Rabu, 21 Februari 2024

WAT IS THE BEKOS NILAI RINGGIT JATUH


WAT IS DE BEKOS

NILAI RINGGIT JATUH

JENG JENG JENG

AMIN

JUAL AGAMA



Polis sedia kerjasama pihak berkuasa agama siasat Mawla Muhammad Amin

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri sekiranya berlaku pelanggaran dalam aktiviti keagamaan membabitkan Mawla Muhammad Amin Hasani, – individu yang mendakwa keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam masa sama, bidang kuasa polis adalah memastikan aspek ketenteraman dan keamanan sentiasa terpelihara.

“Aktiviti dia bersifat keagamaan kalau ada elemen pelanggaran dengan enakmen negeri, polis akan bekerjasama pihak berkuasa negeri untuk ambil tindakan yang sesuai, kalau ada percanggahan.

“Tugas polis adalah jaga ketenteraman dan keamanan awam jadi yang kita lakukan sekarang meneruskan pemantauan kalau ada elemen menjejaskan ketenteraman awam melibatkan individu atau pengikutnya itu bidang kuasa polis,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Saifuddin memaklumkan, lelaki tersebut merupakan warganegara Algeria yang menggunakan pasport sosial antarabangsa Perancis.

“Saya mengesahkan dia keluar masuk menggunakan pas sosial. Jadi dia boleh berada di negara ini selama 90 hari,” katanya lagi.

Tambah Saifuddin, sehingga kini tiada laporan polis yang dikemukakan terhadap lelaki berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain berkata, pergerakan individu dan kumpulan terbabit sedang dipantau termasuk madrasah di Selangor yang aktif mempromosi kutipan berkenaan.

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan pindaan perlembagaan berkenaan kewarganegaraan dijangka dibentangkan kepada Jemaah Kabinet pada 8 Mac ini.

“Kita ambil kira semua pandangan dalam proses pembikinan pindaan ini. Sesi libat urus libatkan semua tokoh individu perundangan termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Kita harap sempat (dibentang di Parlimen tahun ini) tapi ia bergantung pembentangan saya kepada Jemaah Kabinet,” katanya lagi. 

ADA DUA 

PERNIAGAAN

TERTUA DALAM

DUNIA

AMIN

SATU JUAL BURIT

SATU JUAL AGAMA

AMIN

KHALAS



PERSOALAN NASIONAL


BUKU PERSOALAN

NASIONAL MASUK

CETAKAN KE DUA

HAMDULIL

AMIN


Unknown commented on 
"MAT ZAKAR SHI TIBAI
 RAJA FORMULA"

kahkahkah..ini tanda2 puad zakarshi takut nak berdepan dengan rafizi..puad ini takda idea macam isham sakai.hanya kritik, hanya berfikiran krtikal tetapi tiada penyelesaian.dah memang tugas menteri mencari solusi dan formula pemyelesaikan masaah.ia hanya la suatu nama bernama formula..lu tak caya, cuba lu berikan penyelesaian utk kukuhkan matawang ringgit atau cara nak kukuhkan agar ketum menjadi minum orang2 inggeris..buku persoalan nasional pun keluat bro..kalo lu buat buku sejarah merakam langkah sheraton, gua akan beli 1000 untit..


 

ANWAR TAK PERLU JAWAB


PM ANWAR TAK

PERLU JAWAB

YG WAJIB JAWAB

MENTERI 

KEEWANGAN

KHALAS



zaffar commented on 
"KENAPA ANWAR TAK NAK JAWAB KENAPA NILAI RINGGIT JATUH"

Kenapo anwar pulak nak kono jawab?? Patut Mentori Kewangan la jawab.... Hahahahahahaha pkmx boto....


 

HUJAN YANG DI NANTI


HUJAN LEBAT


PETANG INI NAK MASUK
JAM 5  HUJAN LEBAT SAMPAI
KILAT DAN GURUH
DATANG BERSAMA

DAH LAMA TAK HUJAN
KALI INI AMAT LEBAT

HUJAN MEMBAWA CUACA
SEJUK DAN SANTAI
MALAM INI AKAN ENAK
JALAN AKAN JEM
TAPI UDARA SEJUK

INILAH CONTOH 
HUJAN YANG DINANTI
HUJAN BAWA SEJUK
YANG DI HARAPKAN
AMIN

JEMPUTAN MALAM INI


MALAM INI

PELANCARAN BUKU
MALAPETAKAN IKLIM
DI IKUTI DENGAN FORUM
PEMANASAN DUNIA
DAN ALAM SEKITAR

JAM 7.30 PETANG
DI DEWAN PJ LIVE ARTS
JAYA ONE SEKSYEN 13
PETALING JAYA

SEMUA DI JEMPUT DATANG
BUAT RAMAI



JANJI 

KES MATI KENA PANAH BELUM SELESAI



Pendakwaan sudah fail cabar pembebasan Samirah Muzaffar



PUTRAJAYA – Pasukan pendakwaan telah memfailkan permohonan mencabar pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas tuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan pada 8 Februari lepas.

Pejabat Peguam Negara melalui notisnya mengesahkan rayuan itu pada 13 Februari lepas.

Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim serta Datuk Azhahari Kamal Ramli mengekalkan keputusan  Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepaskan dan membebaskan Samirah dan dua remaja lelaki daripada tuduhan membunuh enam tahun lalu.

Vazeer Alam berkata, ia berikutan pihaknya mendapati pasukan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Menurutnya, dalam konteks ini, Mahkamah Tinggi betul dalam penemuan kegagalan dalam menentukan masa kematian mangsa.

Samirah, 48, dua anaknya yang berusia 18 dan 21 tahun, serta seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya di antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi pada 14 Jun 2018.

Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan Samirah bersama dua remaja terbabit selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. 


KES INI PELIK

TALIPON BIMBIT

MELETUP  TERBAKAR

KAH KAH KAH

MATI TEBAKAR

TAPI BOMBA KATA

ADA KESAN

MINYAK PETROL

ATAS KATIL

KAH KAH KAH

LEHER ADA

KESAN PANAH

JENG JENG JENG

KHALAS

RAJA FORMULA TAK SEHAT


RAJA FORMULA

KURANG SEHAT

AMIN 


Unknown commented on
 "RINGGIT TERUS JATUH"

ringgit jatuh baik untuk negara... syukurlah malaysia masih aman


panglimo potaseh commented on
 "RINGGIT TERUS JATUH"

Ringgit jatuh sebab Tukang Formula kita dah dekat sepurnama berubat .. kahkahkah

GABENOR BANK NEGARA KENA JAWAB


KENAPA GABENOR

BANK NEGARA

KENA JAWAB ?

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"NILAI RINGGIT MAKIN MURAH"

lu tau kan demand and supply kalau barang banyak orang mintak maka harga barang akan mencanak naik... kalau sikit orang mintak maka jatuhlah harganya.. betulkan ?.. jadi jawapan yang wartawan tanya kenapa ringgit jatuh harga maka ?? jawapanya tak payah gabenor jawab.. besik ekonomi bro...

by right ... kah kah kah

RINGGIT


RINGGIT

RABU 21 FEBUARI 2024
HEBOH PASAL RINGGIT JATUH
NILAI RINGGIT JATUH
JATUH JATUN JATUH

WAT IS DE BEKOS
JENG JENG JENG

MENTERI KEWANGAN DI TANYA
OLEH WARTAWAN
WAT IS DE BEKOS
KAH KAH KAH
MAMAT NI MENGELAK
KATA GABENOR BANK NEGARA
AKAN JAWAB
WAT IS DE BEKOS
KAH KAH KAH

DENGAR LABON
MAMAT NI PERNAH KLIM
MENTERI KEEWANGAN TERBAIK
DI RANTAU KITA
SATU MASA DULU
KAH KAH KAH
AMIN

AMERIKA
VETO RESOLUSI PBB
UNTUK  BUAT
GENCATAN SENJATA
DAN HANTAR MAKANAN
KE GAZA

AMERIKA
NIKKI HALEY YANG KALAH
LAWAN TRUMP MASIH DEGIL
DEGIL TAK NAK TARIK DIRI
DARI PENCALONAN
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT

AGAK SUNYI PAGI INI
YANG BISING TIONG
DI WILAYAH TERBAKAR
MENCARI CACING

DARI JAUH  KICAUAN MURAI
MENJADIKAN PAGI INI
INDAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU 
DENGAN SENYUMAN

BRO
JANGAN FIKIR
DIRI LU TERER
ORANG LAIN PUN
TAK AMBIL POT

BRO
KALAU LU TAK DAPAT
BUAT DENGAN BAIK
BUATLAH DENGAN GUMBIRA
WALAU PUN TAK BETUL

BRO
JANGAN JADIKAN
PERSELISEHAN KECIL
MEROSAK PERSAHABATAN
LAMA

BRO
MASA ADALAH
PENGUBAT SEMUA 
PERKARA
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERABU

AL- FATIHAH


AL-FATIHAH 


Taib Mahmud

 meninggal dunia