Rabu, 7 Ogos 2024
BERZAKAR DAN BERZIKIR
Pengurusan hutan: Kelantan negeri paling teruk di Semenanjung - KUASA
Pengerusinya, Hafizudin Nasarudin, bagaimanapun berkata perkara itu tidak mengejutkan memandangkan sejak dahulu lagi situasi pembukaan hutan di Gua Musang adalah teruk.
Katanya, KUASA yang juga badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan sudah bekerja lebih 10 tahun di daerah berkenaan turut mendakwa dari segi pengurusan hutan, Kelantan adalah negeri paling teruk di Semenanjung.
"Jika dahulu di Gua Musang pembalakan dilakukan secara terpilih namun sekarang pembalakan dibuat secara tebang habis sama ada pembukaan ladang baharu, lombong atau kuari.
"Kemusnahan hutan di Gua Musang termasuk Nenggiri amat dahsyat. Jika dilihat di Kuala Betis, beratus lori keluar masuk setiap hari.
"KUASA sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang dianggap tidak pernah mendengar desakan NGO. Sudah tentu kami membantah sekeras-kerasnya kelulusan hutan berkenaan yang boleh menimbulkan banyak masalah pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi.
Semalam media melaporkan terdapat 54 kelulusan penerokaan hutan yang membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar dikatakan diluluskan kerajaan negeri sejak 2022 di kawasan DUN Nenggiri.
Pendedahan dibuat Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN), Mohd Syahbuddin Hashim itu turut menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri.
Katanya, berdasarkan rekod kemasukan permohonan kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), pihaknya mengesan 54 kelulusan baharu penerokaan hutan atas pelbagai maksud seperti ladang hutan, pengkayaan hutan dan lombong di kawasan Gua Musang yang kebanyakan dilakukan di kawasan Ulu Nenggiri.
Mengulas lanjut, Hafizudin berkata masalah kemusnahan hutan di Gua Musang semakin membahayakan dan sudah membabitkan nyawa penduduk.
"Berapa ramai penduduk mati disebabkan dibaham harimau... pada masa sama penduduk berdepan ancaman gajah disebabkan habitat mereka semakin sempit.
"Justeru, untuk ribuan kalinya kami memohon kerajaan negeri tidak meluluskan pembalakan secara tebang habis dalam kawasan hutan simpan sebaliknya hanya melakukan pembalakan terpilih.
"Banyak kesan berlaku sekiranya dilakukan tebang habis termasuk sungai tercemar, tanah runtuh dan berlaku banjir lumpur," katanya.
PAK LEBAI
INI BEBAL HAL
ALAM SEKITAR
AMIN
SAUDI TAKDA
HUTAN MAKA
TAKDA AYAT&HADIS
KAH KAH KAH
PAK LEBAI HANYA
PANDAI BERZAKAR
DAN BERZIKIR
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
PERANG BESAR BERMULA?
Ledakan sonik Israel gegar Beirut selepas Hizbullah lancarkan dron
BEIRUT: Pesawat Israel terbang rendah di ibu kota Lubnan, Beirut semalam hingga mencetuskan satu siri ledakan sonik yang menggegarkan tingkap di seluruh bandar beberapa minit sebelum pemimpin Hizbullah memberikan ucapan.
Bunyi kuat menyebabkan penduduk bergegas membuka tingkap untuk mengelakkan kaca daripada pecah, malah ada yang berdiri di balkoni melihat sekilas pesawat terbang.
Bagaimanapun tiada kenyataan dikeluarkan daripada tentera Israel.
Sebelum itu, di pinggir bandar selatan ibu negara, anggota dan penyokong kumpulan Hizbullah Lubnan berkumpul untuk menonton ucapan pemimpin di televisyen selepas seminggu pembunuhan seorang komander kanan kumpulan itu oleh Israel.
Sayyed Hassan Nasrallah berkata ledakan sonik itu bertujuan memprovokasi mereka yang berkumpul bagi memperingati kematian komander Fuad Shukr.
Ia adalah serangan kali kedua Israel di pinggir bandar selatan dalam tempoh 10 bulan permusuhan antara Hizbullah dan tentera Israel yang berlaku selari dengan perang Gaza.
Sebelum itu, Hizbullah turut melancarkan serangan dron di dua tapak tentera berhampiran Acre di utara Israel dan menyerang kenderaan tentera Israel di lokasi lain.
Tentera Israel berkata, beberapa dron musuh dikenal pasti menyeberang dari Lubnan dan satu berjaya dipintas, dengan tujuh orang sudah dipindahkan ke hospital di selatan bandar pesisir pantai Nahariya, seorang kritikal.
Menurut tentera Israel, siasatan awal menunjukkan kecederaan itu disebabkan oleh pemintas yang "terlepas sasaran dan mencederakan beberapa orang awam".
Kebimbangan semakin meningkat bahawa Asia Barat boleh mencetuskan perang besar berikutan ikrar Hizbullah untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Shukr dan Iran bertindak balas terhadap pembunuhan ketua kumpulan Hamas di Tehran minggu lalu.
Sumber Hizbullah memberitahu Reuters bahawa "tindak balas terhadap pembunuhan komander Fuad Shukr masih belum tiba."
Semalam, empat pejuang Hizbullah terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di bandar Mayfadoun di Lubnan, hampir 30 kilometer di utara sempadan, menurut pegawai perubatan dan sumber keselamatan. - REUTERS
ZIONIS ISRAEL
BOM BEIRUT
AMIN
AKAN HANCURKAN
KOTA INI
AMIN
LAPANGAN TERBANG
AKAN DI MUSNAH
AMIN
DARI LAUT
TENTERA AMERIKA
AKAN BANTU
ZIONIS ISRAEL
AMIN
SENJATA ISREAL
DATANG DARI
BLACKROCK
AMIN
DARI MALAYSIA
ANWAR AKAN
BANTU
BLACKROCK
AMBIL 39
LAPANGAN
TERBANG
MALAYSIA
AMIN
KHALAS
BEBASKAN KETUM DARI PENJARA BAGINDA QUEEN
Anggota PGA antara 9 ditahan disyaki proses ketum
PETALING JAYA: Anggota polis dari Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) antara sembilan ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses air ketum semalam.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata selain anggota berkenaan, baki yang ditahan membabitkan dua orang awam dan enam warga asing.
Beliau berkata, mereka ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bukit Aman di Markas Briged Tengah di Cheras dekat sini sekitar jam 1 pagi.
Hasil serbuan, katanya polis merampas sembilan liter cecair dipercayai air ketum dianggarkan bernilai RM200.
"Anggota polis terbabit kini direman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, manakala dua orang awam yang ditahan bersamanya direman sehari.
"Enam suspek warga asing dalam kes itu pula direman sehingga Jumaat ini selain ditahan reman 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959/1963," katanya katanya ketika sidang media di Balai Polis Ara Damansara di sini, hari ini.
Ditanya sama ada anggota berkenaan menggunakan kediaman dalam Markas Bridged PGA itu bagi memproses bahan terlarang itu atau sebagai pusat edaran, Hussein berkata siasatan lanjut masih dijalankan.
Terdahulu, tular mengenai tangkapan seorang anggota polis sokongan PGA di Cheras yang didakwa terbabit kegiatan memproses air ketum dalam markas terbabit.
JANGAN JADIKAN
KETUM PUNCA
JENAYAH
AMIN
KETUM ADALAH
MINUMAN BIASA
UNTUK TENAGA
AMIN
JANGAN PENJARA
KETUM DENGAN
UNDANG UNDANG
BAGINDA QUEEN
KHALAS
ZAHID JUMAP UNTA NYA BERNAMA B;ACKROCK
TUGAS AGAMA
TUGAS AGAMA UNTUK MERESTUI
ZAHID SOKONG ZIONIS ISRAEL
PASTI ADA AYAT
PASTI ADA HADIS
YANG BOLEH DI BACA
YANG BOLEH DI PUNGUT
PASTI ADA RIWAYAT
PASTI ADA SURAH
UNTUK DISEBAR
KAH KAH KAH
ZAHID TERLALU GUMBIRA
BLACKROCK NAK BELI 39 AIRPORT
GUMBIRA GUMBIRA GUMBIRA
HIDUP ISRAEL
AMIN
KENALI PEMIMPIN BARU HAMAS
YAHYA SINWAR
PEMIMPIN GERILA
KINI KETUA HAMAS
Yahya Ibrahim Hassan Sinwar lahir 29 Oktober 1962, lebih dikenali sebagai Yahya Sinwar,[a][3] ialah seorang ahli politik Palestin. Biro Politik Hamas sejak Ogos 2024 dan pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza sejak Februari 2017, menggantikan Ismail Haniyeh.
Sinwar dilahirkan di kem pelarian Khan Yunis di Gaza yang dikuasai Mesir pada tahun 1962 kepada sebuah keluarga yang telah dihalau atau melarikan diri dari Ashkelon semasa Perang Palestin 1948. Beliau menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Gaza di mana beliau menerima ijazah sarjana muda dalam Pengajian Arab.
Kerana mendalangi penculikan dan pembunuhan dua askar Israel dan empat warga Palestin yang dia anggap sebagai rakan usaha sama pada 1989, Sinwar dijatuhi hukuman empat hukuman penjara seumur hidup oleh Israel, di mana dia menjalani hukuman 22 tahun sehingga dibebaskan di kalangan 1,026 yang lain dalam pertukaran tahanan 2011 dengan warga Israel. askar Gilad Shalit.
Sinwar adalah salah seorang pengasas bersama peralatan keselamatan Hamas. Pada tahun 2017, beliau telah dipilih sebagai ketua Hamas, dan mendakwa meneruskan "penentangan yang aman dan popular" terhadap pendudukan Israel pada tahun berikutnya. Dia dipilih semula sebagai ketua Hamas pada 2021, dan tertakluk kepada percubaan pembunuhan oleh Israel pada tahun itu. Sinwar dianggap sebagai dalang di sebalik serangan 2023 pimpinan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.
KENAPA ISMAIL HANIYEH DIBUNUH ?
KENAPA
ISMAIL HANIYEH
DIBUNUH ?
Kuasa kolonial Inggeris membantu penubuhan United Malays National Organisation pada tahun 1946. Tujuan kolonial Inggeris memelihara dan memupuk United Malays National Organisation ini ialah untuk memecah belahkan gerakan anti-penjajah yang mengampuh sesudah Perang Dunia Ke Dua.
Gerakan angkat senjata lawan Inggeris untuk merdeka menjadi agenda utama di Tanah Melayu ketika itu.
Disini ada persamaan hakiki antara Tanah Melayu dan Palestin. British menjajah Tanah Melayu. Palestin juga di bawah Mandat British.
Hamas – pertubuhan politik Palestin ditubuhkan pada 1987 sesudah gerakan Intifada Pertama. Intifada ialah gerakan massa Palestin bangun melawan penjajahan Israel.
Zionis Israel seperti taktik Kolonial Inggeris juga bermain mata dan membantu penubuhan Hamas. Tujuan untuk memecah belahkan gerakan perjuangan rakyat Palestin. Zionis Israel mengadu domba Al-Fatah dengan Hamas.
Al- Fatah ingin berunding dan meninggalkan garis perjuangan bersenjata. Al-Fatah juga bersetuju untuk mengiktiraf Israel. Manakala Hamas mahu meneruskan perjuangan bersenjata dan tidak mahu mengiktiraf Israel.
Hamas menolak projek Dua Negara – Two States Solution. Al- Fatah yang mendominasi PLO ( Palestin Liberation Organisation ) bersetuju untuk menerima projek Dua Negara.
Pada hari Rabu 31 Julai 2024 dunia dikejutkan dengan berita kematian Ismail Haniyeh. Sosok ini ialah bekas Perdana Menteri Hamas di Gaza dan jurucakap Hamas yang berpangkalan di Qatar.
Ismail Haniyeh dibunuh di Tehran Iran. Ismail di Tehran untuk sama merayakan Presiden Iran yang baru.
Rumah tumpangan Ismail meledak. Laporan awal menunjukkan Israel telah menggunakan bom jangka yang telah dipasang lebih awal dalam rumah tumpangan Ismail Haniyeh.
Ketika tulisan ini digarap pihak berwajib di Iran masih menjalankan siasatan.
Membunuh musuh di negara asing ini bukan satu yang baru. Ada dua negara dalam dunia ini yang sering melakukan perkara ini. Negara ini melakukan secara terbuka walau pun ini melanggar hukum hakam antarabangsa.
Dua negara ini ialah Amerika dan Israel.
Pada 9 Oktober 1967 Che Geuvera telah dibunuh di La Higuera Bolovia atas arahan Presiden Johnson dari Amerika.
Pada 30 September 2011 Presiden Barack Obama – Mat Hitam – telah membunuh seorang pendakwah Islam warga Amerika Anwar al-Awlaki dengan drone di Yaman.
Pada 29 Oktober 2020 Presiden Trump telah membunuh Qassim Soleimani berpangkat Jeneral dalam pasukan tentera Iran. Qassim di bunuh dengan drone di Lapangan Terbang Baghdad.
Rakaman sejarah telah menunjukkan bagaimana Amerika telah membelanjakan 60 juta dolar untuk membunuh Che. Pada tahun 1967 teknologi drone belum muncul. Amat berbeza dengan sekarang. Dengan bantuan teknologi terkini Obama dan Trump dapat melakukan pembunuhan ini lebih murah, licin dan mudah.
Selain dari Amerika Zionis Israel satu-satu negara yang telah melakukan banyak pembunuhan di luar negara.
Malah di Kuala Lumpur sendiri Zionis Israel pernah membunuh Fadi Mohammad al Batsh seorang jurutera dan pensyarah pada 21 April 2018 di Gombak. Hamas mengakui bahawa sosok ini bertaraf komander dalam Brigade Al-Qassam.
Manakala di Iraq ramai pakar saintis telah ditembak mati oleh ajen Zionis Israel. Begitu juga di Iran ramai saintis dan ilmuwan terutama dalam bidang nuklear yang telah dibunuh oleh Mossad ajen Zionis Israel.
Pembunuhan ke atas pemimpin Palestin ini telah berjalan semenjak Israel didirikan. Satu demi satu pemimpin dan aktivis Palestin dibunuh.
Pada tahun 1996 pemimpin Hamas Hana Yahya Ayyash di bunuh. Pada tahun 2004 Ahmad Yassin dibunuh. Ahmad Yassin ada sosok yang mendirikan Hamas. Dia berjaya dibunuh satelah percubaan awal gagal.
Satu bulan sesudah Ahmad Yassin di bunuh Zionis Israel telah membunuh Abdul Aziz al- Rantisi yang juga pemimpin Hamas. Pada bualan Januari 2024 Saleh al-Arori pula dibunuh.
Zionis Israel memilih sosok-sosok pemimpin dan berwibawa lagi berkebolehan untuk memimpin perjuangan kemerdekaan Palestin.
Pada hari Selasa 30 Julai 2024 mayat Fuad Syukr komander tertinggi Hizbullah ditemui dalam runtuhan bangunan yang telah dibom oleh Israel. Fuad Syukr dibunuh di Beirut Lebanon. Esoknya Ismail Haniyeh di bunuh di Tehran.
Kenapa Ismail Haniyeh perlu dibunuh ?
Sosok yang bernama Ismail Haniyeh ini adalah muka dan suara Hamas yang dilihat dan didengar oleh dunia. Ismail Haniyeh adalah jurucakap Hamas yang beroperasi di Qatar. Sosok ini mengatur dan menjalan tugas politik dan kerja diplomatik untuk Hamas. Bekas Perdana Menteri Hamas ini bertanggung jawab menguruskan kepentingan Hamas dengan dunia luar.
Justeru Ismail Haniyeh inilah yang bertanggung jawab menjalankan rundingan gencatan senjata dan pertukaran tawanan dengan Israel yang pernah berlaku.
Dalam masa yang sama Ismail Haniyeh dicap pengganas oleh Amerika dan negara Kesatuan Eropah.
Ismail Haniyeh ini sama taraf dengan Yahya Sinwar pemimpin Hamas yang beroperasi dari dalam Gaza. Yahya dan Ismail adalah dua sosok ini menjadi tiang utama yang menggerekkan perjuangan bersenjata Hamas.
Wajib di ketahui sebelum Ismail Haniyeh di bunuh rundingan untuk gencatan senjata , pertukaran tawanan dan kemungkinan mencari jalan damai telah kedengaran.
Dunia juga di beritahu bahawa Mesir, Qatar, Hamas dan Israel sedang menjalankan perundingan. Presiden Biden sendiri pernah menyuarakan bahawa gencatan senjata dan jalan damai kini dalam tangan.
Amerika dilihat amat kuat mahukan gencatan senjata dan mencari jalan damai semenjak perang yang bermula pada 7 Oktober tahun lalu. Justeru dunia melihat Amerika memainkan peranan orang tengah dalam usaha untuk mewujudkan gencatan senjata.
Amerika mahu gencatan senjata ini bukan kerana dasar sokongan Amerika kepada Israel telah kendur. Tidak. Amerika mahu gencatan senjata berlaku sekarang kerana kepentingan politik dalaman Amerika sendiri.
Semenjak 7 Oktober politik dan wacana politik dalam Amerika berubah. Perang Gaza telah membawa satu perubahan baru kepada generasi muda Amerika.
Generasi muda Amerika di kampus-kampus telah bangun untuk menyokong perjuangan adil Palestin. Tahun 60’an pelajar Amerika bangun ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Kali ini mereka ke jalan raya menyokong Palestin.
Ini berita buruk untuk Zionis Israel.
Seminggu sebelum Ismail Haniyeh dibunuh Netanyahu telah datang ke Amerika untuk memberi ucapan resmi di hadapan Dewan Kongres di Washington DC.
Antara isi kandungan ucapan Benjamin Netanyahu pada Rabu 24 Julai 2024 ialah ‘..... our enemy is your enemy... our fight is your fight... our victory will be your victory....’ Musuh Israel ialah musuh Amerika. Perang Israel ialah perang Amerika. Kemenangan Israel ialah kemenangan untuk Amerika.
Ucapan Netanyahu di Kongres mendapat tepukan berdiri dari para politikus Amerika. Amat jelas menunjukkan bahawa para politikus Amerika kini mengikut telunjuk Israel.
Jelas semua telah di rancang. Jelas semua telah disusun. Netanyahu ke Amerika untuk memastikan Amerika akan terus bersama membantu moral dan material - membantu dana dan senjata untuk Israel.
Pada 27 Julai 2024 – Sekretariat Hamas di Qatar telah mengeluarkan. Kenyataan Ismail Haniyeh ini meminta warga dunia untuk keluar ke jalan raya pada Sabtu 3 Ogos 2024 - gerakan Solidariti Dunia Bersama Gaza
Tiga hari kemudian – pada Rabu 31 Julai 2024 Ismail Haniyeh dibunuh.
Apa di belakang kenyataan sebelum Ismail dibunuh ?
Nyata dan jelas Ismail Haniyeh telah tahu bahawa rundingan antara Hamas dengan Israel telah gagal. Nyata dan jelas niat dan cita-cita Presiden Biden yang mahu gencatan senjata dan mencari jalan damai ini telah di sabotaj oleh Netanyahu melalui ucapan di Kongres.
Ismail Haniyeh yang memimpin perundingan antara Hamas dan Israel lebih tahu perincian keadaan sebenar tentang sikap dan niat Netanyahu. Amerika mahu gencatan senjata secepat mungkin sebelum bulan November dimana pemilihan Presiden akan berjalan.
Manakala Netanyahu mahu perundingan ini gagal. Bukan saja gagal malah Netanyahu mahu Amerika terlibat sama dalam perang ini.
Israel mahu Amerika berperang dengan Iran.
Jelas tak perlu bersuluh Netanyahu dan Israel mahu Amerika terlibat. Telah begitu lama Israel mengotek-otek dan mengacah-acah untuk memulakan perang dengan Iran.
Iran kini menjadi sasaran utama Israel. Iran wajib dimandulkan. Negara yang bernama Iran ini adalah penyokong kuat Hamas. Iran mempersenjatai bukan hanya Hamas tetapi semua kumpulan yang bergerak menentang .
Israel.
Hizbullah di Lebanon, Islamik Jihad dan Houthi dari Yaman adalah apa yang dikenali sebagai Kumpulan Penentang Israel.
Sama seperti Perang Teluk Pertama 1991 yang telah memandulkan Iraq. Perang Telok Kedua 2003 telah menamatkan riwayat Saddam Hussein.
Pembunuhan Ismail Haniyeh dengan jelas bertujuan untuk membatalkan segala perundingan damai dan menjerut Amerika masuk sama berperang.
Akhbar Washington Post pada 2 Ogos membuat laporan dimana Presiden Biden berkata ‘...assassination of Hamas political leader Ismail Haniyeh in Tehran has “not helped” efforts to negotiate a hostage-ceasefire deal in Gaza.
Hizbullah di Lebanon telah berjanji akan membalas kematian Komander Fuad Syukr. Hassan Nasrallah pemimpin Hizbullah telah memberi amaran bahawa Israel telah melintasi garis merah.
Iran pasti akan membalas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.
Dari laporan media 6 Ogos 2024 dunia diberi tahu bahawa Iran akan mengambil tindakan yang serius dan menghalangnya dengan "kekuatan dan ketegasan" untuk menghukum "penyerang" berdasarkan haknya dan prinsip undang-undang antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Luar Nasser Kanaani.
Seyogia diberi tahu bahawa Rusia dan Iran telah memperbaharui Perjanjian Strategik antara dua negara hingga ke tahun 2025. Perjanjian ini bermula tahun 2001.
Dunia telah diberitahu pada 5 Ogos 2024 Ketua keselamatan Rusia Sergei Shoigu telah melawat Tehran untuk berbincang dengan pihak Iran. Laporan juga menunjukkan Moscow telah mula menghantar peralatan pertahanan udara dan radar canggih yang didakwa diminta oleh Republik Islam.
Lawatan Sergei Shoigu dibuat ketika Iran dan sekutu serantaunya mempertimbangkan skala tindak balas mereka terhadap pembunuhan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh. Iran telah berjanji untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Haniyeh.
Jelas suasana di Lebanon, Jordan, Syria , Iraq dan Iran dalam keadaan tegang – perang akan meledak bila-bila masa. Banyak negara telah meminta warga mereka meninggalkan Lebanon.
Apakah Hizbullah akan mengubah strategi dari membedil Utara Isreal terus menembak peluru berpandu ke Tel Aviv? Apakah Israel akan menggunakan jet pejuang untuk mengebom kota Beirut ? Apakah warga Jordan yang majoritinya Palestin akan bangun bersama untuk melawan Israel ?
Semuanya bergantung kepada apakah tindakan Iran.
Ketika tulisan ini habis digarap apa yang kita dengar hanyalah kata-kata. Jet pejuang belom mengebom. Peluru berpandu Iran belum dilepaskan ke arah Tel Aviv. Hizbullah hanya membedil Utara Isreal.
Justeru kita semua menunggu. Dunia makin tegang. Pasaran saham New York , Tokyo, London dan Kuala Lumpur jatuh mendadak. Apakah perang besar akan meledak ? Apakah senjata nuklear akan digunakan? Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM OPRTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/714636
BUKAK MULUT BOHONG INI HASILNYA
Rakyat rompak
kediaman Hasina
BANGLADESH: Orang ramai mengambil kesempatan merompak pelbagai barangan di kediaman Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas beliau meletakkan jawatannya dan melarikan diri ke luar negara, menurut rakaman siaran tempatan.
Berdasarkan laporan The New York Times, rakaman itu menunjukkan orang ramai memanjat pintu pagar kediaman itu, melemparkan barang ke dinding, merosakkan potret dan membuang makanan.
Peletakan jawatan Hasina disifatkan satu perayaan kepada rakyat Bangladesh yang meraikan keputusan berkenaan.
Siaran di media sosial dan rakaman televisyen secara langsung juga menunjukkan orang ramai mengambil ternakan dari kediaman itu termasuk ayam, itik dan arnab serta beberapa orang lagi bergambar dengan haiwan berkenaan.
Penduduk, Monsur Ali, berkata dia antara ribuan orang yang memasuki kediaman perdana menteri itu dan mengambil barangan di dalamnya.
"Kami pergi ke sana kerana marah. Tiada apa-apa yang tinggal di sana," katanya.
Hasina, 76, digulingkan dari jawatannya melalui protes yang berjalan selama beberapa minggu susulan konflik dalam jawatan kerajaan yang diinginkan setiap rakyatnya, hingga membawa maut.
Hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam rusuhan itu.
Rakyat di negara itu juga menentang peningkatan autoritarianisme Hasina selepas 15 tahun berkuasa.