Sabtu, 2 Mac 2024

SHAHIDAN BALL - RINGGIT JATUH


SHAHIDAN BALL

WAT IS DE BEKOS

RINGGIT JATUH

AMIN 

SABTU JAM 2 PETANG


SABTU 

JAM 2 PETANG

PERHIMPUNAN

MEGA

DEMI PALESTIN

BERMULA

AMIN


 

CONTOHI MASJID INI


Masjid pertama di Perak laksana larangan penggunaan plastik


GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) giat menjalankan kempen kesedaran khas mengenai penggunaan plastik sekali guna dan kesan penggunaannya.

Pegawai Pendidikan CAP, NV. Subbarow berkata, kempen terkini dijalankan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak.

Jelasnya, kempen itu membabitkan seramai 50 peserta selain masjid itu merupakan rumah ibadat pertama di Perak yang melaksanakan larangan plastik sekali guna.

“Penggunaan plastik bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada hidupan marin malah plastik mikro turut membebaskan bahan kimia toksik yang akhirnya berpindah ke atmosfera, hidupan tumbuhan serta tisu haiwan.

“Plastik sekali guna mudah difahami, ia merujuk kepada pembungkusan plastik yang tidak boleh digunakan semula dan atau mungkin tidak dikitar semula bergantung pada jenis bahan plastik.

“Plastik tidak terbiodegradasi, ia hanya perlahan-lahan bertukar menjadi mikroplastik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, sekolah agama berasrama penuh di negeri itu diarah untuk tidak membenarkan pelajar mereka menggunakan minuman dan makanan dalam botol serta bungkusan plastik.

Usaha itu dimulakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam usahanya meminimumkan penggunaan plastik sekali guna atas kesedaran impak negatif kepada alam sekitar dan kesihatan. – MalaysiaGazette

 MASJID INI

WAJIB DICONTOHI

AMIN

ADA KESEDARAN

TENTANG 

ALAM SEKITAR

AMIN

PERANAN MASJID

MENDIDIK RAKYAT

AMIN

SEDARKAN BAHAYA

TIMBUNAN PLASTIK

AMIN

KHALAS 

APA KATA KU LI TENTANG RINGGIT


“Masa itu, ringgit lebih laku daripada dolar Singapura

PULAU PINANG – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata,  semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, mata wang ringgit adalah lebih bernilai berbanding dolar Singapura.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak berniat untuk merendah-rendahkan dolar Singapura, tetapi sekadar mahu menggambarkan betapa kukuhnya ekonomi negara pada masa itu.

“Beberapa hari sebelumnya RM4.78 untuk satu dolar Amerika dan RM3.53 untuk satu dolar Singapura. Dulu, 87 sen boleh tukar satu dolar Singapura.

“Dulu kami yang pergi membeli-belah di Singapura tetapi sekarang orang Singapura yang membeli-belah di sini, malahan membeli hartanah di sini.

“Kerana buat orang Singapura, harga barang dan harga rumah di Malaysia adalah sangat murah,” katanya semasa menerima wawancara Kwong Wah Yit Poh di Pulau Pinang.

Tengku Razaleigh berkata, Kerajaan Perpaduan telah dibentuk selama lebih setahun, tetapi keadaan ekonomi tidak bertambah baik.

“Ada yang bersusah-payah mahu menjadi Perdana Menteri dan menteri serta berjanji akan menambah baik keadaan ekonomi negara.

“Sekarang cita-cita (menteri) telah tercapai, tetapi ekonomi negara tidak maju ke depan, harga barang naik dan ringgit jatuh mendadak,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat yang telah menderita selama setahun.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, jika mempunyai idea dan cara yang baik, keadaan ekonomi negara boleh dipulihkan dalam setahun.

“Bagi saya, jika ada idea yang baik dan boleh dilaksanakan secara berkesan, maka hasilnya boleh kelihatan dalam tempoh setahun.

“Kalau tidak tahu caranya, boleh dapat tunjuk ajar daripada pakar ekonomi dan badan pemikir dari seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat bahawa kerajaan tidak boleh memulihkan ekonomi dalam tempoh setahun dua selepas mengambil alih pentadbiran.

Tengku Razaleigh juga berpendapat kerajaan harus mengurangkan import makanan dan mengalakkan pengeluaran oleh petani tempatan kerana jumlah wang yang banyak telah digunakan untuk mengimport makanan. – MalaysiaGazette

BILA SURAT

KHABAR CHINA

CARI PANDANGAN

KU LI INI

BESAR MAKNA

AMIN

INI TANDA PENIAGA

CHINA DAH MULA

RISAU 

AMIN 

BILA SURAT

KHABAR MELAYU

NAK TANYA 

PANDANGAN KU LI?

JENG JENG JENG

KHALAS

RAJA NORWAY BERCUTI DI LANGKAWI


Raja Harald V terus pulih, usaha diambil untuk bawa pulang baginda – Istana Norway

KUALA LUMPUR – Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membawa pulang Raja Harald V ke Norway dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya www.royalcourt.no pada awal Jumaat (waktu Malaysia), istana itu menyatakan bahawa Baginda yang sedang menjalani rawatan di Langkawi, Malaysia, akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.

Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.

“Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway,” kata kenyataan itu.

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas jatuh sakit semasa bercuti di Malaysia. – BERNAMA

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT REHAT

SELAMAT SEHAT

AMIN 

FB RAFIDAH AZIZ KENA SAILANG


FACE BOOK

 RAFIDAH AZIZ

KENA SAILANG

KAH KAH KAH

AMIN

HARI INI MULA BAYAR CUKIA SST


HARI INI 

MULA BAYAR

CUKAI SST

AMIN

Unknown commented on
 "CUKAI SST MULA HARI INI -
 BLACK FRIDAY"

Orang lain curi duit, rakyat bayar dengan cukai, molek lah itu cara kan? Pemimpin kita dulu curi duit negara, rakyat bayar balik selama lamanya dengan alasan jasa kepada negara bangsa agamanya, semuanya kurniaan Tuhan belaka memang hebat cara orang kita berfikir molek sungguh kah kah kah masih ada lagi majoriti bengap selalu sampai lupa pakai seluar dalam kah kah kah geng cium tangan terus bekerja mudah cara kah kah kah

DUA MULUT BERI NIKMAT


DUA MULUT 

BERI NIKMAT

AMIN

Unknown commented on
 "JAGA MULUT ATAS 
DAN MULUT BAWAH"

Kelebihan dua lubang utama, atas boleh pakai bawah ada dua lubang jugak, pilih mana satu membantu nikmat sepenuhnya kah kah kah, selagi mulut ada selagi itu manusia susah berhenti komunikasi apa lagi teruskan semarak lagi kisah kisah keagungan silam semasa kepada semua supaya kuasa terus menjadi impian mereka kah kah kah

HIMPUNAN MEGA


HIMPUNAN MEGA

SABTU 2 MAC 2024
HARI INI 
HARI HIMPUNAN MEGA
JAM 10 ABANG MOTOR BESAR
RONDA KL

JAM 2 PETANG  PENDEMO
MULA BERHIMPUN
DI BANGUNAN TABUNG HAJI
KEMUDIAN BERARAK KE HADAPAN
KEDUTAAN AMERIKA

PUSING KEMBALI KE KLCC
MASUK JALAN AMPANG
MASUK JALAN SULTAN ISMAIL
MASUK JALAN TAR
LALU DEPAN SOGO
MENUJU DATARAN MERDEKA

BERAKHIR DI PADANG MERBUK
MALAM TADI GUA DI PADANG MERBOK
PADANG INI BERPAGAR & BERKUNCI
TAPI KAMI ADA KEBENARAN
KAMI MEMASANG BENDERA
UNTUK PETANG INI

PENTAS DAN ALATAN PEMBESAR SUARA
SAMPAI PAGI INI
RAMAI JUGA ANAK MUDA
DATANG MEMBANTU
INI PETANDA BAIK
BUDAYA JALAN RAYA
PASTI ADA PENYAMBUNG

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
ADA LOPAK AIR SANA SINI
ADA PERCUBAAN HUJAN KELMARIN

MATAHARI REDUP
GUA GUMBIRA KALAU REDUP
SEPANJANG HARI
KERANA
KAMI AKAN BERJALAN
7 KILOMETER PETANG INI

HA HA HA
GUA DENGAR
JANTAN MUDA BARU BELAJAR
NAK BERKOKOK
SUARA TAK MERDU
YANG LAIN GUA TAK DENGAR

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
JIKA BERANGIN DAN HUJAN TURUN
PETANDA BAIK
UNTUK  HIMPUNAN MEGA

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERDEMO