Isnin, 21 Oktober 2024
BOM DAN BUNUH SETANYAHU
BOM DAN BUNUH
SETANYAHU
AMIN
Unknown commented on
"SETANYAHU JUGA
AKAN DIHAPUSKAN"
setanhayu iblisyahu sepanjang hidup membunuh orang.
hidup dengan peluru akan mati dibedal peluru
lagi saekor si ariel sharon rasanya sedang dibelasah oleh malaikat dalam kubur.
PERSEDIAAN UNTU NAJIB
20,000 pesalah layak dipertimbang tahanan rumah
KLANG – Rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah menyasarkan kira-kira 20,000 pesalah kategori tertentu dan layak dipertimbang selepas mereka menjalani proses tapisan, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, rang undang-undang itu antara lain meliputi pesalah pertama yang tidak melakukan kesalahan berat, wanita mengandung, warga emas dan orang kurang upaya.
“Seperti yang saya katakan, angka yang layak dipertimbang ialah 20,000 orang yang merupakan pesalah pertama.
“Ia juga disasarkan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tidak serius, contohnya ibu tunggal dihimpit kemiskinan yang mencuri susu kerana ingin memberi anaknya makan dan dijatuhi hukuman penjara,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja hari ini.
Saifuddin berkata, susulan itu, tidak perlu ditimbulkan polemik berkaitan siapa yang layak dipertimbang untuk menjalani hukuman kerana pesalah perlu melepasi beberapa tahap tapisan antaranya memiliki rekod disiplin baik ketika dipenjara.
Semalam, Saifuddin Nasution berkata rang undang-undang berkaitan hukuman tahanan di rumah akan dibentang pada tahun depan dan Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaannya.
Pada Jumaat, Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 berkata kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.
Mengikut peruntukan akta itu, pesalah dikehendaki berada di tempat yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.
Saifuddin Nasution juga berkata kerajaan sebelum ini telah melaksanakan tiga inisiatif iaitu parol, perintah kehadiran wajib serta pembebasan berlesen di bawah Peraturan Penjara Tahun 2000 dan mendapati kadar residivisme (kembali melakukan kesalahan) adalah rendah.
“Menerusi ketiga-tiga kaedah, bagi setiap 700 pesalah yang kita bebaskan hanya satu patah balik. Residivisme itu satu sahaja,” katanya.
Beliau berkata cadangan menggubal rang undang-undang itu dilaksana berikutan kesesakan serius di 43 penjara di seluruh negara yang menimbulkan keadaan tidak kondusif.
“Peratusan kesesakan penjara kini mencecah 11 peratus iaitu 82,000 tahanan berbanding kapasiti ditetapkan iaitu 74,000 orang.
“Oleh itu, kita perlu melakukan sesuatu bagi mengatasinya kerana pesalah dikategorikan kepada dua iaitu mereka yang telah disabitkan bersalah dan tahanan reman,” katanya.
Saifuddin Nasution juga berkata akta seumpamanya sudah dilaksanakan di negara seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Australia.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Dobby Chew mempersoal pelaksanaan rang undang-undang tahanan di rumah yang didakwa bertujuan untuk memberi manfaat kepada pihak tertentu. – BERNAMA
WOIT
INI RUU INI
DI BUAT KHAS
UNTUK NAJIB
AMIN
INI UNTUK BERI
NAJIB KELUAR
PENJARA
AMIN
NAMA RUU INI
IALAH RUU NAJIB
AMIN
KHALAS
EKONOMI MAJU TAPI RAMAI HILANG KERJA
Lebih 293,000 individu pelbagai sektor hilang pekerjaan
KUALA LUMPUR – Seramai 293,639 individu daripada pelbagai sektor direkodkan telah kehilangan pekerjaan antara tempoh 2020 hingga 27 September lalu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Mohamad berkata, industri paling terjejas adalah sektor pembuatan dengan 75,615 individu kehilangan kerja dalam tempoh sama.
“Ia diikuti sektor perdagangan borong dan runcit (43,614), aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (23,907), teknologi maklumat dan komunikasi (19,931), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan serta minuman (23,124), pembinaan (21,233), pengangkutan (20,953) dan lain-lain (65,262),” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) berhubung program latihan kemahiran yang dirancang oleh kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pekerja tempatan dalam sektor teknologi dan industri 4.0.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebanyak 575,044 pencari kerja aktif direkodkan dari Januari hingga 27 September 2024 di Portal MYFutureJobs, berbanding 125,956 kekosongan jawatan yang diiklankan.
Katanya, bagi menangani cabaran guna tenaga tidak penuh, terutamanya bagi graduan baharu dan pekerja tempatan, pelbagai program diperkenalkan antaranya Program Latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
“Selain itu, kementerian turut memperkenalkan Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT), Kursus Berfokuskan Industri 4.0 dan Kerjasama Strategik dan Pusat Teknologi.
“Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) komited memastikan graduan dan pekerja tempatan mampu menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan dengan kemahiran yang diperlukan, terutamanya dalam sektor teknologi dan Industri 4.0 termasuk automasi dan kecerdasan buatan yang berkembang pesat,” tambahnya.
WOIT
KALAU UMUR
30'AN ILANG KERJA
BOLEH CARI KERJA
LAIN
JENG JENG JENG
KALAU DAH 40++
HILANG KERJA
JAWABNYA TAK
MAKAN
AMIN
KHALAS
ATAU ADA KUIH PAU
ATAU ADA
KUIH PAU
JENG JENG JENG
AMIN
Unknown commented on
"KENAPA ANWAR NAK JUAL SANGAT 39 LAPANGAN TERBANG KITA
PADA ZIONIS YAHUDI ?"
sebab ada perjanjian yang tidak akan diberitahu kepada semua kita pembayar cukai.
Unknown commented on
"KENAPA ANWAR NAK JUAL SANGAT 39 LAPANGAN TERBANG KITA
PADA ZIONIS YAHUDI ?"
Kah kah kah sudah tahu bertanya pula lu orang setiap hari, macam tak tahu perangai orang kita, dalam semuanya sudah tahu ada peluang sapu keuntungan lumayan
KEJAYAAN HIZBULLAH
Hizbullah berjaya jatuhkan dron Israel
BEIRUT: Hizbullah menyatakan berjaya menembak dan menjatuhkan dron Israel selepas serangan yang disasarkan terhadap cawangan sebuah institusi kewangan yang berkaitan dengan kumpulan pejuang berkenaan.
Pejuang Hizbullah dari "unit pertahanan udara" kumpulan itu... menjatuhkan dron Hermes 450 Israel," kata kumpulan bersenjata itu.
Agensi Berita Nasional rasmi melaporkan pengeboman Israel itu membabitkan kawasan selatan Lubnan, beirut dan Lembah Bekaa di timur.
Ratusan penduduk Beirut melarikan diri dari rumah mereka lewat malam Ahad dengan beberapa letupan kedengaran di seluruh ibu kota Lubnan.
Israel terus-terusan menyerang lokasi yang dikaitkan dengan operasi kewangan kumpulan Hizbullah Lubnan dan memberitahu orang ramai supaya segera meninggalkan kawasan berkenaan.
Saksi memberitahu melihat kepulan asap hitam tebal menjulang ke udara selepas sekurang-kurangnya 10 letupan.
Saksi mendedahkan sebuah bangunan yang terletak di kawasan kejiranan Chiyah di pinggir selatan Beirut musnah, namun tiada sebarang korban jiwa.
Tiada maklumat lanjut berhubung punca letupan, atau butiran lanjut mereka yang terkorban.
Orang ramai yang panik memenuhi jalan-jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa laluan di Beirut ketika penduduk berpusu-pusu melarikan diri ke kawasan selamat.
TERUSKAN PERANG
HINGGA ISRAEL
HINGGA AMERIKA
HINGGA EROPAH
RUNTUH
AMIN
BUKAK MULUT MOHONG
BUKAK MULUT
MOHONG
AMIN
Unknown commented on
"BUJET UNTUK SAPA ?"
Sudah lah bohong bodoh pula....
tu pepatah baru utk nonsial
Unknown commented on
"KAWAL KONTROL TANGKAP"
rakyat oh rakyat negara ini menantikan gubalan akta mohong untuk mengawal meningkatkan kualiti pemimpin2 negara madani tolong percepatkan dgn kadar segera compulsory
Unknown commented on
"TANDA TANDA MINYAK
NAK NAIK HARGA"
tanda tanda madani mencengkam rakyat secara perlahan lahan bersedia bersedia wahai rakyat!!!
Unknown commented on
"KENAPA ANWAR NAK JUAL SANGAT 39 LAPANGAN TERBANG KITA PADA
ZIONIS YAHUDI ?"
ada kau nampak geran tanah lapangan terbang tu? saja tanya jangan marah.
ATUR SUSUN HASUT BAWA KE JALAN RAYA
SUARA SUARA INI
DI KUMPUL & ATUR
BAWA TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
KHALAS
PETANG INI
PETANG INI
JAM 2.40 CUACA PANAS
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
POKOK POKOK MENGHIJAU
APAKAH AWAN AWAN INI
AKAN BERKUMPUL
UNTUK JADI HUJAN
JENG JENG JENG
TANDA TANDA MINYAK NAK NAIK HARGA
TANDA TANDA
MINYAK NAK NAIK
HARGA
AKAN MUNCUL BERITA MINYAK
DI SWEDEN
MINYAK DI GERMAN
MINYAK DI VIETNAM
MINYAK DI SINGAPURA
LEBIH MAHAL DARI DI MALAYSIA
KAH KAH KAH
AKAN MUNCUL BERITA
MINYAK DI SELUDUP
AKAN MUNCUL BERITA
UDARA KOTOR KERANA ASAP MINYAK
SEMUA INI
DI PANGGIL MENGOLAH PERSETUJUAN
UNTUK NAIKKAN HARGA MINYAK
AMIN
KHALAS
KAWAL KONTROL TANGKAP
Cadangan gubal akta 'keselamatan online' dibimbangi beri Putrajaya satu lagi alat sekat kandungan
Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian 2024 yang dicadangkan Putrajaya mengandungi peruntukan drakonian dengan alasan melindungi pengguna internet daripada bahaya, beberapa pengamal media memberitahu MalaysiaNow selepas menghadiri taklimat kementerian berkaitan baru-baru ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan menteri reformasi undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said – kedua-duanya penyokong kuat RUU itu – menggambarkannya langkah penting dalam memerangi perbuatan buli dalam talian, penipuan dan jenayah siber lain.
Bagaimanapun, pada sebuah mesyuarat anjuran kementerian Azalina baru-baru ini dengan wakil industri media, beberapa kebimbangan dibangkitkan mengenai apa yang dilihat sebagai kuasa luas kerajaan dalam menentukan kandungan yang hendak disekat.
- Iklan -
Menurut sumber, keputusan terakhir diletakkan di atas bahu Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), badan pengawal selia internet di sebalik pelbagai penapisan kandungan sejak Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa pada akhir 2022.
Sebanyak 19 perkara yang dicadangkan menjadi garis panduan RUU itu dibentangkan pada mesyuarat itu.
Salah satu daripadanya berkaitan dengan lapan jenis kandungan berbahaya, dikategorikan sebagai "keutamaan" dan "bukan keutamaan".
Lapan jenis kandungan berbahaya termasuk penderaan seksual kanak-kanak, kandungan intim yang dikongsikan tanpa kebenaran, penipuan kewangan (scam), buli, keganasan atau terorisme, mencederakan diri sendiri, ucapan benci dan penjualan dadah berbahaya.
Bagaimanapun, sumber memberitahu MalaysiaNow, Kementerian Komunikasi akan diberikan kuasa menyekat apa-apa kandungan lain yang dirasakan perlu.
"Sebarang kandungan yang tidak disenangi menteri atau SKMM masih boleh menjadi kesalahan, walaupun ia tidak termasuk dalam lapan kategori tersebut," tambah sumber itu.
Azalina sebelum ini memberi jaminan akta yang dicadangkan itu tidak bertujuan menyekat kebebasan bersuara.
"Banyak mana sangat (maklumat) yang kerajaan boleh turunkan? Turun di (platform) A, keluar di (platform) B, C dan lain-lain. Bagaimana anda mengawal 30 juta pengguna? Kerajaan tidak boleh turunkan (maklumat), ia mustahil," katanya.
Kebimbangan terhadap RUU itu tidak mengejutkan, dan menyusul selepas rancangan kontroversi kerajaan untuk melesenkan dan mengawal selia platform media sosial dengan alasan memerangi kandungan membahayakan dalam talian seperti buli siber, penipuan dan ucapan kebencian.
Aktivis hak asasi manusia sebelum ini mengecam rancangan itu, yang dilihat sebahagian daripada usaha berterusan menyekat kritikan orang ramai, di mana beberapa laman web berita dan blog telah disekat, di samping permintaan pihak berkuasa kepada media sosial untuk menurunkan hantaran yang mengkritik kerajaan.
Awal tahun ini, Putrajaya mengaku membuat permintaan melalui SKMM kepada platform seperti TikTok untuk memadamkan video yang tidak disenangi kerajaan.
Platform lain seperti X, YouTube dan Facebook bagaimanapun berulang kali menolak permintaan sama oleh kerajaan disebabkan dasar melindungi kebebasan bersuara.
Pada Jun tahun lalu, MalaysiaNow disekat selama 48 jam tanpa notis, manakala laman web portal berita seperti TV Pertiwi dan Utusan TV masih disekat, begitu juga blog bekas ahli Parlimen Wee Choo Keong.
Tindakan menyekat kandungan media menyebabkan Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Akhbar, daripada tempat ke-73 tahun lalu kepada ke-107 tahun ini.
Keputusan di tangan SKMM
Sementara itu, mekanisme melaporkan aduan seperti diperuntukkan dalam draf RUU Keselamatan Dalam Talian, turut menimbulkan kontroversi.
Mekanisme pengaduan termasuk pengguna melaporkan kepada penyedia perkhidmatan, penyedia perkhidmatan mengurus kandungan dan aduan dibuat kepada SKMM, yang kemudiannya mengarahkan secara bertulis kepada penyedia perkhidmatan untuk menyekat kandungan yang dipersoalkan.
Menurut sumber, SKMM bakal diberikan kata putus terakhir dalam menyekat atau menurunkan sesuatu kandungan.
“Sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara SKMM dan penyedia perkhidmatan sama ada kandungan tertentu perlu disekat, keputusan SKMM akan mendahului keputusan penyedia perkhidmatan.
"Walaupun penyedia perkhidmatan mengatakan kandungan yang dilaporkan tidak memenuhi kriteria kandungan berbahaya seperti ditakrifkan dalam RUU, ia masih diwajibkan menyekatnya sekiranya diarahkan SKMM," tambah sumber yang sama.
Skop undang-undang yang dicadangkan meliputi tiga jenis penyedia perkhidmatan: penyedia perkhidmatan aplikasi (ASP), penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan (CASP) dan penyedia perkhidmatan rangkaian (NSP).
Di Malaysia, antara nama ASP yang biasa disebut ialah Maxis, CelcomDigi dan Telekom Malaysia.
Contoh CASP ialah Media Prima, iFlix dan platform media sosial, manakala Time Dotcom dan Axiata Group ialah contoh NSP.
RUU itu memperuntukkan bahawa sebagai langkah terakhir, sesebuah penyedia perkhidmatan boleh didakwa jika gagal membayar penalti sivil.
Penalti sivil dikenakan ke atas penyedia sekiranya mereka gagal memenuhi kewajipan di bawah akta baharu tersebut untuk mematuhi arahan SKMM.
"Adalah salah untuk menggunakan alasan mencegah kemudaratan dalam talian untuk menggubal RUU yang boleh disalahgunakan dan mengehadkan kebebasan bersuara. Ianya jelas salah," kata sumber itu.
UNTUK TERUS
BERKUASA
MADANI AKAN
KAWAL KONTROL
TANGKAP INTERNET
AMIN
AKAN MULA
MENGOLAH
PERSETUJUAN
AMIN
BANYAK BERITA
BULI AKAN MUNCUL
AMIN
BANYAK BERITA
SCAM DILAPOR
AMIN
BANYAK BERITA
KANAK-KANAK
DIROSAK OLEH
ONLINE AKAN
DI LAPOR
AMIN
MACAM NAK NAIK
HARGA MINYAK
AKAN ADA BERITA
HARGA MINYAK
DI SWEDEN LEBIH
MAHAL
KAH KAH KAH
KHALAS
TRUMP SAHABAT PUTIN DAN XI JINPING
'Jika saya kembali ke Rumah Putih, China tak berani provokasi, mereka tahu saya 'gila' - Trump
WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Republikan, Donald Trump, berkata sekiranya dia kembali ke Rumah Putih, China tidak akan berani memprovokasinya kerana Presiden Xi Jingping tahu bahawa dirinya seorang yang 'gila'.
Bercakap kepada Lembaga Editorial Wall Street Journal, Trump berkata, jika dipilih pada pilihan raya presiden bulan depan, beliau akan mengenakan tarif ke atas China jika ia berusaha untuk menyekat Taiwan.
"Saya akan berkata jika anda pergi ke Taiwan, saya minta maaf untuk melakukan ini, saya akan mengenakan cukai kepada anda sebanyak 150 hingga 200 peratus," katanya.
Mengenai kempen pilihan rayanya pula, Trump berkata, musuh tidak akan berani bertindak menentang kepentingan AS di bawah kepemimpinannya kerana mereka akan takut dengan tindak balas yang kuat, malah tidak dapat diramalkan.
"Saya tidak perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menghalang sekatan ke atas Taiwan kerana Presiden Xi 'menghormati saya dan dia tahu saya 'gila'".
"Saya mempunyai hubungan yang sangat kuat dengannya. Dia sebenarnya seorang yang sangat baik, saya tidak mahu mengatakan kawan, saya tidak mahu bertindak bodoh, 'dia kawan saya'.
"Tetapi saya bergaul dengannya dengan baik dan dia juga seorang yang sangat garang," kata Trump mengenai Presiden Xi.
Bekas presiden itu juga menyatakan hubungannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin juga positif dan 'bergaul dengannya dengan baik'.
Pilihan raya Presiden AS akan berlangsung pada 5 November ini membabitkan pertembungan dua calon iaitu Trump dan Naib Presiden AS dari Parti Demokrat, Kamala Harris.