Khamis, 12 September 2024

LAWAN GEMOK BUKAN LAWAN KETUM


INI WAJIB SOKONG

BUKAN 

LAWAN KETUM

TAPI LAWAN GEMOK

AMIN

TAK BERI BONTOT DAPAT GANJA



'Ini disebabkan orang berkuasa', kata Yusoff, peguam bimbang keselamatan


Peguam Muhammed Yusoff Rawther menggesa polis segera menyiasat dua laporan yang difailkan anak guamnya dalam menafikan yang dadah dan pistol yang ditemui di dalam keretanya itu adalah miliknya.

Rafique Rashid berkata Yusoff bertegas tidak bersalah, dan percaya 305g ganja dan dua pistol yang ditemui itu diletakkan oleh pihak yang cuba menutup mulutnya.

"Satu perkara yang menarik adalah, Yusoff Rawther telah berkata, 'I am innocent, this is due to someone in power' (saya tidak bersalah, ini disebabkan orang berkuasa)," Rafique memberitahu pemberita selepas kertas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Yusoff, 31, didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, kesalahan yang tidak boleh diikat jamin dan membawa hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan. 

Tiada pengakuan direkodkan sehingga kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Dia ditahan pada 6 September selepas polis mendakwa menemui dua pistol dan 305g ganja di dalam keretanya.

Rafique menggesa polis menyiasat dakwaan Yusoff bahawa dirinya menjadi mangsa perangkap.

"Kita dah sampai ke satu tahap di mana pistol dan ganja boleh ditanam. Dan ini sesuatu yang polis perlu siasat dengan telus. Kami percaya Yusoff Rawther mangsa penganiayaan," katanya.

Menurut Rafique, dua laporan polis - masing-masing difailkan hari ini dan 8 September - telah menamakan beberapa individu yang perlu disiasat.

"Saya merayu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan secara telus, berani dan terbuka dan maklumkan kepada rakyat mengenai siasatan itu," tambahnya.

Keselamatan dalam tahanan

Rafique berkata permohonan akan dibuat di Mahkamah Tinggi supaya Yusoff dibenarkan ikat jamin walaupun pertuduhan itu kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Katanya, selain isu kesihatan seperti makanan bebas gluten, aspek keselamatan Yusoff dalam penjara turut menjadi kebimbangan.

"Ini lebih daripada isu diet. Ia lebih kepada isu keselamatan," kata Rafique, yang memaklumkan Yusoff akan dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Beliau percaya ada alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan ikat jamin.

"Yusoff Rawther merupakan seorang rakyat Malaysia, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, seorang yang memerlukan keselamatan beliau dijaga.

"Permohonan ikat jamin kita akan cuba disebabkan keadaan istimewa (special circumstances) berkaitan Yusoff."

Rafique turut berharap ahli politik akan lebih lantang menyuarakan isu berkaitan keadilan untuk rakyat Malaysia.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.

Pada 14 Julai 2021, Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik Anwar di sebuah pejabat bungalow di Petaling Jaya pada 2018, memfailkan saman mendakwa beliau telah diserang presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum beliau memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson. 

Anwar mendakwa Yusoff berbohong berhubung serangan seksual yang berlaku kepadanya.

Yusoff juga telah memfailkan saman sivil terhadap bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menuntut gantirugi kecederaan yang dialami selepas didakwa diserang di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada 2018.

Pada Oktober 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, membayar ganti rugi RM200,000 kepada Yusoff susulan saman fitnah berkait kenyataannya mengenai saman terhadap Farhash.

KAH KAH KAH

INI KES

TAK BERI BONTOT

KAH KAH KAH

DAPAT HADIAH

GANJA

KAH KAH KAH

KHALAS

UNDUR ANWAR UNDUR


Laungan ‘PMX letak jawatan’ bergema di Muktamar Pemuda Pas

TEMERLOH – Muktamar Dewan Pemuda Pas yang menutup tirainya hari ini meluluskan usul mendesak Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim supaya meletakkan jawatan.

Usul yang dibawa perwakilan Pemuda Bahagian Tambun itu rata-ratanya berdasarkan dakwaan berlaku kepincangan pentadbiran yang membawa kepada hala tuju negara.

“Dewan Pemuda Pas kawasan Tambun mahu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan atau diturunkan dengan kadar segera,” demikian menurut usul berkenaan.

Usul itu beralasan negaras memerlukan kepimpinan baharu yang benar-benar kompeten dan mempunyai akauntabiliti  menyelesaikan masalah raykat.

“Sudah cukup dua tahun diberikan kepada kepimpinan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim untuk melaksanakan dasar dan janji yang selama ini mereka laungkan.

“Namun setakat ini, satu persatu janji manis dilanggar. Bukan itu sahaja, kepimpian PMX tidak pernah cuba menjadi kerajaan yang matang dan bertanggungjawab dalam mentadbir,” kata usul berkenaan lagi.

Usul dikemukakan Dewan Pemuda Pas Tambun, Abdul Abidi Mohd Maznan.

Untuk rekod, Tambun adalah kawasan Parliman yang ditandingi oleh Anwar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Usul berkenaan adalah antara enam usul yang dibentang ke pucuk pimpinan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda Pas turut melaungkan slogan ‘letak jawatan’ selepas usul berkenaan diluluskan.

“Turun, turun, PMX, letak, letak, letak jawatan PMX,” teriak para perwakilan dalam Kompleks Darul Makmur hari ini. 

KAH KAH KAH

WOIT ANWAR

BELUM SAMPAI

SEPENGGAL

DAH DIMINTA

UNDUR

KAH KAH KAH

AWAL  SANGAT

KENA PUKIMAK

KAH KAH KAH

KHALAS

NASIB BAIK MAT SABU MASIH PRESIDEN AMANAH


'Jika saya presiden Amanah, saya pertimbang keluar kerajaan'
Pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.

Bekas timbalan menteri undang-undang era pentadbiran PH 2018 itu berkata jika dia menerajui Amanah maka dia tidak akan teragak-agak untuk mendesak mesyuarat agung luar biasa (EGM).

"Jika saya presiden Amanah (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendesak EGM untuk mengundi sama ada untuk kekal atau keluar daripada kerajaan perpaduan. Selesai.

"Jika saya Peguam Negara (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendakwa pelaku jenayah yang didakwa tanpa takut atau pilih kasih, insyaAllah," katanya kepada Malaysiakini.

Hanipa berkata dia tidak berpuas hati dengan penjelasan jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, mengenai soalan sekiranya kabinet telah membincangkan kes ini dan memorandum yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

"Pada pandangan saya, ini kes yang paling mudah. Terdapat seorang pesalah yang didakwa. Terdapat seorang mangsa yang disahkan. Terdapat undang-undang yang jelas.

"Terdapat seorang perdana menteri yang telah mengisytiharkan kepada seluruh dunia kerajaan baru akan mempertahankan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Terdapat seorang peguam negara yang diamanahkan untuk membawa pesalah yang didakwa ke mahkamah," katanya.

Hanipa yang mengulas tuntutan dalam memorandum yang dihantar ke PMO tersebut berkata tidak perlu perdana menteri untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan.

"Apa yang sangat diperlukan hanyalah kemahuan politik. Selesai.

"Pada pandangan saya, hal ini dengan segala hormatnya amat memalukan," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran berkata lebih 100 hari telah berlalu sejak serangan yang melibatkan anggota polis pengiring Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Sejak hari pertama, pihak polis sudah mengetahui siapa pelaku tersebut. Rakaman dashcam serangan itu telah diberikan kepada polis pada hari kejadian.

"Apa justifikasi yang mungkin untuk kegagalan membawa pelaku dan sesiapa yang bersubahat atau cuba menutup kes ini ke muka pengadilan," soalnya.

Surendran juga membangkitkan Pejabat PM 'membisu' mengenai memorandum tersebut dan surat LFL kepada Peguam Negara masih belum dijawab.

WOIT

NASIB BAIK

MAT SABU

MASIH PRESIDEN

AMANAH

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

KERAJAAN

 MADANON

DAH TERBARAI

RUNTUH

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR IBRAHIM LEGA YUSOF MASUK PENJARA


ANWAR IBRAHIM

LEGA YUSOF

MASUK PENJARA

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"GANJA DAN PISTOL
 JADI UMPAN"

Lega Non tahun depan tak perlu
 masok mahkamah ..

FORUM - DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA GAGAL !!!


JEMPUTAN 

FORUM


DI HOTEL IDEAS
JALAN RAJA LAUT
SEMUA PEMBACA TUKAR TIUB
DI JEMPUT DATANG
SESUDAH FOR FORUM
KITA ADA LUNCH
SAYA ULANG
LEPAS FORUM KITA ADA LUNCH
AMIN


BANGUN MELAWAN BARU RAKYAT SOKONG




PAS yakin Pahang mampu ditawan pada PRU-16 - Tuan Ibrahim

TEMERLOH: PAS yakin mampu menguasai Pahang pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus menjadikan ia negeri kelima ditadbir parti itu bersama Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kejayaan parti yang dilakar hari ini adalah hasil daripada 'benih ditanam' sejak berdekad lalu, lantas bukan suatu mustahil untuk Pahang dikuasai pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Atas sebab itu jugalah, beliau berkata Muktamar PAS ke-70 yang berlangsung hari ini sehingga 15 September ini dibawa khusus ke Pahang.

"Muktamar kali ini kita buat di Kerdau, Pahang... ia sebagai isyarat bahawa Pahang sedia bersama-sama dengan empat negeri ditadbir PAS untuk kita terajui dan ambil alih pentadbiran pada PRU-16.

"PAS menang 43 Parlimen dan 105 DUN (Dewan Undangan Negeri), bagaimanapun kita kena fokus kepada gerak kerja kita untuk cabaran mendatang.

"Kita jangan lena dengan kejayaan itu, kejayaan kita hari ini hasil benih yang ditanam 10, 20 tahun dahulu,"katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Ke-65 di Dewan Al-Makmur Kerdau.

Pada PRU15, Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 daripada keseluruhan 42 kerusi DUN di Pahang, menyamai kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) manakala Pakatan Harapan (PH) dengan lapan kerusi.

Bagaimanapun, BN-PH bergabung bagi meraih majoriti mudah menubuhkan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berasingan, Tuan Ibrahim meminta sayap Pemuda melakukan anjakan paradigma dengan memberi fokus untuk menarik sokongan bukan Melayu, dalam misi menawan Putrajaya.

"Kita harus akui kelemahan kita yang perlu diatasi di kawasan bukan Melayu dan kawasan-kawasan di Selatan tanah air, apatah lagi di Sabah dan Sarawak," katanya.

Tarik sokongan bukan Melayu

Tambah beliau lagi, ada keperluan bagi PAS di Sabah dan Sarawak mendapatkan rakan 'muafakat politik' termasuk kemungkinan memberi autonomi di dua negeri itu bagi merancang strategi bersesuaian dengan politik setempat.

"Mungkin sampai masanya akan kita lihat bagaimana satu kuasa, mungkin autonomi perlu diberi kepada (PAS) Sabah, Sarawak merancang, merencana strategi dan pendekatan yang sesuai dengan situasi politik yang ada di sana," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mahu usaha menarik bukan Melayu di luar kerangka politik termasuk memberi pendedahan kepada golongan berkenaan mengenai realiti sebenar pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.

"Fitnah yang berlaku pada jemaah oleh musuh kita menyebabkan mereka (bukan Islam) merasa takut untuk mendekati kita dan tidak mengenali kita kerana fitnah yang melampau.

"Kita digambarkan (sebagai) parti ekstrem, parti pelampau, digambarkan 'gelombang hijau' mem
bahayakan negara," katanya.

WOIT

PELUANG PASTI

ADA TAPI

DENGAN SYARAT

AMIN

APA SYARAT?

JENGE JENG JENG

AMIN

SYARAT UTAMA

RAKYAT NAK LIHAT

PARTI INI BERSAMA

PN BANGUN

MELAWAN

AMIN

TAK MELAWAN

HANYA BERDOA

SAMPAI KIAMAT

TAK AKAN MENANG

AMIN

PAMERAN SENJATA DIBANTAH


33 ditahan, pertempuran penunjuk perasaan dan polis di Australia


MELBOURNE: Penunjuk perasaan anti-perang membakar tong sampah dan membaling najis kuda ke arah anggota polis dalam pertempuran di Australia hari ini.

Susulan itu, polis menahan 33 individu dan menggunakan gas pemedih mata, bom tangan serta semburan lada untuk menyuraikan orang ramai.

Kumpulan aktivis berkenaan membantah penganjuran ekspo tentera selama tiga hari di Melbourne yang mempamerkan senjata dan teknologi dari seluruh dunia.

Polis tempatan yang bimbang kemungkinan kehadiran kira-kira 25,000 penunjuk perasaan bertindak mengalihkan sumbernya dari kawasan serantau dengan jangkaan menjadikannya operasi terbesar pasukan itu dalam tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, polis berkata, hanya 1,200 yang hadir dengan kebanyakannya menjerit ke arah peserta ekspo sebelum bertempur dengan polis.

"Polis Victoria terkejut dengan tingkah laku beberapa penunjuk perasaan yang hadir pada protes tentera darat di kawasan pusat perniagaan Melbourne pagi ini," kata pasukan polis negeri dalam satu kenyataan.

Polis turut memberitahu, mereka dibaling dengan botol, batu dan najis kuda ketika cuba melindungi peserta ekspo yang sebahagiannya turut diserang penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan juga menyembur pegawai dengan bahan perengsa cecair dengan sebahagian daripadanya dikenal pasti sebagai asid.

Menurut wartawan AFP, penunjuk perasaan turut meletakkan tong sampah dan palet kayu yang dibakar dan membentuk penghadang sementara.

"Walaupun kami menghormati hak individu untuk membantah secara sah, kita tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku mereka yang melanggar undang-undang," kata polis.

Kumpulan aktivis termasuk Extinction Rebellion dan Students for Palestine bergabung untuk mengadakan protes itu, yang menurut mereka tercetus susulan pendirian Canberra berhubung konflik Gaza.

ANAK MUDA

BANGUN MELAWAN

BILA

BLACKROCK

PAMER SENJATA

AMIN

KHALAS

KES PISTOL DAN GANJA


KES PISTOL & GANJA

JADI PERANGKAP

 AMIN

SAYA ULANG - SAYA ULANG


SAYA ULANG

SAYA ULANG

KAH KAH KAH

ULANG

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"SAYA ULANG - SAYA ULANG"

Saya ulang .. isok kalau saya menang Zahid Totok, Azam Baki saya chekop ..

NAJIB DILUPAKAN !!!


NAJIB

DI LUPAKAN

AMIN


Unknown commented on
 "GEROMBOLAN 
KENCINGKAN NAJIB !!!"

Akhirnya minoriti juga bersuara kah kah kah sekurang-kurangnya minoriti ini masih ingat bantuan Bossku, minoriti masih setia masih ingat jasa Bossku dahulu, manakala majoriti dapat Tok Guru baharu untuk cium tangan, ramainya pemimpin dahulu dilupakan sebaik hilang jawatan, jadi bagus juga jadikan ingatan pedoman kepada yang ada kuasa sekarang, bukan semuanya kekal selama-lamanya, 

nanti ada juga mudah lupa, ini sindrom biasa berlaku tak kira apa jalur pun, manusia memang mudah lupa, ingat apa makanan minggu lepas? Bukan semua dijadikan catatan sejarah kan? Kah kah kah kadangkala orang yang mendapat bantuan sedikit masih ingat jasa orang, manakala yang mewah dengan segalanya mudah lupa kah kah kah

DUIT HARAM



DUIT HARAM

KHAMIS 12 SEPTEMBER 2024
KES  SIJIL HALAL BELUM SELESAI
TAPI
ADA SATU KES
KES INI
TAK PERNAH USTAD 
TAK PERNAH JAKIM
TAK PERNAH PAK LEBAI
TIMBULKAN

KES INI
KES DUIT HARAM

KAT PASAR
GERAI BABI DI PISAH 
DARI GERAI 
DAING AYAM DAN IKAN
JENG JENG JENG


PASAR AYAM
PASAR IKAN
PASAR DAGING
DAN PASAR BABI
PAKAI DUIT SAMA
JENG JENG JENG

TOWKAY  BELI BABI
DAPAT  DUIT KERTAS
KEMUDIAN DUIT KERTAS INI
MASUK BANK
BANK MASUK DALAM ATM

DALAM MESIN ATM
SATU MAMAT AMBIL DUIT INI
DUIT BEKAS KEDAI BABI
JENG JENG JENG


MAMAT INI MASUK DUIT
DALAM DOMPET
PERGI KE MASJID 
JENG JENG JENG

APAKAH DUIT INI
DUIT TAK HALAL
 KITA PERLU
DUIT  JENIS BARU

DUIT BELI BABI
MUNGKIN KENA DARAH BABI
APAKAH INI DUIT HALAL
KAH KAH KAH

JAKIM PATUT CADANGKAN
SATU DUIT UNTUK BELI BABI
SATU  DUIT UNTUK
BELI SAYUR IKAN DAN PETAI

DUIT INI
RUPA DAN WARNA LAIN
KAH KAH KAH
AMIN

AMERIKA
ANTHONY BLINKIN MENUDUH
RUSIA MEMPERLUASKAN
PERANG DI UKRAINE
DENGAN MENGGUNAKAN
SENJATA DARI IRAN

VIETNAM
TAUFAN YAGI MELANGGAR
VIETNAM
MENGAKIBATKAN
324 WARGA HILANG
ATAU MATI

AMERIKA
DEBAT TRUMP DENGAN KAMALA
SELESAI
KAMALA DI LIHAT
LEBIH BERJAYA DARI TRUMP

INDONESIA
BALI MEMBERHENTIKAN
PEMBINAAN HOTEL BARU
KERANA
TERLALU RAMAI PELANCUNG

UKRIANE
PRESIDEN ZELENSKIY
MEMINTA AMERIKA DAN EROPAH
MEMBERI SENJATA PELURU BERPANDU
DAN MISILE JARAK JAUH
DIA BERUCAP DIHADAPAN
MENTERI LUAR UK
DAN SETIA USAHA NEGARA AMERIKA

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK KERING
KEMARIN UJAN TAK JADI
LANGIT DILIHAT MENDUNG
MATA HARI TAK KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS

SUARA MESIN POTONG RUMPUT
DOMINASI HOKKIEN
HARI INI TIGA ORANG BEKERJA
HA HA HA
DI SEKITAR RUMPUT 
YANG BARU DI POTONG
BEBERAPA EKOR TIONG
MELONCAT LONCAT
MENCARI REZEKI

GUA RASA 
HARI INI AKAN PANAS
MALAM SEJUK BERANGIN

BRO
SENYUMLAH
SENYUM PAGI
KHAMIS

BRO
SETIAP SAAT
SETIAP HARI
ADALAH AWAL YANG BARU

BRO
UBAH DUNIA INI
DENGAN LU JADI
DIRI LU SENDIRI

BRO
LU JANGAN MENYESALI
APA YANG TELAH
BUATKAN LU TERSENYUM
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS