Selasa, 19 Mac 2024
WARGA TANPA NEGARA DI ZALIMI
Beri kerakyatan ikut undang-undang, bukan ikut selera pegawai, kerajaan diberitahu
Kerajaan digesa menyempurnakan hak kerakyatan kepada empat orang wanita yang dinafikan hak kewarganegaraan sejak lahir dengan alasan yang tidak munasabah meskipun layak di sisi undang-undang.
Kumpulan hak asasi manusia, Lawyers for Liberty (LFL) berkata keempat-empat wanita itu seharusnya mendapat taraf kewarganegaraan secara "automatik" seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mereka ialah Vanessa, 21, Wiwin Hamdayani, 22, Khairunnisa Ibrahim, 29 dan Seri Mulyati, 41.
Ayah Vanessa merupakan warganegara manakala tiga yang lain dilahirkan dengan status ayah sebagai pemastautin tetap.
Penasihat LFL, N Surendran berkata hak keempat-empat individu itu untuk mendapat kerakyatan ditolak berkali-kali meskipun mereka lahir, dibesarkan dan menetap di Malaysia.
Tambahnya, mereka juga bukan merupakan rakyat mana-mana negara lain.
Surendran berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan, mereka sudah pun layak digelar warganegara.
Ini kerana taraf kerakyatan bukanlah dianugerahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), tetapi merupakan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
"Tetapi hak mereka untuk dapat kad pengenalan sudah dicabuli," katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini yang turut disertai bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya.
Dalam sidang media itu, LFL menjelaskan proses mendapatkan taraf kewarganegaraan bagi keempat-empat wanita itu menjadi rumit apabila petugas di kaunter-kaunter JPN tidak mengendalikan permohonan mereka dengan baik.
Ini termasuklah penyerahan borang yang tidak tepat dan permintaan untuk mengemukakan dokumen yang tidak diperlukan kepada pegawai kerajaan.
Bahkan, tiga daripada mereka terpaksa hadir ke kedutaan Indonesia dan mengesahkan bahawa mereka bukan rakyat negara tersebut.
"Mereka (KDN) dan kerajaan sudah melakukan hal ini berdekad lamanya."
LFL membayangkan usaha mendapatkan kerakyatan akan bertambah buruk kepada keempat-empat individu itu sekiranya pindaan tersebut diluluskan di Parlimen.
Keputusan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk meneruskan pindaan perlembagaan berhubung hak kerakyatan kanak-kanak dan terabai dan bayi terbuang menerima bantahan pelbagai pihak.
Di bawah pindaan baru, nasib mereka yang sebelum ini berhak mendapat kerakyatan akan terletak di bawah budi bicara menteri dalam negeri kerana kerakyatan secara "kuatkuasa undang-undang" akan ditukar kepada kerakyatan melalui "pendaftaran".
Menurut Surendran, kes yang melibatkan golongan tanpa kerakyatan di Malaysia selalunya berakhir dengan pemohon berputus asa selepas beberapa kali permohonan mereka ditolak.
"Mereka dah hilang harapan."
MADANI KLIM
KEADILAN
AMIN
MAKIN RAMAI
WARGA TANPA
NEGARA DI ZAMAN
MADANI
AMIN
MANDANI DAH
JADI MADANON
YANG ZALIM
KHALAS
APA AGENDA KALIMAH ALLAH
Kejadian berulang, jangan ingat umat Islam mudah memaafkan
KUALA LUMPUR – Penduduk Islam di negara ini tidak wajar diperbodohkan oleh KK Mart yang memberi alasan kononnya pihak pengurusan terlepas pandang menyebabkan stoking dengan kalimah Allah dijual di pasar raya tersebut.
Orang awam yang ditemui berpendapat, alasan sedemikian langsung tidak masuk akal, justeru tindakan memboikot kedai itu adalah jalan terbaik buat masa ini.
Pesara kerajaan, Zamani Hassan menyifatkan tindakan kedai itu cuba menyentuh isu agama kerana mereka tahu umat Islam di negara ini cukup terkenal dengan sikap memaafkan.
“Jangan cuba cipta sentimen dan menyalakan api untuk bermain isu sensitif. Kadang-kadang saya rasa mereka seakan cuba menguji kesabaran umat Islam di negara kita ini. Mereka sedar kita cepat memaafkan tapi jangan ambil kesempatan,” katanya.
Pendapat itu disokong pekerja swasta, Zack Azuan Zulkefli yang berpandangan penjualan stoking dengan kalimah Allah itu mungkin disengajakan memandangkan banyak tapisan perlu dibuat sebelum sebarang produk dipasarkan.
“Bukan senang setiap barang untuk masuk dalam sesebuah kedai lebih-lebih lagi yang ada ratusan rangkaian macam KK Mart.
“Mesti ada prosedur dan kualiti piawaian (QC) jadi saya boleh rasa mereka cuba buat wayang,” ujarnya.
Berbeza dengan sesetengah negara, pekerja swasta, Liyana Zainuddin berpendapat, umat Islam di Malaysia masih rasional untuk bertindak.
“Kalau kita tengok negara luar lain memang ada sampai tahap rusuhan atau insiden buruk tapi mujur kita di sini masih bertoleransi. Ini negara harmoni, kita risau jika terus berlarutan keadaan boleh melarat,” katanya.
Seorang lagi pekerja swasta, Faizul Hussein berharap tindakan tegas diambil terhadap KK Mart sebagai pengajaran selepas dia melihat insiden serupa berlaku di premis MR DIY yang menjual produk menghina kalimah Allah apabila video mengenainya tular.
“Sekadar minta maaf langsung tidak beri sebarang pengajaran. Buktinya, saya lihat ada satu video di Facebook kedai MR DIY yang menjual pelekat berbentuk tapak kaki ada kalimah Allah.
“Saya takut ia sudah mula jadi ikutan, jadi eloklah tindakan tegas diambil kerana isu agama tiada kompromi,” ujarnya.
Bagaimanapun, Kumpulan MR DIY (M) Berhad (MR DIY) sebentar tadi tampil menjelaskan penjualan pelekat berbentuk tapak kaki tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammad di premis mereka sudah ditarik sejak Februari 2019.
Mengulas lanjut, pengurusan KK Mart memaklumkan akan menunggu nasihat pihak berkuasa sebelum memulakan sebarang tindakan termasuk menaikkan kain rentang memohon maaf.
Ahli Lembaga Penasihatnya, Muhammad Haikal Daniel Khairal Abidin berkata, langkah itu diambil memandangkan isu itu kini sedang dalam siasatan polis. –
APAKAH ADA
AGENDA YANG
DI SUSUN RAPI
AMIN
LEPAS SATU
SATU
AMIN
APAKAH INI PROJEK
NAK LEMAHKAN
MELAYU ISLAM
AMIN
UNTUK
CHINA MERAH
MASUK ???
JENG JENG JENG
KHALAS
WARGA TANPA NEGARA - PROJEK ZALIM
DAP berpecah ketika wakil rakyat PH diarah sokong pindaan bakal mangsakan anak tanpa kerakyatan
Beberapa ahli Parlimen DAP tidak berpuas hati dengan pendirian kepimpinan parti untuk menyokong pindaan perlembagaan kontroversi yang bakal menghapuskan hak kewarganegaraan untuk bayi dan kanak-kanak terbiar, menimbulkan perpecahan dalaman menjelang pembentangan pindaan itu di Dewan Rakyat kelak, MalaysiaNow difahamkan.
Sumber yang arif tentang perkembangan itu berkata ahli Parlimen diingatkan supaya tunduk kepada pendirian kerajaan dengan menyokong pindaan itu, yang sehingga kini mengundang kemarahan masyarakat sivil, kumpulan hak asasi dan peguam, termasuk Majlis Peguam yang hujung minggu lalu mengeluarkan resolusi tegas "mengutuk sekeras-kerasnya" kerajaan Anwar Ibrahim.
Difahamkan, pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengarahkan ketiga-tiga parti gabungan itu untuk memastikan ahli Parlimen mereka menyokong pindaan itu, yang memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.
Antara mereka yang membantah pindaan itu ialah bekas timbalan menteri undang-undang Ramkarpal Singh, yang digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akhir tahun lalu.
Menurut Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Ramkarpal secara melepaskan jawatannya secara sukarela setelah mengetahui abangnya Gobind Singh Deo akan dilantik sebagai menteri.
Sumber yang sama memberitahu MalaysiaNow yang salah seorang ahli parlimen DAP dari Lembah Klang, yang merupakan seorang menteri, bertindak menyokong pindaan itu walaupun sebelum ini dilihat mempertahankan nasib golongan tanpa kerakyatan (stateless).
"Sungguh mengejutkan apabila wakil rakyat DAP ini membuat pusingan U yang begitu besar, kerana hanya dua tahun lalu dia lantang mempertahankan hak orang tanpa kerakyatan dan mengkritik menteri dalam negeri ketika itu Hamzah Zainudin mengendalikan isu itu," kata sumber itu, yang rapat dengan beberapa pemimpin kanan dan ahli Parlimen DAP.
Pindaan yang dicadangkan itu dibantah kumpulan hak asasi manusia termasuk yang memperjuangkan hak ribuan kanak-kanak tanpa kerakyatan di negara ini, yang dinafikan kewarganegaraan walaupun dilahirkan kepada ibu bapa Malaysia.
Pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen itu dicantumkan bersama satu lagi pindaan yang dialu-alukan, iaitu memberikan wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing hak sama rata dalam hal kewarganegaraan untuk anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
Apa yang menjadi fokus bantahan ialah pindaan untuk menghapuskan pemberian kerakyatan secara automatik kepada bayi terbiar atau anak yatim yang dilahirkan di negara ini, yang ibu atau ibu bapanya tidak dapat dikesan.
Di bawah pindaan itu, nasib mereka yang sebelum ini berhak mendapat kerakyatan terletak di bawah budi bicara menteri dalam negeri.
Pengkritik berkata walaupun dengan wujudnya peruntukan kewarganegaraan automatik, beribu-ribu orang masih hidup menderita sebagai orang tanpa kerakyatan - dinafikan perkhidmatan kesihatan awam, pendidikan dan peluang pekerjaan - di samping anak yatim dan anak-anak terbiar, yang sebahagian besar dilahirkan di luar nikah, dijadikan mangsa seumur hidup.
Mereka memberi amaran sekiranya peruntukan kewarganegaraan itu dihapuskan, ia akan mengeluarkan jaringan keselamatan terhadap anak yatim dan kanak-kanak lain yang dinafikan kewarganegaraan, seterusnya mewujudkan sebuah kelas baru golongan tanpa kerakyatan.
Jaringan keselamatan itu merupakan asas kepada kes dibawa seorang remaja tanpa kerakyatan pada 2021, di mana Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, mengarahkan kerajaan mengeluarkan sijil kelahiran baharu dan mendaftarkannya sebagai warga negara.
Tengku Maimun berkata remaja itu berhak mendapat kerakyatan berdasarkan kelahirannya di Malaysia.
Dia juga berkata oleh kerana remaja itu ditemui diabaikan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur, maka dia dianggap dilahirkan oleh seorang ibu yang merupakan pemastautin tetap, yang memenuhi keperluan perlembagaan untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.
Kumpulan ibu turut bantah
Sementara itu, bantahan yang semakin meningkat terhadap usaha kerajaan ini juga disertai sebuah kumpulan yang telah berkempen keras untuk mendapatkan hak sama rata kepada kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita Malaysia di luar negara yang berkahwin dengan warga asing, iaitu salah satu daripada pindaan yang dipakejkan bersama-sama pindaan lain yang memangsakan kanak-kanak dan bayi terbiar.
Family Frontiers Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen menggesa orang ramai menghantar e-mel bantahan kepada wakil rakyat mereka bagi menuntut kerajaan supaya pindaan yang memberi hak sama rata kepada ibu Malaysia diteruskan.
"Sebagai wakil rakyat saya, saya meminta anda mewakili suara saya di Parlimen. Asingkan pindaan-pindaan tersebut - hanya teruskan dengan pindaan yang akan memberikan hak sama rata kepada ibu Malaysia untuk memberikan kerakyatan. Hentikan lima pindaan-pindaan regresif - jangan benarkan pindaan-pindaan regresif tersebut diluluskan dan hapuskan hak asasi yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan," menurut surat contoh yang disediakan kumpulan itu.
Percubaan meminda perlembagaan ini dilihat pengkritik sebagai sebahagian daripada siri pelanggaran janji mengenai komitmen mempertahan hak asasi manusia oleh pentadbiran Anwar.
Sejak mengambil alih Putrajaya, kerajaan campuran dipimpin PH telah melancarkan serangan terhadap media yang tidak sealiran dengannya, di samping mengambil tindakan tegas bagi memadamkan kritikan di platform dalam talian, manakala beberapa laman portal berita dan blog dikenakan sekatan.
Ini ditambah dengan peningkatan aduan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia kepada platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok, untuk memadamkan kandungan yang tidak disenangi Putrajaya.
Pendirian PAS
Sementara itu, aktivis hak asasi manusia sejak kebelakangan ini berurusan dengan pelbagai parti politik, dalam usaha memberikan pencerahan kepada mengenai pindaan perlembagaan dibawa kerajaan.
Di kalangan gabungan pembangkang Perikatan Nasional, difahamkan PAS bakal membantah pindaan itu, berdasarkan alasan intipati pindaan itu tidak selari dengan prinsip Islam.
"Bagaimanapun, pemimpin Bersatu masih tidak jelas berhubung pindaan itu. Hasil perbincangan kami mendapati pimpinan PAS lebih menerima dan lebih arif mengenai isu itu," kata seorang aktivis hak asasi manusia kepada MalaysiaNow.
Awal tahun lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketika ditanya mengenai anak luar nikah yang membesar sebagai orang tanpa kerakyatan, mempertahankan hak mereka sekiranya ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
Beliau berkata, kanak-kanak tidak bokeh dipersalahkan dan dihukum atas dosa ibu bapa mereka.
“Ini pendirian seseorang yang kerap digambarkan oleh media sebagai pelampau dan konservatif.
"Tetapi, di sini kita lihat pemimpin DAP yang kononnya progresif ini mempersoalkan hak asasi golongan kanak-kanak malang ini, yang terpaksa hidup tanpa kewarganegaraan," kata seorang aktivis berpangkalan di Sarawak yang aktif membantu golongan tiada kerakyatan.
PINDAAN
PERLEMBAGAAN
WARGA TANPA
NEGARA SATA
PROJEK ZALIM
AMIN
PARA YB PATUT
IKUT KATA HATI
BILA MENGUNDI
AMIN
KHALAS
JANGAN PERANG SATENGAH JALAN
Hospital Al-Shifa bukan medan perang – WHO
LONDON – Sebarang permusuhan atau operasi ketenteraan di Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza membahayakan perkhidmatan kesihatan, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil menegaskan kemudahan penjagaan kesihatan tidak boleh digunakan sebagai medan pertempuran.
“Kami sangat bimbang tentang situasi di Hospital Al-Shifa di utara Gaza, yang membahayakan pekerja kesihatan, pesakit dan orang awam,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
Pada awal hari Isnin, tentera Israel mengumumkan tenteranya menyerbu hospital, yang menempatkan beribu-ribu pesakit yang sakit dan cedera, serta yang dipindahkan.
Menurut penyiar awam Israel KAN, kira-kira 80 rakyat Palestin telah ditahan dari kemudahan itu.
Ghebreyesus berkata, hospital itu baru-baru ini telah memulihkan perkhidmatan kesihatan, yang membahayakan pekerja kesihatan, pesakit, dan orang awam, justeru sebarang permusuhan atau ketenteraan kemudahan itu akan menggugat akses perkhidmatan kesihatan, ambulans, dan penghantaran bekalan yang menyelamatkan nyawa”.
“Hospital mesti dilindungi,” katanya, mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata di kawasan yang dikepung itu.
Israel telah melancarkan serangan ketenteraan maut ke atas Gaza sejak pencerobohan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin Hamas pada 7 Okt 2023.
Lebih 31,700 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh di kawasan itu, dan hampir 73,800 yang lain cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Perang Israel telah mendorong 85% penduduk Gaza ke dalam perpindahan dalaman di tengah-tengah sekatan yang melumpuhkan kebanyakan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60% daripada infrastruktur enklaf itu telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Agensi
ALANG ALANG
BERPERANG
BIAR SAMPAI
MENANG
AMIN
SEMUA
MUSUH MATI
AMIN
KHALAS
HUJAN PETANG
HUJAN PETANG
MELINTAS JAM 5.30
HUJAN PETANG MULA TURUN
AWALNYA RENYAI
KEMUDIAN LEBAT
ADUH !!
KESIAN PENIAGA BAZAR RAMDAN
MASA INI MASA PEJABAT TUTUP
MASA STRATEJIK
BERJUAL BELI
GUA NAK KE HOKKIEN
PUN TERHENTI
TAK TAK & EZI
DAH SEDIA NAK BERJALAN
TAPI
MALAM INI AKAN SEJUK
GUA NAK MAKAN
DI WARUNG TOM YAM
BRICKFEILD
WARUNG BIASA GUA
AMIN
TUNJUK BAKAT MEMIMPIN
TUNJUK BAKAT
MEMIMPIN
AMIN
"APA PEMUDA GEROMBOLAN AKAN LAKUKAN ?"
KAH KAH KAH
Pemimpin mudo mesti tunjukkn tk samo dgn pemimpin yg dh tuwo bangko..
Mesti tunjukkn tk sekepalo..
Mesti tunjukkn masih bulih jd hero mlayu..
Mesti tarik balik sokongan mlayu..
Mesti tunjuk ado pengaruh bosa kek mlayu..
Baru sonang nk terajang yg tuwo bangko tu sok..
KAH KAH KAH
WARGA TANPA NEGARA
Saifuddin dikecam selepas hujah 'pelik' pertahan pindaan hak kerakyatan
Hujah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution baru-baru ini dalam mempertahankan pindaan perlembagaan mengenai peruntukan kewarganegaraan dibidas kumpulan hak asasi, sambil menyifatkan kenyataan beliau beberapa hari kebelakangan ini "semakin pelik dan tidak masuk akal".
Dalam mempertahankan pindaan itu yang bakal menafikan kewarganegaraan automatik kepada bayi dan anak terbiar, Saifuddin mendakwa ada pelarian Rohingya yang "menghilangkan diri" selepas melahirkan anak di hospital.
"Alasan Saifuddin ini melanggari undang-undang, tidak rasional, tidak berperikemanusiaan dan tidak praktikal. Menteri nampaknya menganggap bayi yang ditinggalkan sebagai ancaman terhadap keselamatan negara atau musuh berbahaya," kata peguam terkemuka dan bekas ahli Parlimen PKR, N Surendran, yang mengetuai Lawyers for Liberty (LFL), antara yang membantah cadangan pindaan yang akan dibentangkan Saifuddin di Dewan Rakyat minggu ini.
"Ke mana lagi anak terbiar yang ditemui di sesuatu tempat di Malaysia hendak pergi? Bayi itu mesti tinggal di sini dan menjadi rakyat negara ini. Setiap negara bertamadun di dunia mempunyai peruntukan yang sama dalam undang-undang mereka," tambahnya.
Pindaan yang dicadangkan itu dibantah kumpulan hak asasi manusia termasuk yang memperjuangkan hak ribuan kanak-kanak tanpa kerakyatan di negara ini, yang dinafikan kewarganegaraan walaupun dilahirkan kepada ibu bapa Malaysia.
Pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen itu dicantumkan bersama satu lagi pindaan yang dialu-alukan, iaitu memberikan wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing hak sama rata dalam hal kewarganegaraan untuk anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
Apa yang menjadi fokus bantahan ialah pindaan untuk menghapuskan pemberian kerakyatan secara automatik kepada bayi terbiar atau anak yatim yang dilahirkan di negara ini, yang ibu atau ibu bapanya tidak dapat dikesan.
Di bawah pindaan itu, nasib mereka yang sebelum ini berhak mendapat kerakyatan terletak di bawah budi bicara menteri dalam negeri.
Pengkritik berkata walaupun dengan wujudnya peruntukan kewarganegaraan automatik, beribu-ribu orang masih hidup menderita sebagai orang tanpa kerakyatan - dinafikan perkhidmatan kesihatan awam, pendidikan dan peluang pekerjaan - di samping anak yatim dan anak-anak terbiar, yang kebanyakannya dilahirkan di luar nikah, dijadikan mangsa seumur hidup.
Mereka memberi amaran sekiranya peruntukan kewarganegaraan itu dihapuskan, ia akan mengeluarkan jaringan keselamatan terhadap anak yatim dan kanak-kanak lain yang dinafikan kewarganegaraan, seterusnya mewujudkan sebuah kelas baru golongan tanpa kerakyatan.
Jaringan keselamatan itu merupakan asas kepada kes dibawa seorang remaja tanpa kerakyatan pada 2021, di mana Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, mengarahkan kerajaan mengeluarkan sijil kelahiran baharu dan mendaftarkannya sebagai warga negara.
Tengku Maimun berkata remaja itu berhak mendapat kerakyatan berdasarkan kelahirannya di Malaysia.
Dia juga berkata oleh kerana remaja itu ditemui diabaikan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur, maka dia dianggap dilahirkan oleh seorang ibu yang merupakan pemastautin tetap, yang memenuhi keperluan perlembagaan untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.
Di sebalik bantahan yang semakin meningkat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan pindaan itu dengan mengelak soalan mengenai bahagian kontroversi.
Sebaliknya, beliau beberapa kali cuba menekankan pindaan mengenai hak sama rata untuk wanita Malaysia.
N_surendranSurendran (kanan) berkata dengan menghapuskan kerakyatan automatik untuk bayi terabai, beribu-ribu orang dewasa di Malaysia yang layak mendapat kerakyatan akan terus merempat sebagai orang tanpa kerakyatan.
Beliau berkata hujah Saifuddin menggunakan pelarian Rohingya menunjukkan "kejahilan beliau tentang bagaimana peruntukan perlembagaan beroperasi".
"Ringkasnya, jika identiti ibu bapa diketahui sebagai Rohingya, kanak-kanak itu memang tidak layak mendapat kerakyatan Malaysia di bawah peruntukan semasa. Mahkamah jelas mengenai perkara ini.
“Sebaliknya, jika identiti ibu bapa tidak diketahui, anak yang ditinggalkan itu akan dianggap sebagai rakyat Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa ia merupakan penyelesaian berperikemanusiaan dalam kes anak terbiar yang tidak dapat dikesan asal usulnya.
"Melakukan sebaliknya akan hanya melemparkan kanak-kanak itu di pinggiran masyarakat, iaitu sesuatu yang kejam dan tidak memberi manfaat kepada ekonomi atau kepentingan negara."
Surendran turut menegur Saifuddin atas satu lagi dakwaannya bahawa bayi tanpa tali pusat tidak boleh dianggap sebagai anak terbiar.
"Pemikiran seperti ini juga mencerminkan pemikiran kementerian dalam negeri, yang nampaknya mahu mengecualikan anak-anak terbiar daripada mendapat kerakyatan."
Surendran berkata kerajaan masih sempat membatalkan hasratnya..
"Masih belum terlambat untuk menarik balik pindaan ini, supaya hanya meneruskan pindaan yang berkaitan dengan masalah kanak-kanak dilahirkan oleh ibu Malaysia di luar negara.
"Melakukan sebaliknya akan menyebabkan penderitaan yang amat perit kepada mereka yang tidak berdosa."
HARI INI
ADA RAMAI
WARGA TANPA
NEGARA
AMIN
BILA PINDAAN
INI JADI HUKUM
LAGI RAMAI
WARGA TANPA
NEGARA
AMIN
KHALAS
DUA HARI DAH BERLALU - APA PEMUDA GEROMBOLAN NAK BUAT ?
DUA HARI DAH
BERLALU
AMIN
APA PEMUDA
GEROMBOLAN
NAK BUAT
KAH KAH KAH
AMIN
JEMPUTAN DARI WARGA TANPA NEGARA
Warga Tanpa Negara:
Sesi Tayangan dan Perbincangan
MOUTOU
NO 8 ROOF TOP
LORONG PANGGUNG
Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda menonton dan berkongsi cerita tentang masalah hak kerakyatan di Malaysia. Adalah menjadi tanda tanya isu penting seperti ini tidak begitu diendahkan.
Inisiatif tayangan filem Orang Tanpa Negara di Moutou berhasrat membuka kesempatan mendalami hak asas manusiawi yang ternyata bagus diberi perhatian.
Malam tontonan diadakan juga kerana peduli susulan langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan, yang jika diluluskan Parlimen kelak, akibatnya kanak-kanak tanpa kerakyatan yang lahir di negara ini perlu memohon budi bicara KDN.
Jelas di sini, jika keputusan dibuat tanpa pertimbangan dan selidikan lanjut, menambah sulit kehidupan ramai terbabit. Bayangkan anak yang lahir dan membesar di Malaysia, dinafikan hak asasi yang patut dinikmati sebagai rakyat.
Lahir kesedaran kerana peduli. Lapangkan diri datang hadir menghayati filem dan mengikut pembicaraan luah pandang secara bersama-sama. Jumpa nanti.
JANGAN SEKAT SUARA RAKYAT
BUAT KERJA
ELOK ELOK
AMIN
JANGAN SEKAT
SUARA RAKYAT
KHALAS
Amier The Hero commented on
"MALAYSIA NOW KEMBALI"
Pedano mentoghi yang BAGUS BAIK SOSOK YG BIJAK BERWIBAWA, dia takkan heran dgn kutukan dari mana² pihak pun. Kutuk la, kondem la berbakul sekalipun. Yg dio tau, dio buek kojo dan mentadbir negharo sebaik-baik eh. Segalo bondo cukup, rakyat tak menderita dongan kenaikan hargo brg, ekonomi stabil, nilai ringgit mantap, pelabur² asing dtg masuk berlumbo-lumbo. Itu yg mengukur KEBIJAKSANAAN seseorang pedano mentoghi mentadbir negharo. Kurangkan becakap bondo² melalut ni, kurangkan menari² ni sumo bagai.. takdo paedah pon.
Buek kojo elok², tak payah heboh nak sokat kebebasan media sano sini. Kalu tak boleh kono kutuk, banned terus fesbuk,tiktok, ig, X ni sumo dr masuk malaysia. Buek mcm China dgn korea utara, abih cito. Tang side ekau buleh, tang side org lain sumo sokat.. palo bana apo yg ekau cubo buek ni wahai initials A, F dan R?!!! Harap² 3 manusio ni baco apo komen den ni.