dan menuduh penjajah Inggeris ini sengaja meletakan ketum sebagai racun. Untuk dua tujuan. Pertama agar ketum tidak melawan dan bersaing dengan pil dan ubatan yang dibuat oleh syarikat ubat dari England. Kedua agar ketum tidak digunakan  sebagai minuman  tenaga. Ini untuk mendorong warga Tanah Melayu minum beer dan stout untuk kembali bertenaga.

Beer dan stout ini milik syarikat Inggeris. Jika ketum di pasarkan secara halal maka beer dan stout akan hilang pembeli.

Saudara Dr Zul,

Dari apa yang saya baca di Amerika telah ada Cafe Ketum.   Minum air ketum ini dianggap biasa seperti minum air teh. Dari mana ketum ini datang ke Amerika.

Seludup. Kita sering terbaca berita bagaimana daun ketum cuba di seludupkan ke Siam.  Dari Siam ke Amerika dan Eroaph. Kenapa ke Siam ?

Ini kerana Siam dan Indonesia ketum kini menjadi bahan eksport. Yang di seludup ke Siam selalunya berasal dari Kedah atau Kelantan. Malah di beritakan jenis ketum yang terbaik dalam dunia adalah  Karatum Malaya -  nama manja ketum asli  Tanah Melayu. 

Dari YouTube saya dapat mengetahui bagaimana telah ramai Pak Tani di Kedah secara diam dan senyap telah beralih dari menanam padi ke ketum. Hasil dari ketum dikatakan lebih lumayan. 

Saya bukan pakar ekonomi. Tapi dalam hal  ketum ini saya tidak perlu menjadi pakar ekonomi untuk menyatakan bahawa kita bodoh diperangkap oleh Akta Baginda Queen. 

Bayangkan daun ketum sepesi  terbaik dalam dunia menjadi  bahan eksport dari Malaysia.

Kita pemain industri sawit terulung didunia. Sawit berasal dari Nigeria. Kita pengeluar getah terbesar dalam dunia satu ketika dulu.  Getah berasal dari  hutan Amazon.

Ketum berasal dari  bumi Tanah Melayu. Kenapa kita tidak angkat ketum ke persada dunia.

Kenapa kita mengjenayahkan bahan asli kita hanya kerana pada tahun 1952 kuasa kolonial Inggeris memenjarakan tumbuhan  asli kita.

Kenapa kita tidak jadikan ketum sebagai satu industri pertanian sama taraf  seperti getah dan sawit dan terkini durian.

Dr Zul yang saya hormati,

Saya ada terbaca berita Universiti Eriangen dari German telah memberi dana 60,000 Euro kepada Prof Zurina Hassan dari Universiti Sain Pulau Pinang untuk membuat kajian tentang ketum.

Saya risau di akhir kajian ini – dengan modal yang lumayan – siapa yang akan mendapat hak milik kajian ini. Apakah Syarikat gergasi perubatan Bayer dari German akan  masuk. Atau apakah syarikat perubatan gergasi dunia seperti   Pfizer , Roche dan Sanofi akan mengeluarkan pil berasakan ketum.

Malah dari portal luar negara saya ada terbaca iklan jualan pil ketum dari German. Di jual di kedai ubat. Walhal di Malaysia kita dianggap penjenayah.

Saudara Dr Zul yang saya hormati,

Saya sebagai pengguna ketum telah turut bersama di forum “Sustainable Future of Medical Cannabis, Industrial Hemp and Kratom Industry in Malaysia pada 16 Disember 2021 di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Forum ini terbuka ini dirasmikan oleh YB Zahidi Zainul Abidin Timbalan Menteri Multi Media.

Di forum ini pakar limunan dan ilmiah  dari USM  telah membentangkan pendapat.  Turut sama dalam forum ini ada beberapa NGO yang menyokong usaha untuk menghalal ganja dan ketum. Juga turut  hadir ramai  peminum air ketum  seperti saya.

Hadir juga penanam ketum – secara gelap – yang mahu ketum di bebaskan dari penjara Baginda Queen.  Penanam ketum secara gelap ini hanya menunggu kata putus dari kerajaan. Mereka sedang bersedia.

Penentang besar ketum ketika ini  tidak lain dan tidak bukan adalah wakil dari Big Pharma – doktor dan bomoh – penjual ubatan dari Barat Kalau dulu Baginda Queen yang memenjarakan ketum hari ini  Big Pharma. 

Awas! 

Bila saja ketum dihalalkan maka Big Pharma ini akan menjadi pemain  utama pengeluar ubatan berasakan ketum.  Yakinlah ini akan terjadi.

Justeru  forum 2021 dengan kerjasama Kementerian Multi Media ini adalah bukti  telah ada niat kerajaan untuk menghalalkan ketum.  

Dr Zul yang saya hormati,

Forum ini dianjurkan oleh kerajaan lama.  Ini kerana kerajaan lama sedar ramai  petani di Utara dalam kawasan  mereka terlibat dalam  penanaman ketum secara gelap. Para YB dan para Menteri dalam kerajaan lama sedar bahawa penanam ketum ini  memberi sokongan besar kepada mereka. 

Dr Zul – saya akhiri surat saya ini dengan harapan Kementerian Kesihatan kerajaan Madani ini akan meneruskan perbincangan tentang ketum untuk dijadikan satu industri pertanian.

Saya yakin ketum boleh membantu ekonomi negara. Amin. Wassalam.

Yang Berharap
Isham Rais

p/s : Jika diperlukan saya  bersedia untuk jadi tikus makmal  demi  kesihatan kita semua. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL MALAYSIAKINI
https://www.malaysiakini.com/columns/696683


RAJA FORMULA DAN ZAKAR SHI


Akhirnya Rafizi setuju jemput Isham, Puad, Lim Sian See ke podcast

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bersetuju untuk menjemput Isham Jalil, Mohd Puad Zarkashi dan Lim Sian See sebagai tetamu dalam podcast kendalian beliau.

Rafizi berkata, beliau telah mendapat maklum balas daripada  Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi berhubung jemputan tersebut.

“Saya wajar menghormati pandangan mereka (Anwar dan Ahmad Zahid), demi menjaga keutuhan Kerajaan Madani.

“Jika mereka tiada halangan, saya berbesar hati untuk mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini, yang berselindung di sebalik nama Lim Sian See.

“Begitu juga dengan Isham Jalil, hatta Puad Zakarshi pun. Saya pun berminat untuk mendengar idea-idea mereka untuk membantu negara mengemudi suasana ekonomi dunia yang mencabar sekarang ini,” kata beliau.

Rafizi berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk menjemput ketiga-tiga individu yang disifatkan kini menjadi ayam tambatan ‘Perikatan Nasional’.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka akan dijemput menjelang Mac kerana ketika ini beliau sedang menjalani rawatan berikutan pembedahan tulang belakang yang dijalani ketika ini.

“Dalam kerjaya saya, saya telah hadir dan bersemuka dalam pelbagai perdebatan, forum dan lain-lain. Malah saya pernah mencabar Najib berdebat pun sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas.

“Kini watak-watak seperti Isham Jalil, Lim Sian See dan Puad Zakarshi menjadi ayam tambatan kepada pembangkang Perikatan Nasional (PN) kerana mereka sering menyerang saya (dan kerajaan).

“Sedangkan mereka ini adalah penyokong kuat Najib  (yang partinya adalah sebahagian dari Kerajaan Madani),” kata Rafizi dalam kenyataan yang ditulis ketika sedang menjalani rawatan di hospital.

Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, ketiga-tiga individu terbabit kini menjadi pujian aktivis maya PN sedangkan tidak ada seorang pun pemimpin atau aktivis maya parti itu berani hadir bersemuka dengan beliau.

Rafizi turut mendakwa Isham, Mohd. Puad dan Lim Sian See mempunyai agenda selepas menawarkan diri untuk menjadi tetamu program Yang Bakar Menteri.

“Mereka juga tahu saya terikat dengan tertib bersama dalam kerajaan, yang bermakna saya tidak bebas menyatakan sesuatu yang boleh menimbulkan kekeruhan dengan UMNO, iaitu salah satu parti yang menganggotai Kerajaan Madani.

“Tetapi jika saya tidak bersuara mengenainya, yang lebih galak ialah pimpinan dan aktivis maya PN,” kata beliau.

Sebelum ini Isham, Lim Sian See dan Mohd Puad mencabar Rafizi untuk menjemput mereka ke podcast YBM berikutan situasi ekonomi yang tidak menentu dan Timbalan Presiden PKR itu dulu mencadangkan pelbagai formula untuk memulihkan ekonomi.:



WOIT

INI MENARIK

RAJA FORMULA

DENGAN

ZAKAR SHI

KAH KAH KAH

LEPAS ZAKAR SHI

ADALAH TEPAT

RAJA FORMULA

BERTEMU

RAJA BOMOH

KAH KAH KAH

KHALAS

SUARA SANG KELEMBAI


PTD itu jawatan 

mulia dan amanah


Saya mula menjadi penjawat awam dalam usia 17 tahun. Di zaman saya jawatan PTD masih di panggil MCS-Malayan Civil Service. 

2. Kamudian di tukar nama ke Pegawai Tadbir Dalam Luar Negeri PTDLN dan kamudian di pendekkan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau PTD. Dan di gunakan sehingga ini.


3. Seorang PTD sebaik sahaja di lantik ke jawatan itu, akan di hantar ke Pejabat Daerah dalam Negeri-negeri Melayu bersekutu dan Negeri Melayu Bernaung termasuk Negeri Selat.. Negeri saperti Johor, Trengganu, Kelantan dan Kedah mereka ada Pegawai Tadbir sendiri. PTD tidak berkhidmat di negeri Itu.

4. Di Pejabat Daerah PTD akan bertugas sebagai ADO atau Penolong Pegawai Daerah.  Akan ditugaskan dengan berbagai tugas, dari soal tanah, pembangunan dan sebagainya. 

5. Satelah bertugas bergaul dan berhubung dengan rakyat di Pejabat Daerah barulah berpindah samada ke Jabatan atau Kementerian Kerajaan Pusat. Biasanya pertukaran akan berlaku satelah jawatan di sahkan. 

6. Bila bertugas di Kerajaan Pusat, bermula rutin setiap tahun pergi Kursus di Pusat Latihan Pegawai Kerajaan atau sekarang di kenali INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara. Di sana PTD didedahkan dengan berbagai Ilmu pentadbiran kerajaan.

7. Seorang PTD akan cemerlang tugasnya jika dari timeskill ke superskill. Bila dia sudah ada dalam superskill G dan seterus akan meningkat naik sampai ke superskill A yang biasa akan menjadi Setiausaha Tetap atau sekarang Ketua Setiausaha.

8. Ini memberi makna jika seorang PTD sudah sampai ke puncak sebagai KSU. Dia seorang yang cukup terlatih, seorang yang ada pengetahuan dan pengalaman yang luas. Dan terpenting seorang yang berhemah dan mempunyai perhubungan raya yang baik. 

9. Maka hari ini saya merasa hairan, bagaimana seorang ada pengalaman menjadi KSU, perangai sama macam babi hutan betina nak beranak. Agensi yang dia ketuai  macam warisan emak bapak dia. Main suka hati dia. 

10. Maka saya tidak hairan apa dia nak buat. Saya selalu nasihatkan semua orang yang membaca tulisan saya..baca secara betul. Saya tidak menghina agensinya.. sepatah tidak sebut. 

11. Saya menulis fasal hal dia. Tulisan itu berdasarkan ada aduan dalam agensi. Saya mendengar dan terjemahan dalam tulisan, Itu sahaja. Jika tidak betul, fitnah dan tomahan, beri jawapan. Saya siarkan.

12. Pengalaman saya dahulu, jika ada pegawai PTD kena fitnah dan tomahan dalam surat khabar di bawah ruangan ‘surat dari pembaca’. Pegawai itu buat laporan penuh kepada atasan sebelum sebarang tindakan. 

13. Maka saya merasa hairan pada 18hb Febuari 2024 adalah cuti am.Satu kenyataan media di keluarkan. Bukankah pejabat di tutup. Dan berada outstation. Pandir apa dia itu. 

Jika agensi itu di bawah JPM, pergi menjelaskan dahulu dengan Ketuanya ia itu KSN-Ketua Setiausaha Negara, selaras dengan kehendak Perintah Am. Bukan membabi buta buat kenyataan. - Zmy

Sang Kelembai
Feb 19, 2024
Kuala Lumpur.

MAT ZAKAR SHI TIBAI RAJA FORMULA


MAT ZAKAR SHI

TIBAI

RAJA FORMULA

KAH KAH KAH

KHALAS

DR AKMAL DIMINTA TIBAI RAFIZI


DR AKMAL

DIMINTA TIBAI

RAFIZI

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "GEDEBE BARU
 DARI BUKIT GANTANG"

gua sarankan dr akmal ni terima atau terjah @rafiziramli punya podcast..atau lebih tepat buat wawancara dan panggil dr akmal dan anwar ibrahim jd panel..kita bakar dr akmal dan anwar secara live..kpd dr akmal, KJ isham jalil juga mempunyai mimpi mahu jadi presiden umno..oh ya, tok mat masih bernafas dan sedang membikin kawan2 international..kalo akmal seorng doktor maka mastura juga seorang doktor..begitu juga doktor samsuri yg gagal menguruskan terenganu darul gaza..