Sabtu, 28 Jun 2025

AMERIKA BOM IRAN SEKALI LAGI ?


Trump pertimbang bom Iran sekali lagi, kekalkan sekatan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, melemparkan kritikan dan ancaman keras terhadap Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Beliau dilaporkan mengancam menggugurkan rancangan menarik balik sekatan ke atas Iran dan akan mempertimbangkan untuk mengebom Iran sekali lagi jika Tehran didapati memperkayakan uranium ke tahap membimbangkan.

Trump mendakwa beliau sudah menyelamatkan nyawa Khamenei. Pegawai AS memberitahu Reuters pada 15 Jun lalu bahawa Trump veto rancangan Israel untuk membunuh pemimpin tertinggi itu.

"Negaranya hancur, tiga tapak nuklear jahatnya DIMUSNAHKAN dan saya tahu dengan tepat di mana dia bersembunyi, namun saya tidak membenarkan Israel, atau Angkatan Tentera AS yang paling hebat dan berkuasa di dunia menamatkan riwayatnya.

"SAYA SELAMATKAN DIA DARI KEMATIAN YANG SANGAT BURUK DAN MEMALUKAN," ," kata Trump dalam hantaran di media sosial.

Terdahulu, Trump bertindak balas terhadap kenyataan Khamenei yang dibuat selepas konflik 12 hari dengan Israel berakhir.

Khamenei berkata Iran memberi tamparan kepada AS dengan melancarkan serangan ke atas pangkalan utamanya di Qatar sebagai tindak balas terhadap serangan udara oleh negara itu.

Beliau juga menegaskan bahawa Iran tidak akan sesekali menyerah.

Iran pula menyatakan bahawa sebarang perjanjian nuklear hanya akan dipertimbangkan sekiranya AS menghentikan nada 'tidak hormat' terhadap Pemimpin Agung negara itu.

"Jika Presiden Trump benar-benar mahu mencapai perjanjian, beliau harus mengetepikan nada yang tidak sopan terhadap Pemimpin Agung Iran dan berhenti menyakiti jutaan penyokongnya yang setia," kata Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, dalam satu hantaran di platform X awal pagi Sabtu.

Trump turut mendedahkan, sejak beberapa hari lalu beliau mempertimbangkan penghapusan sekatan terhadap Iran bagi memberi peluang pemulihan segera, namun kini menggugurkan rancangan itu.

"Saya dikejutkan dengan kenyataan penuh kemarahan, kebencian serta penghinaan dan serta-merta menghentikan semua usaha berkaitan pelonggaran sekatan serta yang lain-lain," katanya.

Dalam sidang media di Rumah Putih, Trump tidak menolak kemungkinan untuk menyerang Iran jika perlu, apabila ditanya sama ada serangan ke atas tapak nuklear Iran akan diteruskan di masa depan.

"Sudah tentu, tanpa ragu, pasti," katanya.

Trump berkata pemeriksa dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau pihak berkecuali yang dihormati, perlu dibenarkan memeriksa tapak nuklear Iran selepas serangan bom hujung minggu lalu.

Trump menolak sebarang cadangan yang mengatakan kerosakan ke atas tapak itu tidak seteruk seperti yang didakwanya.

Trump berkata Iran masih berminat untuk berbincang mengenai langkah seterusnya.

Namun Khamis lalu, Rumah Putih menyatakan bahawa belum ada sebarang pertemuan dijadualkan antara delegasi AS dan Iran setakat ini. – REUTERS



TRUMP TIPU

RAKYAT AMERIKA

KAH KAH KAH

BERITA INI

MENGSAHKAN

BAHAWA  AMERIKA

HANYA BERJAYAA

MELEDAK KAN

BANGUNAN KOSONG

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan: