Jumaat, 11 Oktober 2024
PEMEGANG KUNCI SYURGA !!!
RUU mufti langgar perlembagaan, perkecil peranan Agong dan benarkan kerajaan kawal umat Islam, kata Latheefa
Peguam Latheefa Koya hari ini menyuarakan bantahan keras terhadap sebuah rang undang-undang (RUU) baharu mengenai jawatan mufti Wilayah Persekutuan, mengatakan ia akan memberikan kuasa luas kepada individu yang tidak dipilih tetapi dilantik seorang menteri, di samping mengawal rapi bagaimana umat Islam mengamalkan ajaran agama.
Latheefa menggesa ahli Parlimen yang bakal membahaskan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 di Dewan Rakyat minggu depan untuk menolaknya, sambil mengkritik sikap beberapa wakil rakyat kerajaan yang menurutnya masih berdiam diri dalam isu itu lebih tiga bulan selepas RUU itu dibentangkan pada Julai.
"Dalam hal ini, sikap berdiam diri dan penakut yang ditunjukkan ahli Parlimen DAP serta Sabah dan Sarawak mengenai RUU ini amat mengecewakan. Saya menggesa mereka bertindak demi kebaikan rakyat dan menegakkan perlembagaan sebagaimana yang telah mereka lafazkan dalam sumpah mereka."
'Peranan Agong diperlekeh'
Latheefa berkata RUU itu bakal mewujudkan "dua ketua" dalam hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan, iaitu mufti selain daripada Yang di-Pertuan Agong, yang pada masa ini merupakan ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan dan negeri tanpa sultan.
Beliau berkata dengan meletakkan mufti sebagai jawatan tertinggi "di sebelah Agong", RUU itu "memperlekeh kedudukan Agong sebagai ketua agama Islam di Malaysia" seperti yang termaktub dalam Perkara 3(5) dan 34(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Mufti dilantik atas nasihat menteri, dan oleh itu kerajaan persekutuan akan memperoleh kuasa yang luas ke atas setiap aspek amalan agama umat Islam di negara ini sebaik sahaja RUU itu menjadi undang-undang.
"Ini bukan peranan yang dimaksudkan untuk kerajaan persekutuan di bawah perlembagaan kita. Ia bertentangan dengan struktur asas perlembagaan dan oleh itu adalah tidak berperlembagaan," kata Latheefa, peguam hak asasi yang juga bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dalam satu kenyataan.
RUU yang dibawa menteri hal ehwal agama Mohd Na'im Mokhtar menyentuh itu antara lain menyentuh peranan mufti WP, struktur jawatankuasa fatwa, serta pelbagai jawatankuasa lain seperti falak, penentuan anak bulan dan arah kiblat.
Latheefa berkata RUU itu memberikan sesuatu fatwa dikeluarkan mufti WP bidang kuasa luas yang belum pernah berlaku sebelum ini, disebabkan ia bakal mengikat setiap orang Islam dengan akta baharu.
"Tiada pengecualian atau syarat," katanya.
Sebaliknya, beliau berkata undang-undang Islam di WP semasa pada masa ini mengecualikan fatwa dalam hal peribadi, kepercayaan dan pandangan.
"Fatwa seorang mufti di bawah RUU yang dicadangkan itu bersifat kuku besi dan tidak boleh diubah," tambahnya.
Kuasa mengawal umat Islam
Beliau turut memberi amaran RUU itu boleh memasukkan lebih banyak kesalahan syariah di bawah undang-undang syariah WP, "untuk merangkumi hampir setiap aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik seorang Muslim".
"Dalam erti kata lain, sebarang fatwa dikeluarkan mufti mengenai mana-mana aspek berpotensi menimbulkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (FT) 1997.
"Oleh itu, RUU itu akan membawa kepada peningkatan yang tidak terkawal bagi jenis atau kategori kesalahan yang boleh dikuatkuasakan terhadap umat Islam."
Menurut Latheefa, RUU itu "memberi kuasa kepada kerajaan melalui mufti untuk mengawal atau mengawasi setiap aspek kehidupan umat Islam di negara ini", termasuk dalam soal pakaian dan makanan.
"Dalam demokrasi, tiada kerajaan sepatutnya diberikan kuasa sedemikian ke atas rakyatnya dengan bertopengkan alasan agama."
Beliau berkata RUU itu juga membenarkan mufti mengeluarkan fatwa atas inisiatif sendiri.
"Ini seperti kebenaran mutlak diberikan kepada mufti, iaitu seorang pegawai yang tidak dipilih, untuk mentadbir dan menentukan kehidupan umat Islam."
Latheefa juga mempersoalkan peruntukan bagi seorang wakil Islam dari Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menganggotai jawatankuasa fatwa WP.
Katanya, ia bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan di mana agama bukan menjadi syarat dalam jawatan melibatkan AGC.
"Ia juga jelas tidak masuk akal, kerana RUU itu sendiri akan dibahaskan dan diundi oleh ahli Parlimen Islam dan bukan Islam di Dewan Rakyat."
APAKAH KUNCI
SYURGA DITANGAN
MUFTI ?
JENG JENG JENG
APAKAH KUNCI
SYURGA DI TANGAN
KERAJAAN MADANI ?
JENG JENG JENG
KHALAS
PILIPINA NEGARA BERANI
Filipina cabar China berhubung Laut China Selatan dalam pertemuan Sidang Kemuncak ASEAN ke-4
VIENTIANE: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, mencabar Perdana Menteri China, Li Qiang, berhubung pertembungan terbaharu di Laut China Selatan ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 di Laos.
Li bertemu dengan pemimpin dari 10 negara ASEAN di Laos, sehari selepas perbincangan yang di dominasi mengenai isu perang saudara di Myanmar.
Beberapa bulan kebelakangan ini, berlaku pertembungan antara kapal China dan Filipina di sekitar perairan terumbu karang dan pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan.
Menurut seorang diplomat Asia Tenggara yang menghadiri pertemuan itu kepada wartawan, Marcos membangkitkan isu terbabit dalam pertemuan dengan Li, dengan berhujah China tidak boleh memisahkan kerjasama ekonomi daripada keselamatan politik.
Pertemuan bersama Li itu kebanyakannya menumpukan kepada isu perdagangan dan ia diadakan pada hari yang sama dengan pertemuan beliau bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, yang menyatakan China bersetuju untuk menarik balik sekatan ke atas industri udang kara yang memberi keuntungan yang tinggi.
Diplomat itu berkata, Marcos bagaimanapun mendakwa, ASEAN dan China tidak boleh berpura-pura terhadap semua isu yang dibangkitkan itu berjalan lancar membabitkan faktor ekonomi dan pada masa sama terpaksa berdepan dengan ketegangan politik.
Marcos juga mendakwa, kedua-dua pihak perlu segera melakukan rundingan mengenai kod tatalaku di kawasan laut terbabit.
Menurut draf kenyataan pengerusi sidang kemuncak yang dilihat oleh AFP, pemimpin ASEAN semalam sekali lagi mengulangi seruan mereka untuk berhemah dan menghormati undang-undang antarabangsa di Laut China Selatan.
Kekerapan dan intensiti pertembungan yang semakin meningkat di perairan yang dipertikaikan itu membangkitkan kebimbangan bahawa keadaan boleh bertambah buruk.
"Laut China Selatan adalah isu yang cepat dan hidup dengan risiko nyata bahawa kemalangan boleh mencetuskan konflik," kata Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, kepada rakan pemimpinnya dalam sidang kemuncak ASEAN, semalam.
China mendakwa, hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah laluan perairan yang sangat strategik dan nilai dagangannya memberi trilion dolar pada setiap tahun.
Dalam pada itu, beberapa anggota ASEAN membabitkan Filipina, Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Brunei juga mempunyai tuntutan dalam bersaing terhadap pelbagai pulau dan terumbu karang di kawasan sekitar Laut China Selatan.
PILIPINA
DIBAWAH MARCOS
JADI NEGARA
BERANI
AMIN
SENJATA ZIONIS DARI KILANG BLACKROCK
400,000 rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian dalam serangan terbaharu Israel
BAITULMAQDIS: Ratusan ribu orang awam di Gaza masih terperangkap akibat serangan terbaharu Israel yang tertumpu di kem pelarian Jabalia, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia.
Ketua Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata sekurang-kurangnya 400,000 orang terperangkap di kawasan berkenaan.
Katanya, terdapat laporan mengenai mayat yang tidak dapat diambil di jalanan akibat pertempuran secara berterusan.
Lazzarini berkata, arahan pemindahan terkini daripada pihak berkuasa Israel memaksa orang ramai melarikan diri berulang kali, terutama dari kem Jabalia.
"Ramai yang enggan berpindah kerana mereka tahu dengan jelas tiada tempat yang selamat di mana-mana kawasan di Gaza," katanya.
Tentera zionis Israel menyatakan serangan besar-besaran yang kini memasuki hari kelima, bertujuan untuk menghentikan pejuang Hamas daripada melancarkan serangan lanjut dari Jabalia serta menghalang mereka daripada berkumpul semula.
Tambah Lazzarini, beberapa pusat perlindungan dan perkhidmatan UNRWA terpaksa ditutup buat kali pertama sejak perang bermula dan hampir tiada bekalan asas yang tersedia sekali gus menyebabkan masalah kebuluran mula merebak semula di utara Gaza.
"Operasi ketenteraan terbaharu ini juga mengancam pelaksanaan fasa kedua kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak," katanya.
Pihak berkuasa Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang komen terhadap kenyataan Lazzarini.
Sebelum ini, Israel menyatakan mereka memudahkan penghantaran makanan ke Gaza walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Walaupun selepas setahun serangan bertubi-tubi Israel ke atas Gaza, serta pengisytiharan berkala oleh IDF dan pegawai lain yang mendakwa sudah mengalahkan Hamas, tentera Zionis terus menyerang utara Gaza untuk kali ketiga minggu ini dan mendakwa tindakan itu perlu untuk menghalang Hamas daripada 'berkumpul semula.
Selain arahan pemindahan, IDF turut mengarahkan penutupan beberapa hospital di utara Gaza sekali lagi, termasuk hospital Kamal Adwan dan Al-Awda.
Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan menggambarkan situasi itu sebagai 'dejavu' di media sosial, serta menyatakan semua pihak tahu kengerian yang bakal berlaku selepas arahan berkenaan dikeluarkan.
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan tentera Zionis ke atas Gaza malam tadi, termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita.
Dua serangan itu menyasarkan khemah untuk orang yang dipindahkan di kem pelarian bandar Nuseirat dan Bureij di tengah Gaza.
Sementara itu, mayat sembilan orang, termasuk tiga kanak-kanak dibawa ke hospital Al-Aqsa di bandar Deir al-Balah yang berdekatan.
Kematian terbaharu ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza akibat peperangan Israel sejak Oktober 2023 kepada 42,010, dengan 97,720 lagi mengalami kecederaan, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
YANG TERKORBAN
MAKIN BERTAMBAH
AMIN
SENJATA TERUS
SAMPAI DARI
BLACKROCK
AMIN
KHALAS
APAKAH BONTOT SAIPOL MILIK KERAJAAN ?
APAKAH
BONTOT SAIPOL
MILIK KERAJAAN?
AMIN
Unknown commented on
"ANWAR BERSALAH
MELIWAT SAIPOL ?"
masalahnya saipol tak rela diliwat... kah kah kah
GAZA SETAHUN KEMUDIAN
GAZA SETAHUN
KEMUDIAN
Sesudah subuh Sabtu 7 Oktober 2023 - setahun dulu - dunia kita berubah. Satu tahun sesudah Hamas melancarkan Taufan Al-Aqsa geo politik dunia berubah. Pandangan dunia anak-anak muda hampir di seluruh dunia berubah. Naratif politik dunia telah diubah.
Israel tidak lagi dilihat sebagai Israel. Dulu dilihat kukuh gagah dan perkasa. Dulu di lihat sebagai negara demokratik berbanding dengan negara bebal seperti Saudi Arabia. Kini Israel tidak lagi dilihat sebagai pancaran sinar demokrasi di Timur Tengah.
Pemahaman tentang apa sebenarnya ideologi Zionisme semakin difahami ramai dan merebak. Dunia terpecah kepada dua. Satu penyokong Zionis Israel. Dan satu lagi menyokong perjuangan Palestin untuk menegak keadilan dan mendirikan negara sendiri.
Bumi manusia di cabar oleh Taufan Al-Aqsa. Umat manusia berhadapan dengan persoalan kemanusiaan. Dimana kamu berdiri sebagai manusia. Bersama keadilan atau bersama kezaliman.
Umat manusia dipaksa dan di wajibkan membuat keputusan. Tidak tahu, tidak ambil pot dan tidak peduli bukan jawapan.
Pada subuh 7 Oktober 2023 Taufan Al-Aqsa membuka langsir perjuangan Palestin untuk dunia melihat. Perjuangan adil Palestin kini menjadi agenda utama dunia. Hak keadilan Palestin tidak boleh di ketepikan. Tidak boleh diabaikan. Tidak boleh di injak-injak.
Ketika saya menulis ini telah genap satu tahun Palestin menjadi agenda perbualan dunia. Jalan raya di London, Paris, Sydney, Tehran, Washington, Karachi, Tokyo, Berlin , Melbourne menjadi wadah politik. Di serata pelusuk dunia pertanyaan muncul : Apakah kamu masih menyokong Israel atau menyokong Palestin.
Dalam masa yang sama sesudah 7 Oktober 2023 muncul peluang besar untuk membogelkan ajen-ajen dan penyokong senyap Zionis Israel. Ajen dan penyokong Israel ini menyamar dan bergerak secara senyap-senyap. Negara yang mengklim negara Islam tapi hakikatnya menyokong Zionis. Mereka di telanjangi oleh Taufan Al-Aqsa
Pemimpin politik di negara Islam bersuara lantang menyokong Palestin tapi dalam gelap menjalin hubungan intim dengan Zionis Israel. Ada pemimpin negara Islam yang klim menyokong Palestin tetapi dalam gelap berniaga dengan syarikat senjata Zionis Yahudi seperti Blackrock. Sesudah subuh 7 Oktober 2024 mereka di telanjangi oleh fakta kebenaran.
Wayang dan teater pemimpin Islam jenis ini wajib terus diumumkan kepada dunia dan kepada orang ramai. Inilah yang dibawa oleh Subuh Taufan Al-Aqsa setahun dahulu.
Hamas - Pergerakan Penentangan Islam, di singkat menjadi Hamas. Ini gerakan sebuah organisasi politik Islam Sunni berpaksikan nasionalisma Palestin. Hamas memiliki sayap tentera yang dipanggil Briged Ezzedeen Al-Qassam. Hamas telah mentadbir Semenanjung Gaza yang diduduki Israel sejak 2007
Pergerakan Hamas diasaskan oleh sarjana Islam Palestin Ahmed Yassin pada tahun 1987, selepas tercetusnya Intifadah Pertama. Intifada ialah gerakan massa menentang pendudukan Israel. Hamas muncul daripada badan amal Islam Mujama al-Islamiya 1973 yang bergabung dengan Ikhwan Muslimin.
Zionis Israel boleh membunuh ramai pemimpin gerakan pembebasan Palestin. Tetapi fikrah untuk mendirikan negara Palestin ini tidak akan dapat di kalahkan dengan apa saja senjata. Bala tentera Zionis Israel dengan senjata tercanggih dari kilang senjata Blackrock sekali pun tidak akan berjaya memadamkan api : Dari Sungai ke Segara Palestin akan Merdeka – From the River to the Sea Palestin will be Free.
Satu tahun selepas Gaza diserang oleh bala tentera Zionis mari kita butirkan satu per satu perubahan yang telah berlaku.
Pada Ahad 8 Oktober 2023 dunia di kejutkan dengan berita kibbutz Israel di serang oleh Briged Al-Qassam. Kibbutz ini perkampungan baru seperti perkampungan Felda. Tanah Felda kita dibuka dari hutan dara. Manakala tanah kibbutz negara Yahudi ini dirampas dari tanah kampung Palestin.
Media dunia melaporkan pengganas Hamas membunuh orang kampung. Pengganas Hamas menyerang konsert muzik yang sedang berjalan. Anak-anak kecil dibunuh dan di bakar. Perempuan mengandung di bunuh. Wanita Israel di rogol. Rumah di bakar. Seramai 1200 warga Israel dibunuh dan 250 ditawan.
Heboh yang amat heboh. Ini berita sehari selepas 7 Oktober. Naratif ini di jaja dan dihebohkan oleh seluruh media dunia
Dari Rumah Putih Presiden Biden sendiri mengakui dia telah melihat gambar kanak-kanak mati dibunuh dan di bakar. Amin
Dunia diperlihatkan gambar kereta-kereta terbakar. Rumah-rumah hangus. Tanda tembakan peluru di dinding rumah di sana sini. Ini kerja siapa ?
Tiga bulan kemudian naratif ini kantoi. Malah kajian dan siasatan dari wartawan Israel sendiri mendapati bahawa majoriti yang terbunuh pada subuh 7 Oktober itu telah di bunuh oleh soldadu Israel sendiri.
Dunia kini diberitahu tentang wujudnya apa yang di panggil Hannibal Protocol atau Arahan Hannibal.
Semua ini dibocorkan oleh Yehuda Shaul bekas soldadu Israel yang berusia 41 tahun, Shaul ialah pengasas bersama NGO Israel Breaking the Silence. Badan Bukan Kerajaan ini adalah organisasi pertama veteran tentera Israel yang menyeru untuk menamatkan pendudukan Israel di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza.
Arahan atau Prosedur Hannibal atau Protokol Hannibal, adalah dasar ketenteraan Israel yang menetapkan penggunaan kekerasan maksimum sekiranya seorang warga atau soldadu diculik.
"Anda akan melepaskan tembakan tanpa kekangan, untuk mengelakkan penculikan," katanya, sambil menambah bahawa penggunaan kekerasan dilakukan walaupun berisiko membunuh seorang tawanan.
Selain menembak ke arah penculik, askar boleh menembak di persimpangan, jalan raya, lebuh raya dan laluan lain yang mungkin ditembak oleh pihak lawan, kata Shaul veteran soldadu Israel ini.
Dunia kini faham majoriti warga Israel yang dibunuh di subuh 7 Oktober 2023 telah di bunuh oleh soldadu Israel sendiri. Ini dilakukan agar mereka tidak menjadi tawanan Hamas. Amin
Laporan seperti ini telah mengubah pandangan dunia terhadap Israel. Ini ditambah pula dengan perancangan rapi dasar kerajaan Netanyahu yang mahu memusnahkan dan membunuh semua warga Palestin.
Kalau dulu berlaku genosid di Kamboja 1974-75. Berlaku genosid di Rwanda 1994. Dulu kita hanya membaca berita genosid. Kini tahun 2024 dunia dengan bantuan Internet dan media sosial sedang melihat genosid dijalankan oleh Israel di hadapan mata kita 24-7 secara terus menerus.
Apartmen di ledak runtuh. Hospital dan masjid di bom. Sekolah dan Universiti di musnah. Mayat bergelimpangan disana sini. Tidak ada yang selamat di Gaza.
Hari ini kita diberitahu jumlah yang terkorban telah melintasi 50 ribu. Ini berasakan mayat-mayat yang ditemui. Masih banyak lagi mayat hilang reput dalam timbunan bangunan yang runtuh rantah. Majoriti yang gugur adalah wanita dan kanak-kanak.
Ada kumpulan pakar yang menggunakan nisbah konservatif satu kematian akibat kecederaan traumatik kepada empat kematian tidak langsung. Justeru menganggarkan lebih daripada 186,000 kematian (langsung dan tidak langsung) sudah dikaitkan dengan perang di Gaza pada 19 Jun 2024.
Berita dan imej dari media sosial yang dilihat kini mengubah pandangan dunia terutama anak-anak muda di Amerika dan di Eropah. Mereka keluar ke jalan raya. Kerajaan UK, kerajaan German, Perancis, kerajaan Australia – semua bersubahat membantu projek genosid Israel. Tetapi rakyat mereka tidak menyokong. Ribuan warga tua dan muda, jantan, perempuan dan sida turun berdemo.
Malah bangsa Yahudi sendiri di London dan di New York telah sama bangun ke jalan raya menentang apa yang dilakukan oleh Zionis Israel. Anak anak muda Yahudi tidak lagi bersedia menerima bulat-bulat propaganda Israel.
Holocaust selama ini telah di gunakan dengan bijak agar dunia memberi simpati kepada Israel. Satu ketika dulu di ceritakan bahawa Yahudi menjadi mangsa Nazi Hitler.
Naratif Holocaust dimana Nazi Hitler membunuh beramai-ramai Yahudi dalam Perang Dunia Ke Dua kini pecah terbarai. Dunia kini – terutama selepas Taufan Al-Aqsa - melihat Zionis telah mengambil alih peranan Nazi. Kini Hitler telah di ganti dengan Netanyahu.
Kaum Yahudi yang tertindas kini menjadi kaum Yahudi yang menindas. Amin.
Kerajaan di Eropah juga sedang berhadapan dengan pemberontakan rakyat yang mahu hubungan dengan Zionis Israel di hentikan. Warga negara Eropah mahu genosid dihentikan. Pemberian dana, pemberian senjata dan sokong politik terhadap Israel di tamatkan.
Sepanyol , Norway dan Ireland dari Eropah kini mengiktiraf negara Palestin. Ini satu kemajuan.
Dalam masa yang sama pemberontakan rakyat telah mula mempengaruhi kerajaan di UK di German dan di Perancis untuk mengubah haluan. Kerajaan UK dan Perancis kini mahu memberhentikan penghantaran senjata. Negara ini membatalkan lesen jual beli senjata dengan Israel. German juga akan membuat perkara yang sama.
Kerajaan kapir Eropah kini berubah. Maka kini yang tinggal hanyalah kerajaan yang klim sebagai negara Islam. Negara-negara Arab yang bersempadan dengan Palestin seperti Mesir, Saudi dan Jordan bukan saja tidak menyokong perjuangan Hamas dan Palestin malah negara-negara ini belot menyebelahi Israel.
Ketika peluru berpandu Iran melintasi ruang udara Jordan askar Jordan telah menangkis peluru ini. Di Saudi kita terbaca berita bagaimana polis Saudi akan menangkap sesiapa saja yang berani memakai kaffiyeh selendang hitam putih simbol Palestin.
Manakala Turki yang beretorik anti Israel masih membenarkan aliran minyak masuk dari Azerbaijan melalui Turki. Jika aliran minyak ini ditutup Israel akan padam.
Manakala kita di Malaysia juga sama melakukan pembelotan terhadap perjuangan Palestin. Kerajaan Madani hari ini yang beretorik menyokong Palestin telah menjualkan 39 lapangan terbang kita kepada syarikat Zionis Yahudi Blackrock. Syarikat ini adalah pembekal utama senjata kepada Israel.
Masyarakat dunia juga melalui BDS – Boycott Divestment and Sanction - telah meminta kerajaan Madani supaya tidak menjadi pembekal jentolak Caterpillar untuk rantau Asia-Pasifik. Jentolak Caterpillar ini memainkan peranan penting membantu soldadu Israel memusnah rumah dan tempat kediaman warga Gaza.
Satu tahun sesudah Taufan Al-Aqsa genosid masih berterusan. Perang kini merebak ke Lebanon ke Syria, ke Yaman dan ke Iran.
Walau apa pun garis politik dan pandangan dunia kita – kita wajib menghormati kejayaan Hamas yang kini dapat bertahan setahun menentang kekuatan bala tentera Zionis Israel.
Jangan kita lupakan Houthi Yaman – negara miskin – tetapi gagah berani bangun melawan Zionis Israel
Akhirnya kita juga bersama warga dunia wajib memberi tabik hormat kepada Iran yang kini menjadi kemudi perlawanan menentang Israel. Amin . (TT)
TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/722236
.
.
DEMO SABTU INI
Himpunan kembalikan momentum rakyat Malaysia boikot Israel
KUALA LUMPUR: Usaha boikot Zionis Israel dan pihak serta produk yang menyokongnya serta apa sahaja yang berkaitan dengan negara pengganas itu dalam kalangan rakyat Malaysia agak mengecewakan, apabila ia kini dinormalisasikan untuk tidak diboikot.
Ketua Operasi Sekretariat Himpunan Satu Tahun Taufan Aqsa, Nadzir Helmi berkata, kini muncul golongan pempengaruh yang begitu megah membuat konten agar produk-produk pro-Zionis tidak perlu diboikot.
Sehubungan itu beliau menyatakan, rakyat Malaysia diseru untuk hadir ke Himpunan Satu Tahun Taufan Aqsa pada Sabtu (12 Okt) ini sebagai tanda solidariti dan memperingati Operasi Taufan Al-Aqsa yang bermula 7 Oktober tahun lalu.
“Himpunan yang akan diadakan itu sangat penting kerana rakyat Malaysia ibarat sudah hilang ‘momentum’ terhadap sokongan dan perjuangan rakyat Palestin.
“Kita melihat rakyat Malaysia sudah hilang momentum itu. Lebih kurang 50,000 orang (Palestin) yang mati,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Menurut beliau, berpuluh-puluh bangunan infrastruktur asas bagi sebuah negara berdaulat dimusnahkan.
“Satu kekecewaan yang cukup besar bagi NGO dan pejuang-pejuang Palestin atas sebab yang saya kira isu yang bercampur aduk.
“Jadi, saya kira minggu ini adalah minggu untuk kita mulakan kembali untuk kita turun beramai-ramai,” tambahnya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi BDS Malaysia, Prof Nazari Ismail; Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua; dan wakil Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat (SEJAGAT), Ridzuan Mokhtar.
Sehubungan itu, Nadzir berharap agar rakyat Malaysia dapat hadir ke himpunan berkenaan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit mahupun politik.
“Kita tiada apa-apa kepentingan, yang penting kita nak rakyat Malaysia semua faham ini adalah perjuangan, insya-Allah,” tambahnya.
Himpunan pada Sabtu ini akan bermula pada jam 2 petang di Masjid KLCC, sebelum bergerak ke Menara Tabung Haji dan berakhir di Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
Antara yang dijadualkan hadir pada Sabtu ialah Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 10/10/2024
SEMUA DIAJAK
TURUN
AMIN
UNITED FRONT
ANTARA KITA
TANPA MENGIRA
DARI PARTI APA
AMIN
KHALAS
GANJA BERBONTOT
GANJA
BERBONTOT
AMIN
Unknown commented on
"AWAS !!! ADA GANJA
DALAM KERETA"
kalau tak jumpa ganja masa itu
boleh diganti dengan parang
berita muka depan nanti akan tulis:
"parang dijumpai di dalam bonet kereta disyaki digunakan untuk tujuan menyamun..."
boleh juga diganti dengan anak pokok ganja sebanyak 100pokok.
atau rokok seludup
atau petrol seludup
atau mykad untuk pendatang asing
atau amoi siam menyalahguna pas lawatan
hahaha
ini malaysia boleh.