Rabu, 9 Julai 2025
JIKA PERANG BERTERUSAN 1 MINGGU ISRAEL HANCUR
JIKA PERANG
BERTERUSAN
SATU MINGGU LAGI
ISRAEL
AKAN HANCUR
AMIN
KERANA ITU
NETANYAHU MINTA
TRUMP UMUM
GENCATAN SENJATA
KHALAS
MCA SOKONG LAWAN MA DA FA KA -
Pemuda MCA Petaling Jaya sokong perarakan peguam
Pemuda MCA Petaling Jaya menyokong penuh cadangan Malaysia Peguam Malaysia yang akan berarak pada 14 Julai nanti bagi menzahirkan tuntutan mereka terhadap kebebasan badan kehakiman.
Ketuanya, Andy Teoh Tuck Wah, berkata dia juga turut menyokong saranan sembilan ahli parlimen PKR - diketuai Rafizi Ramli - agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti isu pelantikan hakim.
Katanya, badan kehakiman perlu bebas daripada sebarang tekanan atau campur tangan.
"Sebagai seorang peguam yang masih menjalankan amalan guaman, ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat, dan Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, saya tanpa ragu-ragu yakin kebebasan kehakiman mesti dikekalkan — baik dari segi substansi mahupun persepsi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Majlis Peguam Malaysia memberitahu mereka akan mengadakan perarakan aman pada 14 Julai ini dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi menyerahkan memorandum menuntut tindakan segera bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman negara.
Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab, berkata Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman itu adalah manifestasi kebimbangan semakin serius terhadap kekosongan jawatan utama kehakiman, kelewatan pelantikan, serta dakwaan gangguan dalam urusan pelantikan dan keputusan kehakiman.
“Institusi kehakiman mesti dipertahankan. Perarakan ini bukan sekadar simbolik, ia menunjukkan iltizam Majlis Peguam Malaysia terhadap integriti dan kebebasan kehakiman,” katanya.
Rafizi pula pada hari yang sama dalam satu sidang media bersama lapan ahli parlimen PKR lain menuntut penubuhan RCI untuk menyiasat dakwaan baru-baru ini yang dikaitkan dengan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Tak kira gabungan mana
Rafizi bagaimanapun menafikan dia cuba untuk mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan dalam pelantikan tersebut.
Perkembangan itu berlaku selepas pemangku Ketua Hakim Negara Hasnah Mohammed Hashim memanggil mesyuarat tergempar JAC pada 4 Julai lalu ekoran persaraan mandatori penyandang jawatan tersebut, Tengku Maimun Tuan Mat, dan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim.
Teoh berkata, keputusan tidak melanjutkan tempoh jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan serta kontroversi JAC menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan pengamal undang-undang dan orang ramai.
Justeru, katanya Pemuda MCA Petaling Jaya memuji usaha Majlis Peguam Malaysia mahu memelihara integriti mahkamah bagi memastikan mekanisme semak dan imbang kekal utuh.
"Pemuda MCA konsisten dengan pendirian kami—tidak kira gabungan mana yang berkuasa, kami akan sentiasa mempertahankan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.
"Badan kehakiman mesti dilindungi daripada sebarang bentuk campur tangan," katanya lagi.
Menurut Teoh, seruan supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu pelantikan hakim adalah tepat pada masanya kerana badan itu nanti bukan sekadar menyiasat, namun boleh mengemukakan syor berkaitan.
SENIN 14 JULAI
PUTRA JAYA
TURUN TURUN
TURUN
AMIN
PERKAMBANGAN
AMAT BAIK
AMIN
MAKIN RAMAI
AKAN TURUN
LAWAN
MA DA FA KA
AMIN
KHALAS
SABTU 26 JULAI 2025 JAM 2 PETANG - LU BERADA DIMANA ?
SABTU 26/7/2025
JAM 2 PETANG
LU BERADA
DIMANA?
AMIN
Manbelangkas commented on
"SABTU 26 JULAI
LAWAN MADAFAKA"
Madafaka penghancur politik Malaya..penghancur ekonomi negara..penghancur sistem hakim negara. Penghancur kebebasan bersuara..penghancur keamanan...semoga penghancur ini menjadi hancur..aamo
ZAFRUL TAK CIUM BONTOT TRUMP
Tarif AS: Tengku Zafrul akui rundingan rumit tapi tak gagal
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) mengakui rundingan kadar tarif dengan Amerika Syarikat (AS) sememangnya rumit.
“Rundingan sememangnya rumit dan tentu sekali memerlukan sedikit pengorbanan,” kata menterinya Tengku Zafrul Abdul Aziz.
“Namun matlamat kami tetap jelas untuk memastikan akses pasaran eksport kita, memodenkan ekonomi kita dan melindungi mata pencarian Malaysia untuk jangka waktu panjang.
Katanya, dalam tempoh itu Miti melaksanakan sesi terlibat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk mendapatkan maklum balas dan persetujuan mereka.
Sesi itu melibatkan pelbagai perkara termasuk produk perindustrian, produk pertanian dan perdagangan digital.
Zafrul berkata demikian dalam sidang media khas berkenaan kadar tarif balas terkini yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.
AS mengenakan tarif lebih tinggi 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.
Angka itu satu peratus lebih tinggi berbanding tarif yang diumumkan pada April.
Bagaimanapun, Zafrul menegaskan bahawa rundingan berhubung tarif timbal balas sebanyak 25 peratus yang dikenakan AS tidak boleh dianggap gagal.
Menurutnya proses perbincangan dan libat urus masih berjalan secara konstruktif.
Katanya, ia juga bukan berkaitan kegagalan rundingan atau krisis yang dihadapi Malaysia mahupun dunia, tetapi merupakan sebahagian daripada dinamika perdagangan global semasa.
“Dalam semua rundingan, mesyuarat dan platform antarabangsa, Malaysia terus menyuarakan sokongan terhadap prinsip multilateralisme dan sistem perdagangan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai teras utama,” katanya.
Dalam masa sama, Tengku Zafrul menyatakan keyakinan bahawa rundingan perdagangan yang sedang berlangsung masih berada di landasan yang positif.
Jelasnya, dia turut mengakui beberapa isu kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.
“Jika diberi pilihan 50-50, saya lebih cenderung kepada lebih 50 peratus kemungkinan untuk kita mencapai kesepakatan," katanya.
WOIT
PASAI APA
AWAL 24%
KINI NAIK JADI
25 %
KAH KAH KAH
TRUMP KATA
KISS MY ARSE
KAH KAH KAH
TAPI TRUMP
TAK JAMBU
KALAU JAMBU
MADAFAKA PASTI
MAHU
KAH KAH KAH
KHALAS
KES INI WAJIB JADI ILMU KAJIAN UNIVERSITI
Penganggur mengaku tak bersalah bunuh ibu bapa, anak saudara
MUAR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu, bapa dan anak saudaranya di Pagoh, Ogos lalu.
Azman Mohamed Nor, 48, membuat pengakuan tersebut itu ketika prosiding sebutan pertama kali di hadapan Hakim Suria Kumar DJ Paul dan minta dibicarakan.
Tertuduh yang berkerusi roda akibat penyakit saraf dialaminya hadir hari ini dalam keadaan tubuh badannya susut berbanding prosiding sebelumnya.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia yang masih bujang didakwa membunuh ibu bapanya, Ara Abd Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak anak saudara Noradriana Nor Hasyim, 11.
Perbuatan itu dilakukan antara pukul 1 hingga 3 pagi di sebuah rumah di Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, Pagoh pada 9 Ogos tahun lalu.
Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dikenakan hukuman mati.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie manakala Azman tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan tiga izin kepada mahkamah bagi setiap mangsa dalam kes pembunuhan ini.
Pada prosiding itu juga, Nur Aqiilah memberitahu mahkamah agar menetap suatu tarikh baharu bagi pengurusan kes memandangkan beberapa dokumen termasuk gambar tempat kejadian yang belum lengkap sepenuhnya.
Mahkamah menetapkan 27 Ogos ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.
Azman yang kini sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun dan denda RM5,000 atas pertuduhan mencederakan seorang lagi anak saudaranya.
Dalam tragedi menghayat hati, Ara dan Mohamed Nor ditemui rentung dalam rumah pusaka manakala Noradriana meninggal dunia akibat kecederaan parah di muka selepas dipukul dengan objek keras.
Kematian tiga beranak itu pada yang awalnya disiasat sebagai mati mengejut kemudiannya menjadi kes bunuh susulan penemuan beberapa kesan kecederaan terhadap mangsa.-
KES SEPERTI INI
WAJIB JADI
BAHAN KAJIAN
ILMU DI UNIVERSITI
AMIN
SEBAB MUSAB
LATAR BELAKANG
INI BAHAN ILMU
UNTUK KITA
MEMAHAMI APA
YANG SEDANG
BERLAKU DALAM
MASYARAKAT
MELAYU
AMIN
KHALAS
TRUMP TERUS MENYERANG
Tujuh negara akan kena tindakan perdagangan, kata Trump
Amerika Syarikat Donald Trump berkata pentadbirannya akan mengumumkan tindakan perdagangan melibatkan sekurang-kurangnya tujuh negara pada awal pagi Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Kami akan mengumumkan sekurang-kurangnya tujuh negara yang terjejas berkaitan perdagangan, esok pagi, dengan beberapa lagi negara akan diumumkan pada sebelah petang,” katanya pada Selasa menerusi platform Truth Social miliknya.
“Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!” tambahnya.
Trump bagaimanapun tidak menjelaskan negara mana yang akan terjejas dengan tindakan itu.- Bernama-Anadolu
KAH KAH KAH
TERIMA KASIH
TRUMP
AMIN
TERUSKAN LAGI
SERANG HINGGA
KAPITALIS MASUK
KUBUR
KHALAS
SALAH GUNA KUASA & RASUAH KINI BUDAYA
SALAH GUNA
KUASA & RASUAH
KINI BUDAYA
KHALAS
Unknown commented on
"HAPUSKAN PTPTN"
Slogan ucapan takbir memang modal orang politik kita, jumpa stokin heboh satu negara, jumpa tin sardin heboh satu kampung, kotak Madani sampai kalau ada Hari Raya, jadi apa nak susah, Jelajah Madani nak bagi diskaun itupun sapu jual dekat kedai nasi kandar, kah kah kah kah
orang kita berbaris kena tunjuk IC, kena tunjuk surat beranak, kena tunjuk bukti kelahiran asal usul kah kah kah mamu masuk angkut semua balik kedai senang walaupun tak ada passport, pernah nampak bukan tuduh menuduh sebarang, tapi itulah hakikatnya selalu berlaku kalau bagi orang-orang kita pegang kah kah kah
MADAFAKA MAT MOHONG
MADAFAKA BAWA
BERBILION?
KAH KAH KAH
MOHONG KAGI
AMIN
Unknown commented on
"JEPUN KENA 25%
TARIF DARI TRUMP"
Kenapa Trump buat begitu? Apa sebab? Apa musabab? Kita ini selalunya pertikai segala tanpa usul periksa? China mempunyai penduduk paling tinggi dunia tetapi sedekah 100 juta kepada WHO, Amerika pula sedekah 500 juta, sama juga dalam semua bidang, maka Trump rasa tidak adil, semuanya mencari keuntungan di Amerika tetapi Amerika sendiri paling ramai daif papa kedana tiada rumah merempat atas jalan menumpang makan minum percuma,
pendatang haram terlalu ramai sampai tuan rumah sesak nafas, jadi bagi setengah orang yang berakal pasti rasa tidak adil, sama juga di negara ini, pencuri perompak dibebaskan tambah free loader begitu ramai ditanggung rakyat, hutang sebagai semuanya jatuh atas kepala, manakala yang kaya raya tidak lepaskan sedikit pun kemudahan kah kah kah
hanyalah seorang PMX tidak mengambil gaji bulanan, tetapi perbelanjaan sampai berjuta-juta berjalan sini sana, jumpa PMX saja pelaburan masuk beribu billion, semuanya lemah melihat karektor PMX, sampai sanggup mesyuarat tepi lift, belakang rumah berjalan pantas laju sini sana, cergas jadi semuanya mata kabur kah kah kah
tapi setakat ini berbillion masuk tapi harga naik, elektrik naik cukai naik semua naik anak beranak sendiri naik juga semuanya musibah negara kah kah kah satu keluarga penuh menguruskan hal negara, betapa untungnya negara ini amin, jadi jangan hasad dengki macam perangai ketuanan kah kah kah
HANTAR TENTERA BANTU GAZA
Lebih 700,000 orang hilang tempat tinggal di Gaza sejak Mac - PBB
HAMILTON, Kanada: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyuarakan kebimbangan berhubung pemindahan besar-besaran secara paksa yang berterusan di Semenanjung Gaza dan memberi amaran bahawa lebih 700,000 orang telah kehilangan tempat tinggal sejak gencatan senjata tamat pada Mac, susulan operasi ketenteraan Israel yang berterusan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Semalam, pihak berkuasa Israel mengeluarkan satu lagi arahan pemindahan paksa bagi sebahagian kawasan Khan Younis untuk kali kedua dalam tempoh dua hari. Rakan sekerja kami menganggarkan lebih 50,000 orang berada di kawasan yang dijadualkan untuk dipindahkan," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric pada sidang media.
"Kami mengingatkan anda bahawa sejak gencatan senjata berakhir pada Mac, lebih 700,000 manusia telah kehilangan tempat tinggal di Gaza, ramai antara mereka kehilangan tempat tinggal lebih daripada sekali dan mereka tiada tempat selamat untuk dituju," katanya.
Dujarric berkata rakyat Palestin "dilaporkan terbunuh pada hujung minggu lalu ketika cuba mendapatkan makanan", selain memaklumkan hospital kini "sesak" dengan pesakit yang cedera ketika mencari bantuan.
"Kami sekali lagi dengan jelas mengutuk pembunuhan semua orang awam," katanya, sambil merujuk laporan terbaharu Program Makanan Sedunia yang menyatakan "satu daripada setiap tiga orang di Gaza tidak makan selama beberapa hari, menyebabkan lebih ramai berisiko kebuluran."
Beliau turut menggesa Israel membuka semua lintasan bagi memudahkan pengagihan bantuan di wilayah itu, sambil menekankan bahawa "untuk bulan keempat berturut-turut, pihak berkuasa Israel tidak membenarkan sebarang bekalan bahan api memasuki Gaza."
"Bahan api adalah "nadi kehidupan" di Gaza dan pihak berkuasa Israel mesti membenarkan bekalan ini masuk tanpa sebarang kelewatan lagi," katanya, sambil memberi amaran bahawa "Gaza boleh mengalami gangguan internet dalam masa terdekat akibat kekurangan bahan api."
Beliau turut melaporkan bahawa tiga daripada lapan percubaan penyelarasan bantuan kemanusiaan telah ditolak Israel pada Ahad, sekali gus menghalang operasi kritikal.








