Bersatu kerah demo anti-Anwar, mahu sepadukan pembangkang
Majlis Tertinggi Bersatu setuju memberi mandat kepada Presidennya Muhyiddin Yassin untuk mengetuai usaha membentuk barisan pembangkang bersatu bersama parti-parti di luar blok kerajaan.
Langkah ini, menurut parti itu, bertujuan mewujudkan pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan awam. Cadangan ini dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PN yang dijadual berlangsung hujung minggu ini.
Setiausaha Agung Bersatu Mohamed Azmin Ali berkata parti itu juga telah memutuskan untuk menggerakkan penyokong bagi menyertai perhimpunan “Turun Anwar” pada 26 Julai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
“Kerahan akan dibuat pada semua peringkat kepimpinan dan orang awam untuk berhimpun secara aman demi perjuangan membebaskan rakyat dari kezaliman dan menjunjung Perlembagaan dan Undang-undang Negara,” katanya pada satu kenyataan.
Dalam perkembangan berasingan, Majlis Tertinggi turut diberikan taklimat berkenaan persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang akan datang, dengan Azmin menyatakan keyakinan rakyat Sabah menunjukkan penerimaan dan sokongan terhadap perjuangan Bersatu dan PN.
Dia berkata pemimpin-pemimpin parti telah diarahkan untuk mempergiatkan gerak kerja di peringkat akar umbi di kawasan-kawasan utama menjelang pilihan raya itu.
Sementara itu, Bersatu mengesahkan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 akan diadakan pada 6 hingga 7 September di Shah Alam, Selangor.
Majlis tersebut akan diikuti dengan majlis makan malam pada malam 7 September bagi meraikan ulang tahun kesembilan penubuhan Bersatu, yang dijangka dihadiri lebih 2,000 tetamu dari seluruh negara.
Majlis Tertinggi juga meluluskan satu program kutipan dana di bawah inisiatif Infaq Bersatu, yang akan dibuka kepada sumbangan umum bagi menyokong aktiviti parti.
“Sumbangan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin membantu agenda rakyat terus diperjuangkan bersama Bersatu,” kata Azmin.

Turun anwar sudah kena hijack...tak da sapa nak turun da...syiok sendiri punya event.
BalasPadamKah kah kah ambil peluang, masa terbaik, tunjuk masih ada pembangkang, masih wujud sekian lama entahlah ke mana, tak apa, semua ini tidak penting, tunjuk masih wujud, turun teriak berguling guling atas jalan, bagi semua nampak, betapa hebatnya kuat pembangkang semua ada telur kuat, bukan setakat pergi sini sana naik Alphard kah kah kah, nak salam betul nak peluk biar ikhlas nak cium tangan biar basah tangan kah kah kah jangan bersandiwara jangan berlakon bijak pandai orang tak suka kah kah kah
BalasPadam