Sabtu, 21 Jun 2025

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN - ESOK PETANG DEMO SOGO JAM 2



ESOK PETANG

DEMO ANAK MUDA

SOGO JAM 2.00


𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐄𝐊𝐀𝐍: 𝐆𝐀𝐌𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍, 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍

GAMIS memandang serius tekanan demi tekanan yang ditanggung rakyat:
▪️ Penarikan subsidi asas
▪️ Kenaikan SST & tarif elektrik
▪️ Kos sara hidup melambung
▪️ Suara rakyat dibungkam

Mahasiswa tidak akan berdiam diri.
Kami bukan pembangkang, tetapi kami semak dan imbang kepada kerajaan yang zalim yang gagal memahami perasaan rakyat.

Simbolik #TEKAN adalah suara rakyat yang telah hilang sabar.
Jika kerajaan terus menekan, maka rakyat akan menekan kembali.

📢 Ayuh sertai Himpunan Aman #TEKAN
📆 Ahad, 22 Jun 2025
🕑 2.00 petang
📍 Masjid Jamek➡️ Dataran Sogo

Kita tidak lagi boleh lagi sekadar menjadi penonton.
Ayuhlah bangkit dan turun bersama suara rakyat.
Kerana diam kita hari ini, adalah beban anak cucu kita nanti.

Ikuti posting kami:
IG: https://bitly.cx/Lsl83

FB: https://bitly.cx/2FCP

TikTok: https://bitly.cx/jO4oM

#HimpunanTEKAN #RakyatTertekan #GAMIS #MahasiswaBangkit #SuaraRakyat

GEMPA BUMI DI IRAN ? ATAU SENJATA BARU ?


GEMPA BUMI DI IRAN ?

ATAU

SENJATA BARU ?

KHALAS 

SUARA SEORANG PEJUANG


Najib lepas: Saya tak faham dengan pendakwa raya - Rafizi

Rafizi Ramli mengkritik pihak pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd yang menyaksikan Najib Razak dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

“Saya menghormati hak  Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019.

“Saya juga menghormati keputusan Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.

“Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?” soalnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan DNAA kepada Najib dalam tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC RM27 juta.

Muniandy berkata kes tergantung enam tahun tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan–dengan hanya sekali penangguhan–menunjukkan bahawa pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

“Pihak pendakwaan masih belum bersedia untuk mendakwa kes ini dalam masa terdekat kerana mereka belum memperoleh dan mengumpulkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan sebagai bukti terhadap tertuduh. 

“Penantian terlalu lama untuk perbicaraan ini menjadi suatu beban berpanjangan bagi tertuduh dan menafikan haknya untuk mendapat penyelesaian sewajarnya dan tepat pada masanya,” katanya.

Dalam keyataan hari ini, Rafizi berkata, dari pengalamannya mengkaji dan mendedahkan skandal 1MDB dan SRC, dakwaan penyelewengan melibatkan SRCl mempunyai bukti aliran tunai lebih jelas.

“Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya,” gesa bekas menteri ekonomi dan bekas timbalan presiden PKR itu.

“Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal (iaitu SRC) yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.”

Failkan semula pertuduhan

Rafizi juga menyeru pihak pendakwaan mengesahkan bahawa jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin dan menyiapkan dokumen sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.

“Sebagai anggota parlimen, saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan dekat agar ia tidak tercicir dari pandangan awam,” katanya.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Bekas anggota parlimen Pekan itu didakwa berdasarkan Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

SUARA RAFIZI

ADALAH SUARA

PEJUANG

AMIN

RAFIZI ADALAH

CALON TETAP

PM MALAYSIA

AMIN

KHALAS

SOKONGAN DARI RUSIA UNTUK IRAN



Moscow sokong program nuklear aman Iran - Putin

ISTANBUL: Presiden Russia, Vladimir Putin menegaskan Moscow menentang pengembangan senjata pemusnah besar-besaran termasuk sebarang potensi perolehan senjata itu oleh Iran, menurut temu bual yang disiarkan pada Sabtu.

Dalam wawancara bersama Sky News Arabia, Putin menyatakan bahawa Russia menyokong hak Iran untuk membangunkan tenaga nuklear bagi tujuan aman, sambil menekankan bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak menemukan sebarang bukti bahawa Tehran bercadang membina senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi.

"Fatwa di Iran yang mengharamkan senjata nuklear sangat penting," katanya, sambil menyifatkan keputusan agama itu sebagai elemen utama dalam pendirian Iran.

Putin turut menyatakan kesediaan Russia untuk membantu Iran dalam pembangunan program nuklear awamnya.

Ketegangan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, yang membawa kepada serangan balas dari pihak Tehran.

Menurut laporan media Iran, seramai 639 orang terbunuh dan lebih 1,300 cedera dalam serangan itu. – BERNAMA-ANADOLU

IRAN BERHAK

UNTUK MEMILIKI

TENAGA NUKLEAR

AMIN

IRAN JUGA ADA

HAK UNTUK

MEMILIKI SENJATA

BOM NUKLEAR

AMIN

PASAI APA 

TAK BOLEH ?

JENG JENG JENG

KHALAS

PARTI KOYAK RABAK SILAP CETAK PULAAAK !




PKR kesal kesilapan maklumat salah terkait IGP

Ketua Polis Negara yang baru Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi anggota PKR, apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu seperti yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar tempatan semalam.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata penyebaran profil yang salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti Ketua Polis Negara, selain menimbulkan persepsi negatif kepada PKR sebagai parti pemerintah sekiranya terdapat rakyat mempercayai pelantikan Mohd Khalid dibuat atas dasar politik.

“PKR kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15 Mohd Khalid Ismail di dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fuziah berkata PKR berpendirian kesilapan itu tidak wajar berlaku dan menggesa agar satu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak akhbar terbabit.

Dia turut menyertakan lampiran senarai Pengerusi MPN Kedah mengikut tahun lantikan.

Mohd Khalid, 60, yang dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Razarudin Husain berkuat kuasa semalam pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 Sept 2021. - Bernama

KAH KAH KAH

MEMANG TAK

MASUK AKAL

POLIS JADI MPP

PARTI KOYAK RABAK

KAH KAH KAH

TAPI INI DAH

 JADI LAWAK 

NEGARA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

APA JADI DENGAN 3H - HOUTHI HAMAS DAN HIZBULLAH ?


APA JADI DENGAN 3H

HOUTHI HAMAS 

DAN HIZBULLAH

KHALAS

JANGAN JADI POLIS PENCEN



JANGAN JADI

POLIS PENCEN

AMIN 

Unknown commented on 
"RAFIZI CALON 
TETAP PM MALAYSIA"

Budaya polis pencen semakin menular, bukan Kobid 19, tetapi penyakit polis pencen, apabila duduk kerusi empuk senyap menyap, apabila kalah atau dibuang terus bersuara setiap malam, berbunyi bising riuh rendah, dahulu Musang King buat duit semasa menjadi Ketua, 

kemudian keturunan sama semuanya buat duit sebelum pencen bukan peduli pun pasal pasukan atau anak buah di bawah, tetapi apabila pencen saja mula berkokok siang malam sampai ayam tua terbangun tidur ini lah dilema orang-orang kita sebenarnya kah kah kah

KERAJAAN TUNISIA MAKIN ZALIM


Bekas Presiden Tunisia dipenjara 22 tahun


TUNIS: Sebuah mahkamah di Tunisia semalam menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun ke atas bekas Presiden Moncef Marzouki, yang lantang mengkritik Presiden Kais Saied, atas pertuduhan menggugat keselamatan negara.

Keadaan ini meningkatkan kebimbangan pembangkang terhadap tindakan keras yang semakin memuncak terhadap pengkritik kerajaan.

Marzouki, yang memegang jawatan Presiden dari 2011 hingga 2014, menuduh Saied menubuhkan rejim autoritarian selepas membubarkan Parlimen dan memerintah melalui dekri sejak beliau merampas hampir semua kuasa pada 2021.

Saied mempertahankan tindakannya sebagai langkah perlu untuk menstabilkan Tunisia.Ini adalah hukuman ketiga terhadap Marzouki, selepas mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat tahun dalam beberapa kes berasingan.

Mengulas keputusan itu ketika dalam buangan di Paris, Marzouki berkata: "Saya ingin menyampaikan kepada hakim ini: Keputusan kamu tidak sah, dan kamu sendiri tidak sah... kamu akan diadili tidak lama lagi."

"Demokrasi akan kembali," tambahnya.

Terdahulu pada Jumaat, sebuah lagi mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Sahbi Atig, pegawai kanan parti pembangkang utama, Ennahda, atas tuduhan pengubahan wang haram, menurut peguamnya.

Hukuman 15 tahun itu lebih ringan berbanding beberapa hukuman berat yang dijatuhkan baru-baru ini.

Pada April lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehingga 66 tahun terhadap beberapa pemimpin pembangkang, ahli perniagaan dan peguam atas tuduhan berkonspirasi.

Kebanyakan pemimpin parti politik di Tunisia kini berada dalam tahanan, termasuk Ketua Parti Perlembagaan Bebas, Abir Moussi dan ketua Ennahda, Rached Ghannouchi, - dua penentang paling lantang terhadap Presiden Saied.
JELAS TUNIS

YANG DULU JADI

CONTOH MUSIM

BUNGA ARAB

KINI ADA

KERAJAAN ZALIM

AMIN

RAKYAT WAJIB

KE JALAN RAYA

SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

KES BODOH DAN TAMAK



Pesara rugi RM535,766 tertarik keuntungan berganda dalam masa singkat

JOHOR BAHRU – Seorang pesara swasta berputih mata selepas wang pelaburannya berjumlah RM535,766 lesap akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 57 tahun membuat pelaburan berkenaan selepas tertarik dengan  satu iklan pelaburan saham.

“Iklan pelaburan saham dalam Facebook  itu menawarkan keuntungan berganda dalam tempoh singkat. Hasil siasatan mendapati kejadian bermula 13 Mac lalu apabila mangsa tertarik dengan pelaburan berkenaan setelah menekan pautan yang tertera.

“Mangsa kemudian menekan pautan iklan tersebut dan membuat 26 transaksi ke lima akaun bank berbeza antara 13 Mac hingga 5 Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa turut diminta membuat bayaran tambahan kononnya bagi mengeluarkan hasil pelaburan sebelum  menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan pelaburan itu.

Siasatan lanjut menggunakan platform Semak Mule katanya, mendapati kesemua lima akaun bank yang terlibat mempunyai 22 rekod laporan polis berkaitan kes penipuan pelaburan.

Beliau berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan juga akan menyiasat penglibatan sama ada pemilik akaun terlibat sebagai ‘keldai akaun’.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya mana-mana pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat serta dinasihatkan agar membuat semakan latar belakang terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran,” katanya.

Orang ramai ujarnya, diminta membuat semakan mengenai kesahihan individu atau syarikat melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dan portal Semak Mule untuk mengesan akaun mencurigakan.

“Juga boleh mengikuti media sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), bagi mengetahui modus operandi terbaharu jenayah penipuan komersil,” tambahnya.

Sebarang maklumat berkaitan atau sekiranya menjadi mangsa, diminta menghubungi talian 997 (National Scam Response Centre).- MalaysiaGazette



WOIT

INI KES BODOH

LAGI TAMAK

AMIN

MUSTAHIL TAK

BACA  BERITA

DAH BERATUS

KENA TIPU 

MACAM INI

AMIN

BANGANG BEBAL

DAN TAMAK

INI HASILNYA

KHALAS

TUGAS BERSAMA MEMERANGI YANG ZALIM


TUGAS KITA

BERSAMA

MEMERANGI

YANG ZALIM

AMIN 


Unknown commented on 
"JANGAN HENTIKAN PERANG"

Buat sendiri atau ciplak teknologi orang? Selalunya penghasilan ada untung, rakyat susah kerana pemimpin, pasti sekali rakyat negara manapun tidak mahu peperangan tetapi apa daya kalau pemimpin dayus menyusahkan semua kah kah kah agenda apa mereka sekarang? Kah kah kah kita teruskan menonton dari jauh

SERANGAN OMBAK 18 DARI IRAN

 


SERANGAN IRAN

OMBAK KE 18

MEMUKUL ISRAEL

KHALAS

RAFIZI CALON TETAP PM MALAYSIA




Rafizi: Apa guna kekal dalam kabinet jika hilang kebebasan bersuara

Rafizi Ramli berkata tiada sebab untuk dia terus kekal dalam kabinet sekiranya jawatannya itu mengorbankan hak untuk dia bersuara dan menyatakan pandangan sendiri.

Bercakap dalam episod pertama audio siar terbarunya Yang Berhenti Menteri malam tadi, Rafizi berkata, dia hanya akan menjadi seorang “menteri tempang” sekiranya memilih untuk kekal dalam kerajaan selepas tewas kepada anak perdana menteri, Nurul Izzah Anwar, dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR baru-baru ini.

“Saya tak mahu berada dalam kabinet jika itu bermakna pandangan saya disekat atau saya tidak dibenarkan untuk berbeza pandangan.

“Saya tak mahu berada dalam situasi […] saya diminta supaya ‘jangan merajuk, buat kerja sahaja untuk parti’.

“Walaupun usaha saya memberi nilai tambah kepada PKR, saya tetap tidak diberi ruang untuk bersuara secara berbeza,” katanya.

Bekas menteri ekonomi itu juga berkata tanpa pengaruh dalam keputusan seperti pelantikan atau pembaharuan budaya politik yang toksik, kehadirannya hanya akan memperkuat sistem yang sebelum ini ditentang.

Dia menekankan bahawa penyertaan Nurul Izzah dalam pemilihan parti jelas mendapat restu Anwar sebagai Presiden PKR, dan memberi isyarat bahawa tokoh terbabit tidak lagi meletakkan keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai timbalan presiden parti serta menteri ekonomi.

Tambah anak kelahiran Terengganu itu, terus memegang jawatan menteri selepas kalah dalam pemilihan hanya akan “menjejaskan” Kementerian Ekonomi kerana penjawat awam akan melihatnya kehilangan legitimasi – sekali gus menjejaskan keberkesanan dasar dan program kementerian.

“Mandat itu penting untuk menjayakan agenda reformasi ekonomi. Kalau hilang mandat, maknanya idea dan pandangan kita telah ditolak,” katanya.

Usah pinggir ahli akar umbi

Rafizi juga menegaskan jika dia kekal dalam jawatan tersebut keadaan tetap sukar kerana timbul persepsi bahawa dia tidak lagi mendapat sokongan perdana menteri untuk menjalankan tugasnya.

Mengulas cadangan Nurul Izzah agar dia diangkat sebagai timbalan presiden lantikan, Rafizi berkata, ia dibuat bagi mengekalkan penyokong dalam parti tetapi pada masa sama menyekat suaranya.

“Ini soal prinsip. Kalau kita benar-benar yakin dengan reformasi, mesti ada ruang untuk pandangan berbeza. Kalau tidak, setiap kali seseorang bersuara akan dituduh merajuk,” katanya lagi.

Rafizi menegaskan beliau tidak kisah jika tidak lagi menjadi menteri atau memegang jawatan dalam parti, tetapi apa yang penting, isu struktur dan prinsip mesti dibincangkan demi masa depan dan kelangsungan PKR.

Mengulas kritikan sesetengah pihak yang menyifatkannya “tinggalkan tugas separuh jalan”, Rafizi mempertahankan pencapaiannya sebagai menteri, termasuk pelaksanaan beberapa inisiatif penting.

Katanya hanya ada dua perkara utama belum sempat diselesaikan: Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan Akta Anti Rent-Seeking, yang lebih dikenali sebagai Akta Anti-Ali Baba.

Rafizi juga dilihat menyindir Ketua Wanita PKR yang juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, apabila meminta rakyat menilai prestasi kementeriannya dan bukan hanya menumpukan kepada prestasi Kementerian Ekonomi.

Walaupun tidak mengkritik secara langsung, Rafizi turut menyebut nama Naib Presiden PKR, R Ramanan, sambil mengingatkan parti supaya tidak meminggirkan ahli akar umbi.

“Ada dua tiga orang dalam PKR sekarang yang tak faham sejarah parti sebab mereka baru masuk.

“Mereka tak patut pandang rendah terhadap tenaga rakyat biasa – yang tak pegang jawatan, tak pakai baju gambar Ramanan dan Anwar – tapi mereka inilah yang kekalkan PKR selama ini.

“Tanpa mereka, tiada PKR. Saya rasa mereka ada potensi besar dan keinginan untuk terus berkhidmat kepada parti.

“Cabaran saya sekarang ialah bagaimana nak manfaatkan kuasa dan tenaga mereka,” katanya.

Ditanya jika dia bercadang menubuhkan parti baru, Rafizi secara berseloroh berkata, satu-satunya ‘parti’ yang dirancangnya setakat ini hanyalah majlis perjumpaan bulan depan untuk “meraikan kekalahannya”.

Walaupun pernah mempertimbangkan cadangan itu, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab utama beliau kini ialah memastikan dirinya dan penyokongnya tidak terlalu ikut perasaan, sebaliknya fokus kepada keperluan semasa – menjamin kestabilan kerajaan.

Mengakui kekecewaan dan kepayahan yang dilalui oleh akar umbi PKR sejak zaman pembangkang, Rafizi berkata beliau akan meluangkan masa untuk berjumpa dan berdialog dengan ahli-ahli parti tersebut.

“Penting untuk saya salurkan tenaga dan emosi mereka daripada perkara toksik kepada isu-isu yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

RAFIZI KINI

MASUK KE DALAM

SENARAI CALON

TETAP PM

MALAYSIA

AMIN

KHALAS