Khamis, 22 Ogos 2024

ZIONIS ISRAEL MAHU PERANG MEREBAK KE IRAN


ZIONIS ISRAEL

PILIHARAAN AMERIKA

MASIH BERDEGIL

AMIN

MAHU PERANG

MEREBAK KE IRAN

KHALAS

BLACKROCK PUNCA SENJATA ISRAEL



Biden desak Netanyahu setuju gencatan senjata ketika rundingan terbantut

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Rabu mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza dengan Hamas ketika rundingan mengenainya terbantut.

Biden dan Netanyahu bercakap beberapa jam selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menamatkan lawatan ke Asia Barat yang bertujuan mencapai persetujuan ketika ketegangan meningkat di rantau itu.

Dalam satu kenyataan di X, Biden berkata, beliau 'menjelaskan bahawa perlu kepada gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan serta membincangkan perbincangan akan datang di Kaherah untuk menghapuskan sebarang halangan yang tinggal'.

Beliau juga memberitahu Netanyahu mengenai 'usaha AS untuk menyokong pertahanan Israel terhadap ancaman Iran dan kumpulan pejuang proksinya', selepas Tehran mengancam membalas dendam atas pembunuhan seorang pemimpin tertinggi Hamas di Tehran.

Rumah Putih secara berasingan dalam satu kenyataan, memaklumkan presiden AS 'menekankan keperluan mendesak' untuk mencapai perjanjian itu.

Naib Presiden AS, Kamala Harris, yang menggantikan Biden sebagai calon presiden Demokrat untuk menghadapi calon Republikan, Donald Trump pada pilihan raya AS November, turut mengambil bahagian dalam perjumpaan itu.

Akhbar Axios berkata, sebelum ini Biden bersedia untuk mendorong Netanyahu supaya lebih fleksibel dalam rundingan yang sedang diuruskan oleh AS, Mesir dan Qatar.

Ia berkata, pemimpin AS itu akan menumpukan pada tuntutan supaya Israel mengekalkan kawalan ke atas Koridor Philadelphi, sempadan antara Gaza dan Mesir yang dirampas tentera Israel daripada Hamas.

Israel mendakwa, Hamas bergantung pada terowong untuk membawa masuk senjata.

Biden menyokong Israel sejak serangan Hamas pada 7 Oktober, membekalkan negara itu dengan sejumlah besar bantuan ketenteraan sebagai matlamat untuk memusnahkan kumpulan pejuang Palestin.

Bagaimanapun, hubungan menjadi tegang antara pemimpin AS dan Israel, dengan Biden menyeru Israel untuk mengurangkan korban awam.

Serangan 7 Oktober ke atas Israel selatan mengakibatkan kematian 1,199 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel. - AFP


CARA NAK

ADA GENCATAN

SEJATA MUDAH

AMIN

BIDEN HALANG

BLACKROCK

BEKAL SENJATA

AMIN

AMERIKA HENTI

BERI DANA

PADA ISRAEL

SEMAU AKAN

SELESAI

AMIN

CHIAN MERAH BAWA BAHAYA


CHINA MERAH

JENERASI MUDA
GRADUAN LULUSAN UNIVERSITI
 BERJUTA JUTA TANPA  KERJA
INI MASALAHH BESAR DI CHINA
SEKARANG

RAMAI AKAN LAIRI KE LUAR
MALAYSIA AKAN MENJADI SASARAN
DAATANG SEBAGAI  PELANCUNG
TANPA VISA
HILANG DALAM NEGARA

SATU KESEDARAN NASIONAL
WAJIB DI WUJUDKAN
KHALAS

China internally is also holding on to dear life as it can crumble anytime. It’s all pretty shaky everywhere. More of a who’s going to fall first

JEBAT PENEGAK KEADILAN


JEBAT PENEGAK

KEADILAN

KHALAS

Unknown commented on 
"DERHAKA GARIS REVOLUSI"

Jebat lawan kerana ketidak adilan, Jebat zaman moden nak lawan sebab nak kuasa, nak kunci bank, nak songlap nak rakus kekayaan, nak selamatkan anak beranak nak selamatkan harta benda yang disonglap selama ini, 

perjuangan Jebat dulu dan sekarang tidak sama, jadi jangan malukan Jebat yang dalam sejarah sebab nanti dia balik dari kubur mencari penghasut bernama TT kah kah kah sampai Jelebu kah kah kah

BABAK SEJARAH


BABAK SEJARAH

ADALAH BETUL LAGI BENAR
PN MENDAPAT MAJORITI
SATELAH PRU15

MUHYIDIN BERCAKAP
BENAR

ADA 10 ++ YB UMNO
SAMA MENYOKONG MUHYIDIN
MEREKA ANTI ZAHID
MEREKA DI BAWAH PAYUNG
HISHAMMUDDIN HUSIN

APA JADI ?

PADA KETIKA ITU
SENTIMEN TAKUT PARTI PAS
LEBIH KUAT DARI TAKUT
PADA DAP

MAKA KERAJAAN TITAH
DITUBUH
KERJAAN INI DI JAJA
SEBAGAI KERAJAAN PERPADUAN

SEKARANG
ORANG MELAYU 
MELIHAT APA YANG BERLAKU
RAKYAT DAH MULA BENCI
PADA KERAJAAN TITAH

MELAYU BENCI PADA DAP
MALAH TAKUT DAP
AKAN TERUS BERKUASA
DENGAN PERSEMPADANAN
SEMULA

DALAM MASA YANG SAMA 
TITAH INI BOLEH BERALIH
BOLEH BERUBAH
JENG JENG JENG
AMIN

INI KERAJAAN TITAH


WAJIB DIINGATKAN

KERAJAAN INI

KERAJAAN TITAH

AMIN

DI KLIM JADI

KERAJAAN

 PERPADUAN

KHALAS

CHINA MERAH PENJAJAH BARU



Kebanjiran barangan, percambahan syarikat warga China cetus kebimbangan peniaga tempatan
Kebimbangan yang semakin meningkat terhadap peluasan China ke negara-negara jiran yang memberi impak terhadap pasaran tempatan kini turut berlaku di Malaysia, di mana peniaga tempatan dan pemerhati industri memberi amaran tentang "penjajahan ekonomi".

Ia di sebalik usaha Beijing menguatkan cengkamannya terhadap rantaian bekalan di seluruh dunia, iaitu antara hasil Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), sebuah projek besar-besaran menghubungkan China dengan bandar-bandar yang sebelum ini hanya boleh diakses melalui udara dan laut.

Kini, hasil pertanian dan barangan pengguna yang murah dari China boleh diangkut dengan mudah melalui kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan beberapa negara Asia Tenggara.

Di Thailand, pemilik perniagaan menyuarakan kebimbangan mengenai produk China yang memasuki negara itu melalui kereta api berkelajuan tinggi, yang menyaksikan hasil pertanian seperti epal, anggur, pear, oren, brokoli, kubis, lada dan cendawan pada harga yang lebih murah daripada keluaran tempatan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan pelancaran kereta api kargo baharu dikendalikan oleh China Railway, membolehkan barangan diangkut dari Yunnan, China ke Petaling Jaya, Selangor dalam tempoh 10 hari, separuh daripada masa perjalanan kapal kargo dari Kunming, pusat pengangkutan China.

Persatuan perdagangan, ahli perniagaan dan akademik yang bercakap dengan MalaysiaNow berkata dominasi China kini jelas bukan sahaja dalam perniagaan dalam talian, tetapi juga dalam sektor makanan dan runcit, yang mendatangkan impak buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana.

"Ini paling jelas dapat dilihat dalam sektor peruncitan," kata William Ng, presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta).

Ng berkata penguasaan Cina dalam sektor runcit menjadi bertambah mudah apabila pemilik hartanah lebih suka menyewa kepada syarikat asing, yang bersedia membayar kadar sewa lebih tinggi.

"Tetapi ramai yang hilang selepas beberapa bulan perniagaan merudum walaupun menggunakan produk makanan yang sudah siap dibuat dari luar negara. 

"Ia mengakibatkan pemilik premis mempunyai anggaran sewa yang tidak realistik yang tidak boleh dibayar oleh pemain tempatan, manakala pelanggan pula terdedah dengan mutu makanan yang boleh dipertikaikan," katanya kepada MalaysiaNow.

Kebimbangan ini timbul di tengah-tengah laporan peningkatan mendadak warga China yang menetap di Malaysia sejak dua tahun lalu, mengambil manfaat daripada pelbagai insentif seperti pengecualian visa selama 30 hari dan syarat lebih longgar di bawah Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H), program kerajaan untuk menarik dana asing dengan menawarkan permit bermastautin dan menjalankan perniagaan.

The Financial Times baru-baru ini melaporkan bilangan warga China yang menetap di Malaysia meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun, iaitu kini antara 150,000 dan 200,000, daripada 82,000 pada 2022.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata, tidak seperti pendatang lain, kehadiran masyarakat Cina tempatan menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan rakyat China yang menurutnya "mudah hilang".

"Itulah yang menyebabkan jumlah mereka banyak, kerana kita tidak boleh kenal pasti warganegara asal dengan orang pendatang," katanya dalam wawancara bersama MalaysiaNow baru-baru ini. 

Restoran milik rakyat China

Seorang ahli perniagaan memberitahu MalaysiaNow mengenai restoran milik warga China yang semakin bercambah.

Beliau memberi contoh restoran "mee tarik" yang lengkap dengan tanda "halal" kerajaan, iaitu sijil yang mengambil masa panjang untuk diluluskan melalui proses permohonan dan syarat yang rumit.

"Di Setia Alam (Shah Alam) contohnya, ada dua buah restoran mee tarik berstatus halal yang dimiliki oleh warga China. Mereka mahu tarik pelanggan Melayu kerana restoran bukan halal tidak rancak di Malaysia," kata ahli perniagaan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hamdan.

Situasi serupa di Thailand menyebabkan pihak berkuasa di Bangkok mula mengambil tindakan terhadap restoran milik warga China yang melanggar peraturan tempatan, berikutan aduan bahawa rakyat tempatan kerap bertindak sebagai ejen untuk menutupi perniagaan haram dimiliki orang asing.

Sementara di Indonesia, pihak berkuasa terpaksa mengambil langkah melindungi peniaga tempatan yang berdepan saingan sengit akibat kebanjiran produk China.

Tahun lalu, Indonesia mengharamkan perniagaan dalam talian di platform media sosial termasuk TikTok, mengambil kira kepentingan melindungi perniagaan kecil tempatan.

Ia juga bakal memperkenalkan cukai sehingga 200% ke atas barangan seperti kasut, pakaian, kosmetik dan pinggan mangkuk yang diimport.

Awal tahun ini, Malaysia mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10% ke atas barang bernilai rendah (LVG), yang melibatkan barangan import berharga kurang dari RM500.

Bagaimanapun, Ng berkata peniaga menggunakan pelbagai helah mengelak cukai itu.

"Pasaran e-dagang terkemuka memasukkan cukai LVG ke dalam kos penghantaran atau dalam dicetak terlalu kecil, jadi ramai pembeli dalam talian Malaysia tidak sedar mereka dicukai kerana membeli daripada penjual luar negara," katanya, merujuk kepada aplikasi beli-belah dalam talian berpengkalan di China seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Mohd Zulariffin Md Maarof, pengarah sebuah akademi e-dagang di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), berkata cabaran dihadapi peniaga dalam talian ditambah apabila pengilang China yang menjadi pembekal mereka mula bertapak di Malaysia dan menjual terus kepada pembeli.

"Mereka mempunyai gudang-gudang yang dijual di platform seperti Lazada, Shopee dan TikTok Shop," kata Zulariffin, pengarah urusan Export Oversea Academy di bawah UTHM.

Beliau berkata syarikat China yang tidak fasih bahasa Melayu mengupah penduduk tempatan untuk menjual produk mereka dalam sesi "live" di aplikasi beli-belah.

Zulariffin memberi contoh sebuah gudang milik syarikat China yang menempatkan lebih 20 bilik untuk mengadakan siaran langsung.

Menurutnya, penjual tempatan tidak mampu bersaing dengan syarikat e-dagang China yang mempunyai modal yang besar.

Katanya, perlu ada langkah melindungi peniaga tempatan, seperti mana di Amerika Syarikat yang meletakkan syarat lebih ketat kepada penjual dalam talian dari luar negara.

"Jika tiada dasar perlindungan, kita akan terkesan dengan 'penjajahan ekonomi daripada penjual luar negara. Kita belum mempunyai kemahiran yang tinggi dan modal yang besar untuk bersaing."

Ng bersetuju, dan mencadangkan kerajaan mengenakan modal berbayar yang lebih tinggi untuk syarikat runcit milik asing, iaitu kadar semasa RM500,000 kepada RM2 juta.

Katanya pihak berkuasa juga perlu melarang perjanjian milikan saham secara proksi dan mengehadkan perniagaan dimiliki warga asing kepada bandar-bandar dengan jumlah penduduk yang sekurang-kurangnya satu juta. 

"Apa-apa dasar perlindungan perlu dilaksanakan dengan cermat, wajib disemak semula selepas lima tahun dan tidak menyasarkan penjual daripada mana-mana negara spesifik.

"IKS kita tiada masalah bersaing secara sihat. Tetapi bagaimana mungkin sesetengah peniaga asing boleh menjual produk dengan penghantaran percuma dari luar negara pada kos yang lebih rendah daripada kurier domestik kita? 

"Kombinasi subsidi kerajaan, kebanjiran stok dan produk bermutu rendah merosakkan persaingan dengan peniaga tempatan," katanya

PENJAJAH

INGGERIS DIGANTI

AMERIKA

AMIN

KINI CHINA MERAH

NAK GANTI

INGGERIS DAN

AMERIKA

AMIN

CHINA MERAH

MERANCANG

DAH LEBIH SEJUTA

WARGA LESAP

DI TANAH MELAYU

AMIN

INI BAHAYA BESAR

KERAN MEREKA

SENANG HILANG 

& TIDAK DIKENALI

AMIN

KHALAS

CACAR BEROK SAMPAI KE SIAM


Thailand lapor kes pertama disyaki strain baharu mpox

BANGKOK: Thailand hari ini melaporkan kes pertama disyaki jenis baharu mpox lebih berbahaya, yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai kecemasan kesihatan awam global.

Ia membabitkan warga Eropah yang mengunjungi Thailand dari negara Afrika, menurut Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Thongchai Keeratihattayakorn kepada AFP.

Ujian makmal sedang dijalankan untuk mengesahkan kes berkenaan tetapi pegawai percaya ia varian Clade 1. Pesakit kini dikuarantin di hospital.

"Kami telah melakukan ujian dan mereka pasti mpox dan ia pastinya bukan Clade 2," kata Thongchai kepada AFP.

"Kami yakin orang itu mempunyai varian Clade 1, tetapi kami perlu menunggu untuk melihat keputusan akhir di makmal selama dua hari lagi."

Kes dan kematian mpox semakin meningkat di Afrika, di mana wabak dilaporkan di Republik Demokratik Congo, Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda sejak Julai.

Penyakit ini, disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh haiwan yang dijangkiti tetapi disebarkan dari manusia ke manusia melalui sentuhan fizikal yang rapat, menyebabkan demam, sakit otot dan lesi kulit yang besar seperti bisul.

Walaupun mpox dikenali selama beberapa dekad, strain baharu yang lebih maut dan lebih mudah ditularkan, dikenali sebagai Clade 1b, sekali gus mendorong lonjakan kes baru-baru ini.

Clade 1b menyebabkan kematian dalam kira-kira 3.6 peratus kes, dengan kanak-kanak lebih berisiko, menurut WHO.

Dahulunya dipanggil cacar monyet, virus itu ditemui pada 1958 di Denmark, pada monyet yang disimpan untuk penyelidikan.

DR Congo melaporkan lebih 16,000 kes dan 500 kematian tahun ini.

Pada 15 Ogos Sweden melaporkan kes Clade 1 pertama yang disahkan di luar Afrika.

AWAS !!!

BERJAGA JAGA

PASTI AKAN

SAMPAI

AMIN

JAGA JAGA

AYAM SIAM

AMIN

JAGA JAGA

AYAM ITAM

AMIN

KHALAS

RAKYAT SABSIDI ANWAR IBRAHIM


KINI BERALIH

AMIN

RAKYAT SABSIDI

ANWAR IBRAHIM

KHALAS 

DERHAKA GARIS REVOLUSI


DERHAKA

GARIS REVOLUSI

AMIN

Unknown commented on
 "MUHYIDDIN BUKA
 BABAK SEJARAH"

Fakta dan sejarah tak boleh ditutup dengan tuduhan "Derhaka".

ANWAR AJEN ZIONIS BLACKROCK



DAP BARUA

ZIONIS SINGAPURA

AMIN

SINGAPURA DAPAT 

SENJATA DARI

 BLACKROCK

AMIN

ANWAR AJEN

ZIONIS BLACKROCK?

JENG JENG JENG

AMIN




Unknown commented on 
"PENJAHAT DIBUNUH
 DARI NEGARA MANA ?"

Singapura hantar askar ke Israel bunuh anak kecil, orang tuan dan rogol perempuan Palestine.

https://vt.tiktok.com/ZS2jAyy1g/

Malaysia ambil rakyat Palestine yang cedera parah yang cuba dibunuh tentera Singapura ke Malaysia.

https://youtu.be/7Vgzt172-w8?si=5QvglB2w-Axw8EeD

Pelik sekor pun tak berani nak bersuara putuskan hubungan diplomatic dengan Singapura yang menyokong genocide rakyat Palestine...!!

https://vt.tiktok.com/ZS2jMDDqE/

Adakah DAP tuan barua barua mereka melarang menghebahkan isu ini ke seluruh negara..!?

Sepatutnya Malaysia sudah putuskan hubungan diplomatic dengan Singapura yang membunuh anak kecil di Palestine

Lu fikir lah sindri...!!

CACAR MONYET


CACAR MONYET

KHAMIS 22 OGOS 2024
CACAR MONYET ATAU MPOX
MAKIN MEREBAK
TAK LAMA LAGI PASTI SAMPAI
KE MALAYSIA

BETULKAH MPOX INI ?
BETUL
 IANYA WUJUD
ASAL DARI CONGO AFRIKA
KINI MAKIN MEREBAK
HINGGA KE INDONESIA

APA YANG WAJIB
KITA LAKUKAN HANYA SATU:
RUJUK KEMBALI 
ZAMAN KOBID
BAGAIMANA KITA DI PAKSA
AMBIL VAKSIN
KEMUDIAN DI BUKTIKAN
VAKSIN INI TIPU
AMIN

ANWAR KLIM RINGGIT
DAH KUAT
HARGA MINYAK DUNIA JATUH
TAPI  MENGAPA HARGA
DISEL KITA TAK TURUN
JENG JENG JENG

UKRAINE
TERUS MENYERANG MOSCOW
DENGAN DRONE
DAN ROKET BUATAN AMERIKA

AMERIKA
KEMALA HARRIS
LEBIH BANYAK DAPAT DERMA
DARI ORANG RAMAI BERBANDING
DENGAN TRUMP
PADA BULAN JULAI

EROPAH
KAJIAN MENUNJUKKAN
KEMATIAN AKAN TIGA KALI GANDA
DI EROPAH AKHIR KURUN INI
KERANA CUACA PANAS

GAZA
PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
MAKIN JAUH
DI TAMBAH PULA DENGAN PULUHAN
SERANGAN ROKET HIZBULLHA
DARI LEBANON

HOKKIEN 
PAGI INI  SEGAR
MATAHARI TIDAK MUNCUL
LANGIT PUCAT
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HUJAN TAK JADI KEMARIN

TIDAK BANYAK SUARA
DI DENGAR
DARI JUAH SALAKAN
WARGA HOKKIEN
DARI JAUH SUARA TIONG
DALAM PADANG RUMPUT SENYAP
MUNGKIN KERANA
RUMPUT KUNING KENA RACUN
MENAKUTKAN UNGGAS

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
PETANG HUJAN
BAWA SEJUK

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI KHAMIS

BRO
JANGAN HANYA TAHU
PERKARA ITU
MAT BEBAL PUN TAHU
YANG PENTING
TAHU DAN FAHAM

BRO
JANGAN BERLARI
BAWA GUNTING ATAU PISAU TERHUNUS
CIK GU DAH BERI TAHU
MAK DAH BERI TAHU
KALI INI GUA BERI TAHU

BRO
BILA LU BERTANYA
JANGAN MELOPONG
MENUNGGU JAWAPAN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKHAMIS