Sabtu, 31 Ogos 2024
KUALA LUBANG SELAMAT ?
Kuala Lumpur masih selamat – Zaliha
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan kawasan di ibu kota ini adalah selamat.
Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat agar tidak terpengaruh dengan ilustrasi yang ditularkan daripada sumber tidak sah termasuk di media sosial mengenai tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India.
“Orang ramai perlu mendapatkan berita sahih daripada pihak berkuasa. Saya tahu di luar banyak ilustrasi tapi biarlah ia datang daripada pihak rasmi.
“Ramai yang bertanyakan keselamatan, saya ingin menegaskan KL secara amnya selamat.
“Kita telah bincang dengan pihak yang lebih arif dan selepas ini akan ada siri-siri berita lagi secara khusus tentang struktur di KL,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan tragedi tanah jerlus di Masjid India petang tadi.
Insiden itu melibatkan seorang wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48, yang terjatuh ke lubang ketika berjalan di lokasi berkenaan pada 23 Ogos lalu. –
KUALA LUBANG
KOREK LAGI
SELAMAT?
KAH KAH KAH
JANGAN PERCAYA
SUMBER TAK SAH
KAH KAH KAH
WOIT
LU SENDIRI
BELI IJAZAH
DARI INTERNET
MANA ?
KAH KAH KAH
SUMBER KERAJAAN
TAK BOLEH PAKAI
KAH KAH KAH
BUKAK MULUT
MOHONG
AMIN
SAYA ULANG
BUKAK MULUT
MOHONG
AMIN
KHALAS
AL-FATIHAH
Waris wanita terjatuh di Masjid India terima keputusan penamatan SAR
KUALA LUMPUR – Keluarga wanita warga India yang terjatuh dalam lubang tanah jerlus di Masjid India sudah dimaklumkan tentang penamatan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Msutafa berkata, mereka menerima keputusan tersebut.
Malah, katanya, perkara itu telah dibincang dengan Kedutaan India terlebih dahulu dan mereka memberi penghargaan atas usaha yang dilakukan sejak hari pertama insiden itu,” katanya pada sidang media hari ini.
Katanya, pihaknya akan membantu keluarga mangsa dalam urusan lanjutan visa jika perlu.
“Setakat ini visa mereka sudah disambung sebulan dan kalau ada keperluan tambahan, kita akan bantu,” ujarnya sambal memberitahu kerajaan juga menyediakan kaunseling kepada waris untuk berdepan detik sukar.
Ditanya sama ada kerajaan pertimbang untuk memberi pampasan, Dr Zaliha berkata: “Kita akan bincang”.
Pada 23 Ogos lalu, Vijaya Lakshmi Gali, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden mendapan tanah di Jalan Masjid India.
Kejadian berlaku semasa dia melalui jalan itu untuk ke kuil.
BERHATI HATI
Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung 2 September
KUALA LUMPUR – Ribut petir berserta hujan lebat dijangka berlaku di utara Semenanjung terutama di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan utara Perak pada 2 hingga 7 September ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, negeri-negeri lain, cuaca rebut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my. –
SESAMA KITA
INGAT MENGINGATI
AMIN
WASPADA
MALAPETAKA
IKLIM
KHALAS
AL-FATAH DITEBING BARAT BELOT TAK MASUK PERANG
Mangsa korban serangan Israel di Tebing Barat meningkat kepada 20
JENIN: Angka korban serangan Israel selama tiga hari di Tebing Barat yang diduduki telah meningkat kepada sekurang-kurang 20 mangsa, setakat semalam, menurut Israel dan Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurut kumpulan Hamas dan Jihad Islam pula, sekurang-kurang 13 daripada mereka yang syahid itu adalah pejuang mereka, berikutan serangan dilancarkan rejim Zionis ke atas bandar serta kem pelarian di Tebing Barat sejak Rabu lalu.
Tentera Israel pula memaklumkan bahawa pihaknya membunuh tiga pejuang Hamas, termasuk seorang komander dikenali sebagai Wissam Khazem, dalam satu serangan udara berhampiran bandar Jenin, semalam.
Serangan Israel ke atas Tebing Barat itu turut mengakibatkan kemusnahan besar, terutama di Tulkarem yang mana Gabenornya, Mustafa Taqatqa menyifatkan serbuan berkenaan sebagai 'belum pernah berlaku sebelum ini dan satu isyarat berbahaya.'
Kumpulan advokasi Kelab Bantuan Palestin pula memaklumkan bahawa sekurang-kurang 45 orang ditahan di Tebing Barat sejak Rabu lalu, manakala tentera Israel berkata pihaknya menangkap 17 suspek didakwa berkait aktivis pejuang.
Semalam, Britain menegaskan, pihaknya amat bimbang dengan serbuan-serbuan terbabit, sekali gus menggesa Israel untuk 'menahan diri' dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
Perancis pula dilaporkan berkata, operasi Israel 'memburukkan lagi ketidakstabilan dan keganasan yang belum pernah berlaku sebelum ini', manakala Sepanyol mengecam 'wabak keganasan yang jelas tidak boleh diterima.' - AFP
AL-FATAH BELOT
TAK MASUK
PERANG
AMIN
BERUNDING DGN
ISRAEL MACAM
UMNO RUDING
DGN BRITISH
AMIN
UMNO LAWAN
SAPA YANG LAWAN
BRITISH
AMIN
AL- FATAH LAWAN
SAPA YG LAWAN
ZIONIS ISRAEL
AMIN
KHALAS
ZAHID WARGA NEGARA MALAYSAI
TAK PERLU
PERTIKAI
WARGA NEGARA
ZAHID
AMIN
YANG WAJIB
DITIMBULKAN
47 KES MAHKAMAH
AMIN
KHALAS
LUBANG GUA SELUAR MANA?
Pasar malam Lorang TAR tidak beroperasi esok
KUALA LUMPUR – Operasi Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman akan ditutup sepenuhnya esok bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pelaksanaan kerja-kerja ujian tanah oleh agensi kerajaan dan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India dilakukan bagi mengenal pasti kedudukan dan keselamatan jalan raya sekitar tempat kejadian.
“Penutupan ini adalah perlu untuk memastikan keselamatan peniaga dan orang awam terjamin.
“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan mengakibatkan
tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga,” katanya hari ini.
Sebelum itu DBKL memaklumkan operasi SAR diteruskan dengan pencarian mangsa tanah jerlus oleh Agensi Nuklear Malaysia yang menggunakan kaedah Ground Penetrating Radar (GPR).
Pada masa yang sama, pihak IWK membuat kerja–kerja jetting dan rodding bagi membersihkan halangan dalam saluran paip
kumbahan.
“Keadaan di lokasi pencarian adalah terkawal. Orang awam memberikan kerjasama yang baik dengan tidak memasuki kawasan yang telah dipasang tali keselamatan.
“SAR pada hari kelapan diteruskan dengan pencarian di sebelah malam,” katanya.
WARGA
MALAYSIA
SEMUA BERTANYA
AMIN
LUBANG GUA
DIBAWAH
KAWASAN
MASJID INDIA
SELUAS MANA?
JENG JENG JENG
JALAN TAR
SELAMAT ATAU
TIDAK?
JENG JENG JENG
KHALAS
BERSEDIA HADAPI CHINA MERAH
Indonesia, Australia meterai Perjanjian Kerjasama Pertahanan
JAKARTA: Indonesia memeterai Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA) dengan Australia, semalam, sekali gus mencerminkan komitmen serius kedua-dua negara untuk meningkat dan mengukuhkan hubungan pertahanan dalam kerangka kerjasama strategik yang komprehensif.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang juga Presiden dipilih, serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Donald Marles, di Akademi Tentera di Magelang, Jawa Tengah.
Menurut Kementerian Pertahanan Indonesia, pemeteraian DCA antara kedua-dua negara itu dimungkinkan oleh kerjasama pertahanan yang mantap selama hampir 60 tahun sejak 1967.
"Kerjasama antara Indonesia dengan Australia semakin kukuh setiap tahun dan memberi manfaat yang meluas kepada kedua-dua negara, walaupun pada masa yang mencabar," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kedua-dua pihak yakin DCA akan membantu dengan ketara untuk menjangkakan ancaman terhadap keselamatan pada masa depan di rantau Asia-Pasifik, melalui usaha pertahanan bersama yang bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan.
Kementerian itu menjelaskan keputusan untuk meningkatkan DCA kepada perjanjian yang mengikat secara sah, didorong oleh peningkatan kerjasama ketenteraan sejak sedekad lalu, terutama dalam bidang pendidikan dan latihan.
Antaranya, menghantar kadet Angkatan Pertahanan Negara Indonesia (TNI) untuk belajar di Akademi Angkatan Pertahanan Australia (ADFA) dan Kolej Tentera Diraja Duntroon; rancangan untuk misi bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara TNI dengan ADF; dan juga meningkatkan latihan bersama merentasi tiga perkhidmatan kedua-dua negara.
Pada sidang media, Prabowo menjelaskan DCA 'bukan pakatan ketenteraan atau perikatan ketenteraan, tetapi kerjasama pertahanan.'
"Ini menandakan hasrat kami untuk meneruskan dan mengukuhkan persahabatan kami yang rapat serta cemerlang. Saya komited untuk memastikan hubungan antara Indonesia dengan Australia kekal kukuh pada masa depan.
"Australia adalah antara negara yang pertama menyokong kemerdekaan kami. Kami menghormati itu dan tidak akan melupakan bagaimana anda mempertahankan kami dalam perjuangan kami untuk kedaulatan," katanya.
Sejak Mac 2023, lebih 30 mesyuarat penyelarasan secara dalam talian dan bersemuka diadakan untuk menyediakan draf perjanjian, dengan rundingan dijalankan melalui mesyuarat di Jakarta pada Mei dan Disember serta di Canberra pada Ogos 2023. – BERNAMA
SEMUA BERSEDIA
HADAPI
IMPERIALIS BARU
AMIN
CHINA MERAH
MAHU KUASAI
DUNIA
AMIN
KHALAS
EKONOMI
EKONOMI
SABTU 31 OGOS 2024
EKONOMI AMERIKA MAKIN
TIDAK MENENTU
HUTANG KERAJAAN AMERIKA
TRILION TRILION TRILION
DOLAR TERUS DICETAK
TU PASAL RINGGIT JADI BAIK
KERANA DOLAR MAKIN RAMAI
KEADAAN INI TAK MUNGKIN
BERTAHAN LAMA
WARREN BUFFET
DAH MULA JUAL SAHAM
DAI JUAL SAHAM BANK
BERBILION DOLAR
KUMPUL WANG TUNAI
BELI EMAS
INI ERTINYA BANK
AKAN JATUH MUFLIS
KITA DI MALAYSIA AKAN
TERIKUT SAMA
BILA AMERIKA BATUK
DUNIA KENA SELSEMA
HARGA BAHAN MAKANAN
MAKIN MAHAL
MEK JUAL NASI LEMAK
DEPAN UBU BANGSAR
MENGELOH
BAHAN MENTAH MAHAL
NAK JUAL NASI LEMAK MAHAL
TAK MASUK AKAL
INI WARUNG TEPI JALAN
NAMPAKNYA
RIAK RIAK PERANG DUNIA
AKAN SAMPAI
MALAH ADA YANG CAKAP
PERANG GAZA
PERANG UKRAINE
ADALAH PERMULAAN
PERANG DUNIA KETIGA
KITA WAJIB SEDIA
SAPA ADA TANAH DI KAMPUNG
MULA KAN BERCUCUK TANAM
KALAU PERANG SAMPAI
KITA ADA MAKANAN
AMIN
GAZA
WHO PBB BERI
1.2 JUTA SUNTIKAN POLIO
UNTUK KANAK KANAK
DI GAZA
FRANCE
SUKAN PARALYMPIC
DI PARIS MASUK
HARI KE DUA
INDONESIA AUSTRALIA
METERAI PERJANJIAN
KERJASAMA PERTAHANAN
BRAZIL
MAHKAMAH TINGGI BRAZIL
TELAH MENGHARAMKAN
PALTFORM X MILIK ELON MUSK
DITUDUH SEBAR BERITA PALSU
UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY
TERAJANG
KETUA ANGKATAN UDARA
KERANA SEBUAH JET F16
JATUH TERBARAI
FILIPINA VIETNAM
METERAI PERJANJIAN
SERJASAMA PERTAHANAN
HOKKIEN
PAGI INI SEGAR
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
LANGIT PUCAT
AWAN MENDUNG DI LIHAT
DI PINTU MASUK
BUNYI MESIN POTONG RUMPUT
MENENGGELAM SEMUA
DEPAN POKOK ARA
WARGA ASLI MENYALAK
TERKUKUR BERLAGU
RINTIK RINTIK
SAMPAI
APAKAH HARI INI
AKAN HUJAN?
JAP LAGI GUA NAK KE PASAR
RUTIN MINGGUAN
BUAH NAGA NAIK HARGA
MINGGU LALU GUA TAK BELI
BUAH KIWI 8 BIJI 10RM
PALING PAYAH UNTUK DAPAT
IALAH BUAH BETIK
KULIT CANTIK KUNING
TAPI ISI PUTIH
HASIL PERAM DENGAN KARBAID
GUA AMAT JARANG
DAPAT BUAH PETIK
YANG RASANYA MANIS
KECUALI GUA BELI
DI PASAR KUALA KLAWANG JELEBU
BRO
SENYUM
SENYUM
PAGI SABTU
BRO
KEADAAN BURUK
KEADAAN BAIK
JANGAN RISAU
SEMUA AKAN BERUBAH
BRO
KEBEBESAN BERSUARA
MEMANG BAIK
KEBEBASAN TAK MAHU
DENGAR SUARA JUGA
WAJIB DIRAYAKAN DI RAYAKAN
BRO
JIKA SEMUANYA BERJALAN
LANCAR
AWAS
PASTI ADA AKAN KACAU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI