Selasa, 23 Julai 2024
ANAK NAJIB BUKAN ANAK ROSMAH
Anak Najib nafi terbabit rancangan jatuhkan kerajaan Pahang
ANAK kepada bekas perdana menteri yang kini dipenjarakan, Mohd Nizar Najib menafikan dakwaan beliau bertemu dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengan niat untuk menggulingkan kerajaan negeri Pahang.
Nizar yang juga pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang berkata beliau tidak akan mengkhianati Umno yang diperjuangkan keluarganya sejak ia ditubuhkan.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya desas-desus yang menyatakan saya berjumpa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk jatuhkan kerajaan negeri Pahang.
“Pertemuan dongeng ini tidak pernah berlaku sama sekali. Ayahanda (Najib Razak) selalu berpesan walau bagaimana susah pun keadaan kita agar setia kepada parti.
“Mana mungkin saya akan membelot untuk khianati kerajaan negeri Pahang yang diterajui oleh Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, seorang pemimpin yang saya amat kasihi dan hormati,” katanya, lapor Malaysiakini.
Terdahulu tular di media sosial dakwaan pentadbiran kerajaan negeri Pahang goyah dan dijangka akan digantikan dengan kerajaan baharu.
Ada pihak memuat naik di media sosial dengan mengeluarkan kenyataan “Anak Bossku sudah jumpa PN”.
Nizar yang juga Adun Peramu Jaya dan Naib Ketua Umno Bahagian Pekan berkata beliau tidak akan mengkhianati kerajaan negeri Pahang.
“Beliau (Wan Rosdy) banyak membantu kawasan saya. Beliau baik hati dan pemimpin yang mudah didekati. Saya tidak akan khianati kepercayaannya.
“Saya bukan seorang ‘katak’ politik yang sanggup gadaikan prinsip dan maruah serta ‘menjualkan’ diri kepada mana-mana pembida yang tinggi.
“Mesejnya jelas, saya kekal setia bersama Umno, Barisan Nasional dan kerajaan Pahang yang ada sekarang,” katanya. – 23 Julai, 2024.
WOIT
INI ANAK NAJIB
BUKAN ANAK
ROSMAH
KAH KAH KAH
JADI SAPA JADI
TUPAI GOYANG
KERJAAN PAHANG
KAH KAH KAH
NAFI ERTINYA
ADA
KAH KAH KAH
MUNGKIN BIK MAMA
YANG GOYANG
ATAU BIK MAMA
BERSANDAR PADA
OPIS MP PAHANG
SEMUA BERGEGAR
KAH KAH KAH
KHALAS
BABI MAKANAN WARISAN
Fadhli sifatkan Aiman Athirah melalut kaitkan arak dengan babi
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu disifatkan sebagai melalut apabila mengaitkan sumbangan syarikat arak kepada sekolah dengan babi.
Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata, Aiman Athirah seharusnya menamatkan isu sumbangan kepada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina itu dengan permohonan maaf.
“Saya rasa yang paling baik ialah Timbalan Menteri nyatakan bahawa ‘saya minta maaf, saya tak perasan ada promosi dari syarikat arak Tiger dalam majlis itu’, selesai.
“Ni dah melalut sampai isu tangan makan babi. Orang persoalkan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), menteri pun dah keluarkan kenyataan tiada pengecualian. Apa pula kaitan dengan tangan makan babi ni?” soal beliau.
Ketua Penerangan Pas itu mengulas kenyataan Aiman Athirah yang menyifatkan Pas hipokrit kerana mengkritiknya menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat arak.
Aiman Athirah membidas, pemimpin Pas sebelum ini tidak pula mempunyai masalah bersalam dengan orang bukan Islam yang sedang minum arak atau makan babi.
Ahmad Fadhli berkata, tidak ada sebarang hukum dalam Islam yang menghalang seorang muslim bersalam dengan orang yang memakan daging babi.
“Untuk makluman, tiada masalah bersalam dengan tangan makan babi, tiada hukum yang kata tak boleh, bersalamlah asalkan bukan berlainan jantina yang bukan mahram.
“Tangan makan rasuah, tangan langgar janji dengan rakyat, tangan tipu rakyat lebih hina dari tangan makan babi.
“Adakah sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri bertujuan menghina kawan-kawan kita kaum Tionghua? Sekadar bertanya. Sekian,” soal beliau dalam perkongsian di media sosial.
Sebuah portal melaporkan, Aiman Atirah yang juga Ketua Wanita Amanah menimbulkan isu itu dalam wawancara bersama Naib Ketua Pemuda Amanah Zulhazmi Hassan yang juga YouTuber dikenali sebagai Jeming.
“Masa kempen itu, dia kalau orang tengah minum arak pun tak apa. Makan babi pun tak apa. Baru lepas makan babi salam pun tak apa. Hipokrit,” kata Ahli Parlimen Sepang tersebut.
Ahad lalu, acara anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang terpalit kontroversi selepas Tiger Beer menjadi salah satu penajanya.
Aiman Atirah, bersama exco kerajaan tempatan Selangor Ng Suee Lim merasmikan acara itu. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu Lwi Kian Keong.
Beliau berkata, dia hadir sebagai tanda sokongan kepada sekolah, bukan arak.-
WOIT
PASAL APA HEBOH
PASAL TIGER BEER
KAH KAH KAH
BUKAN KAH
BAKUTEH SUP
TULANG BABI
DAH JADI MAKANAN
WARISAN NEGARA
AMIN
BAK KU TEH
DENGAN
TIGER BEER
CUKUP NGAM
TERUTAMA MASA
PANAS MACAM
SEKARANG
KAH KAH KAH
TAK CAYA SILA
CUBA
AMIN
KHALAS
SATU LAGI JANJI ANWAR
SATU LAGI
JANJI ANWAR
AMIN
"CAKAP DAN JANJI BOHONG"
Kena tanya madanon dia janji hujung julai semua masalah miskin tegar di sarawak akan selesai ??? Ni dah nak habis julai dok miskin tegar macam tu juga
YAHUDI LAWAN BKACKROCK
Agamawan Yahudi gesa teruskan boikot syarikat terpalit Israel
Seorang rabai Yahudi hari ini menggesa penyokong perjuangan Palestin untuk terus memboikot syarikat yang dilihat bersekutu dengan Israel, dengan mengatakan ia seiring dengan usaha menamatkan penjajahan regim Zionis itu.
Rabai Yisroel Dovid Weiss, agamawan Yahudi yang terkenal dengan bantahan kerasnya terhadap fahaman Zionisme dan pendudukan Israel di wilayah Palestin, diminta mengulas kontroversi melibatkan keputusan kerajaan Malaysia berurusan dengan sebuah syarikat milik BlackRock, dana gergasi dari Amerika Syarikat yang berdepan tuduhan bersubahat dalam jenayah perang Israel.
Weiss berkata beliau tidak berniat untuk mengarahkan apa yang perlu dilakukan oleh mana-mana kerajaan.
Bagaimanapun, menurutnya, tindakan berdamping dengan syarikat pro-Israel adalah sama dengan menyokong penjajahan Israel.
"Amat jelas bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyokong penjajahan tersebut. Ini juga bermakna mereka tidak patut menyokong syarikat yang menyokong penjajahan itu.
"Mereka (Zionis) merupakan sebuah entiti jenayah dan oleh itu apa yang terpancar daripada mereka secara logiknya salah, dan secara logiknya anda tidak patut menyokongnya," kata Weis kepada MalaysiaNow selepas berucap di sebuah kolokium mengenai Palestin di Putrajaya hari ini.
Program anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu sepatutnya turut menampilkan Dr Mahathir Mohamad, tetapi bekas perdana menteri itu tidak dapat hadir kerana masih berehat di Institut Jantung Negara.
"Kita mesti mempertanggungjawabkan Israel atas kejahatan dan kebiadaban mereka dan menghukumnya. Saya merayu atas nama peri kemanusiaan, tolong, tolong hentikan pembunuhan beramai-ramai!" kata Mahathir dalam perutusan yang dibacakan pengerusi PGPF Norian Mai, yang juga bekas ketua polis negara.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan kecaman daripada kumpulan pro-Palestin berhubung rancangannya membawa masuk Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock menjadi rakan konsortium pengurusan lapangan terbang di seluruh negara.
Di bawah pelan tersebut, GIP akan mengambil alih 30% kepentingan dalam konsortium menguruskan Malaysia Airports Holdings, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, kedua-duanya agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan yang diterajui Anwar.
Anwar telah berulang kali mempertahankan rancangan itu dengan alasan kerajaan tidak boleh memutuskan hubungan dengan syarikat yang berurusan dengan Israel, di samping langkah tersebut akan "menjejaskan ekonomi negara".
Beliau turut mendakwa pemimpin Hamas tidak mempunyai masalah apabila Malaysia menjalankan perniagaan dengan syarikat pro-Israel.
Pada hari sama, Hamas mengeluarkan kenyataan menggesa negara Islam dan penyokong Palestin meneruskan boikot terhadap Israel dan mana-mana pihak yang menyokongnya. Ia turut menyifatkan kempen global setakat ini telah mencapai "kejayaan penting dalam menjejaskan ekonomi entiti itu, mengasingkannya, dan memadamkan legitimasinya".
Weiss, seorang Yahudi Ortodoks aliran Haredi dari Amerika, telah sekian lama membantah kewujudan negara Israel, dengan berkata penubuhan sebuah negara untuk kaum Yahudi adalah bertentangan dengan ajaran Yahudi sendiri.
Menurutnya, penganut Yahudi adalah antara yang pertama memboikot Israel.
"Kami tidak membeli produk, terutamanya yang berasal dari penempatan haram, dan kami berhati-hati untuk tidak menggunakan produk buatan Israel," tambahnya.
Beliau berkata Amerika Syarikat menyaksikan bantahan besar-besaran terhadap kempen ketenteraan Israel di Gaza, di mana sekurang-kurangnya 35,000 orang awam Palestin telah terbunuh sejak Oktober tahun lalu.
"Kami memberikan sokongan kepada perkhemahan pelajar universiti dan memberitahu orang ramai bahawa mereka tidak perlu gentar, walaupun mereka dituduh anti-Semitik.
"Kami sentiasa menawarkan bantuan kami. Sering kali mereka dihadapkan ke mahkamah, dituduh anti-Semitik, dan kami bersedia untuk membela mereka, dan menjelaskan tindakan mereka bukan anti-Semitik," katanya.
Sementara itu, kolokium hari ini turut menyaksikan pengerusi pergerakan anti-Israel BDS Malaysia menyelar Putrajaya dalam isu jualan saham kepada GIP-BlackRock.
Pengerusinya Nazari Ismail berkata kerajaan sedia maklum BlackRock terpalit dengan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.
"Kami terkilan kerana ketika berbicara untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, mengapa pula mengadakan perjanjian dengan pihak yang membantu pembunuhan beramai-ramai?" soal Nazari.
"Kerajaan Malaysia harus memberitahu BlackRock: 'Maaf, anda terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di Gaza. Oleh itu, kami tidak berurusan dengan anda'.
"Saya tak faham kenapa mereka (Putrajaya) tak berkata begitu pada masa ini,” katanya.
Maksud sebenar 'Free Palestine'
Terdahulu dalam ucapannya, Weiss memuji Mahathir kerana kelantangannya menentang Israel.
"Saya secara peribadi bertuah bertemu dengannya lebih 10 tahun lalu, dan kami berbincang mengenai agama Yahudi, dan perbezaannya dengan ideologi Zionis. Dr Mahathir seorang yang bijaksana dan memahami sepenuhnya dan ucapannya amat jelas. Saya memang teruja," kata rabai berusia 68 tahun itu.
Weiss berkata slogan "Free Palestine" sepatutnya membawa maksud negara Israel dihapuskan.
"Di sini, kami sebagai penganut Yahudi ingin menjelaskan bahawa, sejajar dengan ajaran Yahudi, kami tidak boleh menerima bahawa (slogan itu) bermaksud penyelesaian dua negara. Kami tak faham bagaimana nama agama kami dipergunakan, dengan dakwaan kononnya mereka ada hak merampas separuh daripada tanah Palestin.
"Ini tidak boleh diterima, ini bukan ajaran Yahudi, ini bertentangan dengan teras agama Yahudi,” katanya sambil menambah konsep sebuah negara bagi orang Yahudi adalah bertentangan dengan ajaran kitab Taurat.
"Zionisme adalah transformasi agama Yahudi kepada nasionalisme,” katanya.
"Jangan cuba mengaitkan gerakan Zionisme ini dengan sebuah agama yang berusia 3,000 tahun."
INI YAHUDI
ANTI ZIONIS
MENENTANG
BLACKROCK
AMIN
INI MELAYU
AJEN ZIONIS
JUAL AIRPORT
PADA BLACKROCK
AMIN
KHALAS
BOM NUKLEAR !!!
Korea Selatan, Jepun dan AS bincang ancaman nuklear di Tokyo minggu depan
SEOUL: Menteri Pertahanan dari Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat akan bertemu di Tokyo pada 28 Julai ini,
Pertemuan itu antara lain bagi membincangkan mengenai tindak balas gabungan itu terhadap ancaman nuklear yang dibangkitkan Korea Utara, baru-baru ini menurut laporan agensi berita Yonhap, hari ini.
"Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin akan menghadiri pertemuan dengan Shin Won-sik dari Korea Selatan dan Minoru Kihara dari Jepun," menurut laporan itu.
JIKA BOM NUKLEAR
MELEDAK DI KOREA
SATU ASIA
DAPAT BALA
AMIN
JIKA MELEDAK
DI EROPAH SATU
DUNIA DAPAT BALA
AMIN
INILAH KEBODOHAN
UMAT MANUSIA
YANG BIJAK
AMIN
KHALAS
PINTU NEGARA DIKAWAL OLEH ZIONIS
BLACKROCK
BELI 39 AIRPORT
ZIONIS KAWAL
PINTU SEMPADAN
SELURUH NEGARA
AMIN
Unknown commented on
"CADANGAN TEPAT"
Woit jaga sempadan sendiri dahulu, jaga perairan negara dulu, jaga pintu masuk dengan orang baik dahulu kah kah selesai masalah sendiri dahulu sebelum selesai masalah orang lain kah kah kah
RASUAH PRODUK UMNO
SEMUA
TINGGALAN
INGGERIS
AMIN
HANYA RASUAH
PRODOK UMNO
KHALAS
Unknown commented on
"PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DICIPTA OLEH INGGERIS"
Nak salah orang putih sampai bila? Sejak 57 merdeka sampai sekarang berapa tahun sudah? Nak ulang tayang sejarah berapa kali lagi ? Cermin diri dahulu lah woit, nak salahkan orang lain cukup mudah tapi anak beranak pun masih merasuah mencuri merompak lagi atas dasar bangsa agama bangsa negara kah kah kah
BOHONG
BOHONG
SELASA 23 JULAI 2024
CAKAP BOHONG
JANJI BOHONG
ANWAR JANJI BOHONG
RAFIZI JANJI BOHONG
KERANA BOHONG
INILAH
ANWAR & RAFIZI
DIBENCI ORANG MELAYU
ANWAR CAKAP BOHONG
RAFIZI CAKAP BOHOMG
RAKYAT KENA TIPU
AMIN
AMERIKA
BIDEN DAH TARIK DIRI
PERSOALAN
APAKAH KAMALA HARRIS
JADI GANTI ?
CANADA
SEKALI LAGI TAHUN INI
CANADA TERBAKAR
KALI INI DI PROVINSI
BRITISH COLUMBIA
UKRAINE
MAIN POLITIK DUA KOLAM
SOKONG TRUMP
DAN SOKONG CALON
LAWAN TRUMP
PAKISTAN
POLIS SERBU
PEJABAT PARTI TEHRIK EL INSAF
PARTI PIMPINAN
IMRAN KHAN YANG KINI
DALM PENJARA
AMERIKA
SOALAN SEKARANG
MAMPUKAH KAMALA HARRIS
MENDAPAT SOKONGAN PENGUNDI
SATELAH SOKONGAN
MEROSOT KERANA PERANGAI BIDEN
HOKKIEN
PAGI INI DI PINTU MASUK
CENGKERIK MELANSING
MACAM SUARA PELESIT
MATA HARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL BEKABUS
LANGIT BIRU PUCAT TAK INDAH
TAK TAK DAN EZI
KINI MERAYAU DI HOKKIEN
YANG TIDAK LAGI SEMAK SAMUN
TAPI DAH JADI PADANG RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU
TIONG RIUH RENDAH
WARGA ASLI MENYALAK
HANYA TIGA EKOR TAPI
BISING SATU LEMBAH
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI MENUNGGU MATAHARI SELEPAS SARAPAN
BRO
SENYUM
SENYUM SELASA
SEPERTI BIASA
CHINA SEMBAHYANG DI TOK PEKONG
SIMPAN PUYU DALAM TONG
KENAPA MELAYU TAK BERI SOKONG
BUKA MULUT CAKAP BOHONG
SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN DURI
PANDAI CAKAP BOHONG
BOLEH JADI MENTERI
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA