Akmal sambut gesaan Pemuda DAP P Pinang untuk putuskan hubungan
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, memberi isyarat tidak gentar dengan gesaan Pemuda DAP Pulau Pinang untuk memutuskan hubungan politik dengannya.
Adun Merlimau itu menegaskan bahawa langkah itu ibarat memutuskan hubungan dengan seluruh sayap Pemuda Umno – dan secara tidak langsung, parti tunjang BN itu sendiri.
“Silakan,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook hari ini, sambil memaparkan tangkap layar artikel berita mengenai gesaan Pemuda DAP Pulau Pinang.
Terdahulu, Pemuda DAP Pulau Pinang menggesa kepimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Akmal susulan tindakan ketua pemuda Umno itu yang didakwa bersifat provokasi.
Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Akmal mengetuai protes di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, selepas pemilik premis itu dirakam menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut dan meminta supaya semua pihak bertenang.
Bagaimanapun Akmal meneruskan tindakan mengetuai sekumpulan ahli Pemuda Umno berkumpul di hadapan kedai terbabit semalam. Himpunan itu turut disertai anggota Pemuda Bersatu.
Protes yang dihadiri kira-kira 300 orang itu diadakan selepas Akmal mengugut untuk hadir ke kedai tersebut dan “mengajar” Pang sekiranya pihak berkuasa tidak mendakwanya dalam tempoh dua hari.
Ini sebagai respons kepada kepada arahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, agar sayap pemuda parti itu membuat laporan polis di seluruh negara terhadapnya.
“Mahu buat laporan polis? Silakan, saya sedia bekerjasama.
“(Saya) takut pada kamu? Langsung tidak!” katanya.
Katanya, DAP ketika menjadi pembangkang juga pernah mengingkari arahan polis untuk tidak mengadakan perhimpunan berhubung isu-isu yang diperjuangkan.
“Adakah ketika itu kamu juga boleh didakwa kerana melanggar arahan ketua polis? Malah kamu pernah terbalikkan kereta dan memijak gambar muka pemimpin kerajaan pada waktu itu.
“Kami berkumpul secara aman, dan tidak ada satu pun gambar pemimpin kamu dipijak semalam,” kata Akmal.
Loke hari ini menegaskan tindakan Akmal memilih untuk menggunakan “intimidasi dan pembulian” tidak membantu meredakan ketegangan berhubung kesilapan menggantung bendera itu.
Loke berkata laporan polis terhadap Akmal akan dibuat di bawah beberapa peruntukan Kanun Keseksaan, termasuk undang-undang antibuli yang baru diperkenalkan, iaitu Seksyen 507B kerana gangguan dan menyebabkan mangsa berasa tertekan, takut dan cemas, serta Seksyen 507C kerana mengeluarkan kata-kata yang memberi kesan sama.

apa pun tanah melayu, melayu lebih dulu bukan malaysia madani , malaysian mesia tak caya tanya/baca sejarah jika sejarah bohong saman sejarah bawah seksyen asai buka sejarah oops silap asai buka mulut BOM kah kah kah jgn marah cuma turun madafaka turun!!
BalasPadam