PAGI INI
PAGI INI
SELASA 5 OGOS 2025
KES KEMATIAN SARA
PRN SABAH
Dalam masa beberapa bulan lagi akan ada PRN - pilihan raya negeri untuk SABAH. Jeng jeng jeng. Sebelum akhir tahun Sabah wajib mengadakan pilihan raya negeri. Ini menarik.
Keputusan PRN SABAH akan memberi kesan pada PRN Melaka PRN JOHOR dan PRU16. Sabah jadi dugaan awal untuk Madafaka.
Pada ketika ini ada TIGA KES BESAR yang akan mempengaruhi politik SABAH
SATU – Kes RASUAH MUSA AMAN – kes ini untuk sementara agak senyap kes ini akan muncul kembali. Anak anak muda akan menghasut kembali untuk memastikan kes ini hidup segar.
DUA – Kes RASUAH HAJIJI & GENG – kes ini masih berjalan. Heboh dan masih di hebohkan. Ini akan menjadi peluru ketika berkempen untuk menjatuhkan kerajaan. Anak muda di Sabah wajib terus menghasut.
TIGA - KES TANAH FARHASH – kes ini masih belum cukup merebak. Bila sampai PRN maka kes ini pasti akan jadi peluru untuk menggoncang kerajaan. Ini kes RASUH berskala besar, Kes Rasuah satu negara, Kes ini melibatkan Madafaka – kah kah kah.
EMPAT - KES KEMATIAN ZARA – kes ini sedang hot hot hot – top top top – malah kes ZARA ini seperti diolah untuk meminggirkan KES FARHASH. Pada ketika ini keadaan amat molek. Pembocoran dalam Internet cukup menarik.
Orang ramai makin bijak menggunakan media sosial untuk menghasut dan melawan kerajaan Madafaka. Apa yang sedang berlaku di Sabah amat terbaik.
Kelihatan Kerajaan Sabah sedang dalam kelam kabut.... jeng jeng jeng.
EMPAT PEKARA ini pasti akan menjadi peluru. Parti WARISAN di bawah pimpin Shafie Afdal dilihat berpotensi untuk mendirikan kerajaan baru.
Ini terbaik kerana pada SATU KETIKA DULU - PARTI AMANAH dan PARTI DAP – pernah mencadangkan Shafie untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia.
Ini salah satu sebab kenapa Madafaka tidak begitu suka kepada Mat Sabu dan Lim Guan Eng. AMIN.
KES KAMATIAN PELAJAR KADET PALEPES UTM – kes ini juga sedang heboh. Apa yang menarik kali ini ialah peranan media sosial. Kalau dulu bila UTUSAN UMUM SELESAI maka kes akan DIANGGAP SELESAI kah kah kah... kali ini mustahil ini berlaku.
Keluarga akan ambil peguam. Berita akan di heboh di media sosial. Sidang akhbar di buat - Utusan, RTM , Berita Harian TAK LAPOR tidak mengapa kita ada YOUTUBE – kita ada Tik Tok – kita ada BLOG – Terima kasih Ronald Reagan. AMIN
AMERIKA
Presiden Trump naik angin marah kepada India. Trump ancam nak kenakan 50% tarif kerana India terus beli minyak mentah dari Rusia.
BRAZIL
Mahkamah Agong Brazil beri arahan tahan dalam rumah bekas Presiden Bolsonaro. Ada ura-ura dia nak lari ke luar negara.
CANADA
Tentera Canada gugurkan 10 tan bantuan makanan dari udara untuk warga Gaza.
BANGLADESH
Istana Sheikh Hasina di jadikan MUZIUM REVOLUSI. Minah ini sekarang duduk di India. Minah ini juga sedang dibicarakan TUDUHAN beri arahan tembak demonstrasi.
ISRAEL
Setanyahu umum Zionis Israel Blackrock akan menguasai semua GAZA. Setanyahu telah mendapat lampu hijau dari Trump.
GAZA
Akhir bulan Ogos ini satu flotila - kumpulan kapal - yang banyak di rancang untuk masuk ke Gaza membawa bantuan.
HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. Matahari belum kelihatan. KL & KL Sentral cerah kerana ujan petang kemarin. Langit bercampur campur – ada pucat ada biru.
Tekukur bersuara. Tiong berterbangan. Ada 3 Abang Potong Rumput sedang bekerja. Tiong berkenduri mencari ulat dan belalang.
Abang Potong Rumput sedang potong rumput di gigi jalan. Tak Tak dan Ezi menjauh diri. Gua tercium aroma rumput.
Berjalan pulang di pintu pagar Murai berkicau. Cukup merdu – suara macam dua ekor – irama beralih alih atau hanya seekor tapi ubah-ubah suara.
Gua yakin hari ini akan panas. Jika petang hujan sampai makan sejuk santai. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT
SELASA SEPERTI BIASA
BRO
Ikhlas ini macam Semut Hitam berjalan atas batu dalam malam yang gelap. Amat susah untuk di lihat.
BRO
Setiap mata yang tertutup tidak semesti ia tidur. Setiap mata yang terbuka tidak semestinya ia melihat.
BRO
Lu jangan jadi pokok kering tempat Tupai berak. Kemudian jadi kayu api. Lu jadi pohon rendang agar semua boleh berteduh. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Trump pakai trompah
BalasPadam