Rabu, 20 Mac 2024

SATU DITUTUP - ADA BERAPA RATUS LAGI ?


SATU DITUTUP

AMIN

ADA BERAPA 

RATUS LAGI ?

KHALAS

DUIT KWSP DI BAWA BERJUDI DI FOREX ?


DUIT KWSP DI BAWA

BERJUDI DI FOREX

JENG JENG JENG

KHALAS

ZAKAR SHI MAKAN KERAS



King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal – Puad

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Ting King Sing tidak ada hak untuk mendesak UMNO menekan ketua pemuda parti itu, Dr. Muhammad Akmal Saleh dalam isu boikot pasar raya KK Mart.

Bahkan, menteri tersebut tidak ada hak untuk menakutkan UMNO kononnya parti ini akan kehilangan sokongan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zakarshi berkata, King Sing jangan memutarbelitkan isu kalimah Allah pada stoking yang dijual di KK Mart sebagai isu perkauman.

“Boikot bukan isu kaum. Sebab itu bila agensi umrah menipu walaupun ia milik orang Islam agensi itu tetap diboikot. Tiada kompromi bab Islam,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook,

Oleh itu, Puad mengingatkan King Sing jangan bawa naratif lapuk dalam isu ini kononnya ia merosakkan keharmonian rakyat, hilang peluang pekerjaan dan bawa kesan buruk pada ekonomi negara.

Sebaliknya, kata beliau, semua itu musnah sekelip mata jika pergaduhan agama tidak dikawal.

“KK Mart mesti bertanggungjawab. Mereka pihak terakhir menentukan produk itu terjual di premis mereka.

“Kementerian Pelancongan gantung lesen Emraz Travel kerana menipu. Kenapa Tiong tidak desak lesen KK Mart digantung sementara? Jangan main-main isu kalimah Allah,” tegas Puad lagi.

Semalam, King Sing dalam kenyataannya mendesak kepimpinan UMNO supaya tidak membiarkan Dr. Akmal menggunakan platform Pemuda UMNO bagi mengejar agenda peribadi dengan menunggang isu kalimah Allah.

Menteri itu turut mendesak Ketua Menteri Melaka, Rauf Yusoh supaya bertindak tegas terhadap Muhammad Akmal.

Menyifatkan Muhammad Akmal sebagai angkuh dan keterlaluan, King Siang berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu mesti berhenti memainkan isu kalimah Allah kerana ia sebagai bersifat perkauman.

ZAKAR  MAKIN

KERAS...OPPS...

SILAP ZAKAR SHI

MAKIN KERAS

AMIN

INI PETANDA BAIK

UNTUK UMNO

KEMBALI DAPAT

SOKONGAN MELAYU

KHALAS

BOIKOT KK MART !!!


Pengguna Cina sokong boikot, KK Mart tak jaga sensitiviti umat Islam

MELAKA – Kaum Cina di negeri ini menyokong usaha Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh memboikot rangkaian kedai KK Mart yang terpalit isu kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Namun, pada masa sama, mereka berharap Dr Akmal dapat mengawal ‘api’ kemarahannya.

Tinjauan MalaysiaGazette di sini hari ini mendapati, rata-rata mereka menyokong pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis terbabit kerana tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negara berbilang kaum ini.

Pesara, Bobby Tan, 71, berkata, mana-mana agama sekali pun tidak sewajarnya dihina sebegitu rupa apatah lagi jika kesalahan itu dilakukan sebuah syarikat besar.

“KK Mart sepatutnya tahu kerana pelanggannya terdiri daripada pelbagai kaum dan sama juga jika diletakkan Buddha di stoking pun tak patut.

“Kalau perlu boikot untuk beri kesedaran baguslah untuk tunjuk mereka tak gembira dan protes tapi (Dr Akmal) diharapkan dapat kawal sikit emosi dan tidak terlalu agresif,” katanya.

Pandangan sama dilontarkan, Johnson Tan, 40-an, yang turut menyokong gerakan boikot dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu.

“Kita boleh boikot KK Mart kerana tidak sepatutnya mereka melakukan kesalahan menjual produk dengan cara yang tidak menghormati agama lain.

“Macam kita kaum Cina nak buat (gambar) tokong tak boleh letak di stoking begitu juga dengan nama Allah dan mungkin kalau letak di sebelah atas baju tak mengapa,” katanya.

Nada sama dikongsikan Kelvin, 65 dan Chong, 64, namun berharap Dr Akmal dapat bersabar dan tidak mengambil tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Dia boleh minta (boikot) tak salah tapi janganlah terlalu agresif kerana pengasas KK Mart juga sudah memohon maaf atas kesalahannya itu yang wajar dikenakan tindakan,” katanya.

Bagi masyarakat Portugis, Gerard Lopez, 77, Dr Akmal wajar bertindak lantang mempertahankan agamanya apabila Islam diperlakukan sedemikian rupa.

“Mana-mana agama pun akan marah termasuk saya penganut Katolik, bila diletak lambang salib pada stoking untuk dijual pasti hati saya akan terguris.

“Kalau Dr Akmal tidak buat begitu (lantang) akan berlaku lagi kejadian ini di masa hadapan sebab itu saya sokong usaha boikot ini,” katanya. – MalaysiaGazette



SEMUA MARAH

PADA KK MART

AMIN

BUKAN MURKA

TAPI

NAK BOIKOT

KHALAS

KENAPA FAHMI FADIL MENIKUS ?



Akmal pertahankan hak Islam bukan ‘main’ politik – KIMMA

GEORGE TOWN – Pemuda Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menempelak mereka yang melabelkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh sengaja menunggang isu stoking kalimah Allah untuk menjadi hero politik.

Ketua Pergerakan Pemuda KIMMA, Rais Ahmad Mohamed Hussain berkata, tindakan Akmal lebih kepada mempertahankan serta menyuarakan kepentingan umat Islam dalam isu berkenaan.

“Tidak timbul soal Akmal tunggang isu ini demi kepentingan politik kerana isu sebegini bukan kali pertama berlaku.

“Malah, sering kali kami (umat Islam) yang mempertahankan agama dituduh dan dikecam dengan pelbagai dakwaan buruk.

“Suka kami tegaskan di sini bahawa Pemuda KIMMA berpendirian untuk berdiri teguh bersama Pemuda UMNO dalam mempertahankan isu kalimah Allah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Rais Ahmad, menteri serta komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya bersuara dalam isu kalimah Allah ini, sebaliknya mereka perlu menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan tegas dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming;Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Ting King Sing serta Setiausaha MCA, Chong Sin Woon sepatutnya menasihati masyarakat mewakili mereka supaya perkara sebegini tidak berulang serta menjadi orang tengah jika betul ingin menyelesaikan masalah ini.

“Jangan lupa Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bahawa tiada ada mana-mana pihak boleh memainkan isu 3R (agama, kaum, diraja) demi keamanan negara.

“Sehubungan itu, kami menyeru mereka yang bersuara lantang menentang isu penjualan stoking tertera kalimah Allah untuk berhenti bersuara bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rais Ahmad turut menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang dalam isu ini agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Media semalam melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan (MPP), Fahmi Zainol menasihatkan Kor Ming untuk memberi fokus sebagai menteri KPKT dan tidak perlu bersuara dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Beliau juga berpandangan tidak semua perkara memerlukan Kor Ming bersuara tambahan pula isu tersebut tiada kaitan dengannya. –




APA JADI

DENGAN PKR ?

AMIN

MANA 

FAHMI FADIL ? 

MENGAPA 

JADI TIKUS

AMIN

BILA NAK ANTA

KERETA POLIS

KAH KAH KAH

SENYAP TAKUT

PADA DAP KE ?

KAH KAH KAH

MANA PEMIMPIN

BESAR PKR ?

KHALAS

PEGUAM KAPIR YANG BAIK HATI


SYABAS !!!

PEGUAM KAPIR

YG BAIK HATI

KHALAS

Unknown commented on 
"WARGA TANPA 
NEGARA DI ZALIMI"

Mereka ialah Vanessa, 21, Wiwin Hamdayani, 22, Khairunnisa Ibrahim, 29 dan Seri Mulyati, 41.

Nama di atas semua berbunyi nama melayu islam

Peguam yang ambil kes ini ialah Surendran. Tiada lansung bunyi melayu islam.

Untuk Peguam Surendran;
kamu adalah hero yang terbilang gemilang lagi awesome!
salute untuk yang berani!

JEMPUTAN MALAM INI

 


Warga Tanpa Negara:

 Sesi Tayangan dan Perbincangan

 MOUTOU 

NO 8 ROOF TOP

 LORONG PANGGUNG




Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda menonton dan berkongsi cerita tentang masalah hak kerakyatan di Malaysia. Adalah menjadi tanda tanya isu penting seperti ini tidak begitu diendahkan. 

Inisiatif tayangan filem Orang Tanpa Negara di Moutou berhasrat membuka kesempatan mendalami hak asas manusiawi yang ternyata bagus diberi perhatian. 

Malam tontonan diadakan juga kerana peduli susulan langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan, yang jika diluluskan Parlimen kelak, akibatnya kanak-kanak tanpa kerakyatan yang lahir di negara ini perlu memohon budi bicara KDN.

Jelas di sini, jika keputusan dibuat tanpa pertimbangan dan selidikan lanjut, menambah sulit kehidupan ramai terbabit. Bayangkan anak yang lahir dan membesar di Malaysia, dinafikan hak asasi yang patut dinikmati sebagai rakyat. 

Lahir kesedaran kerana peduli. Lapangkan diri  datang hadir menghayati filem dan mengikut pembicaraan luah pandang secara bersama-sama. Jumpa nanti.

PERJUANGAN SEORANG USTAD - USTAD TAK MURKA HANYA MARAH


PERJUANGAN

 SEORANG USTAD

AMIN

USTAD TAK MURKA

USTAD MARAH

KHALAS

NEGARA SEMAKIN PANAS


Gelombang haba di negeri Perlis, Pokok Sena

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran Tahap 2 iaitu gelombang haba di Kawasan Pokok Sena di Kedah dan negeri Perlis.

Menurutnya, tahap gelombang haba apabila suhu maksimum harian berada 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, terdapat 26 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar) Kedah, (Timur Laut) Pulau Pinang, (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta) Perak, (Bentong, Raub dan Temerloh) Pahang, (Kuala Selangor dan Sepang) Selangor, Putrajaya, (Jelebu, Rembau, Tampin dan Seremban) Negeri Sembilan,

( Alor Gajah) Melaka dan (Segamat, Muar dan Batu Pahat) Johor.ah dikemaskini pada 4.30 Petang, 19/03/2024 Kriteria Cuaca Panas maksimum harian kurang daripada 35°C. hingga 7°C sekurang-kurangnya hari berturut-turut. HABA) aksimum mharia elebihi 37Cn 40°C sekurang-kurangnya3 hariberturut-turut. 3) maksimum melebihi sekurang-kurangnya hari berturut-turut.‎"‎‎

 Manakala satu kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Kota Belud.

Tahap 1 berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – 



NEGARA MAKIN

PANAS

AMIN

DARI LANGIT

MATAHARI 

BERSINAR

AMIN

DARI BUMI

STOKIN

 MEMBAKAR

KHALAS

APA TINDAKAN WAJIB DIAMBIL





Stoking kalimah Allah: Ini bukan isu ringan – Zahid

SLIM RIVER, 19 Mac (Bernama) — Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara sensitif yang terkelas dalam 3R (agama, institusi diraja dan kaum) itu, tidak harus dipandang ringan.

“Walaupun pihak KK Mart telah memohon maaf, namun ia bukan isu ringan.




WOIT

CAKAP SAJE

TAK CUKUP

AMIN

APA TINDAKAN

AKAN DIAMBIL

KHALAS

BOIKOT KK MART



Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana pandangan pemimpin bukan Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Tegasnya sebagai umat Islam, Pemuda UMNO tidak akan tunduk pada mana-mana desakan termasuklah DAP.

“Saya tak perlu dapatkan persetujuan DAP untuk mempertahankan agama saya dari dihina.

“Siapa pun kamu, saya tak pernah takut dan tak pernah gentar. Fullstop!! Kekal boikot!!,” tulisnya dalam hantaran di Facebook (FB) rasminya petang ini.

Kenyataannya itu disertai dengan tangkap layar sebuah portal berita yang melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyatakan pendirian parti itu tidak bersetuju dengan gesaan Dr Akmal Saleh untuk memboikot kedai serbaneka KK Mart.

Anthony dilaporkan berkata, pendirian itu telah disampaikan kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Rauf Yusoh di Putrajaya malam tadi.

Dalam hantaran sebelum itu, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memberikan komen sinis terhadap pandangan sama dikemukakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing.

“Boleh tak seseorang beri cermin pada dia ni? Boleh cermin diri dulu kot.

“Kalau tiada jawatan pun saya akan tetap pertahankan agama, bangsa dan tanah air saya!!! Teruskan boikot KK mart!!!,” tulisnya lagi.

Dalam laporan itu, King Sing mendesak kepimpinan UMNO supaya tidak membiarkan Dr Akmal menggunakan platform Pemuda UMNO bagi mengejar agenda peribadi dengan menunggang isu kalimah Allah. –.

 

WOIT

INI PEMIMPIN

MUDA YG TEGAS

TAK PERLU MINTA

AMPON DARI DAP

AMIN

MULAKAN BOIKOT

KK MART

AMIN

BUKTIKAN BOIKOT

BERJAYA MACAM

BOIKOT MEK DONAL

DAN STARBUCKS

KHALAS

AGONG BUKAN MARAH AGONG MURKA


AGONG 

BUKAN MARAH

AGONG MURKA 

AMIN

YANG MARAH 

MELAYU ISLAM

KHALAS

KILANG STOKIN DI MANA ?



BATU PAHAT

ATAU 

CHINA MERAH

KILANG STOKIN

AMIN

Amier The Hero commented on
 "KILANG STOKIN"

Ye betul, apo yg tt pikir samo mcm den pikir. Napo asik hontam kk mart ajo. Napo tak cari smpi lubang cacing MIRANOSOCK tu. KK Mart, kito bleh salahkan pihak pengurusan berkaitan brg² vendor eh. Yg di sobut-sobut ialah kk mart, siap nak boikot bagai. Skrg ni bkn kk mart yg buek stukin tu, MIRANOSOCK yg produce stukin tu. Napo tak gudam company MIRANOSOCK tu?!! 

Itu yg paling bersalah eh dlm hal ni. Ke tak dapek cari company MIRANOSOCK tu sobab company dari China.. kah kah kah kah. Cemano bleh lopeh pemeriksaan kastam kalu bwk masuk dr China?!! Ke sobab tu MIRANOSOCK ini ditidokan dlm kes ni. Kalu bongkar, nnt nmpk kelohongan pihak kastam!!! Kah kah kah kah kah..

APA TUGAS JAKIM ?



APA TUGAS

JAKIM ?

KHALAS



zaharuddin ahmad commented on
 "ISU STOKING
 MEREBAK KE ISTANA"

Yg sebenarnya..apa peranan JAKIM..?? bukan kah tugas JAKIM diujutkan dulu...perlu menapis segala barangan yg di import dari luar itu halal.. sebelum ianya bolih dan dihalalkan kepasaran dlm negara..apa dah jadi ni..bajet berbillion setiap tahun..belum diambil kira bayaran sticker sijil halal..makan tanggong.berak cangkong sepatutnya persoalan ini ..harus ditujukan kat JAKIM..JAKIM yg harus bertanggong jawab.

STOKIN


STOKIN

RABU 20 MAC 2024
PUASA MASUK MINGGU KE DUA
CUACA PANAS
SEKALI SEKALA 
HUJAN PETANG PETANG

HEBOH HEBOH HEBOH
STOKIN STOKIN STOKIN
DARI SEHARI KE SEHARI
ISU TAMBAH HANGAT
ADA SAJA CERITA BARU

KILANG DARI BATU PAHAT
BARANG IMPOT DARI CHINA
KEDAI DIY PUN BERSTOKING

AGONG BUKAN MARAH
AGONG MURKA
TAPI KERAJAAN MADANI
SENYAP MENYAP
KAH KAH KAH
TIKUS MENIKUS
HANYA PEMUDA GEROMBOLAN
BERANI BERSUARA
TAKU DAP MARAH
KAH KAH KAH

YANG LAIN
BUAT BUAT TAK NAMPAK
WALAU PUN MELAYU ISLAM
SEDANG MENGGELODAK PANAS
AMIN

SOALAN NYA
INI AGENDA SAPA ?
AGENDA NAK ALIH
PERHATIAN DARI  RINGGIT JATUH
BARANG MAHAL
KE HANTU STOKIN
AMIN

NEW YORK PBB
KENYATAAN PBB
ZIONIS ISRAEL TAK BENAR
BANTUAN MAKANAN MASUK
DI TAKRIF JENAYAH PERANG

INDONESIA
DI PROVINSI BANTIN
DI KG TELUK
BERTAN TAN SAMPAH PLASTIK
SAMPAI DI TEPI PANTAI
HINGGA MENENGELAMKAN
KAMPUNG

AMERIKA
PEGUAM TRUMP
MAHU MAHKAMAH AGONG AMERIKA
BUANG KES TRUMP
KES CAMPURTANGAN DALAM PRU

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
LOPAK AIR DISANA SINI
KELMARIN HUJAN PETANG
PAGI INI UDARA SEGAR
MAT HARI DAH KELUAR

DI LERENG BUKIT
MURAI BERKICAU
DALAM PADANG TERKUKUR
BERLAGU
ATAS MAKAM TIONG BERCEKAK

PAGI INI TAK RAMAI
PEKERJA  KUBUR
SATU  DUA KELIHATAN
MEMOTONG RUMPUT
DAN MEMBERSIH MAKAM
SEMBAHYANG KUBUR AKAN SAMPAI

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RABU

GONG DISIMPAN BILIK SEKOLAH
ANTAH PADI  BUKANLAH BERAS
AGANG MURKA STOKIN ALLAH
TITAH HUKUMAN WAJIB KERAS

PAKAI STOKIN SELUAR LABUH
SAMBIL BERJALAN JARI DI ISAP
CERITA STOKIN MENJADI HEBOH
BERITA BARANG MAHAL  MENJADI LESAP

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA