Khamis, 29 Ogos 2024

ADA GUA DIBAWAH KUALA LUMPUR


ADA GUA DIBAWAH

KUALA LUMPUR

JENNG JENG JENG

MUNGKIN ADA NAGA

KAH KAH KAH

KHALAS

BUKAK MULUT MOHONG MENGJANGKITI ZAHID


BUKAK MULUT

MOHONG

BERJANGKIT PADA

ZAHID HAMIDI

KHALAS

MAHKAMAH NEGARA KAPIR


Pemulihan aset 1MDB susulan sabitan mahkamah Switzerland

MALAYSIA memperoleh keputusan mahkamah untuk pemulihan lebih AS$240 juta (RM1.17 bilion) dalam bentuk aset susulan sabitan dua individu penting dalam skandal kewangan antarabangsa 1MDB.

Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland dalam keputusannya semalam, mensabitkan dua individu penting dalam skandal 1MDB atas pelbagai kesalahan.

Patrick Mahony, seorang warga Switzerland-British dan Tarek Obaid, seorang warga Swiss-Saudi disabitkan bersalah menggelapkan lebih AS$1.8 bilion daripada 1MDB.

Pendakwa raya mendakwa Mahony dan Obaid membantu menubuhkan usaha sama dengan 1MDB dengan mewujudkan tanggapan syarikat mereka, PetroSaudi, disokong kerajaan Saudi.

Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun manakala Mahony menerima hukuman enam tahun.

Mahkamah mengarahkan aset mereka dirampas, termasuk hartanah dan dana yang disimpan dalam pelbagai akaun bank, berjumlah lebih AS$240 juta.

Aset ini akan dikembalikan kepada 1MDB sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mendapatkan dana yang dicuri dalam skandal tersebut.

Ahli lembaga pengarah 1MDB menerima baik keputusan mahkamah itu.

“Kami juga menyambut baik perintah rampasan dan pengembalian wang serta aset. Pemulihan ini dicapai dalam sebahagian strategi pemulihan pelbagai disiplin untuk menyokong dan menambah usaha rampasan jenayah yang sedang berlangsung.

“1MDB secara aktif menyokong pendakwa raya Switzerland sepanjang siasatan dan perbicaraan, termasuk dengan membuat aduan jenayah dan memberikan bukti untuk memastikan aset dikembalikan kepada negara.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Switzerland atas siasatan mereka yang teliti, yang memastikan sabitan ini,” kata jurucakap 1MDB dalam satu kenyataan malam tadi. – 29 Ogos, 2024.

MAHKAMAH

NEGARA KAPIR

JATUHKAN HUKUM

PENJARA PADA

PENCURI 1MDB

AMIN

APAKAH MAHKAMAH

MALAYSIA YG KLIM

ISLAMIK AKAN

BEBASKAN NAJIB ?

AMIN

INI BEZA KAPIR

DAN

ISLAM YANG JELAS

KHALAS

KAPIR TIDAK SEMBAH ALLAH


Kumpulan Hindu desak pendakwah Islam turunkan komik tidak sensitif

HINDU Sangam Malaysia (MHS) mendesak seorang pendakwah Islam menurunkan satu posting komik di Facebook yang didakwa tidak sensitif terhadap agama Hindu.

Presiden MHS Ganesan Thangavellu berkata kandungan seperti itu boleh menjejaskan keharmonian agama.

“Poster dialog komik itu disiarkan oleh Zirwah al-Idrus bertujuan untuk mendidik kanak-kanak Islam.

“Walaupun usaha untuk mendidik kanak-kanak tentang agama sangat dihargai, tetapi kita perlu ingat Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.

“Oleh itu, sebarang bahan pendidikan perlu disampaikan dengan sensitiviti terhadap kepercayaan dan amalan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Poster itu yang dimuat naik dua hari lalu di Facebook Zirwah al-Idrus kini tular di platform media sosial.

Pada masa artikel ini dibuat, posting itu menerima 3,000 komen dan lebih 11,000 share.

Poster itu menunjukkan dialog antara seorang ibu dan anak lelakinya yang ingin tahu tentang kuil Hindu.

Dalam penjelasannya, ibu itu menggelar Hindu kafir kerana mereka tidak menyembah Allah. – 29 Ogos, 2024.

APAKAH 

KAPIR KALAU

 TAK SEMBAH

ALLAH

KAH KAH KAH

APAKAH INI

AJARAN ISLAM ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

JANGAN SENSITIF

SANGAT

KHALAS

SENI PERSEMBAHAN TULIN




Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan panggil ‘Raja Bomoh’

KUALA LUMPUR – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah diminta untuk memanggil ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin susulan kehadirannya di lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)   Mohd. Na’im Mokhtar berkata, nasihat perlu diberikan kepada Ibrahim dengan segara supaya perbuatannya tidak melanggar akidah dan menghina agama.

“Saya telah meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil individu tersebut dengan segera bagi memberikan nasihat tentang batas-batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti ritual yang bertentangan akidah Islam,” kata Mohd. Na’im dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Na’im, beliau mengambil maklum kegelisahan umat Islam terhadap kehadiran Ibrahim di lokasi pencarian yang turut memberikan tawaran untuk membantu mencari mangsa warga India yang masih hilang.

Tambahnya, Ibrahim telah telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2017 di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

“Individu tersebut membuat pengakuan bersalah. Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506),” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan Ibrahim hadir ke lokasi kejadian pada Rabu dan memaklumkan kehadirannya ke lokasi kejadian adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

“Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasukan penyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.

“Justeru, saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa,” katanya.

Empat individu dilihat membawa bunga kekwa berwarna kuning menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat hadir di lokasi jam 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit dipercayai sebagai alternatif mencari mangsa yang masih belum ditemui.-

WOIT

KAH KAH KAH

BOMOH INI 

BUAT SENI

PERSEMBAHAN

AMIN

KALAU BOMOH

CAKAP SEORANG

DIRI PADA BATU

DIA DIANGGAP

SESAT

KAH KAH KAH

KALAU RAMAI

BERCAKAP PADA

BATU DIANGGAP

AMALAN

KAH KAH KAH

KHALAS

TANAH MENDAP DI KAMPUNG ATTAP



Tanah mendap di Kampung Attap kejadian lama

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan berlaku kejadian tanah mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap hari ini, seperti yang tular di dalam media sosial.

DBKL dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook memaklumkan, gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kegelisahan awam,” katanya.

Menerusi catatan sama, DBKL turut berkongsi gambar terkini di lokasi tersebut yang sudah diperbaiki dan selamat kepada orang ramai.

Terdahulu, tular di media sosial gambar kononnya berlaku kejadian tanah mendap terbaharu yang didakwa di Kampung Attap di sini, sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai.

Kes itu cuba dikaitkan dengan kejadian lubang benam di Jalan Masjid India yang menyebabkan seorang pelancong India hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di situ, minggu lalu. – 

LAMA BARU

BERITA TANAH

MENDAP BUKAN

ISU

AMIN

YANG WAJIB

DIKETAHUI OLEH

WARGA IALAH

APAKAH KL SELAMAT?

AMIN

APAKAH ADA 

BANYAK

LUBANG DI BAWAH 

BANGUNAN DI KL?

AMIN

TERIMA KASIH

DAN AL-FATIHAH

 ACI PELANCUNG

YANG MATI HILANG

AMIN

KINI WARGA

KUALA LUMPUR

DISEDARKAN AKAN

BAHAYA WILAYAH

MEREKA

AMIN

KHALAS

PAKAR KAJI BUMI BERI PANDANGAN


PAKAR KAJI BUMI

SOSOK INI PAKAR BUMI
PAKAR KAJI ALAM
TERSOHOR DIDUNIA
BERI PANDANGAN TENTANG
TANAH JERLUS 
DI JALAN MASJID INDIA

SOSOK TERSOHOR 
 INI PEMILIK  DUA PHD
DARI GEDUNG ILMU TERULUNG
DALAM DUNIA
DARI
 UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
LU NAK MAMPOOS
LU DENGAR CAKAP 
MAT MASLAN 
KAH KAH KAH
KHALAS

BERITA BELUM SAHIH


BERITA 

BELUM SAHIH

ANWAR SUKA KLIM 
DIA DAPAT PANGGILAN TALIPON
KAH KAH KAH

SATU KETIKA DULU
SEBELUM JADI PM
ISTANA SELALU TALIPON
TAK CAYA TANYA GOBIN
KAH KAH KAH

BILA JADI PM
EDORGAN TALIPON
JOKOWI TALIPON
PUTIN ADA TALIPON
ANWAR AKAN BUAT HEBOH
HAL TALIPON INI
KUNUN DIA DIPERLUKAN
KAH KAH KAH

BILA PELANCUNG INDIA
HILANG DI MASJID INDIA
PASTI MODI TALIPON
KAH KAH KAH

KENAPA ANWAR
TAK HEBOHKAN
KAH KAH KAH
KENA PUKEE MAK
DARI MODI  KE
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS

BERITA MENAKUTKAN DARI MASJID INDIA


AIR DERAS !!!

APAKAH ADA SATU

LAGI SUNGAI 

DIBAWAH

MASJID INDIA?

JENG JENG JENG

BAGAIMANA LALUN

LRT & MRT

DI BAWAH TANAH

AMIN

SUNGAI DI BAWAH

ATAU

 DI ATAS LALUAN

JENG JENG JENG

KHALAS

KERAJAAN TITAH SEKALI LAGI


KERAJAAN TITAH

 SEKALI LAGI


Dulu saya menulis :
RAMAI masih kurang faham. Ramai warga tertanya-tanya. Ramai masih ragu-ragu tentang kerajaan hari ini.

Keadaan ini memaksa Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil untuk berkata “... pengisytiharan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dibuat Yang di-Pertuan Agong selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu di Istana Negara pada minggu lalu.”

Satu kenyataan menteri yang amat jelas.

Hakikatnya kata-kata Fahmi ini membuktikan kerajaan hari ini adalah Kerajaan Titah. Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu bertitah agar didirikan kerajaan perpaduan. Khalas. 

Semua yang tertulis di atas  saya kutip kembali dari tulisan saya bertajuk : Titah, Retorik dan Real Politik. Tulisan ini muncul di Malaysian Insight pada 22 Disember 2022.

Minggu ini perkara yang sama muncul kembali. Perkara keabsahan kerajaan  pimpinan Anwar Ibrahim masih dipertikaikan.

Ini bukan perkara baru. Semenjak Anwar naik takhta kedudukan Kerajaan Titah ini terus dipertikai. Awalnya bagaimana Anwar naik takhta ini jadi perbualan ramai. Kemudian ianya mengenap tapi masih membara. Kini meledak sekali lagi.

Ada beberapa perkara yang menarik bersabit dengan Kerajaan Titah ini. Perkara-perkara ini timbul kembali  untuk menjadi
perbualan nasional.

Pertama dalam kempen di PRK Nenggiri  - Muhyiddin klim sebaik saja  PRU15  selesai Perikatan Nasional (PN) memiliki 115 YB yang   membolehkan PN mendirikan kerajaan. Dari perkiraan jumlah angka ini mencakupi juga parti dan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak. 

Sabar dulu. Kira punya  kira para YB dari Sabah dan Sarawak pun masih tidak mencukupi untuk PN menubuhkan kerajaan. 

Dari mana Muhyiddin cekau jumlah 115 YB ini ?

Dari  berita yang tersebar  bersama jumlah 115 YB yang di klim oleh PN ini termasuk juga 10 YB dari United Malays National Organisation? 

Fakta jumlah dari United Malays National Organisation ini penting. Tapi yang lebih penting  untuk  30 juta warga Malaysia (tidak termasuk pendatang haram dari China Merah dan Mat Bangla)  ingin tahu nama-nama YB dari United Malays National Organisation.

Nama-nama YB dari United Malays National Organisation yang menyokong PN  ini penting untuk di ketahui kerana ianya membawa makna politik yang dalam.

Satu nama yang selalu di sebut ialah Hishammuddin Husin. Ini tidak mustahil kerana sosok ini telah digantung keahliannya. Khalas.

Siapa lagi selain dari Hishammuddin ? 

Satu Malaysia hendak tahu kerana YB-YB  yang menyokong PN ini jelas adalah sosok-sosok yang menentang kepimpinan Zahid Hamidi. Para YB bersama PN ini adalah  wira parti Melayu yang berani melawan arus.
Juga para YB yang bersama PN ini membuktikan bahawa kepimpinan Zahid masih dipertikaikan. Kedudukan Zahid sebagai Presiden parti goyah dan sentiasa di lawan. 

Amat jelas kedudukan Zahid sebagai Presiden parti di tentang dari luar dan dari dalam parti sendiri. Ini selari dengan semangat para pengundi Bangan Datuk yang menentang Zahid. Sejarah membuktikan Zahid hanya menang dengan kelebihan 348 undi.

Bukan sahaja para YB ini  menentang Zahid  malah ratusan ribu ahli United Malaya National Organisation juga tidak menyokong Zahid – Presiden Parti.

Mana buktinya?

Mudah sahaja. Bukti yang amat ketara ialah keputusan PRK Sungai  Bakap. Berduyun-duyun ahli United Malays National Organisation tidak turun mengundi. Dan untuk menyakitkan hati Zahid ramai pula  ahli parti belot  berpaling tadah mengundi PN. Amin.

Kenapa ini berlaku?

Mudah sahaja. Zahid di lihat dulak dalik atau kluk klak dalam bahasa orang Terengganu.  Zahid yang bersumpah – No Anwar No DAP – kini telah menelan sumpah sendiri. 

Zahid juga dilihat sama seperti Anwar bukak mulut mohong.

Wajib diakui bukan semua ahli parti  United Malays National Organisation tutup mata atau terlibat dalam rasuah.  Mereka juga jujur dan mahu parti mereka bergerak di landasan yang betul. 

Ahli parti yang berfikir bukan pembodek  telah  menolak Zahid kerana Zahid terlibat dalam 47 kes rasuah dan pengubahan wang haram. 

Sikap mereka sama dengan sikap majoriti rakyat Malaysia. Malah sikap ini juga di kongsi ramai oleh ahli PKR dan DAP. Mereka rasa gelisah bagaimana seorang kleptokrat-penyamun seperti Zahid boleh  diambil oleh Anwar untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Majoriti rakyat Malaysia  yang berakal dan rasional mahu 47 kes Zahid terus dibicarakan. Ini bukan bermakna mereka telah menganggap Zahid bersalah. Apa yang rakyat Malaysia mahu ialah penerusan  47 kes di mahkamah.

Sentimen majoriti rakyat Malaysia ini telah di wakili oleh Majlis Peguam yang mahu 47 kes ini diteruskan.  Kes bantahan Majlis Peguam ini masih berjalan.

Wajib di beri ingatan tuntutan Majlis Peguam ini bukan kerana sentimen anti Zahid.  Majlis Peguam mahu 47 kes Zahid ini diteruskan kerana mahkamah telah membuktikan 47 kes ini ada prima facie.

Prima facie di Malaysia memberi makna -kes prima facie ialah kes yang ditubuhkan dengan bukti yang mencukupi, dan boleh ditumbangkan hanya dengan menyangkal keterangan yang dikemukakan oleh pihak yang lain.

Ertinya perbicaraan wajib diteruskan.

Saya menimbulkan 47 kes Zahid ini kerana ianya bersangkutan dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Anwar Ibrahim dengan kerajaan Madani sedang bermati-matian dan beretorik menentang rasuah. Syabas.

Tapi Zahid yang berdiri  di sebelah Anwar adalah sosok yang dipertikaikan kedudukannya.

Kempen dan retorik Anwar melawan rasuah menjadi pancit meleset dan menjadi tema menganjing kerajaan Madani oleh para Pahlawan Siber. Kah kah kah.

Mari kembali kepada kes Muhyiddin Yasin dan 115 YB.  Dari apa yang diberitakan isi ucapan Si Muhyiddin ini adalah palsu dan menghina bekas Agong. Anak dan isteri  bekas Agong membuat kompelin. 

Amat jarang berlaku kerabat   kayangan buat kompelin.  Tidak pernah saya dengar Raja Charles atau Ratu Belanda buat kompelin. 

Raja yang di rajakan  seperti Raja Charles  selalu kompelin bukan tentang parti Buruh atau Konservatif.  Hal parti politik raja-raja  di negara kapir tidak campur.

Raja Charles sering kompelin tentang pemusnahan alam sekitar.

Ratu Belanda ada juga kompelin. Ratu Belanda yang berbasikal ini mahu jalan dalam kota-kota Belanda jangan berlubang-lubang susah rakyat nak berbasikal.

Dua-dua ini contoh kompelin Raja-raja dalam negara kapir. Amin

Kes kompelin dari Istana Pahang ini mengedepankan pihak polis bertindak. Biasanya pihak polis agak lambat untuk mengambil tindakan. Contoh terbaik ialah kes OKU kena  tumbuk.

Ketika tulisan ini digarap  Si Muhyiddin telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan jenayah menggunakan Akta Hasutan 1948.

Bila saya menulis atau bercakap tentang Akta Hasutan ini saya akan pastikan  angka 1948 disebut sama. Ini untuk membuktikan bahawa Akta Hasutan 1948 ini direka oleh Penjajah  Inggeris.

Kita wajib  memperlekehkan  kerajaan  Anwar yang masih menggunakan akta penjajah ini. Bayangkan akta ini  direka ketika  Ratu Elizebeth masih belum pecah  dara.  Kah kah kah.

Hingga ke  hari ini kerajaan yang klim sudah merdeka masih menggunakan alat senjata Inggeris untuk memusnahkan musuh politik.

"Tapi saya dapat 115. Kalau ikut kiraan Perlembagaan, saya sudah ada jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk jadi Perdana Menteri. Ini bukan nak mengungkit but it is a record of history. Tapi entah macam mana Yang Dipertuan Agong  waktu itu tak ajak jemput saya angkat sumpah. Siapa Yang Dipertuan Agong  dulu. Pahang lah. Kita tak nak cerita apa-apa yang buruk ya. Tapi yang itu bagi saya agak luar biasa. Tapi tak apalah. Maka lepas itu terbentuklah kerajaan perpaduan. Sekarang ini kita panggil kerajaan madanon."

Di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut Muhyiddin di Nenggiri.

Sila baca sekali lagi. Saya ulang – sila baca ayat di atas sekali lagi. Kemudian secara jujur tanya diri sendiri. Dimanakah ianya menghasut ? Dimanakah ianya menghina? 

Saya ulang. Dimanakan ianya menghasut? Dimanakah ayat-ayat Muhyiddin itu menghina. Amin.

Muhyiddin menyebut jumlah YB yang menyokong PN ini bukan satu perkara baru. Malah menyebut angka YB memberi sokong bukan satu jenayah.

Si Anwar Ibrahim juga selalu klim dia ada nombor. Saya ulang – Anwar selalu klim dia ada nombor. Anwar klim dia cukup jumlah YB yang akan menobatkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.

Sesudah Mahathir letak jawatan pada 24 Februari 2020 hasil dari Langkah Sheraton sekali lagi Anwar klim dia ada nombor.

Lebih dari empat  kali Anwar klim dia cukup jumlah YB yang akan menyokong dirinya untuk menjadi Perdana Menteri. 

Setiap kali Anwar klim tidak ada polis tangkap Anwar. Tidak ada Akta Hasutan 1948 digunakan untuk tangkap Anwar  ... opps... maaf ...silap.  Ketika  Anwar klim dia ada nombor  kerajaan Mahathir, kerajaan Muhyiddin dan kerajaan Ismail Sabri  telah menggantung Akta Hasutan 1948 dari digunakan.
  
Kes Muhyiddin ini ada hikmahnya.  Ianya membuka kembali fakta sejarah PRU15. Satu Malaysia mahu tahu apakah betul dan sahih Anwar Ibrahim ada sokongan para YB untuk dia naik takhta.

Malah persoalan sama ada Anwar Ibrahim ini ada sokongan YB atau tidak senang diselesaikan. Tidak perlu tunjuk Akuan Bersumpah. Saya ulang. Tidak perlu Akuan Bersumpah para YB  untuk membuktikan sokongan. Tidak perlu sesiapa di tangkap. Tidak perlu Akta Hasutan 1948 diguna pakai.

Caranya mudah. Saya ulang – caranya mudah. Parlimen bersidang majukan usul undi percaya kepada Anwar Ibrahim. Lihat dan kira jumlah undi. Khalas.

Tidak perlu diulang-ulang lagi angka 115 dari Muhyiddin. Tutup kedai dan tunggu PRU16. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA NOW
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/08/30/saya-ulang-kerajaan-titah