Jumaat, 12 Julai 2024
LAANGKAH TEPAT WAJIB DISOKONG
LANGKAH TEPAT
WAJIB DISOKONG
AMIN
KITA DENGAR
DARI MULUT YANG BERTITAH
KHALAS
PAS MASUK KERAJAAN ?
Pas jumpa pemimpin PKR, terokai Pakatan baharu?
JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Pas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha untuk ‘menerokai’ pakatan politik baharu.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu yang tidak menyatakan bila dan di mana pertemuan tersebut diadakan percaya, perjumpaan tersebut ada kaitan usaha ‘tebuk atap’.
“UMNO tidak hairan pemimpin dua lawang Pas telah buat perjumpaan tertutup dengan pemimpin ‘ambitious’ PKR. Kononnya menerokai pakatan baru. Tebuk atap masih ‘on’. ‘Did not finish’ (DNF),” ujar beliau dalam hantaran terbaharu Facebook miliknya hari ini.
Istilah tebuk atap sebelum ini merujuk kepada usaha mewujudkan kerajaan baharu menerusi kerjasama parti politik atau gabungan politik dan bukan daripada mandat pilihan raya umum (PRU).
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi parti tersebut diterajui Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Katanya, pendirian Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas adalah tepat sekali selagi Hadi menjadi Presiden Pas.
“Hadi tidak konsisten. Dia lemah dan mudah dipengaruhi oleh beberapa pemimpin lain yang mahu Pas jadi parti dominan orang Melayu.
“Kelahiran Parti Amanah Nasional (PAN) adalah bukti lemahnya kepimpinan Hadi. Mohamad Sabu, Dr Mujahid Dr Dzulkefly (Ahmad), Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub bukan kecil anak.
“UMNO tidak boleh dipatuk ular dua kali. Selagi Hadi Presiden Pas, Pas akan ubah keputusan sesuka hati,” ujar beliau.
Mohd Puad mendakwa, minda Hadi dikawal orang di sekelilingnya yang ekstrem.
Sebelum ini Abdul Hadi Awang menegaskan beliau terbuka untuk bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Namun, Abdul Hadi menegaskan keterbukaannya itu mestilah tidak lari dari prinsip, matlamat dan perjuangan Pas.
Ahli Parlimen Marang itu juga mendedahkan terdapat pihak-pihak yang menghubunginya dengan tawaran untuk Pas menyertai Kerajaan Perpaduan. –
MELAYU TAK
SOKONG ANWAR
AMIN
MELAYU TAK
SOKONG PKR
AMIN
ADA DUA CARA
ANWAR DAPAT
SOKONGAN MELAYU
AMIN
PERTAMA :
ANWAR MASUK
PARTI UUMNO
AMIN
KEDUA AJAK
PAS MASUK SAMA
DALAM KERAJAAN
AMIN
TOLAK ZAHID
TOLAK DAP
AMIN
KHALAS
PAKATAN HARAPAN TIDAK PERLU RISAU
Malaysia berdepan krisis perlembagaan, kata PN selepas speaker Selangor ikut Johari kekalkan kerusi ahli belot
Ketua Pembangkang Selangor Mohamed Azmin Ali memberi amaran keputusan speaker negeri itu untuk tidak mengosongkan kerusi Selat Klang yang disandang oleh seorang Adun Bersatu yang berpaling tadah kepada kerajaan bakal mencetus krisis perlembagaan
Malam tadi, Speaker Selangor dari DAP, Lau Weng San, membaca teks ucapan selama lebih 20 minit sebelum mengumumkan Abdul Rashid Asari kekal sebagai Adun Selat Klang, mengulangi keputusan kontroversi Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang enggan mengosongkan enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyat Bersatu yang membelot.
Sejurus selepas pengumuman itu, Lau terus menamatkan sesi DUN tanpa memberi peluang kepada Adun memberikan respons.
Azmin melahirkan kekecewaan blok pembangkang.
"Namun saya akan teliti keputusan yang dibuat secara panjang tetapi tidak dibenarkan sebarang pertanyaan atau perbahasan," katanya.
"Ini satu sikap yang tidak profesional. Dia tangguhkan sidang, dan keputusan dibuat pada hujung sesi," katanya malam tadi.
Lau menyifatkan pengguguran keahlian Rashid sebagai satu bentuk pemecatan (constructive expulsion) di bawah Perkara 65A(2)(C) undang-undang tubuh kerajaan Selangor.
Lau berkata disebabkan itu, notis pengosongan oleh Azmin "tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan".
Ia dilihat bercanggah dengan kenyataan Lau pada 4 Julai lalu yang mengakui Rashid sudah tidak lagi menjadi ahli Bersatu.
Rashid mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Amirudin Shari pada Mac lalu, bersama-sama enam Ahli Parlimen Bersatu yang juga gugur keahlian mereka berdasarkan pindaan perlembagaan Bersatu.
Azmin menyifatkan Lau "tidak professional".
"Kita akan pastinya mengambil langkah-langkah seterusnya kerana ia krisis perlembagaan yang tidak perlu kita biarkan berlarutan.
"Kita akan merujuk kepada peguam-peguam yang telah bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.
Azmin menegaskan Rashid tidak dipecat, sebaliknya keahliannya gugur, iaitu syarat kerusi itu perlu dikosongkan.
KAH KAH KAH
PAKATAN TAK
PERLU RISAU
KAH KAH KAH
PERIKATAN INI
NATO
NO ACTION
TOK ONLI
KAH KAH KAH
CAKAP JE AKSI
TAK ADA
KAH KAH KAH
AMIN
YB BN TARIK DIRI ?
YB BN TARIK
DIRI ?
AWAL DULU DIBERITAKAN
ADA BEBERAPA YB DARI UMNO
NAK LARI
NAK TUNJUK SOKONGAN
PADA PERIKATAN NASIONAL
YANG SAHIH TERJADI
6 YB BERSATU
LARI
KINI MEREKA SELAMAT
TAK JADI APA APA
JUSTERU
INILAH MASA UNTUK YB UMNO
LARI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
MEREKA TIDAK AKAN'HILANG KERUSI
ATAU
SEBENARYA YB UMNO
NAK LARI TIDAK PERNAH WJUD
HANYA CERITA KATON
UNTUK SEDAPKAN HATI
MUHYIDIN DAN HADI
KAH KAH KAH
KHALAS
MURID SEKOLAH BANGUN MELAWAN
MURID SEKOLAH
BANGUN MELAWAN
AMIN
Cgu disiplin denda kami pasai rambut panjang, esok harinya kami pakat ramai-ramai pi kedai gunting suruh tukang gunting potong rambut kami sepesen macam rambut Cgu.disiplin kami.
Bila kami pi sekolah apa lagi kena hempuk le dgn Cgu.disiplin tu...salah kami juga ke bila dh rambut pendek
SYED HUSIN ALI YANG AKU KENALI
SYED HUSIN ALI
YANG AKU KENALI
Aku mula kenal Syed Husin pada tahun 1971. Ini masa aku baru masuk Universiti Malaya. Aku masuk fakulti Sastera. Syed Husin jadi pensyarah. Dia mengajar ilmu sosiologi dan antropologi. Aku tak pernah belajar ilmu ini. Masa itu ilmu ini masih lagi berpusat dalam jabatan Pengajian Melayu.
Jadi – aku kenal Syed Husin bukan dalam kuliah. Aku kenal Syed Husin kerana aku mendaftar menjadi ahli Kelab Sosialis.
Ketika Minggu Orientasi aku ternampak iklan dalam kertas A4 – Forum Kelab Sosialis – Pengalaman Tahanan ISA. Ahli panel Tajuddin Kahar dan Karam Singh. Iklan ini mengumumkan Tajuddin dan Karam adalah bekas tahanan politik.
Aku tak pernah dengar nama Tajuddin Kahar. Nama Karam Singh aku telah mendengar pada tahun 1968. Aku baca berita Karam Singh dari Utusan Malaysia . Sosok ini seorang peguam yang membantu mogok penoreh getah di Asahan. Mereka berjalan kaki dari Melaka ke Kuala Lumpur.
Aku telah mendengar nama Kelab Sosialis semasa aku di Kolej Melayu lagi. Ini melalui akhbar Mahasiswa Negara (MN) – akhbar resmi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)..
Justeru aku tertarik dengan iklan yang memaparkan nama Karam Singh dan Tajuddin Kahar.
Sayangnya aku tidak datang ke forum ini, Aku ditakut-takutkan oleh Shah – senior gentelman - ahli Jawatan Kuasa Orientasi (JKO ) Kolej Kelima.
‘ Jangan pergi.... ramai SB ada nanti...’ Kata-kata Shah yang tidak akan aku lupai hingga hari ini.
Selesai tiga minggu orientasi aku tidak lagi dikawal oleh senior gentelman dari JKO. Aku pergi ke Union House – Rumah Persatuan untuk mencari Kelab Sosialis.
Aku bertemu Lee Chee Keong. Dari sinilah – dari Union House UMSU - Rumah Persatuan PMUM - bermulanya dunia sosialis aku.
Dua minggu kemudian aku di jemput ke pertemuan pertama Kelab Sosialis. Pada petang Rabu kami bertemu di bilik bacaan Fakulti Sains.
Aku ingat lagi petang itu. Kumpulan kami tak sampai 10 orang. Hanya aku pendatang baru yang melamar untuk menjadi ahli. Jamuan teh Kelab Sosialis pada petang itu disertai oleh Syed Husin, Usman Awang dan Latif Mohiden.
Ini kali pertama aku bersalaman dengan Syed Husin, Usman Awang dan Latif Mohiden.
Usman Awang aku kenali sebagai penyajak. Aku pernah terlibat dalam projek pantomim Ke Makam Bonda pada tahun 1960 di Sekolah Umum Ulu Klawang. Latif pernah aku dengar dan baca sajaknya dalam majalah Dewan Sastera ketika aku dalam tingkatan empat. Latiff baru pulang dari German.
Pada hemat aku Kelab Sosialis menjemput tiga sosok ini kerana mereka jua menganuti fahaman sosialis. Atau bersimpati dengan ideologi sosialis. Ini andaian aku. Tak banyak yang kami bualkan pada petang itu
Aku masih lagi ‘ freshie’.
Petang itu juga aku bertanya dengan Syed Husin tentang buku yang wajib aku baca untuk memahami apa itu sosialisme.
Senin petang aku pergi ke bilik Syed Husin. Bilik pensyarah ini tidak lumayan dan penuh dengan buku-buku.
‘ Nah... baca buku ini...’ Syed menghulur buku The Essential Left.Aku mengambil buku ini. Petang itu aku mula berkenalan dengan Marx, Lenin , Engels dan Mao.
Hari ini aku sudah lupa apa isi buku itu. Tapi nama-nama ini menjadi tidak akan aku lupakan.
Ada beberapa kali aku hadiri forum – Syed Husin menjadi ahli panel - di Dewan F dewan kuliah terbesar di Fakulti Sastera. Syed Husin penyampai hujah yang baik dan tertib. Ini watak sosok berilmu dan rendah diri.
Di Penggal Pertama memang banyak forum kerana ‘exam’ lambat lagi. Setiap persatuan – Persatuan Bahasa Melayu amat aktif. Begitu juga Persatuan Islam menganjur forum. Kelab Sosialis juga selalu menganjur forum.
Tapi aktiviti kami yang paling kerap ialah perbincangan tertutup dimana hanya ahli Kelab yang boleh hadir.
Disini Syed Husin menjadi ‘resource person – sosok sumber ‘. Syed mengupas politik semasa dan juga politik antara bangsa. Aku banyak belajar dari pandangan Syed Husin.
Satu perkara yang aku ingat dan tersusun yakin hingga hari ini ialah apabila Syed Husin berkata ‘..... tahap tertinggi sistem kapitalisma ialah imperialisma....hari ini apa yang kaum reaksioner lakukan hanyalah to contain kedatangan sosalisma...’
Ketika ini Syed Husin juga aktif dalam PSRM – Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Apa jawatan dia dalam PSRM aku tidak tahu. Tahun 1971 PSRM masih ada YB. Seorang di Pulau Pinang dan seorang lagi Cik Gu Zul dari Pahang yang ditahan oleh ISA. Parti berlogo kepala lembu ini dipimpin oleh Kassim Ahmad
Tahun 1972 aku juga ada mendengar desas desus perbezaan dalam PSRM. Kassim membawa garis sosialisme saintifik – justeru mengubah nama Parti Rakyat untuk menjadi Parti Sosialis Rakyat Malaysia.
Syed Husin dan adiknya Syed Hamid mahu kekal nama dan garis politik nasionalis Parti Rakyat. Sebagai penganut baru dan juga bukan ahli parti aku tidak berapa faham apakah yang menjadi perbalahan sehingga Syed Hamid digantung keahlian.
Baling 1974 – aku ingat lagi - Demo Baling. Pagi Selasa 3 Disember 1974 di Dataran Merdeka. Demo ini tanda bersetia kawan anak muda dan pelajar menyokong warga Baling yang telah keluar ke jalan raya. Mereka marah pada kerajaan. Harga getah murah dan harga bahan makanan mahal. Tambah pula musim hujan menjadikan kehidupan perit terdesak.
Warga Baling kaya dengan kemiskinan. Mereka makan ubi gadung. Jika silap cara ubi gadung membawa maut.
Pada Rabu 4 Disember aku mengadakan forum terbuka secara spontan di Dewan Tunku Canselor. Dewan yang boleh muat 3 ribu penuh atas bawah. Antara pengucap pada hari itu yang aku ingat ialah Tengku Shamsul, Khoo Kay Kim dan Syed Husin Ali.
Tengah malam Khamis Syed Husin di tangkap di bawah ISA. Aku meninggalkan tanah air. Syed Husin di penjara selama 7 tahun.
Aku melarikan diri dari kampus. Sebelum berjaya meloloskan diri ke Siam aku menyorok di beberapa tempat termasuk di Kampung Tengku di rumah Tongkat Waran a.k.a Usman Awang.
Satu petang Tongkat pernah bercerita tentang Syed Husin. Rumah Syed Husin tidak jauh dari rumah Tongkat – mereka berjiran.
Mengikut surah Tongkat Syed Husin berkahwin dengan Kakak Sabariah – anak murid dia. Gadis ayu berasal dari Kelantan.
‘ Dia kahwin di rumah Abang.... ‘ Tongkat membahasakan dirinya Abang.
‘ Dua minggu lepas kahwin Syed datang jumpa Abang.... dia menangis.....’ Aku menjadi hairan.
‘ Dalam esakan itu Syed berkata.... kalau kahwin sedap macam ini..... dari dulu lagi saya dah kahwin.....’ Tongkat terbarai ketawa. Aku ketawa sama.
‘ Syed kahwin lambat .... ‘ Ini surah Tongkat dan aku menjadi perawi sahih.
Syed akhirnya di bebaskan. Tahun 1987 aku bertemu Syed Husin di London. Di Hyde Park Syed menceritakan bagaimana dia diberi pilihan oleh King Gazh – Ghazali Shafie – menteri KDN.
Kaitkan Mahathir Muhamad sebagai ‘ kiri’. Syed menjadi orang tengah penghubung Mahathir dengan Parti Komunis Malaya.
‘ Aku tak mahu.... SB paksa aku... kalau setuju aku akan di bebas...King Ghaz nak jadi PM...’ Syed menerangkan rancangan Ghazali Shafie untuk menangkap Mahathir.
‘ .... Pasal kau laaa Madey selamat .... terus berkuasa...: Aku melawak. Kini kami sudah menggunakan aku dan kau. Tidak ada lagi tabir guru dengan murid.
Pulang dari berkelana aku berhubung baik dengan Syed. Malah tak sampai sebulan aku di kampung Syed jemput aku datang ke rumah dia di Kampung Tengku. Aku jadi tamu. Yang di jemput sama Dr Rajakumar – juga ‘orang kiri’. Doktor ini bekas pemimpin Parti Buruh dan bekas tahanan politik. Pada malam itu kami bertiga memperkukuh perjuangan.
‘ I will do it all over again....’ Aku berkata kepada Dr Rajakumar bila dia bertanya apa perancangan masa depan aku.
Parti PSRM kini jadi Parti Rakyat kembali. Aku masih setia dengan garis politik kiri. Aku juga tidak akan masuk mana-mana parti. Kini PRM di pimpin oleh Syed Husin Ali.
Tahun 1998 Anwar disingkir dari kerajaan dan United Malay National Organisation. Gerakan Reformasi meledak. Awalnya aku tidak ambil pot. Aku rasa ini pertelagahan dalaman parti United Malays National Organisation.
Hassan Karim dan Tian Chua ajak aku terlibat sama dalam gerakan Reformasi. Aku tak kenal baik dengan Tian Chua. Tapi Hassan kenalan lama aku. Kami sesama dalam Kelab Sosialis. Dia anak mahasiswa Fakulti Pertanian.
Akhirnya dari seorang pemerhati dan perakam sejarah aku di tangkap. Aku di tuduh ‘ dalang ‘ oleh Dr Mahathir.
Maka aku buktikan betulkah aku ini dalang.
Akhirnya 10 aktivis Reformasi termasuk aku di tahan di bawah ISA. Aku dihantar ke Kamunting bersama Tian, Lokman, Ezam. Pak Abu dan Ustad Badrul Amin.
Ketika dalam Kem Kamunting aku ada berutus surat dengan Syed Husin. Aku menyokong kerjasama dan penyatuan Parti Keadilan Negara (PKN) dengan Parti Rakyat. PKN ini parti di tubuh oleh para penyokong Anwar Ibrahim. Surat-surat aku di seludup keluar oleh peguam – Latifah Koya, Sivarasa dan Johnson Chong. Kesemua peguam ini adalah ahli Parti Rakyat
Aku ingat lagi seminggu satelah aku keluar dari dua tahun di Kamunting aku berjumpa dengan Syed Husin di Kedai Mydin di Bangsar Utama.
Syed Husin bertanya khabar. Petang itu dia menghulurkan dua ratus ringgit ke dalam tangan aku. Jumlah yang lumayan untuk sosok yang baru keluar dari penjara. Lega juga aku pada ketika itu.
Penyatuan Parti Rakyat dan Parti Keadilan untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat di rasmikan pada 3 Ogos 2003. Aku terlibat menyusun pertunjukan di pentas Dewan China.
‘ Aku ada berbincang dengan Anwar agar kau dan Hamid masuk ke dalam parti...’ Syed bersurah satelah Anwar dibebaskan. Hamid ialah Syed Hamid Ali adik Syed Husin Syed Hamid Ali adalah bekas Presiden PMUM dan juga bekas gerila Parti Komunis Malaya.
‘ Anwar kata.... entah nak entah tidak Isham dan Hamid masuk....’ Aku tersenyum dan merakam.
PRU ke 14 memenangkan Pakatan Harapan. Dr Mahathir jadi Perdana Menteri untuk kali ke dua. Anwar di beri pengampunan. Dalam kerajaan baru Syed Husin dilantik menjadi Senator dalam Dewan Negara.
‘ Syed.... kau tanya Jin Shamsuddin... berapa banyak dia dapat bajet dari Kerajaan Perak untuk buat filem Pasir Salah....’
Ketika ini Jin Shamsuddin ahli Dewan Senat dari United Malays National Organisation. Kami di kalangan aktivis seni filem kenal Jin Shamsuddin sebagai kaki putar.
Entah berapa juta duit kerajaan Perak di ciplong untuk membuat filem Pasir Salak. Dari berita yang aku baca Jin klim dia telah menempah kostum dari Indonesia. Telah menjalankan kajian selama 6 bulan di London. Hanya menunggu masa untuk penggambaran.
Aku meminta Senator Syed Husin bertanya untuk menekan ‘ seniman kaki putar ‘ ini dalam Dewan Negara. Jadikan kes filem Pasir Salah agenda menghasut rakyat benci pada parti UMNO.
Dua bulan kemudian aku bertemu Syed Husin.
‘ Sham... aku dah tanya Jin Shamsuddin... hal bajet Pasir Salak.... dia dah jawab...’ Syed Husin.
‘ Bila ditanya.... dimana... aku tak baca pun berita dalam akhbar..... kau tanya bila Syed..’ Soalan dari aku.
‘ Aku tanya dia di kantin Dewan...’ Syed Husin menjawab dengan tersenyum bangga.
Aku hilang kata-kata. Lalu aku teringat cerita Tongkat tentang Syed Husin menangis pada malam pertama satelah kahwin.
Inilah Syed Husin pemikir , cendekiawan Melayu yang jujur dan baik hati ke tahap lurus bendul. Syed Husin gagal melihat tujuan politik aku dengan kes filem Pasir Salak yang hingga hari ini masih terbengkalai.
Bila Syed Husin diberitakan sakit aku sempat melawat di Hospital Selayang. Aku ke hospital dengan Kamarazaman Yacob – juga ahli Kelab.
Sosok jujur ini telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya.
Di tanah perkuburan Bukit Damansara ramai yang hadir. Ada Jomo, Rosli, Tian Chua, Sivarasa – sosok -sosok dari garis kiri. Ri dan Siti Nor anak Hamid Tuah ada sama – ini kawan setia keluarga Syed Huisn.
Ada generasi muda seperti Jonah, Amin Jambu, Rozan, YB Jamaliah cucu Shamsiah Fakeh, Quratol dan gadis Tionghua anak buah Rahman Embong.
Tidak ketinggalan Che Lah dari Kota Baru orang lama Parti Rakyat. Juga Syed Hamid Ali adik arwah berkerusi roda. Kamarazaman sampai lewat kerana tersesat.
Di tanah perkuburan yang tak hadir ialah Latifah Koya kerana dia ada kes di Mahkamah.
‘ Sham...Anwar datang tak...’ Lat bertanya melalui talipon ketika aku masih lagi di tanah perkuburan.
‘ Tak nampak ... tak datang...’ aku maklumkan pada Latifah Koya.
Aku hairan juga kenapa Anwar tidak kelihatan di tanah perkuburan. Syed bekas Timbalan Presiden PKR. Ketika Anwar dalam penjara kubu PKR dijaga oleh Wan Azizah dan Syed Husin.
Aku rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk dengan urusan negara. Atau mungkin Anwar sedang membaca dan meneliti laporan kewangan Blackrock. Atau mengira berapa banyak senjata yang telah dihantar oleh Blackrock ke Israel.
Walau apa pun aku masih merasa hairan kenapa Anwar tidak hadir di tanah perkuburan. Aku rasa Anwar tidak sedar dalam negara Malaysia ini hanya Syed Husin Ali seorang sahaja yang tidak pernah percaya Anwar Ibrahim mengamalkan sex di luar tabii.
‘ Semua itu konspirasi....’ Syed Husin tak percaya Anwar meliwat. Ini lah pandangan Syed Husin sosok jujur yang lurus bendul.
Aku rasa jika Anwar tahu ini pandangan Syed Husin pasti dia hadir di tanah perkuburan Bukit Damansara pada pagi itu. Amin. (TT)
AKTA LOMPAT PARTI GAGAL
‘Selamat jahanamkan negara wahai katak politik’, sindir Pemuda Umno
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata akta antilompat parti diluluskan di Parlimen sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.
Kenyataan Akmal menyusul keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.
“Maka sia-sialah akta antilompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.
“Jangan marah jika rakyat benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” kata exco Melaka yang juga Adun Merlimau di Facebook.
Terdahulu, Johari memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), menjawab notis Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee.
Kiandee pada 20 Jun lalu menghantar notis kepada speaker selepas keahlian wakil rakyat terbabit terhenti kerana gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia selain terus menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menerusi surat pemberitahuan, Johari memaklumkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.
Keputusan Johari turut dikritik Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Karim, menyatakan speaker memutuskan berdasarkan kepentingan politik kepartian yang gagal menghormati asas kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.
Selain enam Parlimen itu, Speaker DUN Selangor Lau Weng San hari ini turut memaklumkan tiada kekosongan kerusi Selat Klang disandang Abdul Rashid Asari yang berpaling tadah daripada Bersatu.
Pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, dikenali akta anti lompat parti berkuat kuasa pada Oktober 2022 sebagai sebahagian pembaharuan dilakukan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob bersama Pakatan Harapan.