Rabu, 25 Jun 2025

TRUMP MAIN TEATER NAK SELAMATKAN ISRAEL



ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Selasa memberi amaran kepada Israel supaya tidak mengebom Iran, menyifatkannya sebagai 'pelanggaran besar' terhadap perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Israel. Jangan gugurkan bom itu. Jika kamu lakukannya, ia adalah pelanggaran besar. Bawa pulang juruterbang kamu, sekarang juga!," kata Trump dalam satu hantaran di platform media sosialnya, Truth Social.

Kenyataan Trump dibuat selepas Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tenteranya menyerang Tehran dengan mendakwa Iran melanggar gencatan senjata yang diumumkan oleh Trump sebelum ini.

Sejak 13 Jun, Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran, dengan alasan Tehran semakin hampir memiliki senjata nuklear.

Iran, yang menafikan mempunyai program senjata nuklear, bertindak balas dengan serangan peluru berpandu.

AS kemudiannya mengebom tiga kemudahan nuklear utama Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan pada awal pagi Ahad. Trump mendakwa serangan itu "menghapuskan sepenuhnya" kesemua tapak itu.

Serangan balas Iran terhadap Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar berlaku pada petang Isnin, namun tidak menyebabkan kerosakan besar atau korban nyawa, dan perjanjian susulan kemudiannya menamatkan "Perang 12 Hari".

Gencatan senjata pada mulanya diumumkan oleh Trump, yang menyatakan ia membabitkan pemberhentian operasi secara berperingkat, dengan Iran memulakan dahulu dan Israel mengikutinya 12 jam kemudian.

Penghentian penuh permusuhan akan diumumkan pada jam ke-24.

Media Israel melaporkan Qatar sebagai pihak yang menjadi pengantara perjanjian itu.

Presiden AS itu kemudian mengesahkan bahawa gencatan senjata berkuat kuasa dan memberi amaran kepada kedua-dua negara agar tidak melanggarnya: "Gencatan senjata kini berkuat kuasa. Tolong jangan langgar!"

WOIT

INI TEATER

TRUMP NAK

SELAMATKAN

ISRAEL

AMIN

JIKA PERANG

TERUS SEMINGGU

LAGI  ZIONIS

BLACKROCK 

AKAN HANCUR

AMIN

ASKAR LARI

PELURU DAH 

HABIS

KAH KAH KAH

TEL AVIV DAH

JADI GAZA

KHALAS

2 ulasan:

  1. terima kasih iran jadi impian ramai orang untuk menikmati israel meletup berkecai.. impian tt melihat us bom iran pun dah tercapai... kah kah kah

    BalasPadam
  2. dan iran tak tutup teluk hormuz sebab kesannya kepada ekonomi negara amerika sendiri dll kah kah kah perang dengan iran jika berlangsung lama baru syok!!! kebal yang tembus.

    BalasPadam