Isnin, 4 Mac 2024
TAK PERLU REKRUT ALLAH
Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
BAGAN DATUK – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) yang meminda perlembagaan parti itu semalam sebagai balasan daripada Allah.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ini kerana Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin sebelum ini bertindak membawa ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti tersebut.
“Saya fikir pindaan yang dibuat oleh parti berkenaan adalah balasan daripada Allah kerana dahulu Setiusaha Agungnya telah membawa Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti berkenaan.
“Kini, tanpa sebarang usaha pun daripada pihak UMNO dan BN, kita lihat enam orang daripadanya telah bersama menyokong Anwar Ibrahim,” katanya.
Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, meskipun Bersatu berusaha memastikan ahli Parlimen daripada partinya yang menyokong Anwar mengosongkan kerusi ia dilihat tidak mungkin berlaku.
“Biar pun mereka berusaha agar ahli Parlimen daripada partinya untuk mengosongkan kerusi tetapi sudah tentunya pengosongan kerusi ini tidak boleh berlaku kerana ia masih tertakluk kepada peraturan Parlimen Sendiri dan juga Perlembagaan Negara kita.
“Kerusi-kerusi itu adalah yang dahulunya dipegang oleh UMNO jadi kita akan mengadakan perundingan dengan kepemimpinan Kerajaan Perpaduan untuk menentukan jika ada pengosongan kerusi terbabit,” katanya.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Agung Khas parti itu semalam memaklumkan pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu membolehkan enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Anwar diarahkan untuk mengosongkan kerusi mereka.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, Hamzah Zainuddin akan menghantar surat kepada enam wakil rakyat terbabit untuk mendapatkan pengesahan sama ada mereka masih kekal dengan keputusan menyokong Perdana Menteri.
Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan). –
WOIT
TAK PERLU
REKRUT ALLAH
AMIN
ALLAH ADA
PROJEK UNTUK
UMAT MANUSIA
ALAM SEMESTA
AMIN
BUKAN UNTUK
PARTI BERSATU
AMIN
LU DAPAT DNAA
BUKAN KERANA
ALLAH
AMIN
LU DAPAT DNAA
KES RASUAH
KERANA ANWAR
NAK JADI PM
KHALAS
CUKAI NAIK 8 %
SST 8% : Tiada barang disorok, kenaikan harga berlaku
SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang atau ketidakberadaan barangan ke atas sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa 1 Mac lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, S.Jegan berkata, ia berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan menerusi Ops Kesan yang dijalankan pihaknya sejak empat hari lalu di negeri ini.
Jelas beliau, semua pihak juga perlu tahu sektor apa yang tidak terlibat dengan kenaikan dua peratus SST seperti makanan dan minuman.
“Meskipun tiada aduan atau peniaga dikesan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus SST namun saya nak ingatkan peniaga yang tidak terlibat dalam sektor terbabit agar jangan sesekali mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut keuntungan.
“Ini kerana peniaga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya dikesan menaikkan harga sesuka hati.
“Malah, AKHAP juga memperuntukkan peniaga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya perubahan harga yang dibuat menunjukkan kenaikan yang terlalu tinggi, mendadak dan mengambil untung secara tidak munasabah atau berlebihan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah ‘Kembali Ke Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang di AEON Big di Seberang Jaya di sini, hari ini.
Tambah Jegan, pengguna yang berdepan salah laku peniaga termasuk yang cuba mengambil keuntungan berlebihan dan mencatut, diminta mengemukakan aduan kepada saluran aduan rasmi kementerian bagi membolehkan siasatan dilakukan serta tindakan lanjut diambil.
Media sebelum ini melaporkan SST naik kepada lapan peratus, berbanding enam peratus sebelum ini berkuat kuasa pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta. –
CUKAI
KHIDMAT JUALAN
NAIK 8 PERATUS
AMIN
HARGA BARANG
NAIK RATUS RATUS
JENG JENG JENG
DUIT LAGI MURAH
HIDUP LAGI PARAH
AMIN
YANG KAYA
HIDUP INDAH
YANG MISKIN
MAKAN MUNTAH
AMIN
KHALAS
JANGAN SENANG KENA TIPU
Akta baharu tangani penipuan dalam talian, bank tak boleh mengelak – Kulasegaran
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka akta baharu bagi meningkatkan keselamatan digital dan menangani penipuan dalam talian.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, akta berkenaan melibatkan ketetapan pihak bank tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab sekiranya menjadi punca penipuan dalam talian berlaku.
“Saya berpendapat bank perlu bertanggungjawab. Pihak bank tidak boleh mengelak daripada diambil tindakan. Jika ada mana-mana bank yang telah atau sedang buat demikian, rujuklah kepada agensi yang berkenaan.
“Rang Undang-Undang (RUU) yang sedang dikaji ini akan merangkumi semua aspek termasuk yang diperkatakan YB Kota Melaka (tindakan terhadap bank dalam transaksi berkaitan penipuan dalam talian),” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka – PH) mengenai RUU yang kini dalam peringkat penelitian.
Sebelum itu, Kulasegaran memaklumkan sebanyak 107,716 kes jenayah scammer yang direkodkan antara 2020 hingga 2023 melibatkan jumlah kerugian RM3.2 bilion.
Dengan perkembangan itu , kerajaan tidak pernah memandang rendah isu penipuan dalam talian dengan tindakan menyeluruh terus diambil dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi mengesan nombor telefon yang didapati terbabit dengan penipuan dalam talian.
“Setakat Januari tahun ini, sebanyak 131 nombor talian ditamatkan kerana terbabit aktiviti penipuan dan 93 nombor talian meragukan telah disekat.
“Nombor berkenaan juga akan direkodkan dalam sistem semak Polis Diraja Malaysia sebagai panduan untuk orang awam membuat semakan sebelum meneruskan transaksi kewangan mereka,” kata menjawab soalan Siti Mastura Muhammad (Kepala Batas -PN). –
WOIT
INI LANGKAH
BETUL
AMIN
LEBIH MUSTAHAK
ORANG RAMAI
SEDAR SENDIRI
AMIN
GAJI 12 RIBU
KERJA LUAR NEGARA
LULUS SPM
MASIH MELAMAR
AMIN
TENGOK MUKA
CERMN DIRI
JANGAN SENANG
KENA TIPU
AMIN
MUKA HEROT
TETIBA MAT SALEH
NAK AJAK KAWIN
CERMIN DIRI
AMIN
LABOR 1 RIBU
PULANGAN 12 RIBU
6 BULAN KEMUDIAN
DAH JADI KAYA
AMIN
TAMAK BANGANG
PADAN MUKA
AMIN
KHALAS
BERAPA BELANJA ISTANA ?
BERAPA BELANJA
ISTANA ?
AMIN
panglimo potaseh commented on
"RAJA BERPERLEMBAGAAN"
Tu lah Raja Norway .. antara negara terkaya di dunia .. negara kafir, tak tutup aurat. Tapi tak de orang yg merempat di Norway .. warga yg tak kerja di bahagi elaun untuk idop selesa .. walhal Norway punye sama byk pengeluaran tong minyak dgn Malaysia.
Dulu Incik Kadir royak belanja istana negara je RM1 juta sehari, itu baru satu estana .. ingat kito ado sopulo Rajo .. Norway sekor jo .. tuckbEEr
ORANG BAIK TAK BUAT APA APA
BUKAN RAKYAT
ZALIM TAPI ORANG
BAIK TAK BUAT
APA APA
AMIN
Unknown commented on
"INILAH AKIBAT
KERAJAAN MADANI"
kerajaan yang zalim hasil dari rakyat yang zalim..
MCA PARTI CUKONG PUN KATA HARGA BARANG NAIK
SST: Hentikan sindrom penafian, terima hakikat cukai elektrik penghulu segala kos
TERDAPAT segelintir pihak yang menuduh kononnya MCA hanya memperjuangkan golongan kaya dan memperlekeh Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong yang merayu kepada kerajaan berhubung cukai yang dikenakan terhadap penggunaan elektrik.
Sedangkan, apa yang dibangkitkan oleh Presiden MCA merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam di Dewan Rakyat itu sebenarnya membela nasib semua rakyat sebagai pengguna.
Betul, penggunaan elektrik 600kwj ke bawah tidak dikenakan cukai. Tetapi bagaimana pula dengan penggunaan elektrik melebihi 600kwj, yang kebiasaannya melibatkan golongan peniaga, kilang dan sebagainya?
Dalam kenyataan media Kementerian Kewangan bertarikh 28 Februari 2024 telah mengesahkan dan dinyatakan dengan jelas, “Bagi perkhidmatan elektrik, Cukai Perkhidmatan hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600kWj.”
Ini bermakna, pengusaha perniagaan perlu membayar atau dikenakan kenaikan cukai kerana menggunakan elektrik lebih 600kwj dan sudah tentulah menyebabkan harga barangan atau perkhidmatan meningkat.
Apabila sesuatu kadar cukai itu meningkat, maka sudah tentulah ia memberi kesan kepada seluruh sistem di mana harga-harga jualan atau perkhidmatan akan turut meningkat dan mereka yang menerima kesannya ialah rakyat sebagai pengguna akhir.
Jadi, hentikanlah sindrom penafian dengan menyatakan harga barang atau perkhidmatan tidak akan naik susulan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dari 6% kepada 8% yang mula berkuatkuasa semalam, 1 Mac 2024.
Pada 9 Julai 2023, Utusan Malaysia ada melaporkan kenyataan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan dengan artikel bertajuk “Harga barang dijangka naik 20 peratus bermula Ogos”
Menurut laporan tersebut, harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.
Itu ketika kadar SST 6%, maka sudah tentulah harga barangan terus meningkat dengan pelaksanaan SST 8%.
Perlu ditekankan bahawa saya mahupun MCA amat memahami keperluan kerajaan mengutip cukai, malah sesebuah negara sememangnya memerlukan pendapatan menerusi kutipan cukai yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat dengan pelbagai saluran merangkumi kebajikan rakyat, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan tidak membebankan rakyat dengan kutipan cukai berganda.
Sesungguhnya cukai SST banyak berlaku kelompongan, bahkan menyebabkan kerajaan hilang RM20 bilion – RM30 bilion akibat ‘black economy’ yang sukar dipantau.
Sebab itu MCA berulang kali menyebut, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu dikembalikan dengan menambahbaik mekanisme pelaksanaan khususnya berkaitan pembayaran balik GST. Ianya bukan sahaja telus tetapi juga membuktikan sistem yang dapat membantu kerajaan meraih pendapatan negara. Angka dan fakta yang tidak boleh dinafikan, GST dapat menjana RM44 bilion dan membentuk kira-kira 2.8 peratus daripada KDNK pada 2017 ketika pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri ke-6, Najib Nazak.
Membela rakyat dan mengutamakan negara, atau terus dengan sindrom penafian, perbodohkan rakyat dan akhirnya mewariskan negara dalam keadaan parah kepada generasi akan datang.
Chua Hock Kuan
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
WOIT
KALAU PARTI
CUKONG PUN
TAK SELESA
CUKAI NAIK
INI TANDA
DAH PARAH
KAH KAH KAH
LETERIK NAIK
SEMUA AKAN NAIK
AMIN
SEMUA JADI
MAHAL DAH NI
KHALAS
CUKAI NAIK JADI 8%
CUKAI JUALAN & KHIDMAT - SST - NAIK 1 MAC
Sales and Service Tax atau singkatannya SST adalah satu jenis sistem cukai yang ada negara menggunakan.
Ketika ini sedang digunakan oleh kerajaan Malaysia. SST atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan digunakan kembali setelah kerajaan memutuskan untuk memansuhkan cukai GST dan mengenakan SST
HARGA KHIDMAT UNIFI AKAN NAIK
HARGA
KHIDMAT UNIFI
AKAN NAIK
KHALAS
"DUA S -SEKAT DAN SAILANG"
Pengguna Unifi, Ini Empat Servis Yang Terlibat Dengan Kenaikkan SST. UniFi ini untuk golongan kayangan ker..!?
Seperti yang kita semua sedia maklum, kadar baharu cukai perkhidmatan dinaikkan kepada lapan peratus, berbanding kadar lama, enam peratus bermula hari ini.
Ni walaun papangang wartawan reformasi PKR SST naik depa bole kata utk golongan kayangan saja... Alahai anak anak papangang.. unifi ni untuk golongan kayangan ker...!?
https://wrlr.blogspot.com/2024/03/kalau-puak-puak-ni-tanyajawab.html?m=1
Unifi memaklumkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkannya turut akan mengalami kenaikkan cukai perkhidmatan bermula hari ini.
Unifi lagi, kadar cukai perkhidmatan baharu ini akan dipaparkan pada bil bulanan bermula Mac atau April 2024, bergantung kepada tempoh kitaran bil masing-masing.
SAPA MAKAN CIBAI TERASA MASIN
SAPA MAKAN CIBAI
TERASA MASIN
AMIN
Amutalingam barkaylow commented on
"YANG SALAH WAJIB DITEGUR"
Sampai masa tertegur sendiri itulah bertitah siapa mkn cili dialah tercili.
GENCATAN SENJATA
GENCATAN
SENJATA
SENIN 4 MAC 2024
HARI INI DI KATAKAN
OLEH BIDEN AKAN ADA PERJANJIAN
GENCATAN. SENJATA DI GAZA
APAKAH INI AKAN BERLAKU ?
WAKIL HAMAS DAH TERBANG
KE CAIRO
TAPI WAKIL ISRAEL BELUM
SAMPAI
ISRAEL MAHU SENARAI NAMA
TAWANAN DALAM TANGAN HAMAS
HAMAS MAHU
PEMBEBASAN RAMAI
WARGA PALESTIN
DALAM PENJARA ISRAEL
HAMAS ENGGAN BERI NAMA
HAMAS KATA
ADA RAMAI TAWANAN TELAH MATI
DIBUNUH OLEH SENJATA ISRAEL
PERINCIAN GENCATAN SENJATA INI
BELUM MUNCUL
DARI BERITA TAK RESMI
MUNGKIN GENCATAN
SELAMA 6 MINGGU ?
JENG JENG JENG
AMERIKA
TIMBALAN PRESIDEN AMERIKA
KAMALA HARRIS
UNTUK PERTAMA KALI
KRITIK ISRAEL DENGAN KERAS
KERANA KEBULURAN
YANG SEDANG BERLAKU DI RAFAH
MALAYSIA
10 TAHUN KAPAL TERBANG
MH370 LESAP
KAUM KELUARGA MASIH
MENUNTUT AGAR
ADA BERITA DIMANA
HILANGNYA PESAWAT INI
MALAYSIA MASIH MENCARI
PAKISTAN
MENDAPAT PERDANA MENTERI
BARU BERNAMA SHEHBAZ SHARIF
BERAPA LAMA BOLEH BERTAHAN
JENG JENG JENG
HOKKIEN
PAGI INI CERAH
MATA HARI DAH BERSINAR
PIPI DAH TERASA PANAS
DI BAKAR CAHAYA
DI PINTU MASUK
CENGKERIK BERDESING
ATAS POKOK TERAP
SUARA AMAT KUAT
KWIK KWIK KWIK
INI BURUNG BARU
GUA BELUM PERNAH DENGAR
PAGI INI GUA LIHAT
LEBIH DARI BIASA
PEKERJA KUBUR
BERCAP CHAI
INI PERSEDIAAN BULAN EMPAT
BULAN ZIARAH MAKAM
BULAN SEMBAHYANG KUBUR
MEREKA DAH MULA
MEMBERSIHKAN MAKAM
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
DAN JIKA HUJAN PETANG
MALAM SANTAI
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUMAN
BRO
JIKA LU GOSIP
TENTANG ORANG LAIN
ORANG LAIN JUGA
AKAN GOSIP TENTANG LU
BRO
KALAU KITA BUAT
APA YANG KITA SUKA
PASTI IANYA SENANG DILAKUKAN
BRO
MAJORITI KADANGKALA
MEMBUKTIKAN
SANG BEBAL BDERKUMPUL
DALAM KELOMPOK
YANG RAMAI
BRO
ORANG BIJAK
DAPAT UNTUNG LEBIH
DARI MAT BEBAL
BERBANDING MAT BEBAL
DAPAT UNTUNG DARI
ORANG BIJAK
BRO
ILMU YANG HAKIKI
IALAH MENGENAL
DIRI KITA SENDIRI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI