Ahad, 8 September 2024
REFORMASI EKONOMI ?
Reformasi mendesak perlu dalam bajet akan datang, kata ahli ekonomi
SEORANG ahli ekonomi terkemuka meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memulakan reformasi dalam bajet negara akan datang yang nampaknya sudah lama tertangguh.
Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan ekonomi terus mengalami kemerosotan, kata Kamal Salih.
Pengerusi Institut Dasar Fiskal yang pernah menjadi anggota panel ekonomi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 1986 berkata perlu ada pendekatan untuk melakukan pembaharuan ekonomi supaya ia keluar dari kemerosotan.
Walaupun memuji angka pertumbuhan dan penghargaan ringgit baru-baru ini, Kamal menyuarakan kebimbangan dalam tinjauan terakhir, Malaysia kehilangan tujuh kedudukan dalam Indeks Daya Saing Dunia.
“Kita sedang mundur bukannya maju ke hadapan. Sebenarnya analisis kami mengenai prospek untuk tahun 2025 menimbulkan kebimbangan bahawa rangka kerja ekonomi Madani mungkin tergugat jika kerajaan gagal melaksanakan langkah-langkah reformasi fiskal yang serius dalam bajet yang akan datang,” katanya.
Kamal yang merupakan seorang veteran dalam dasar fiskal berkata walaupun tidak mudah negara perlu menjalani reformasi untuk memastikan ekonomi kembali ke trajektori yang progresif.
“Malaysia tidak mampu memiliki sektor pembuatan yang lemah atas pelbagai sebab. Sekatan yang baru dikenakan oleh AS ke atas eksport semikonduktor Malaysia tidak menunjukkan perkembangan yang baik untuk industri terbesar kita yang dirancang untuk dikembangkan lagi oleh kerajaan,” katanya.
Mengenai sektor pertanian yang hanya mampu mengekalkan kadar pertumbuhan positif (walaupun kurang daripada 3Q 2023), Kamal menegaskan kekurangan keselamatan makanan dan pergantungan tinggi kepada import makanan menunjukkan sektor tersebut mengalami prestasi yang sangat rendah, menurut kenyataannya. – 8 September, 2024.
WOIT
REFORMASI
EKONOMI ?
KAH KAH KAH
REFORMASI
DAH JADI
REFORMATI
AMIN
KHALAS
ANWAR BIN IBRAHIM BERANI ?
Lawatan Pope di Asia Pasifik satu peluang yang terlepas untuk Malaysia
INDONESIA menjadi tuan rumah penduduk Islam terbesar di dunia, kira-kira 230 juta orang. Namun, presiden yang akan keluar Joko Widodo tidak melihat sebab untuk tidak mengalu-alukan Pope Francis, ketua Gereja Katolik untuk berucap kepada penganut Katolik republik itu.
Lawatan paus terakhir ke Indonesia adalah kira-kira 40 tahun yang lalu apabila Pope John Paul II melawat pada tahun 1989.
Lawatan empat negara oleh Pope Francis ini menandakan perjalanannya yang paling lama sejak menerajui Gereja Katolik pada 2013. Beliau meninggalkan Vatican City pada 2 September untuk melawat Indonesia, Papua New Guinea, Timor-Leste dan Singapura dalam tempoh 12 hari.
Jelajah Asia Pasifiknya yang melelahkan memerlukan perjalanan selama 43 jam masa penerbangan dan jarak 32,000 km dan paling jauh dari Vatican.
Pada mulanya dirancang untuk 2020, perjalanan ini ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.
Seorang paderi, Father Mathew Pawai yang menghadiri pertemuan Pope Francis pada 4 September dengan para uskup, paderi dan agamawan di Indonesia, dilaporkan berkata bahawa walaupun umat Islam adalah majoriti yang terdiri daripada 87 peratus daripada penduduk, “Katolik juga sebahagian daripada Indonesia.”
Umat Islam di Indonesia begitu gembira menyambut kedatangan Pope Francis. Lembaga Pusat Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam utama di Indonesia, mengeluarkan kenyataan yang memuji lawatan paus sebagai “penghormatan dan penghormatan bagi rakyat Indonesia.”
“Di tengah-tengah jadualnya yang padat, Pope Francis berbesar hati untuk melawat Indonesia menggunakan pesawat komersial dan melakukan perjalanan yang sangat jauh dan tidak menginap di hotel lima bintang,” kata mereka sambil menyebut ini sebagai contoh dan inspirasi untuk para pemimpin “di peringkat kebangsaan dan global.” – 7 September, 2024.
KAH KAH KAH
WOIT
LU INGAT
ANWAR BIN IBRAHIM
BERANI ?
KAH KAH KAH
POPE INI
PRO LGBT
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
BRICKFEILDS IALAH KL SENTRAL
BRICKFEILDS
IALAH
KL SENTRAL
BANYAK ORANG
ALIM
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"KITA PENYEBAB
TANAH JERLUS"
Brickfields pun akan ada lubang jerlus. Harap puak apartheid macam awak masuk ke dalam dan tak boleh dicari lagi.
Unknown commented on
"LAGI KES NYONYA TUA"
Negara imi mengamalkan dasar apartheid. Apa nak diherankan?
Unknown commented on
"ALAM MAKIN MARAH !!!"
Brickfields ke?
LAGI TANAH RUNTUH
Kerja di tapak projek bekalan air Rasau dihentikan
SEMUA kerja di tapak pembinaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) di Taman Mas, Puchong, Selangor dihentikan bagi menilai semula keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.
Gamuda Bhd dalam satu kenyataan berkata semua pihak di tapak pembinaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan yang sesuai.
“Keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar.
“Tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian itu,” katanya.
Syarikat berkata pada jam 2 petang semalam, tebing sungai di tapak projek runtuh menyebabkan limpahan air kolam memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan.
“Air melimpah memenuhi tapak pembinaan,” katanya. – 8 September, 2024.
WOIT
LAGI TANAH
RUNTUH
AMIN
KALI INI
TEBING SUNGAI
AMIN
SEMENJAK
MASJID INDIA
KITA SEMUA
WAJIB BERAWAS
AMIN
KHALAS
TURUN KE JALAN RAYA
Ribuan protes pelantikan Barnier sebagai Perdana Menteri di seluruh Perancis
MOSCOW: Ribuan orang turun ke jalanan di seluruh Perancis pada Sabtu atas gesaan parti sayap kiri untuk membantah pelantikan pemimpin sayap kanan, Michel Barnier, sebagai perdana menteri baharu, lapor Sputnik.
Parti sayap kiri Perancis dalam pakatan New Popular Front, yang memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya Parlimen terkini, menyeru rakyat mengadakan protes di seluruh negara selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron, enggan melantik calon mereka, Lucie Castets, sebagai ketua kerajaan.
Parti sayap kiri terbesar blok itu France Unbowed sebelum ini mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 138 demonstrasi akan diadakan di bandar Perancis yang berbeza.
Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berkumpul di bandar barat Perancis, La Rochelle, manakala kira-kira 300 orang berjalan keluar dalam demonstrasi di bandar jiran Saintes, lapor penyiar radio France Bleu.
Satu lagi demonstrasi dijadualkan pada 1300 GMT di bandar Angouleme.
Kira-kira 600 orang menyertai protes di jabatan barat Dordogne, manakala antara 300 dan 400 orang membantah di luar bangunan wilayah di bandar barat daya Pau, kata France Bleu. Kira-kira 600 orang berkumpul berhampiran bangunan wilayah itu di bandar barat laut Le Mans.
"Saya terkejut dengan penolakan terhadap demokrasi ini, penolakan terhadap suara pengundi.
"Kumpulan kiri mendahului tetapi individu yang paling berhaluan kanan pula dilantik sebagai perdana menteri," kata seorang daripada penunjuk perasaan di Le Mans kepada stesen radio itu.
Protes itu juga melanda pulau Corse iaitu kira-kira 100 orang berkumpul di bandar terbesarnya Ajaccio untuk berhimpun menentang Macron, kata penyiar itu.
Pada Khamis, Barnier, 73, dilantik oleh Macron ke jawatan tertinggi dalam Kabinet Perancis 60 hari selepas pilihan raya parlimen awal negara itu.
Barnier ahli politik Perancis tertua memegang jawatan itu, menggantikan Gabriel Attal yang berusia 35 tahun, yang merupakan perdana menteri termuda yang dilantik.
Keputusan pilihan raya Perancis menyebabkan negara itu berhadapan dengan Parlimen tergantung, tanpa parti yang memegang majoriti.
New Popular Front, perikatan luas yang merangkumi France Unbowed, Sosialis, Greens dan Komunis, meraih kemenangan dalam pusingan kedua, merampas 182 kerusi di Dewan Negara.
Gabungan Macron berada di tempat kedua dengan 168 kerusi, manakala parti sayap kanan National Rally memenangi 143 kerusi. - BERNAMA-SPUTNIK
JIKA PILIHAN
RAYA BOLEH
MENGUBAH
APA APA
PASTI DAH LAMA
DI HARAMKAN
AMIN
HANYA JALAN RAYA
BOLEH MENGUBAH
POLITIK NEGARA
AMIN
KHALAS
SITI KHADIJAH DARI MALAYSIA
SITI KHADIJAH
DARI MALAYSIA
AMIN
Unknown commented on
"LUBANG DAH LOHE"
Kita ada identiti sendiri, tak payah ikut cara, tak payah ikut budaya, ikut saja ajaran baik sudah, yang lain selain daripada itu tak payah, tutuplah apa patut, buka apa patut sudah, tak payahlah lebih tak payah kurang kah kah kah, prof kangkung itu bukan apa, saja cari populariti, kan dah popular dengan kenyataan semberono,
seluruh dunia dah tahu level dia, sampai phd pun orang dah tak percaya, sedikit demi sedikit hakis kepercayaan orang biasa kah kah kah, sebab itu lah, dia rosak sendiri tak payah musuh tak payah Yahudi tak payah DAP sendiri korek lubang masuk dalam woit kah kah kah
KESAH INI AMAT MENARIK
KESAH INI
AMAT MENARIK
AMIN
Unknown commented on
"MENGAPA ANWAR TAKUT"
TT ingat tak kesah seorang perempuan kalau tak silap dari Serawak mengatakan anaknya adalah anak dia denga Timbalan Perdana Menteri, perempuan tu kata anak tersebut anak dia buat projek tanpa nikah dengan Timbalan Perdana Menteri masa tu, apa kesudahan kesah tersebut?
CUACA
CUACA
IKLIM DAN CUACA DUNIA
MAKIN BERUBAH
JELAS AMAT JELAS
MUSTAHIL
TIDAK DISEDARI
TAUFAN YAGI
BERMULA DI LAUTAN SUNDA
MASUK KE CHINA
KELUAR MASUK KE VIETNAM
ANGIN SELAJU 90++ BATU SEJAM
MELANGGAR APA SAJA
JENG JENG JENG
DARI NEW YORK
PBB KELUAR AMARAN MERAH
INI TANDA BAHAYA
KERANA BULAN OGOS LALU
BUMI KITA INI
TERPANAS DALAM SEJARAH
CHINA JUGA
MENGALAMI KEPANASAN
YANG PALING PALING PANAS
DALAM MASA 60 TAHUN
OGOS LALU
KITA JUGA SEDANG
BERHADAPAN DENGAN
PERUBAHAN IKLIM
PERUBAHAN CUACA
HUJAN PANAS
HUJAN PANAS
BANJIR KERING
BANJIR KERING
KITA SEMUA
UMAT MANUSIA
SEDANG DIDUGA OLEH ALAM
APAKAH KITA AKAN MENGUBAH
GAYA HIDUP KITA
SEBELUM KITA SEMUA
DIBUNGKUS BUMI
AMIN
FRANCE
RIBUAN RAKYAT
DARI KAUM KIRI TURUN BERDEMO
MEREKA MENOLAK
PM BARU YANG DICADANGKAN
OLEH PRESIDEN MACRON
AMERIKA
BILL BURNS
KEPALA CIA KATA
AMERIKA DAN EROPAH
JANGAN TAKUT DENGAN
ANCAMAN NUKLEAR
DARI PUTIN
GAZA
PERANG HAMPIR SETAHUN
GENCATAN SENJATA
SEMAKIN TIPIS
VIETNAM
TAUFAN YAGI
92 BATU SEJAM
MASUK MELANGGAR VIETNAM
4 DI SAHKAN MATI
78 CEDERA
GAZA
JUMLAH KEMATIAN
MELEBIHI 40,900 ORANG
KEMARIN ISRAEL BUNUH
61 WARGA PALESTIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
RENYAI KEMARIN
ARAH SHAH ALAM
LANGIT INDAH BIRU BERAWAN PUTIH
HA HA HA
GUA DENGAR SUARA MURAI
MENYAMBUT PAGI
SUARA KUMPULAN TIONG
MENGHAMPIRI MESIN RUMPUT
MENCARI REZEKI
BUNYI BEREBUT REBUT
SUARA TERKUKUR
DI SANA SINI
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA BELUM BERSINAR
GUA YAKIN
HARI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA MATAHARI
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
BERJALAN JANGAN BERLARI
HIDUP INI SATU PERJALANAN
BUKAN SATU PELARIAN
BRO
PERJALANAN ITU
MAKIN MUDAH JIKA
LU TAK BAWA SAMA
BEBAN MASA LALU
BRO
HIDUP DULU MUNGKIN
PAYAH DAN GETIR
JANGAN RISAU
LU BOLEH MULA
HIDUP BARU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI