Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan perlu dihormati - Zahid
Keputusan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan daripada Kabinet adalah satu tindakan berprinsip dan perlu dihormati.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Rafizi dan Nik Nazmi telah memberi sumbangan yang berkesan serta mendukung semua keputusan kerajaan.
“Mereka berprinsip. Itulah janji mereka (untuk letak jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan PKR) dan kita menghormati pendirian itu.
“Biarpun kita tidak campur dalam urusan dalaman parti namun bagi pihak rakan-rakan dalam Kabinet, saya merasakan bahawa selama ini mereka telah menyumbang dengan cukup berkesan dan mereka secara kolektif mendukung semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Kabinet,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis Prapelancaran Mega Karnival 3 Dimensi di Angkasapuri malam ini.
Ahmad Zahid juga berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempunyai kuasa mutlak untuk melantik pengganti daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
“Pemimpin datang dan pergi, begitu juga menteri. Perdana Menteri akan memilih orang yang terbaik daripada parti berkenaan untuk berada dalam Jemaah Menteri,” katanya.
Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada PKR 2025 minggu lepas.
Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi kalah pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan Anwar telah menerima permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi dan Nik Nazmi.
Menurut PMO, Perdana Menteri bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-duanya dan sebarang keputusan lanjut akan dimaklumkan kemudian.- Bernama

Entahlah sampai bila kena tanggung puak-puak ini? Semakin lama semakin menyusahkan rakyat? Putar belit tahap gaban, putar sini putar sana cakap subsidi cakap bantuan cakap rasionalisasi entah mana pun tak nampak, sekejap sekejap cakap bantuan dihulurkan kepada orang-orang susah? Betulkah orang susah dapat atau sendiri pakai nama orang susah kaut masuk poket sendiri? Aku tengok penjawat awam macam tak senang sekarang ini semakin gelisah semakin resah semakin tertekan dengan macam-macam kenaikan harga barang keperluan, hampir semuanya naik belaka, pasti keuntungan dilipat gandakan tetapi selalunya cakap menjaga kebajikan rakyat jelata kah kah kah, tanya sesiapa saja semua akan cakap Madani cap haprak, sekarang baru sedar BN terbaik walaupun dulu semua puak label BN sebagai perasuah pencuri penyamun tetapi sebenarnya mereka golongan lebih baik dari sekarang, cop Madani ini kelentong kuat tipu sini sana pakai ayat baharu menipu kuat, subsidi rasionalisasi subsidi rasionalisasi dipanjangkan sepanjang zaman tetapi hakikatnya rakyat susah, kah kah kah ingat lagi pesanan Atok Melayu Mudah Lupa kah kah kah
BalasPadam