Pegawai Petronas diugut, polis perketat kawalan di LNG Bintulu
Kawalan keselamatan di semua fasiliti gas asli cecair (LNG) milik Petronas diperketatkan serta-merta susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu, Sarawak.
Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata pegawai terbabit menerima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali sebelum membuat laporan polis.
“Pihak polis termasuk pasukan di kontinjen seluruh negara turut membantu meningkatkan keselamatan di semua fasiliti LNG Petronas bagi memastikan keselamatan fasiliti berkenaan berada dalam kawalan,” katanya hari ini.
Media semalam melaporkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG di Bintulu mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman yang diterima.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataannya memaklumkan langkah itu bagi membolehkan siasatan segera dilakukan terhadap ancaman berkenaan.
cukuplah tanah melayu dah eleek janganlah hal sumber negara terancam pulak ?!
BalasPadam