Selasa, 9 September 2025

GERILA HAMAS DI TERBING BARAT MULA MENYERANG



2 lelaki warga Palestin tembak mati 6 warga Israel di timur Baitulmaqdis


BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya enam warga Israel termasuk seorang migran baharu dari Sepanyol maut dalam satu serangan tembakan di sebuah perhentian bas di timur Baitulmaqdis.

Serangan yang dilancarkan oleh dua lelaki warga Palestin itu merupakan antara yang paling teruk terhadap penduduk Israel, sejak konflik Gaza tercetus.

Menurut Menteri Luar Israel, Gideon Saar, seorang mangsa yang terkorban adalah migran baharu dari Sepanyol.

Terdahulu, perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom (MDA) melaporkan 15 mangsa cedera dalam kejadian di Persimpangan Ramot.

Daripada jumlah itu, tujuh mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Kedua-dua penyerang turut maut di tempat kejadian.

Media tempatan melaporkan empat daripada mangsa yang terkorban adalah lelaki Yahudi ultra-Ortodoks.

Menyifatkan serangan itu sebagai pengecut, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan serangan itu hanya menguatkan tekad mereka untuk memerangi keganasan.

"Kami kini sedang mengesan dan mengepung kampung asal pembunuh ini. Sesiapa sahaja yang membantu dan menghantar mereka akan ditangkap, dan kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas," katanya.

Selaras dengan kenyataan itu, Ketua Tentera Israel, Eyal Zamir, mengarahkan penutupan sepenuhnya kawasan asal penyerang.

"Kami akan meneruskan usaha operasi dan risikan secara berterusan, memburu sel-sel keganasan di mana-mana sahaja, dan akan melumpuhkan infrastruktur keganasan serta penganjurnya," tambah Zamir.

Menurut kenyataan rasmi tentera Israel sebelum ini, tentera telah mengepung beberapa kawasan di pinggir Ramallah di Tebing Barat.

Serangan itu turut menerima kecaman daripada beberapa negara lain termasuk Perancis dan Jerman, manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyifatkan kepungan itu sebagai tindakan pengecut.

Sementara itu, kumpulan Hamas, memuji serangan tersebut dengan mendakwa ia dilakukan oleh dua anggota mereka.

"Kami mengesahkan operasi ini adalah tindak balas semula jadi terhadap jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat kami," kata Hamas dalam satu kenyataan.

Menteri Kewangan Israel yang berfahaman kanan, Bezalel Smotrich, menyalahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) atas serangan itu.

Beliau mendakwa pihak berkuasa tersebut mendidik anak-anak mereka untuk membunuh Yahudi.

"PA mesti dihapuskan dari peta, dan kampung dari mana penyerang datang harus dijadikan seperti Rafah dan Beit Hanoun," tulisnya di platform X, merujuk kepada bandar-bandar di Gaza yang musnah akibat serangan udara Israel.

Bagaimanapun, Presiden Palestin di Ramallah menolak dan mengecam sebarang sasaran terhadap orang awam Palestin dan Israel, lapor agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Menurut polis, penyerang melepaskan tembakan ke arah perhentian bas selepas tiba dengan sebuah kenderaan.

Serangan itu segera dibalas oleh seorang pegawai keselamatan dan orang awam di tempat kejadian.

"Seorang pegawai keselamatan dan orang awam di tempat kejadian bertindak balas dengan segera, membalas tembakan dan membunuh penyerang," kata kenyataan itu. - AFP



OPERASI HAMAS

BERKEMBANG

KE TEBING BARAT

AMIN

INI  TANDA BAIK

LAWAN ZIONIS

DI MANA SAJA

BERADA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. israel ni ada kaitan amerika & barat jadi faham2 sajalah bangsa2 bersatu pertubuhan pun bincang2 sambil santai bekerja relax hotel dll, x leh buat apa2 atas nama pbb kah kah kah amerika zionist sekutu x ambik pot kat pbb, puak bincang bertie berkot elit lah konon!!

    BalasPadam