Jumaat, 7 November 2025

PROJEK NUSANTARA KENA SAILANG


Presiden Prabowo nafi dipengaruhi Jokowi

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menafikan beliau masih dipengaruhi bekas Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi dalam pemerintahannya, sambil menegaskan bahawa spekulasi itu tidak berasas.

Pemimpin itu turut menolak tuduhan kononnya beliau takut atau masih dikawal oleh Jokowi, sebaliknya menjelaskan hubungan mereka kekal baik sebagai sahabat.

"Pak Jokowi tidak pernah meminta apa-apa daripada saya. Mengapa saya perlu takut kepadanya? Beliau (Jokowi) kawan saya," katanya ketika berucap di majlis perasmian kilang Lotte Chemical Indonesia di Cilegon, Banten pada Khamis.

Prabowo turut memuji kepemimpinan Jokowi selama satu dekad dalam mengurus pertumbuhan ekonomi serta kadar inflasi sepanjang tempoh pentadbirannya.

Menurut beliau, perancangan pembinaan kemudahan pengeluaran petrokimia oleh syarikat Korea Selatan, Lotte Chemical bernilai hampir AS$4 bilion (AS$1=RM4.18) bermula ketika era pentadbiran Jokowi.

Sementara itu, beliau turut menegur budaya politik yang disifatkannya sebagai tidak sihat apabila pemimpin sering dikritik ketika tidak berkuasa dan hanya disanjung apabila memegang tampuk pemerintahan.

"Marilah kita belajar menghormati jasa semua tokoh dan pemimpin. Pemimpin itu manusia, adakah mereka sempurna? Sudah tentu tidak," katanya.

Prabowo sebelum ini beberapa kali menafikan dakwaan wujudnya keretakan hubungan dengan Jokowi, terakhir ketika berucap di majlis penutupan Kongres ke-6 Parti Amanat Nasional pada Ogos lalu.

Beliau memenangi Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 dan secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden Indonesia daripada Jokowi pada 20 Oktober 2024.

Penganalisis politik berpendapat Prabowo, yang pernah menjadi seteru Jokowi dalam Pilpres 2014 dan 2019, terhutang budi kepada Jokowi kerana beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan selepas persaingan sengit pada Pilpres 2019.

Selain itu, anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka yang dipilih Prabowo sebagai calon naib presiden dalam Pilpres 2024, dilihat ramai pihak sebagai penyumbang utama kepada kemenangan Prabowo mengalahkan dua lagi lawannya.

SATU INDON

TAHU  JENRAL

PRABOWO DAH

SAILANG PROJEK

NUSANTARA

KAH KAH KAH

INI PROJEK

IBU KOTA BARU

INDONESIA

AMIN

33 BILION DOLAR

KOTA

IMPIAN JOKOWI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Jakarta bakal tenggelam, sebab itu nak pindah ke Borneo, tapi alam semakin memberontak awal, sekejap ribut sekejap gunung berapi sekejap gempa bumi, semuanya alamat masa kita semakin suntuk, jadi jangan bangga sangat kayu atau apa sahaja lah ingat semua milik generasi muda? Sekejap air sampai semuanya rata balik, balik ke asal balik ke tempat awal kah kah kah lihat saja kemusnahan Cebu semuanya hilang hanyut beras tak ada air tak ada, jangan sampai musibah sampai kerana perangai orang kita semakin teruk buruk melampau melancap kah kah kah

    BalasPadam