Rabu, 21 Ogos 2024

SAPA DALAM UMNO SOKONG MUHYIDIN?


WOIT

SATU MALAYSIA

NAK TAHU SAPA

DALAM UMNO 

SOKONG MUHYIDIN

JENG JENG JENG

KHALAS

PENJAHAT DIBUNUH DARI NEGARA MANA ?


SATU MATI DIBUNUH

10 SEDANG DI  CARI

AMIN

MACAM MANA 

NAK BANTU POLIS

TAK SEBUT DARI

NEGARA AFRIKA

MANA ? 

ORANG ITAM  RAMAI

LIBYA & MESIR

 PUN DARI AFRIKA

AMIN 

HORMATI HAK MUHYIDDIN



HORMATI HAK TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERUCAP DAN BERSUARA DI BAWAH PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 


Oleh Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 

Malaysia lazimnya disebut sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. 

Frasa demokrasi berparlimen didahulukan sebelum dituruti oleh frasa raja berperlembagaan.

Ini mempunyai pengertian tersirat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.Demokrasi rakyat itu ditegakkan melalui institusi parlimen yang membawa erti ada pilihanraya dan kerajaan dipilih oleh rakyat.

Dalam masa yang sama frasa raja berperlembagaan bermakna kuasa raja ditentukan oleh perlembagaan dan dalam masa yang sama sistem raja di Malaysia bukanlah sistem raja yang berkuasa mutlak atau "absolute monarchy." 

Pentingnya dalam urusan bernegara bahawa kuasa rakyat melalui konsep demokrasi berparlimen didahulukan berbanding konsep raja berperlembagaan dapat dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang utama negara Malaysia.

Soal kebebasan asasi, contohnya Perkara 5 Kebebasan diri yang menjadi teras utama demokrasi diletakkan di bahagian awal Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahagian II susunan perkara Perlembagaan Persekutuan.

Manakala peruntukan perlembagaan bagi Yang diPertuan Agong contohnya Perkara 32 bahawa Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara diletakkan di Bahagian IV perlembagaan persekutuan.

Satu peruntukan yang jelas menunjukkan bahawa sistem raja mutlak tidak diamalkan di Malaysia ialah Perkara 40 perlembagaan persekutuan yang menyatakan Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Satu peruntukan yang penting menunjukkan pada asasnya menurut undang-undang bahawa negara Malaysia sebuah negara demokrasi yang menolak sistem raja feudal yang mutlak ialah peruntukan Perkara 8(1) perlembagaan persekutuan  yang menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. 

Perkara kesamarataan antara rakyat dengan raja pemerintah dinyatakan dengan jelas di dalam perlembagaan persekutuan.Jika ada mahkamah sivil dan jenayah bagi rakyat jelata maka bagi golongan raja pemerintah negeri dan Yang diPertuan Agong diwujudkan Mahkamah Khas di bawah Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan berkenaan prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja. 

Perkara ini perlu diperjelaskan kerana terdapat kecenderungan  sekarang yang cuba menyempitkan ruang kebebasan rakyat atau pemimpin rakyat berucap atau menyatakan fikiran dan pendapat dengan mengwujudkan momokan kesalahan di bawah 3R yang menyentuh isu kaum, agama dan raja (race, religion and royalty).

Kejadian yang terbaru ialah bilamana seorang bekas Perdana Menteri ke-8, Mahyuddin Yassin yang merupakan seorang ahli parlimen dan pemimpin gabungan Parti politik pembangkang yang mempunyai 74 ahli parlimen di Dewan Rakyat sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 atas ucapannya dalam sebuah ceramah umum Pilihanraya Kecil di DUN Nenggiri, Kelantan.

Amat membimbangkan jika momokan 3R ini digunakan oleh agensi berkuasa dan kerajaan yang memerintah sekarang untuk menggunakan undang-undang yang draconian seperti Akta Hasutan 1948 untuk menafikan kebebasan bercakap dan bersuara.

Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 

21 Ogos 2024

MUHYIDDIN BUKA BABAK SEJARAH



Malaysia ikut raja berperlembagaan, kata kumpulan peguam kecam siasatan hasutan terhadap Muhyiddin
Kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengecam penggunaan Akta Hasutan terhadap Muhyiddin Yassin selepas polis memulakan siasatan terhadap pengerusi Perikatan Nasional itu berhubung ucapannya mempersoalkan keputusan bekas Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melantiknya sebagai perdana menteri walaupun selepas mengumpul sokongan majoriti ahli Parlimen.

Pengarah LFL, Zaid Malek mengingatkan kerajaan bahawa Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan dan tidak terlepas daripada "penelitian atau perbincangan umum" dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah perlembagaan untuk melantik perdana menteri".

Beliau berkata kerajaan campuran diketuai Pakatan Harapan (PH) kini menuju "arah yang bertentangan" apabila menghalang sebarang penelitian dalam pelaksanaan kuasa perlembagaan Agong.

"Ini pada asasnya berlawanan dengan tadbir urus demokrasi," katanya.

"Peranan dan tugas Agong dipandu oleh Perlembagaan Persekutuan dan pematuhan kepada perlembagaan memerlukan penelitian terhadap tindakan Agong. Ia tidak menjadi satu kesalahan, dan juga bukan dianggap 'derhaka' seperti yang didakwa sesetengah ahli politik yang tidak bertanggungjawab di pihak kerajaan."

Bercakap dalam program ceramah PN semasa kempen pilihan raya kecil Nenggiri baru-baru ini, Muhyiddin mengimbas kembali pilihan raya umum pada 2022.

"Kalau ikut kiraan, kita jadi kerajaan, betul tak? Saya waktu itu sekali lagi diberikan sokongan, ada 115 ahli parlimen sokong saya.

"Kalau ikut kiraan perlembagaan, saya sudah ada jumlah yang lebih untuk menjadi perdana menteri. Ini bukan mengungkit, tapi ini rekod sejarah. Tapi entah macam mana, Yang di-Pertuan Agong waktu itu tak ajak jemput saya pergi istana angkat sumpah.

"Siapa Yang di-Pertuan Agong dulu? Pahang," kata Muhyiddin merujuk kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. "Kita tak nak cerita apa-apa buruk. Tapi yang itu, bagi saya agak luar biasa. Tapi tak apalah."

Pada pilihan raya umum ke-15 itu, PH memenangi 82 kerusi, diikuti PN (73), Barisan Nasional (30), GPS (23), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Parti Bangsa Malaysia, manakala dua kerusi dimenangi calon bebas. Satu lagi kerusi iaitu Padang Serai dimenangi PN dalam pilihan raya diadakan tidak lama selepas PRU.

Susulan itu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri mengemukakan 115 akuan berkanun daripada ahli Parlimen yang menyokongnya sebelum tarikh akhir ditetapkan istana bagi pemimpin gabungan politik membuktikan sokongan mereka.

Sultan Abdullah kemudian dilaporkan tidak mengambil kira 115 akuan berkanun itu, sebaliknya mengarahkan semua pemimpin politik hadir ke Istana Negara.

Muhyiddin kemudiannya berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan Agong agar bergabung dengan Anwar Ibrahim untuk membentuk "kerajaan perpaduan" bersama PH.

Pihak istana kemudiannya menamakan Anwar sebagai perdana menteri, yang menerima sokongan GPS selepas gabungan Sarawak itu berkata akan akur dengan siapa sahaja yang dipilih Agong.

Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Agong perlu melantik seseorang yang pada pertimbangannya mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen.

LFL berkata peruntukan itu jelas menunjukkan Agong mesti melantik seorang perdana menteri yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.

"Maka bertitik tolak daripada itu, perbincangan mengenai keputusan Agong terhadap sokongan majoriti tidak boleh dilarang atau disekat," kata kumpulan itu.

Ia turut mengingatkan Anwar dan PH bagaimana mereka menentang keras penggunaan Akta Hasutan.

“Pemimpin PH seolah-olah lupa bagaimana mereka bersatu di belakang mendiang Karpal Singh yang didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menyoal Sultan Perak dalam menentukan sokongan kepada menteri besar Perak ketika itu, Nizar Jamaludin.

"Kini mereka menukar rentak apabila berkuasa, dan ini sesuatu yang terang-terangan tidak berprinsip."

Zaid menggesa pemimpin kerajaan "terutamanya daripada PH" mengambil pengajaran daripada pertuduhan yang dikenakan ke atas Karpal dan menghapuskan Akta Hasutan.

"Undang-undang era kolonial yang lapuk ini tidak ada tempat dalam sebuah negara yang berperlembagaan dan demokratik. Bila mana kedaulatan undang-undang diguna pakai, tiada pihak boleh terlepas daripada penelitian."

Antara pemimpin DAP yang menggesa Muhyiddin disiasat di bawah Akta Hasutan ialah Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat Muhyiddin ini di sisi undang-undang jenayah negara Malaysia berunsur satu penghasutan dan penghinaan kepada institusi diraja yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat terhadap institusi diraja," kata Rayer dalam laporan polis dipetik portal mesra PH, Malaysiakini.



WOIT

MAKIN BERAT

GUNA AKTA

BAGINDA QUEEN

AMIN

DULU CAKAP NAK

HAPUSKAN

KAH KAH KAH

MUHYIDIN CAKAP

HAL SEJARAH

DIA PUNYA PASAL

AMIN

DIA KENA KENCING

DIA TAK PUAS HATI

PASAL APA 

MAHKAMAH

NAK SIBUK

KAH KAH KAH

AMIN

HINDU DI TIBAI BERITA PALSU




BBC bongkar video palsu dakwa penduduk Hindu Bangladesh diserang


Kumpulan haluan kanan didapati menyebarkan klip video palsu kononnya penduduk minoriti di Bangladesh menjadi sasaran serangan di negara itu, lapor saluran berita Britain, BBC.

Ia susulan protes jalanan yang menumbangkan pentadbiran Sheikh Hasina itu bertukar kepada rusuhan, di mana penunjuk perasaan menyasarkan anggota dan penyokong parti Liga Awami.

Ia mengundang gesaan pelbagai pihak terhadap kerajaan sementara yang diketuai Muhammad Yunus untuk memastikan penduduk Hindu dibela.

Di Malaysia, beberapa pemimpin dan pertubuhan Hindu turut mengadakan protes menggesa Yunus mengambil tindakan terhadap penyerang.

Semalam, Ahli Parlimen DAP V Ganabatirau dan aktivis kontroversi Hindu Arun Dorasamy antara yang hadir dalam majlis solidariti di sebuah kuil di Brickfields, Kuala Lumpur.

"Kami berpegang teguh dalam harapan dan doa kami bahawa Tuhan akan membantu dalam memberikan keamanan dan perlindungan kepada komuniti minoriti di Bangladesh," kata kenyataan dikeluarkan Pertubuhan Hinduhharma Malaysia.

Bagaimanapun, pemeriksaan BBC Verify, unit yang mengkaji fakta di sebalik sesuatu dakwaan berita semasa, mendapati pelbagai video memaparkan keganasan, wanita menangis dan bangunan terbakar digunakan di luar konteks oleh beberapa akaun media sosial dan disebarkan kumpulan ekstremis Hindu yang berpengkalan di India. 

Klip tersebut menuduh kumpulan radikal Islam menjadi dalang di sebalik keganasan terhadap masyarakat Hindu dan kuil mereka.

Antara hantaran yang tular menunjukkan kuil Hindu dibakar oleh "Islamis di Bangladesh", tetapi semakan BBC Verify mendapati bangunan kuil itu, yang dikenal pasti sebagai Kuil Navagraha di Chittagong, tidak mengalami kerosakan.

Sebaliknya, pekerja kuil berkata ia merupakan serangan pada 5 Ogos di pejabat Liga Awami di belakang kuil pada sebelah petang. 

"Mereka mengambil perabot dan membakarnya," kata jurucakap kuil Swapan Das kepada BBC.  

Kumpulan haluan kanan turut menyebarkan video mendakwa rumah pemain kriket Bangladesh beragama Hindu dibakar. 

Tetapi BBC Verify mendapati rumah tersebut dimiliki oleh seorang ahli Parlimen daripada Liga Awami yang beragama Islam.

Video bersifat berita palsu itu turut dikongsikan aktivis haluan kanan di Britain, Stephen Yaxley-Lennon atau lebih dikenali sebagai Tommy Robinson, watak yang mendalangi rusuhan anti-Islam di Britain baru-baru ini.

Robinson mendakwa berlaku genosid terhadap masyarakat Hindu di Bangladesh dalam hantarannya berkongsi klip rusuhan di Bangladesh.

Satu video yang dikongsi Robinson menunjukkan seorang wanita merayu agar suaminya dilepaskan, semasa satu serangan yang didakwa dilakukan oleh Islamis terhadap rumah wanita tersebut.

Bagaimanapun, sekumpulan pelajar yang membantu wanita tersebut memberitahu BBC bahawa kes itu membabitkan isu pemilikan tanah yang difailkan di sebuah mahkamah tempatan sejak enam bulan lepas.

Menurut semakan fakta oleh agensi AFP, sememangnya terdapat serangan terhadap harta milik individu beragama Hindu, tetapi ia bersifat politik dan bukan bermotifkan agama.

Lima individu Hindu telah dilaporkan maut sepanjang pergolakan itu, dengan dua daripadanya anggota Liga Awami, menurut Majlis Perpaduan Hindu Budha Kristian Bangladesh. 

Lebih 50 pemimpin Muslim Liga Awami turut dilaporkan terbunuh.

Beberapa penunjuk perasaan beragama Islam bertindak melindungi kuil Hindu selepas dakwaan palsu mengenai serangan terhadap kuil mula tular di internet, yang disifatkan cuba mengapi-apikan konflik antara penganut Hindu dan orang Islam.

"Kami tak termakan dengan hasutan," kata seorang lelaki bernama Moinul, yang mengawal sebuah kuil di Hatharazi, berhampiran Chittagong.

Bangladesh dengan penduduk 170 juta mempunyai minoriti Hindu berjumlah 13 juta.

PENGANUT POLITIK

KANAN AMBIL

PELUANG

AMIN

MENANGGUK 

DI AIR KEROH

AMIN

NAK SOROK

PROJEK AMERIKA

MAHU BUKA

PENGKALAN TENTERA

DI BANGLADESH

AMIN

KESEDARAN MELAYU




Pembangunan semula Dataran Merdeka perlu tekankan konsep warisan Melayu, kata PM

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata pembangunan baharu di sekitar Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara di Kuala Lumpur perlu menekankan konsep warisan Melayu.

Bercakap semasa pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Putrajaya pada petang Isnin, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pembangunan di ibu negara perlu mempunyai ciri yang unik.

“Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan keseluruhan koridor akan diubah menjadi kawasan warisan.

“Sudah tentu tonggak warisan Melayu harus kelihatan dalam imej pembangunan baru dari keseluruhan koridor dari Bangunan Sultan Abdul Samad,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sebelum ini bekas Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menamakan kawasan ‘Dunia Melayu’ di ibu kota persekutuan yang mengandungi semua elemen yang mencerminkan kekayaan budaya dan warisan Melayu. – 20 Ogos, 2024.

PELUAS KUKUH

KESEDARAN MELAYU

AMIN

INI WAJIB

DI SOKONG

AMIN

KHALAS

HIZBULLAH GUNA ROKET BUATAN RUSIA


HIZBULLAH 

MULA GUNA PAKAI

SENJATA BUATAN

RUSIA

AMIN

BELAJAR DARI RASUAH KOBID 3 TAHUN DULU


BELAJAR DARI

RASUAH KOBID

3 TAHUN DULU

AMIN


Unknown commented on 
"SAPA DAPAT PROJEK INI"

Berapa harga berapa komisen siapa supply siapa pembekal semuanya perlu diatur dahulu, jangan silap bagi geng musuh dalam selimut kah kah kah bagi geng sendiri cari makan kah kah kah

PANADOL UNTUK RUSUHAN KAUM



PANADOL UNTUK 

RUSUHAN KAUM 


Keir Starmer belum pun 100 hari jadi Perdana Menteri baru di United Kingdom telah berhadapan dengan  rusuhan perkauman yang meluas dalam sejarah UK.

Dari segi sejarah Julai 2024 bukan kali pertama rusuhan perkauman berlaku DI    UK. Selepas Perang Dunia Pertama, protes jalanan, rusuhan dan mogok tercetus di negara-negara di seluruh dunia. Para buruh menghadapi pengangguran dan kekurangan tempat tinggal. Bukannya kemakmuran masa aman yang dijanjikan.

Ini hasil dari perang. Di United Kingdom perkara yang sama berlaku.

Pada tahun 1919, satu siri rusuhan ganas di Glasgow, South Shields, Salford, London, Hull, Newport, Barry, Liverpool dan Cardiff menyaksikan pergaduhan jalanan, harta benda yang dirosakkan dan lima orang terbunuh. Beribu-ribu orang kelas pekerja kulit putih  di bandar pelabuhan ini mengarahkan kemarahan mereka kepada komuniti etnik hitam dan minoriti.

Mereka menyalahkan pekerja dari negara kolonial - yang bilangannya telah meningkat. Buruh dari negara tanah jajahan di tuduh sebagai mengambil kerja Bumiputera tempatan..

Inilah juga nama-nama bandar dan tempat berlakunya rusuhan yang bermula  pada 30 Julai  sehingga 5 Ogos 2024.  Satu minggu Bumiputra UK mengamuk di jalan raya.

Perdana Menteri Keir Starmer hanya memberi Panadol sebagai jawapan.

Keir Starmer menuduh ini adalah rusuhan dari puak kanan. Puak kanan yang  rasis dan anti pendatang. Puak kanan tidak suka kaum imigran. Puak kanan tidak ada simpati pada pelarian perang dan pelarian politik.

Justeru jawapan kerajaan  Parti Buruh ialah menangkap, mendakwa dan memenjara para penunjuk perasaan. Kes dijalankan secepat mungkin. Tangkap dakwa dan penjara.

Budak sekolah berumur 12 tahun menjadi sejarah sebagai yang paling muda yang pernah didakwa kerana merusuh. 

Reuters melaporkan lebih  dari 1000 telah ditangkap dan 600 lebih di dakwa. BBC melaporkan 118 telah dijatuhkan hukum penjara.  Antaranya ialah Tyler Kay, 26, dan Jordan Parlour, 28, yang masing-masing dijatuhi hukuman penjara 38 bulan dan 20 bulan kerana mencetuskan kebencian kaum di media sosial.

Inilah contoh jawapan kerajaan Parti Buruh yang baru naik takhta.

Justeru untuk  saya jawapan PM Keir Starmer ini sama seperti memberi Panadol. Jika saya merasa sakit kepala saya akan menelan 2  butir pil Panadol. Sakit kepala   saya  pasti akan hilang. Ubat ini memadamkan  rasa sakit. Tetapi ubat ini tidak mengubati sakit kepala saya.

Yang di kutuk  dan di lawan oleh PM Keir Starmer hanya manifestasi. Yang dipadamkan hanya gejala. Sebab musabab kenapa kepala sakit  masih wujud.

Menuduh semua rusuhan ini kerana para penunjuk perasaan ini  bersikap rasis adalah tidak tepat.
Sebab musabab kenapa Bumiputera United Kingdom merusuh masih wujud. Ada jambatan telah runtuh. Ada keresahan tidak selesai. Tidak berganjak. Tidak di rungkai.  Sakit kepala ini akan muncul sekali lagi. Rusuhan kaum ini akan datang sekali lagi.

Kemarahan utama yang diluahkan oleh para demonstran ialah sistem  polis yang  berat sebelah.  Apa yang dipanggil two tier policing.

Istilah "kepolisan dua peringkat" telah digunakan  untuk memperlihatkan  bahawa  tindakan polis telah lebih ganas  menangani orang di sebelah garis politik kanan dari garis politik kiri.

Sikap polis sedemikian dilihat wujud kebelakangan ini. Pihak polis lebih cermat berhemah dan kurang ganas bila berhadapan dengan pendatang yang tidak berkulit putih.  Polis berkelakuan seperti ini kerana takut di tuduh rasis atau anti Orang Hitam.

Tidak dapat dinafikan sikap ini wujud. Sikap polis UK ini sama seperti sikap kerajaan German bila berhadapan dengan Zionis Israel. Kerajaan German akan lemah dan tidak kritikal terhadap Israel yang melakukan genosid. Ini kerana kerajaan   takut German di tuduh rasis sekali lagi. Dituduh sebagai saki baki Hitler.

Pengalaman polis mengawal Brixton Riot 1981 atau Bloody Sunday mengikut istilah majalah Times telah memberi pengajaran. Dari sini  timbul sikap kepolisian dua peringkat. 

Brixton wilayah bermajoriti warga kulit hitam. Polis kota London ketika berhadapan dengan keganasan  Mat Negro telah dituduh rasis kerana sering menahan Orang Hitam. Walhal Mat Negro itu memecah kedai dan merampok.

Hari ini tuduhan rasis digunakan untuk melapik apa saja kejahatan dan kebejatan si Kulit Hitam.

Hari ini muncul satu lagi bom nuklear yang akan di lontar kepada sesiapa saja yang mengkritik pendatang halal dan pendatang haram ke UK dan negara Eropah.  Bom nuklear ini ialah Islamophobia. 

Anti Islam telah digunakan untuk mendinding  pencerobohan pendatang haram. Atau mengkritik perangai kolot anti tamadun para penganut Islam.

Betul ke yang datang berperahu menyeberang Selat Inggeris itu pelarian politik atau pelarian perang ?   

Saya sebagai bekas pelarian politik di Belgium dan di UK berani  berkata : Betul ada pelarian politik. Saya sampai ke Belgium tahun 80’an menyaksikan ramai pelarian dari Iran dan Indo China. 

Tapi dalam masa yang sama ada juga pelarian ekonomi. Mereka datang ke Eropah bukan kerana politik tetapi kerana ekonomi. Mereka mahu mencari pekerjaan di Eropah.

Bersama saya di Rumah Tumpangan Braine le Comte ada  dua beradik anak muda dari Ghana, dari Eriteria dan dari Nigeria. Tidak ada perang dalam negara ini. Dan mereka juga bukan aktivis pelajar atau aktivis NGO. Datang ke Belgium untuk mencari kerja.

Dua beradik dari  Ghana itu mahu melamar menjadi soldadu kolonial Belgium.

Tahun 80’an Perang Vietnam dan Indo China telah tamat. Boat People dari Asia kini telah mula mengenap. Ramai bermastautin  di Amerika dan Eropah.

Tertiba muncul  Boat People yang baru. Kebelakangan ini kita membaca dan melihat berita kapal dari Afrika menyeberang Laut Tengah  membawa pendatang ke Eropah. Kita sering terbaca bagaimana Selat Inggeris telah menjadi tumpuan pendatang haram.

Memang  sah ada  negeri sedang berperang. Ada perang di Syria, di Afghanistan dan  di Sudan tapi yang meluruh nak datang ke Eropah dan UK bukan hanya dari negara berperang. Dari Pakistan, dari China, dari India dan dari Sri Langka semua nak masuk ke Eropah.

Mereka pelarian ekonomi. Bukan pelarian politik atau perang.

Dari benua Afrika mereka berkapal masuk ke Itali dan Greece. Dua negara ini menjadi sasaran kerana pesisiran pantai  negara ini paling hampir dengan  benua Afrika. 

Dari Itali mereka melolos masuk ke Eropah Timur atau meluluskan diri ke Peranchis. Bila sampai ke Peranchis mereka ke Calais. Kota pelabuhan  Calais ini paling hampir dengan pelabuhan  Dover – pelabuhan Inggeris.  Kota Dover ialah sasaran akhir pendatang ini.

Pelik tetapi benar – mereka sudah sampai ke Itali, sudah berlabuh di Greece, sudah masuk ke Peranchis – kenapa tidak minat  meminta suaka politik dan perlindungan di negara ini ?

Persoalan inilah  yang PM Keir Starmer wajib rungkai. Keir Starmer wajib tanya dirinya sebelum menuduh para pendemo itu semua rasis dan ekstremis kanan.

Saya sendiri berani menjawab. Jawapan saya ini  hasil  pengalaman saya sebagai pesuaka politik.

Saya dibebaskan dari penjara di Bombay atas arahan Mahkamah Agong India. Mahkamah menerima permintaan kerajaan Belgium yang telah menerima saya sebagai pelarian politik. Di Belgium saya mendapat hak sama seperti rakyat Belgium kecuali saya tidak boleh mencampuri politik Belgium.

Saya mendapat bayaran hidup bulanan. Saya belajar di universiti sama seperti warga Belgium. Tidak ada beza antara saya dengan Bumiputera Belgium. Tapi kenapa saya masih  mahu berpindah ke UK.

Saya memilih UK kerana sistem negara ini dari pengalaman saya adalah yang terbaik dalam dunia ini. Kota London adalah kota budaya yang kosmopolitan yang terunggul dalam dunia. Kota London ialah  kota ilmu yang terulung dalam dunia. 

Di Belgium saya wajib mendaftar diri di Commune  - daerah mukim saya tinggal. Jika daerah ini menolak maka saya tidak akan dapat berpindah ke sana. 

Tuan rumah tempat saya menyewa flet mahu melihat saya telah di terima sebagai warga. Tanpa  persetujuan Commune -  majlis daerah – saya tidak akan dapat menyewa bilik atau flet.

Setiap warga di Eropah ada menggunakan kad pengenalan. Di UK tidak ada sistem kad pengenalan. 

Abdul dari Kenya boleh mengaku berasal dari Syria. Wakuma Omboro dari Nigeria  boleh menyamar menjadi Anton dari Jamaica.

Polis di Tanah Besar Eropah boleh menahan sesiapa saja dan meminta melihat  kad pengenalan yang sah. Dalam saku saya sentiasa ada kad pengenalan dari Wavre – Commune tempat saya tinggal. 

Saya tidak boleh berpindah randah tidur disana sini.  Adalah kesalahan jenayah jika tidak membawa ‘ carte d'identité’. Malah saya sendiri walau pun penduduk tetap di Wavre Belgium pernah ditahan oleh polis.

Polis di UK tidak ada hak menahan  atau bertanya apa apa pun  kepada sesiapa pun di jalan raya. Sesiapa saja boleh menyewa bilik atau flet jika tuan empunya telah bersetuju. 

Bulan Julai saya boleh tinggal di Bromley – by – Bow London dan bulan Ogos saya boleh berpindah ke Brixton London. Tidak ada soal jawab. Ini mustahil boleh berlaku di German , di Peranchis atau di Belgium.

Pada hemat saya sebagai bekas pelarian politik sistem inilah yang menjadi tarikan para pedatang haram ke UK. Mereka merasa tidak bernafas di Peranchis atau di German.

Satu lagi tarikan kepada pendatang haram ini ialah undang-undang hak asasi manusia yang di guna pakai di UK.

Pelarian bila sampai ke UK akan diberi perlindungan. Akan di sediakan tempat tinggal. Akan di beri makan  minum. Akan di beri duit saku.  

Di Belgium saya lalui semua ini.

Apa yang saya tulis ini pengalaman saya tahun 80’an. Pelarian  politik di beri penghormatan. Berita saya sampai ke Belgium muncul di muka hadapan Le Soir akhbar harian Belgium.

Tahun 2024 pendatang yang bukan berkulit putih – kini digasak oleh Bumiputera asli Eropah. Suasana telah berubah. Orang hitam tidak lagi disambut dengan tangan terbuka di Eropah.

Memberi perlindungan kepada pendatang dianggap – mengabihkan boreh. Sistem sosial UK menjadi huru hara. Dana majlis tempatan di guna untuk menampung pendatang haram. Bumiputera marah lalu mereka keluar berdemo.

Apakah mereka rasis bila Bumiputera melaung kan :  Kera di hutan disusukan – anak di rumah mati kelaparan. 

Pada hemat saya laungan ini tidak boleh ditamatkan dengan Panadol. Jika bukan Panadol apa yang wajib di lakukan. Tunggu minggu hadapan. (TT)
  


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/716394