Khamis, 16 Mei 2024
KES 1MDB - NAJIB BEBAS ?
Titah adendum: Kabinet bincang selepas Anwar pulang
PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet mungkin akan membincangkan mengenai kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tentang tahanan rumah melibatkan Najib Razak dipertimbangkan selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Fadzil, berkata, perbincangan itu akan dibawa setelah Anwar pulang dari lawatan rasmi ke Qatar.
“Tak dibincangkan (kenyataan Anwar mengenai tahanah rumah Najib) mungkin bila PM balik dan kembali ke tanahair minggu depan (akan dibincangkan).
“Tapi saya percaya yang dimaksudkan ialah mengikut proses, itu yang beliau (Anwar) sebut,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.
Semalam, ketika ditemubual Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar di Doha, Anwar berkata bahawa tahanan rumah kepadai Najib Razak dipertimbangkan selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.
Anwar berkata, beliau akan memberikan cadangan tersebut jika Yang di-Pertuan Agong meminta pandangan berkaitan perkara tersebut.
“Keputusan untuk mengurangkan hukuman adalah hak Yang di-Pertuan Agong. Sama ada dia diberikan tahanan rumah, pendirian kami pada waktu ini adalah beliau menjalani proses dan biarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan.
“Ini masih dalam proses perbicaraan 1MDB. Saya fikir biar proses itu diteruskan dan jika Yang di-Pertuan Agong minta nasihat, saya akan kata ‘Duli Yang Maha Mulia, biarkan proses diteruskan’ tapi perlembagaan memberikan kuasa kepada Agong untuk membuat keputusan.
“Saya sebagai Perdana Menteri, tidak akan mendahului Yang di-Pertuan Agong,” kata Anwar ketika diminta mengulas isu tahanan rumah terhadap Najib yang turut ditimbulkan oleh anggota Kabinet beliau.
Beliau berkata demikian dalam slot khas ‘In Conversation With the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator.
Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Susulan itu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu. –
WOIT
KALAU KES 1MDB
NAJIB MASUK JIL
APAKAH AKAN
DI JIL DI RUMAH
AMIN
BAGAIMANA DGN
KES ROSMAH
AMIN
JIL DI RUMAH
ATAU DI KAJANG
JENG JENG JENG
KHALAS
CADANGAN IMF DAN BANK DUNIA
Petani, nelayan dilanda kebimbangan ketika Putrajaya masih rahsiakan butiran subsidi bersasar
Kekurangan butiran mengenai subsidi bersasar untuk bahan api diesel yang bakal dilaksanakan Putrajaya menimbulkan keresahan golongan petani dan nelayan, di samping kebimbangan kenaikan kos yang akhirnya akan disalurkan kepada pengguna sekiranya ada kekurangan dalam mekanisme baharu itu.
Sebuah pertubuhan memperjuangkan isu petani melahirkan kebimbangan terhadap rancangan subsidi bersasar untuk diesel, dan berkata sehingga sekarang tiada maklumat atau perjumpaan dianjurkan dengan pihak kerajaan atau agensi yang berkenaan untuk menerangkannya.
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) berkata setakat ini pihak kerajaan atau agensi berwajib belum menghubungi mereka untuk menerangkan langkah itu.
“Biarpun kerajaan kata ada pengecualian dalam sektor pertanian tapi kita tak tahu apa yang dikecualikan. Kita tidak dimaklumkan apa- apa,” kata ahli jawatankuasa Pesawah, Abdul Rashid Yob, kepada MalaysiaNow.
Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana ketelusan dan keberkesanan mekanisme yang akan digunakan, di samping kebimbangan sama ada ia akan betul-betul sampai kepada golongan sasar.
Sebarang kelemahan dalam mekanisme itu bakal memangsakan petani dan nelayan yang amat bergantung kepada subsidi diesel.
Rashid berkata kebimbangan itu ditambah dengan hakikat bahawa kenaikan kos operasi tidak setara dengan hasil diperolehi petani.
Menurutnya, majoriti petani hanya menyewa jentera dan mesin daripada kontraktor untuk kerja-kerja menanam dan menuai hasil padi.
Sewaan kos jentera boleh mencapai antara RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada keluasan tanah.
“Katakanlah kenaikan sewaan jentera disebabkan subsidi dalam 20%, jadi daripada RM4,000 petani kena bayar RM4,800 kalau RM5,000 jadi RM5,800.
“Sudahlah hasil padi memang dah berkurangan disebabkan cabaran cuaca sekarang, nak ditambah dengan kenaikan kos lagi," katanya.
Rashid berkata adalah kritikal pelaksaaan mekanisme itu telus.
"Tapi kalau ada kelompongan, impaknya bukan sikit tapi sangat besar, bukan sahaja kepada petani tapi seluruh rantaian dalam industri termasuk pengguna,” tambahnya.
Katanya kenaikan harga makanan akan berlaku disebabkan harga belian benih padi dan penjualan beras yang tidak selari ditambah dengan kenaikan kos operasi.
Setakat ini, kerajaan masih tidak jelas mengenai tarikh pelaksanaan subsidi bersasar, walaupun sebelum ini akhbar Singapura The Straits Times melaporkan subsidi bahan api akan dihapuskan pada bulan depan bermula dengan harga diesel diapungkan mengikut harga pasaran.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, orang di sebalik rancangan menghapuskan pelbagai subsidi yang disalurkan kepada rakyat Malaysia selama ini, mempertahankan keputusan kerajaan merahsiakan pelaksanaannya.
"Kerajaan sedang cuba sedaya upaya untuk mengelakkan spekulasi inflasi, justeru yang terbaik kami simpan dahulu penyusunannya.
"Rahsia ini untuk menguruskan keseimbangan mengenai bagaimana tindakan pasaran dan masyarakat," Rafizi dipetik berkata semalam.
Sebelum ini, Rafizi berkata kerajaan menyasarkan pemotongan subsidi pukal untuk bahan api untuk mengurangkan defisit fiskal negara.
Beliau mendakwa kerajaan boleh menjimatkan RM17 bilion jika golongan berpendapatan tinggi tidak diberikan subsidi bahan api.
Rafizi berkata mereka yang layak mendapat subsidi akan diberikan "fleet card" sebagai mekanisme subsidi bersasar bahan api.
Rafizi tidak menolak pelaksanaan itu akan menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan.
Rintihan nelayan
Seorang jurucakap nelayan di Pahang turut meluahkan kebimbangan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar, dan berkata ia menyebabkan nelayan tidak lagi mahu turun ke laut.
Teoh Boon Guan, setiausaha Persatuan Nelayan Kuantan, berkata nelayan di bandar itu sudah pun terbeban apabila kuota subsidi diesel dikurangkan sejak Januari 2023 tanpa alasan kukuh.
Subsidi diesel bagi bot Kelas B dikurangkan sebanyak 2,000 liter manakala bot Kelas C dikurangkan 3,000 liter.
Bot nelayan Kelas B dibenarkan melakukan aktiviti penangkapan ikan dan hasil laut pada jarak antara lima dan 12 batu nautika dari pantai, manakala Kelas C pula 12 batu nautika ke atas.
“Saya boleh jamin bukan Kuantan sahaja tapi seluruh nelayan dekat Malaysia sudah tidak mahu turun ke laut," kata Teoh.
“Dahlah ikan sekarang kurang, subsidi sedia ada pun dikurangkan lagi, kerajaan nak buat subsidi bersasar.
“Memang nelayan tak akan turun ke laut,” katanya.
Keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini menjejaskan puluhan ribu nelayan Malaysia, kebanyakannya adalah beroperasi kecil-kecilan.
Mac lalu, Al Jazeera melaporkan nelayan Malaysia berdepan penurunan tangkapan ikan yang sememangnya semakin berkurangan.
Kesan paling buruk akan dirasakan nelayan kecil-kecilan yang mengeluarkan beribu-ribu ringgit "tetapi dengan pulangan yang merugikan", kata laporan itu, yang memberikan contoh sebuah bot nelayan boleh menelan kos RM14,000, tidak termasuk kos pukat, enjin dan bahan api.
Teoh memberi amaran pengguna akan menerima tempias kenaikan harga akibat kekurangan bekalan ikan, dan ini seterusnya menyebabkan negara terpaksa mengimport hasil laut.
HAPUS SABSIDI
SELAMAT DANA
AMIN
INI SEMUA
NASIHAT IMF
DAN BANK DUNIA
AMIN
YANG SENGSARA
RAKYAT MISKIN
AMIN
MINYAK
NAIK HARGA
RAKYAT NAIK
MINYAK
AMIN
KHALAS
BERKORBAN UNTUK UMAT MANUSIA
Peguam tular wabak Covid-19 di Wuhan dibebaskan
BEIJING – Seorang warga China yang dipenjarakan kerana membuat liputan pada awal wabak Covid-19 dari Wuhan dijadualkan dibebaskan pada Isnin selepas menjalani hukuman empat tahun.
Zhan Zhang, bekas peguam berusia 40 tahun itu adalah salah seorang daripada beberapa aktivis yang menghadapi masalah dengan pihak berkuasa China kerana membuat laporan mengenai Covid-19.
Ada yang telah ditahan manakala yang lain telah hilang.
Dia didapati bersalah atas pertuduhan “memilih pertengkaran dan mencetuskan masalah” di China.
Badan pemantau media dan kumpulan hak asasi manusia berkata, Zhang telah didakwa secara salah dan mendesak wanita itu dibebaskan kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Terdapat “kebimbangan besar” tentang keselamatan Zhang selepas dia dibebaskan, kata pegawai Reporters Without Borders Aleksandra Bielakowska.
“Di China, wartawan yang ditahan kerana tugasan mereka sering diletakkan di bawah tahanan atau pengawasan walaupun selepas tamat tempoh penjara mereka.
Sejujurnya saya fikir kami tidak akan mendapat sebarang maklumat terkini dalam masa terdekat. Mereka mungkin akan cuba menahannya di lokasi rahsia, atau menghalangnya daripada pandangan mata untuk beberapa lama,” katanya.
Salah seorang peguam Zhang percaya kebebasan Wanita itu akan disekat, sambil menambah Wanita itu akan tinggal bersama ibu bapanya di Shanghai.
Dari Shanghai, Zhang pergi ke Wuhan pada Februari 2020 untuk mendokumentasikan apa yang dilihatnya di jalanan dan di hospital.
Strim langsung ditonton secara meluas di media sosial, dan dia terus melakukannya walaupun mendapat ancaman daripada pihak berkuasa.
Salah satu klip strim langsungnya menunjukkan bagaimana dia mengekalkan kameranya sambil seorang pegawai memberi amaran kepadanya supaya “berhenti penggambaran atau (akan) dimarah.
“Mungkin saya mempunyai jiwa yang memberontak… Saya hanya mendokumentasikan kebenaran. Kenapa saya tidak boleh menunjukkan kebenaran?” katanya dalam temu bual dengan pembuat filem bebas. Saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan, kerana negara ini tidak boleh mundur,” kayanya.
Ia adalah wawancara terakhirnya sebelum dia ditahan.
Zhang telah menyiarkan lebih daripada 100 video di Saluran YouTubenya, WeChat dan Twitter, sebelum dilaporkan hilang pada 14 Mei 2020.
Keesokan harinya, pihak berkuasa mengumumkan dia telah ditahan oleh polis di Shanghai dan didakwa pada November tahun itu dan dijatuhkan hukuman pada bulan berikutnya. – Agensi
BERKORBAN
UNTUK UMAT
MANUSIA
AMIN
SELAMAT KEMBALI
SEDUT UDARA
BEBAS
KHALAS
UKRAINE SUDAH KALAH
UKRAINE
SUDAH KALAH
AMIN
Unknown commented on
"BLACKROCK BELI KLIA ?"
UKRAINE
SU NEGARA AMERIKA BLINKEN
DENGAN SERTA MERTA
HANTAR 2 BILION DOLAR
DALAM BENTUK SENJATA
DAN PELURU KERANA
MAKIN BANYAK WILAYAH
JATUH KE TANGAN RUSIA
Ukraine tak sedar atau buat2 tak sedar diri
yang si dajal amerika ini yang punca dan bagi sebab untuk terus berperang untuk ukraine bunuh lebih ramai orang
amerika memang dajal mengapi api kan negara yang bersengketa jadi boleh jual lebih banyak senjata
walhal kalau ukraine cerdik dia boleh buat deeekkkk saja amerika ini dan selesaikan sengketa di meja rundingan dengan Putin tersayang.
Putin bukan jenis makan orang, dia pun makan roti nasi juga macam rakyat ukraine yang lain. nak takut apa?
angkat bendera putih. ajak berunding. itu jalan lebih terhormat jika mati pun akan dikenang orang.
PERDANA MENTERI SLOVAKIA DI TEMBAK
ROBERT FICO
PERDANA MENTERI SLOVAKIA
ROBERT FICO 59 TAHUN
DI TEMBAK BEBERAPA DAS
INI PERCUBAAN MEMBUNUH
PERDANA MENTERI
YANG KINI
SEKARANG DALAM HOSPITAL
MENJALANI PEMBEDAHAN
KEADAAN KRTIKAL
KENAPA ?
ROBERT FICO
MENENTANG PERANG UKRAINE
TIDAK MAHU BERSAMA NATO
MAHU PERDAMAIAN SEGERA
ROBERT FICO
TIDAK SOKONG WHO
YANG MAHU KONTROL
PERUBATAN DUNIA
ROBERT FICO
KRITIKAL TERHADAP VAKSIN
APAKAH PENEMBAK
BERUMUR 7I TAHUN
AKTIVIS DAN PENULIS
ADA HUBUNGAN
DENGAN CIA ?
JENG JENG JENG
AMIN
AWAS !!! SYARIKAT ZIONIS BELI KLIA ?
Anwar digesa jangan tunduk tekanan AS ketika polis panggil peserta demo pro-Palestin
Sebuah kumpulan pro-Palestin memberi amaran kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengambil pendirian tegas berdepan langkah Amerika Syarikat baru-baru ini untuk memberikan tekanan kepada Malaysia dalam isu aliran dana kepada Hamas dan entiti lain yang dilabel "pengganas".
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menggelar AS sebagai "penaja kewangan keganasan terbesar" dan menyifatkan percubaan Washington menentukan hala tuju dasar luar Malaysia sebagai "sangat hipokrit".
"Kami melihat kunjungan baru-baru ini oleh delegasi Perbendaharaan AS sebagai tindakan tersirat campur tangan dalam hal ehwal domestik kita," katanya.
"Malaysia tidak boleh tunduk kepada ugutan AS. SSP menggesa kerajaan Anwar Ibrahim berdiri teguh mempertahankan kedaulatan dan maruah tanah air kita."
Minggu lalu, Washington menghantar Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi keganasan dan risikan kewangan Brian Nelson dan peguam Perbendaharaan AS Neil MacBride ke Kuala Lumpur, mengadakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution dan ahli parlimen.
Kerajaan Malaysia dilaporkan memberitahu mereka bahawa ia tidak terikat dengan mana-mana sekatan unilateral seperti yang dikenakan oleh AS ke atas Iran, Hamas dan organisasi lain yang dituduh menganjurkan keganasan.
Ketika ditanya mengenai lawatan itu, Anwar semalam memberikan jawapan yang lebih berhati-hati, dengan berkata Washington berhak menuntut penjelasan.
"Mereka (AS) sudah tentu mempunyai hak untuk menuntut atau meminta penjelasan. Kami melakukannya kepada rakan yang ingin tahu apa yang sedang berlaku," katanya semasa sesi bersama Bloomberg di Forum Ekonomi Qatar di Doha.
Sementara itu, SSP mengingatkan Anwar bahawa sebarang tindakan terhadap aktivis yang terlibat dalam perhimpunan membantah kehadiran syarikat senjata yang membantu Israel akan mendedahkan sikap hipokrit Malaysia di pentas antarabangsa.
“Di pentas antarabangsa, kerajaan Malaysia dipuji kerana berani menyatakan sokongan terhadap gerakan perjuangan Palestin.
"Jelas, sebarang upaya menyekat protes anti-genosida di dalam negeri adalah bertentangan dengan semangat solidariti bersama Palestin," kata jurucakap SSP Tian Chua.
Pada 7 Mei, SSP mengadakan protes di luar Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, di mana berlangsung pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara Asia (Natsec).
Penunjuk perasaan menuntut kerajaan menghalau syarikat yang membekalkan peralatan ketenteraan kepada Israel dalam serangannya ke atas Gaza, yang setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 30,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Syarikat itu termasuk Lockheed Martin dan MBDA (BAE Systems) serta Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI dan Leonardo.
Anwar menolak bantahan itu, dengan memberikan alasan Malaysia tidak mempunyai masalah mengalu-alukan mana-mana syarikat selagi ia tidak berdaftar di Israel.
Pandangan itu dikritik aktivis Palestin, yang menunjukkan hubungan strategik Lockheed Martin selama beberapa dekad untuk melengkapkan tentera Israel.
SSP berkata beberapa peserta protes telah dipanggil polis untuk disoal siasat, sambil menyifatkannya "satu bentuk gangguan".
Penyertaan syarikat dalam pameran itu adalah satu "cemuhan" terhadap solidariti kerajaan dengan perjuangan Palestin, tambahnya.
"Kami menggesa satu langkah komprehensif untuk tegas memutuskan Malaysia daripada sebarang hubungan dengan pembunuhan genosida Zionis. Kami menggesa kerajaan untuk lebih berhati-hati dan waspada untuk memastikan semua operasinya secara konsisten selaras dengan dasar menyokong Palestin."
WOIT
JANGAN CAKAP
KAMI SOKONG
PADA HAMAS
TAPI
JUAL BELI
DENGAN
BLACKROCKS
AMIN
KHALAS
PERANG SAMPAI MENANG
Seluruh Gaza diserang Israel – Penduduk
GAZA CITY – Beribu-ribu penduduk Palestin melarikan diri dari utara Gaza pada hari Isnin selepas Israel menyatakan Hamas telah berkumpul semula di kawasan itu walaupun rejim zionis mendakwa tempat itu dibersihkan daripada kumpulan pejuang tersebut.
“Tentera menggugurkan risalah dan menghantar mesej melalui telefon bimbit yang memberi amaran kepada semua orang supaya meninggalkan Jabalia,” kata Umm Odai Nassar, selepas sampai ke Bandar Gaza dari kem pelarian Jabalia berdekatan di utara Semenanjung Gaza.
Dia adalah salah seorang daripada ramai rakyat Palestin yang kekal di utara Gaza walaupun kemusnahan besar terhadap infrastruktur awam yang dilakukan pada bulan-bulan awal kempen ketenteraan Israel terhadap Hamas di wilayah itu.
Israel berkata, ia beroperasi semula di kem Jabalia untuk menentang percubaan Hamas memulihkan semula keupayaan ketenteraannya di kawasan berkenaan.
Sejak itu, wartawan AFP telah melaporkan berlaku pertempuran di sana dan di kejiranan Zeitun di Gaza City.
Hamas berkata, ia terlibat dalam pertempuran dengan Israel berhampiran Bandar Gaza.
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin, UNRWA, berkata, anggarannya sehingga minggu ini menunjukkan kira-kira 250,000 orang tinggal di utara Gaza.
“Ini bukan kali pertama kami kehilangan tempat tinggal. Setiap kali kami cuba pulang dan menetap, ada operasi pencerobohan, dan tentera dengan kapal terbang dan kereta kebalnya mengebom rumah dan membunuh orang,” kata Nassar.
Kembalinya kepada pertempuran sengit di utara, serentak ketika Israel menekan kempen ketenteraannya di selatan, di bahagian timur bandar Rafah.
Mahmud al-Barsh, 33, dari Jabalia, berkata, dia merasakan kehidupan penduduk Gaza “sudah menjadi seperti kucing dan tikus.”
“Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dan serangan tembakan berterusan,” katanya dari Kota Gaza.
Perang meletus pada 7 Oktober, apabila Hamas melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 1,170 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP tokoh rasmi Israel.
Serangan balas Israel ke atas wilayah Palestin telah membunuh sekurang-kurangnya 35,091 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas.
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata lewat hari Isnin bahawa sejak perintah pemindahan dikeluarkan pada hari Sabtu untuk utara Gaza, kira-kira 100,000 orang telah melarikan diri.
Asap gelap akibat pengeboman Israel menyelubungi kawasan itu ketika beberapa keluarga mengalihkan barang-barang mereka dengan kereta kuda.
Ada yang menuju ke pusat perlindungan UNRWA di utara Gaza walaupun beberapa struktur ini telah dipukul oleh tentera Israel, UNRWA memberitahu AFP.
Agensi pertahanan awam Gaza berkata, pesawat pejuang Israel melakukan “serangan udara berturut-turut” ke atas Zeitun, memusnahkan beberapa rumah dan menyebabkan banyak korban.
Abed Ayad, 40, berkata, bapanya cedera terkena serpihan peluru tangki ketika mereka cuba melarikan diri dari Zeitun.
“Serbuk serpihan masuk dari belakang dan keluar dari perutnya,” katanya sambil menambah dia terpaksa mengangkut bapanya sendiri ke hospital, dengan ambulans tidak dapat sampai ke kawasan itu.
“Kami tidak mengambil apa-apa pakaian atau makanan. Satu-satunya kebimbangan kami adalah untuk terselamat daripada pengeboman itu,” katanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah berulang kali menyebut “kekangan akses” sebagai menghalang keupayaannya untuk menghubungi golongan yang memerlukan, terutamanya di utara Gaza di mana ia telah melaporkan kebuluran yang akan berlaku.
Pada hari Ahad, tentera Israel mengumumkan pembukaan lintasan sempadan baharu, yang dipanggil “Erez Barat”, berhampiran lintasan Erez untuk mengangkut bantuan kemanusiaan terus ke utara Gaza.
Ia berkata, berpuluh-puluh trak Program Makanan Sedunia yang membawa tepung memasuki utara Gaza melalui lintasan baharu pada Ahad.
“Melarikan diri sudah cukup sebagai tragedi,” kata Iman al-Ramlawi, 35, yang bapa saudaranya turut cedera terkena serpihan ketika melarikan diri dari Zeitun.
“Kami hidup dalam keadaan teruk dalam setiap erti kata. Kami meninggalkan rumah tanpa mengetahui sama ada kami akan kembali dan mendapati ia berdiri atau musnah akibat pengeboman,”.-AFP
ALANG ALANG
BERPERANG
BIAR SAMPAI
MENANG
KHALAS
PEMIMPIN BUAT KERJA
PEMIMPIN
BUAT KERJA
AMIN
Unknown commented on
"CONTOH PEMIMPIN
MASA DEPAN NEGARA"
Dia ada dua jenis pekerja ini, satu boleh kerja baik, satu lagi suka curi tulang, maksud curi tulang bukan curi tulang dengan anjing tetapi perangai manusia, ada satu lagi jenama kerja membodek saja siang malam kah kah kah, apa pun ramai tak suka orang kerja bagus ini sebab kacau semua kesenangan hidup yang selama ini lewa relax lepak kerja entah apa apa kah kah kah 1.6 juta woit nak menguruskan 34 juta pun masih banyak masalah kot faham faham sajalah siapa anak beranak sambil tersenyum
NAK KURANGKAN JUMLAH MELAYU
NAK KURANGKAN
JUMLAH MELAYU
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"KASINO - FITNAH ?"
Forest City di bina utk siapa .. yg eden tau dibuek untuk 700,000 jutawan Cino Kapir Lahanat. Jadi kalau tak do Kasino dan tompek mombinchek .. Cino jutawan ni nak buek apo .. tak kan siang malam asah pipit jo .. kahkahkah
BLACKROCK BELI KLIA ?
BLACKROCK
BELI KLIA ?
KHAMIS 16 MEI 2024
WARGA NET HEBOH
PASAL BLACKROCK
SYARIKAT YAHUDI ZIONIS
BELI KLIA?
BETUL KE?
JENG JENG JENG
SAPA JUAL ?
SAPA PUNYA KERJA?
SAPA BLACKROCK?
PEMILIK SAHAM BLACKROCK
SAORANG ZIONIS
BUAT SENJATA
BEKAL SENJATA
PERANG DI AFGHANISTAN
DI IRAQ
DI SYRIA
DAN DI GAZA
JENG JENG JENG
RUPA RUPA NYA
ANWAR MAIN WAYANG
JUMPA
ISMAIL HANIYEH KETUA HAMAS
KERANA NAK BUAT JUAL BELI
DI KUALA LUMPUR
DENGAN BLACKROCK
JENG JENG JENG
GAZA
PBB BERKATA
MAKANAN DAN BANTUAN
DI PERLUKAN UNTUK
LEBIH DARI 2 JUTA
WARGA PALESTIN
DENGAN SEGERA
AMERIKA
TRUMP TERIMA JEMPUTAN
UNTUK BERDEBAT DUA KALI
DENGAN BIDEN
SLOVAKIA
ROBERT FICO PM SLOVAKIA
CEDERA DITEMBAK
PERCUBAAN MEMBUNUH
SI PENEMBAK TELAH
DI TANGKAP
UKRAINE
SU NEGARA AMERIKA BLINKEN
DENGAN SERTA MERTA
HANTAR 2 BILION DOLAR
DALAM BENTUK SENJATA
DAN PELURU KERANA
MAKIN BANYAK WILAYAH
JATUH KE TANGAN RUSIA
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
HUJAN PETANG HUJAN MALAM
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
LOPAK AIR DISANA SINI
MATAHARI DAH KELUAR
TANPA CAHAYA
AWAN TEBAL MASIH DI LANGIT
DI LERENG BUKIT
PINTU MASUK
KEDENGARAN KUAT
MURAI BERKICAU
PASTI MURAI JANTAN
KUAT MERDU SURANYA
TERKUKUR BERBALAS BALAS
MENJADIKAN PAGI INI
INDAH GUMBIRA
HARI INI AKAN PANAS
PETANG HUJAN ?
MALAM SEJUK
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI KHAMIS
CAT TIANG RUMAH DI KEMAS
BUAH MANGGIS DIRASA MANIS
BUAT WAYANG JUMPA HAMAS
HARTA NEGARA DI BELI ZIONIS
TAKDA KAIN JAHIT KAIN
DARI SUNGAI SAMPAI SEGGARA
BERCAKAP LAIN MEMBUAT LAIN
ZIONIS MASUK BELI NEGARA
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHAMIS