Jumaat, 15 Mac 2024
BULAN PUASA YANG PANAS
Cuaca panas,
suhu melebihi 35°C
dalam tempoh 7 hari
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan.
Menurutnya, ramalan itu berdasarkan analisis model-model cuaca.
Walau bagaimanapun, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku di Sarawak pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke pagi.
Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. –
PERUBAHAN
IKLIM
AMIN
JIKA MANUSIA
TAK BERUBAH
IKLIM AKAN
UBAH MANUSIA
KHALAS
BELUM KENAL APA ITU BRICKFEILD
Cameron Highlands
bandar paling
bahagia di Malaysia
PUTRAJAYA – Pusat peranginan tanah tinggi, Cameron Highlands di Pahang dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengumumkan perkara itu sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024, di sini hari ini berkata, Cameron Highlands dipilih berdasarkan garis panduan ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pemilihan itu dibuat hasil persepsi dan perasaan penduduk di tanah tinggi itu bukannya dinilai oleh persepsi pihak ketiga.
“Tapi bagi saya yang penting perasaan penduduk sendiri di mana mereka rasa gembira tinggal di sana, selain beberapa faktor lain.
“Dari segi persepsi mungkin ada isu alam sekitar, penerokaan dan lain-lain namun, mungkin penduduk di sana rasa syok menetap di situ dengan cuaca sejuk sekali gus membuat mereka gembira.
“Dari segi pendapatan pula, ada ramai golongan T20 dan M40 di sana jadi, tahap pendapatan mereka juga boleh buat mereka rasa gembira dan bahagia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2024, di sini hari ini.
Bandar-bandar lain dalam kategori sama termasuk Jeli, Kelantan; Jerantut, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Kulai, Johor; Lenggong, Perak; Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka; Petaling Jaya, Selangor; Port Dickson, Negeri Sembilan dan Rompin, Pahang.
Dalam pada itu, lima bandar diletakkan bawah kategori bandar keluarga bahagia termasuk Bandar Keluarga Bahagia Kota Marudu, Sabah; Bandar Keluarga Bahagia Kuala Langat, Selangor; Bandaraya Komuniti Bahagia Subang Jaya, Selangor; Bandar Komunti Bahagia Tampin, Negeri Sembilan dan Bandaraya Bahagia Mesra Usia Ipoh, Perak.
Kor Ming berkata, antara penyumbang utama tahap kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk adalah kualiti perkhidmatan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penjagaan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah berkesan.
WOIT
MEREKA BELUM
KENAL APA
ITU BRICKFEILD
KAH KAH KAH
AMIN
KUASA HEGEMONI AMERIKA AKAN BERAKHIR
KUASA HEGEMONI
AMERIKA
AKAN BERAKHIR
Jangan lupakan sejarah. Ingati kembali tiga ratus tahun sebelum Nabi Isa wujud sosok bernama Iskandar Zulkarnain putera Raja Macedon dari Greek. Ketika ini empayar Greek berpusat di Laut Tengah. Iskandar meluaskan tanah jajahan hingga ke benua India
Iskandar menawan dan membakar Persepolis ibu kota kerajaan Parsi. Menawan dan meninggal dunia di Babylon. Akhirnya empayar Greek tinggal dalam ingatan sejarah.
Jangan lupa dengan empayar Rom yang menguasai tanah besar Eropah hingga ke England. Di pulau itu satu tempat diberi nama Londinium hingga ke hari ini menjadi London.
Ingati kembali Empayar Mongol yang wujud pada abad ke-13 dan ke-14. Ini adalah empayar terbesar dalam sejarah. Berasal dari Mongolia di Asia Timur. Empayar Mongol kuasanya menjalar dari Laut Jepun ke bahagian Eropah Timur, memanjang ke utara ke bahagian Artik. Sampai ke India, ke Iran hingga mencakupi Syria.
Hari ini tinggal sejarah.
Ingat kembali empayar Napoleon. Ingat kembali empayar Belanda, Sepanyol dan Portugis. Ingat kembali empayar Ottoman dari Turki dan empayar Inggeris dari England.
Jangan lupa empayar Jepun dan Hitler dengan kekuatan militer dan mendominasi dunia untuk hanya beberapa tahun dalam Perang Dunia Ke Dua.
Kita juga di Tanah Melayu jangan lupa empayar Melaka. Empayar ini meluas dari Selat Melaka ke utara Semenanjung Tanah Melayu ke Sumatera. Kini hanya tinggal dalam ingatan sejarah.
Semua empayar ini melalui tiga babak. Babak pertama dari kuasa kecil kian membesar dan memiliki bala tentera yang ramai. Babak ke dua bilamana ramai tentera maka kuasa meluas berkembang dan menjajah dan menjadi kota kaya. Babak ketiga pelbagai masalah muncul akhirnya meruntuh.
Hukum dan syarat wujudiah empayar ini dibantu oleh pelbagai sebab. Keruntuhan juga ada pelbagai sebab. Satu persamaan yang hakiki dalam semua empayar ini ialah tujuan mendirikan empayar untuk mencari dan mengaut harta kekayaan.
Hegemoni empayar berpaksikan dan dipasak oleh kekuatan bala tentera. Di belakang kekuatan tentera ini ialah kekuasaan ekonomi. Meluaskan tanah jajahan bertujuan untuk meluas dan mengaut punca-punca ekonomi.
Dalam usaha mengaut harta kekayaan ini memerlukan kuasa dominasi. Dominasi ialah penindasan. Penindasan ini akhirnya melahirkan perlawanan. Perlawanan membawa perang. Perang membawa keruntuhan empayar.
Perang melawan empayar adalah perang adil. Perang anak tanah jajahan melawan empayar yang menjajah pasti mencapai kemenangan.
Empayar Rom runtuh. Empayar Ottoman terbarai. Empayar Inggeris tinggal sejarah.
Tahun 2024 empayar Amerika - Pax Americana – sedang memperlihatkan kepada dunia bahawa betapa kukuh pun hegemoni satu-satu empayar akhirnya akan runtuh.
Amerika kalah di Vietnam. Amerika kalah di Iran. Amerika kalah di Iraq. Amerika kalah di Afghanistan. Hegemoni Pax Americana terburai disana sini.
Pax Americana ialah istilah yang digunakan untuk konsep keamanan relatif di Hemisfera Barat. Selepas tamat Perang Dunia II pada tahun 1945, apabila Amerika Syarikat menjadi kuasa ekonomi, budaya dan ketenteraan yang dominan di dunia.
Hukum dialektik – sebanyak mana ada penindasan sebanyak itu juga akan menimbulkan perlawanan - tidak berubah.
Jangan lupa sebelum Amerika muncul mendominasi dunia kuasa dunia adalah milik Inggeris. Kuasa kolonial Inggeris menjajah tiga par empat bumi manusia. Hari ini ada 56 buah negara bekas tanah jajahan Inggeris dalam Kesatuan Commonwealth.
Jangan terperanjat walau empayar British telah runtuh masih ada lagi negara yang masih tunduk kepada Baginda Raja Charles. Negara seperti Kanada, Australia dan New Zealand masih menyembah Raja Inggeris.
Amerika muncul sesudah Perang Dunia Ke Dua. Kerana berperang kuasa hegemoni Inggeris terbarai. Perang melumpuhkan ekonomi Inggeris. Dalam masa yang sama setelah perang tamat nnak tanah jajahan menuntut merdeka – termasuk kita di Tanah Melayu.
Muncul Amerika dengan kekuatan senjata bersama bom atom. Amerika mengambil alih peranan British. Pax Britannica diganti oleh Pax Americana.
Selepas Perang dunia Ke Dua wujud dua blok. Blok kapitalis - Eropah Barat di bawah payung Amerika. Eropah Timur - Blok Sosialis Soviet Union di bawah pimpinan Rusia.
Bila Soviet Union dan Tembok Berlin runtuh pada tahun 1989 yang tinggal solo hanyalah kuasa Amerika. Dunia pasca Tembok Berlin jatuh ke bawah hegemoni Pax Americana.
Tapi hukum alam terus berubah. Hari ini semakin jelas perubahan sedang berlaku. Dunia uni polar – satu kuasa hegemoni Pax Americana sedang di lawan.
Pada 12 Februari 2024 Vladimir Putin telah di temu bual oleh bekas wartawan Fox Newss Tucker Carlson. Antara lain Putin telah berkata ‘...... you have 34 trilion dollars debts..... you have nothing esle to do..... Amerika ada hutang 34 trilion dolar.... tak da kerja lain nak di buat ... hanya mencari gaduh .....’
Kata kata Putin ini menggambarkan apa yang sedang berlaku ke atas Amerika sekarang. Dengan hutang negara yang begitu banyak Amerika masih membuka medan perang disana sini.
Ketika tulisan ini di garap Amerika sendang terlibat dalam dua kancah perang – di Ukraine dan di Gaza.
Semenjak perang Ukraine bermula tahun 2022 Amerika telah memberi bantuan berjumlah 74 bilion dolar kepada Ukraine.
Manakala Amerika saban tahun memberi dana sebanyak 3 bilion dolar kepada Israel. Semenjak medan perang Gaza berlaku Biden telah memberi dana tambahan 14 bilion kepada Zionis Israel.
Pada awal tahun ini Presiden Biden telah meminta Kongres meluluskan 95.34 bilion dolar untuk Ukraine, Israel dan Taiwan. Sebanyak 62 bilion dari jumlah ini khusus untuk Ukraine. Ketika tulisan ini di garap dana untuk Ukraine masih belum diluluskan oleh Kongres.
Apa yang menjadi perbualan dunia ialah dalam keadaan hutang, dalam suasana ekonomi Amerika sendiri menguncup, dalam masalah rakyat tanpa kerja, dalam masalah ramai rakyat Amerika tidur di tepi jalan – Presiden Biden masih keluar dana untuk berperang.
Dari data statistik 2023 terdapat 653,104 warga Amerika yang tidur di jalanan.
Justeru tidak masuk akal dana berbilion bilion di hantar ke Ukraine. Dana yang sama boleh menyelesaikan masalah warga tanpa rumah di seluruh Amerika berulang kali.
Ini betul seperti kata Bani Melayu: Kera di hutan disusukan. Anak di rumah mati kelaparan.
Bila kita membaca fakta belanjawan dan hutang Amerika ini kita merasa Biden bodoh dan kita bijak. Biden dilihat membuat kerja yang tak masuk akal.
Sebenarnya Biden bukan bodoh. Apa yang sedang berlaku di Amerika ada sebab musabab. Ada latar dan ada pemangkin. Semua berjalan mengikut hukum dialektik dalam sistem ekonomi kapitalis.
Amerika kini sebuah empayar - negara imperialis. Imperialis ada tahap paling tinggi dalam sistem ekonomi kapitalis. Empayar Rom, empayar Ottoman, empayar Mongol – semuanya melalui tahap ini. Yang membezakan antara empayar Mongol dengan empayar Amerika hanya bentuk moden dan teknologi moden yang membalut Amerika.
Pembalut utama dalam empayar Amerika ialah sistem elektoral - pemilihan sapa akan duduk di Rumah Putih. Sistem undi dan mencari pengaruh untuk diundi adalah virus utama yang membawa runtuh empayar Amerika.
Untuk bertanding menjadi Presiden Amerika memerlukan dan yang banyak dan ligat. Calon Presiden tahun 2016 Hillary Clinton membelanjakan 1.4 bilion dolar untuk berkempen. Trump membelanjakan 957.6 juta dolar. Tahun 2020 Biden membelanjakan 1.6 bilion dolar.
Dari mana duit ini datang ?
Duit belanja kempen untuk jadi Presiden datang dari industri senjata. Syarikat dan kilang senjata seperti Lockheed Martin Corps, Boeing, Raytheon, General Dynamic dan Northrop akan memberi derma.
Menderma ialah melabur.
Syarikat dan kilang senjata melabur untuk mempengaruhi dasar dalam negara dan dasar luar Amerika.
Selain dari syarikat kilang senjata ini mungkin ada kumpulan lobi yang memberi derma untuk mempengaruhi dasar Rumah Putih
Kumpulan pelobi pro-Israel terbesar ialah Christians United for Israel dengan lebih tujuh juta ahli. Juga AIPAC Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika. Ada yang menuduh kumpulan Yahudi pro Israel - AIPAC - ini adalah punca kuasa dalam politik Amerika.
Hari ini selain dari produk Hollywood eksport terbesar yang menjana ekonomi Amerika ialah senjata. Justeru untuk Amerika perang adalah perniagaan.
Kalau Malaysia pengeksport terbesar minyak sawit dalam dunia. Amerika pula pengeksport senjata terbesar dalam dunia.
Dana yang dikeluarkan untuk Ukraine dan Israel ini akan di agihkan kepada kilang pembuat senjata. Ukraine atau Israel dijadikan penyalur dalam sistem ekonomi perang.
Sistem politik dan ekonomi Amerika yang wujud sekarang terus menerus memerlukan perang. Tanpa perang ekonomi Amerika akan terhenti.
Pemerhati politik dan pakar militer kini telah menyuarakan bahawa Ukraine akan kalah. Rusia akan menang.
Akbar arus perdana di Amerika seperti Washington Post dan The New York Times telah mula melaporkan berita yang dianggap negatif terhadap Ukraine. Ini petanda awal yang Amerika akan cuci tangan di Ukraine seperti Amerika cuci tangan di Vietnam dan Afghanistan.
Empayar Rom berhadapan dengan Barbarian yang mengepong pintu kota Rom. Akhirnya empayar Rom runtuh di musnah oleh Barbarian.
Amerika juga sedang dikepong. Sapa Barbarian yang sedang mengepong Amerika ? Tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
https://www.malaysiakini.com/columns/699444
ANGKAT SENJATA DAN LAWAN
Palestin kecam Israel pasang penghadang besi 3 pintu ke Masjid al-Aqsa
RAMALLAH – Palestin mengecam tindakan Israel yang memasang penghadang besi di tiga pintu masuk menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
Kementeria Luar Palestin dalam kenyataan berkata, tindakan Israel itu adalah percubaan untuk mengubah realiti sejarah, undang-undang dan politik masjid ketiga suci umat Islam.
Pemasangan penghadang besi itu adalah pelanggaran secara terang-terangan undang-undang antarabangsa dan kewajipan Israel sebagai kuasa pendudukan terhadap tempat ibadat.
Kementerian itu menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan pelanggaran Israel ke atas Baitulmaqdis dan kesucian Kristian dan Islam
Pihak berkuasa Israel mempertahankan tindakan itu dengan menyatakan pemasangan itu sebagai bantuan kepada anggotanya di pintu masuk menuju ke Masjid al-Aqsa dan menafikan ia sebagai halangan terhadap jemaah.
Tindakan itu adalah langkah terbaharu dalam siri penindasan Israel terhadap penduduk Palestin.
Negara zionis itu telah menyerang Gaza sejak Oktober tahun lalu dan telah membunuh lebih 31,000 orang dan memusnahkan secara total rumah, hospital dan bangunan.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur iaitu kawasan terletaknya Masjid Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi
MASANYA
DAH SAMPAI
UNTUK WARGA
TEBING BARAT
ANGKAT SENJATA
DAN LAWAN
AMIN
CAKAP BANYAK
TAK BERGUNA
KHALAS
JANGAN AMAL DISKRIMINASI
JANGAN AMAL
DISKRIMINASI
KHALAS
Unknown commented on
"1.2 JUTA WARGA CHINA MERAH
LESAP - APA JADI ?"
MB Terengganu cakap jangan ada diskriminasi politik mengikut warna parti warna bendera warna kulit kalau kena batang hidung mereka kah kah kah, hanya untuk kepentingan sendiri jangan amal diskriminasi, kalau untuk orang lain boleh diamalkan,
inilah politik dewasa sekarang, yang berkerja yang berusaha yang bersusah payah siang malam membayar cukai merata tempat supaya negara dioperasikan tetapi ada satu lagi yang jenama korek korek lubang siang malam duit negara amin, kita sedia tahu siapa sudah korek dan siapa kena tampung lubang itu selama ini, pun nak salahkan DAP lagi kah kah kah sebenarnya bangsa DAP yang pernah sedang dan akan menampal lubang korek kah kah kah kah kah kah
SENJATA ARAB YAMAN
ARAB YAMAN
SENJATA BESAR
PANJANG
AMIN
"MANA ALAMAT KEDAI
ARAB YAMAN ?"
Adoi .. Yemen nak labor ape kat Tanah Melayu ni. Setakat nak jual kirme kita pon dah ade Ladang Kirme. Mungkin htr org Yemen (yg sedia ade panjang & besar) kirje kat Malaya ni akan mengumbirakan pompuan2 Melayu kite, yg mane ustazah nye dok melalak siang mlm dok jual obat panjang, besar dan keras .. tuckbEEr
HARGA KUIH
HARGA KUIH
JUMAAT 15 MAC 2024
PUASA MASUK HARI KE TIGA
BERITA BAZAR RAMADAN
DISANA SINI
PERTAMA
DBKL LARANG WARGA ASING
BUKA MEJA NIAGA DI BAZAR RAMADAN
KALAU ADA WARGA MALAYSIA
YANG GUNA WARGA ASING
ATAU SEWAKAN TEMPAT
PADA WARGA ASING
TINDAKAN AKAN DIAMBIL
LESEN DI TARIK
KEDUA
BERITA HEBOH
HARGA MAHAL
ADA SATU BERITA TULAR
SATU TELOR MATA
DI JUAL 4.50 SEN
WOW
TUAN WARUNG NAK GI MEKAH
BAWA ANAK BINI TAHUN INI
KAH KAH KAH
HARGA MAHAL TAK DAPAT DIELAK
TEPUNG GULA MINYAK BERAS
BAWANG SAYUR IKAN AYAM
SEMUA NAIK HARGA
PAK CIK WARUNG
NAK CARI MAKAN JUGA
JENG JENG JENG
AFRIKA
INTERNET PUTUS
DI AFRIKA BARAT
DI AFRIKA TENGAH
KABEL LAUT PUTUS
SAPA PUNYA KERJA
JENG JENG JENG
ITALI
POLIS TAHAN
MAK CIK BERUMUR 103 TAHUN
MEMANDU CARA BAHAYA
TUP TUP
LESEN MEMANDU DAH MATI
KAH KAH KAH
HAITI
SENJATA MASUK
DI SELUDUP DARI AMERIKA
SATU HAL PULAK
KAH KAH KAH
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA MASIH LEMBUT
SANA SINI GUA DENGAR
TERKUKUR BERLAGU
TIONG RIUH CARI BELALANG
KINI HOKKIEN
DAH JADI PADANG RUMPUT
PAGI INI
GUA DENGAR HOW WOW
DAN JANTAN BERKOKOK
DARI WILAYAH JAUH
INDAH SUARA MEREKA
JAP LAGI GUA
NAK KE CHOW KIT
NAK TENGOK HARGA BARANG
PALING NAK TENGOK
HARGA MURTABAK
TAHUN LEPAS 4RM SEKEPING
KALI INI BERAPA?
GUA KE PASAR HARI JUMAAT
ELAK HARI SABTU
HARI CUTI PALING RAMAI
MAK CIK DAN KAKAK
ABANG DAN ATUK
BELI BARANG
AMIN
BRO
SENYUM
JUMAAT YANG INDAH
BRO
BILA LU NAK NYEBERANG
SUNGAI
CARI LALUAN YANG CETEK
BRO
MAHAL TAK SEMESTINYA
MOLEK
MURAH TAK SAMESTINYA
TAK BERKELAS
BRO
SENTIASA BERNIAT
UNTUK MELAKUKAN
SATU YAG BARU
BUKAN HANYA NIAT
TAPI LAKUKAN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HRI INI
SELAMAT BERJUMAAT