Khamis, 17 Julai 2025

PANDANGAN TEPAT UNTUK RAFIZI


'Rafizi tarik sokong Anwar di parlimen lagi berkesan banding demo PAS'
Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi hari ini memperlekehkan keberkesanan perhimpunan jalanan mendesak pengunduran Perdana Menteri Anwar Ibrahim anjuran PAS.

Pada masa sama, Puad juga seakan menyasarkan bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, dengan berkata penarikan sokongan ahli parlimen parti itu terhadap Anwar akan membawa kesan yang lebih besar.

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu menyifatkan demonstrasi jalanan sebagai "candu" kepada PAS, dan mencadangkan bahawa tindakan tersebut tidak memberi sebarang kesan sebenar.

"PAS menjangkakan 300,000 orang akan menghadiri demonstrasi Turun Anwar” pada 26 Julai ini.

“Saya yakin ia boleh dicapai kerana demonstrasi adalah “candu” kepada orang PAS. Mereka suka berdemonstrasi.

"Lagipun ahli PAS fanatik dan taksub kepada arahan parti. Setakat 300,000 hanyalah “kacang” kepada PAS. Tetapi apakah objektif “Turun Anwar” boleh tercapai? Sudah tentu tidak.

Adalah lebih berkesan jika Rafizi dan geng 10 tarik sokongan terhadap Anwar. Impaknya lebih besar jika mereka bawa usul undi percaya di parlimen berbanding demonstrasi 300,000 orang ahli PAS.

Katanya, ini kerana PAS sendiri tidak akan berani membawa usul undi tidak percaya ke Parlimen, dan sekiranya mereka berbuat demikian sekali pun, Umno tidak akan menyokongnya.

“Umno sudah pasti tidak akan menyokongnya. Umno komited mempertahankan kerajaan sedia ada demi rakyat dan kestabilan negara.

"Justeru demonstrasi “Turun Anwar” 26 Julai ini hanya tunjuk kekuatan PAS. Impaknya kecil apatah lagi jika tiada penyertaan civil society yang menyeluruh,” kata Puad lagi.

Himpunan Turun Anwar dijadualkan berlangsung pada 26 Julai di Kuala Lumpur.

Pada Isnin lalu, Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilaporkan berkata gabungan pembangkang kini menyasarkan kehadiran seramai 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu, meningkat daripada sasaran asal seramai 50,000 orang.

Peningkatan sasaran tersebut dikatakan dibuat berdasarkan maklum balas daripada ahli parti dalam gabungan dan orang awam yang telah menyatakan komitmen mereka untuk hadir.

Pada 15 Julai, Bahagian PKR Putrajaya telah membuat laporan polis terhadap perhimpunan yang dirancang itu. Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Bahagian, Sharif Jeev Abdullah, bersama beberapa ahli bahagian lain

TEAPAT LAGI

BENAR

AMIN

BAKAL PM RAFIZI

WAJIB AMBIL

LANGKAH YANG

TEPAT

AMIN

TARIK SOKONGAN

DAN RUNTUHKAN

KERAJAAN

 MADANON

KHALAS

APA KATA PENYOKONG TEGAR ANWAR ?


APA KATA 

PENYOKONG TEGAR

ANWAR IBRAHIM

AMIN

BERPULUH JAWATAN HAKIM KOSONG



Lebih 30 bangku kosong hakim ancam proses keadilan di sebalik skandal kehakiman


Lebih 30 jawatan hakim kanan masih belum diisi dan dibimbangi mengancam kecekapan sistem keadilan Malaysia di mana mahkamah seluruh negara terpaksa menangguhkan perbicaraan selama bertahun-tahun, ketika kemarahan memuncak berhubung dakwaan campur tangan urusan kehakiman oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

MalaysiaNow difahamkan sekurang-kurangnya 30 bangku hakim merangkumi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi kekal kosong.

Ia merupakan tambahan kepada kontroversi yang menyelubungi pelantikan tetap Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, yang kini diburukkan lagi dengan kebocoran sebuah dokumen rasmi yang menurut pengkritik mengesahkan perdana menteri cuba mengatur pengisian jawatan hakim tertinggi negara.

Antara 30 jawatan kosong itu termasuk untuk 24 hakim di Mahkamah Tinggi, tiga di Mahkamah Rayuan dan dua di Mahkamah Persekutuan.

Sumber yang biasa dengan proses pelantikan hakim berkata walaupun jawatan-jawatan tersebut "sudah kosong untuk sekian lama", proses untuk mengisinya kini "menjadi semakin rumit".

"Lebih-lebih lagi apabila wujud persepsi umum bahawa syor JAC tidak diendahkan,” kata sumber itu, merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), badan yang menasihati kerajaan mengenai pelantikan hakim kanan.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah menolak syor oleh JAC dan bekas ketua hakim negara Tengku Maimun Tuan Mat berkenaan calon yang akan menggantikannya sebagai ketua hakim, di samping seorang Hakim Besar Malaya yang baharu.

Ia susulan persaraan Tengku Maimun sebagai ketua hakim dan Abang Iskandar Abang Hashim sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Dengan ketiadaan pengganti tetap, kedua-dua jawatan itu kini dipangku oleh dua hakim. Mereka ialah Hakim Besar Malaya, Hasnah Hashim yang dilantik sebagai pemangku ketua hakim negara, manakala hakim Mahkamah Persekutuan Zabariah Yusof dilantik pemangku presiden Mahkamah Rayuan selepas kedua-duanya diberikan lanjutan tempoh khidmat selama enam bulan apabila mencapai umur persaraan wajib tahun ini.

Kegagalan Anwar menamakan jawatan hakim tertinggi mencetuskan kritikan pelbagai pihak mengenai cara beliau mengendalikan kuasa perlembagaannya dalam pelantikan hakim kanan, meskipun kebebasan badan kehakiman menjari antara slogan utama beliau sepanjang dua dekad menjadi pembangkang.


Sebelum ini, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, peguam negara pertama yang dilantik Anwar sejak mengambil alih kuasa, dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, walaupun namanya bukan dalam senarai yang disyorkan Tengku Maimun kepada perdana menteri.

Bulan lalu, MalaysiaNow melaporkan bahawa Terrirudin merupakan salah seorang daripada dua hakim yang berpeluang menjadi Hakim Besar Malaya, jawatan yang dilihat menjadi batu loncatan kepada jawatan Ketua Hakim Negara.

Memetik sumber, laporan itu berkata selain Terrirudin, rakan sejawatnya di Mahkamah Persekutuan, Vazeer Alam Mydin Meera, yang dianggap lebih berpengalaman, turut disenarai pendek sebagai calon Hakim Besar Malaya.

Isu itu sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai kuasa perdana menteri dalam melantik hakim kanan, sesuatu yang pernah dibangkitkan raja-raja Melayu beberapa hari selepas Anwar dinamakan sebagai perdana menteri.

Pada November 2022,  Majlis Raja-Raja menyuarakan kebimbangan mengenai kuasa luas yang ada pada perdana menteri dalam pelantikan hakim, dan mencadangkan perdana menteri tidak lagi diberikan kuasa melantik lima wakil dalam JAC.

Empat daripada sembilan anggota JAC adalah hakim kanan, manakala lima lagi adalah lantikan perdana menteri.

Pelantikan Terrirudin daripada seorang peguam negara kepada hakim Mahkamah Persekutuan dalam masa yang singkat,  di samping permohonan kekebalan oleh Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam berdepan saman serangan seksual oleh seorang pemuda berusia 33 tahun, telah menyemarakkan lagi kontroversi kehakiman ini.

Kebocoran minit mesyuarat JAC yang diadakan pada Mei lalu untuk memilih Hakim Besar Malaya yang baharu - iaitu sama ada Terrirudin atau Vazeer - telah mengesahkan krisis dalam badan kehakiman, yang disifatkan oleh kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) sebagai "ibu kepada semua skandal kehakiman".

"Ia sudah tidak boleh disorokkan lagi; semuanya sudah terdedah, dan orang ramai sudah melihatnya. Akibatnya, keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman akan menjunam," kata pengasas bersama LFL dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya, yang turut menggesa perlembagaan dipinda bagi menghapuskan sama sekali kuasa perdana menteri dalam pelantikan hakim.

NAMPAKNYA

MAKIN JELAS

LEMBAGA 

KEHAKIMAN JADI

KACAU

AMIN

KALAU KERJA

HAKIM KOSONG

MAKA BANYAK

KES TAK SELESAI

AMIN

OKU KENA  LAMA

TAHAN REMAN

AMIN

PEGUAM TAKDA

KERJA

AMIN

ROSAK ROSAK

BILA MADANON

JADI KERAJAAN

AMIN

DEMO ITU BUDAYA KITA


UMNO LAHIR

DENGAN DEMO

PKR LAHIR 

DENGAN DEMO

AMIN

DEMO BUDAYA KITA

KHALAS

OPERASI DBKL


OPERASI DBKL

AMIN


Unknown commented on 
"MELAYU MULA 
BANGUN MELAWAN"

DBKL datang semua pakai tutup muka ni apasal....macam penyamun...jeng..jeng.jeng.Atau takut muka kena cam ke?????

MUHYIDIN & HAMZAH TURUN DEMO ?



KITA TENGOK

MUHYIDIN & HAMZAH

TURUN DEMO

ATAU TIDAK 

AMIN 

MEREKA BELUM 

PERNAH TURUN

 DEMO

AMIN


Unknown commented on 
"BERITA BAIK 
BANGUN MELAWAN"

Kah kah kah ambil peluang, masa terbaik, tunjuk masih ada pembangkang, masih wujud sekian lama entahlah ke mana, tak apa, semua ini tidak penting, tunjuk masih wujud, turun teriak berguling guling atas jalan, bagi semua nampak, betapa hebatnya kuat pembangkang semua ada telur kuat, bukan setakat pergi sini sana naik Alphard kah kah kah, 

nak salam betul nak peluk biar ikhlas nak cium tangan biar basah tangan kah kah kah jangan bersandiwara jangan berlakon bijak pandai orang tak suka kah kah kah

PAGI INI



PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 17 JULAI 2025

PETANG NANTI GUA DI ALOR STAR


TEO BENG HOCK

Pakatan Harapan menang 16 tahun dulu. Kerajaan Selangor menjadi kerajaan Pakatan.   Dalam kerajaan ini ada DAP.   Maka ini buat gerombolan hangat.

Maka YB DAP di tuduh rasuah kerana kes bendera. Entah berapa ribu nilai gua lupa. Tapi GUA RASA  cawat Rosmah lebih mahal lagi. 

Maka TEO BENG HOCK pembantu kepada YB ini di tahan, di soal siasat  KES RASUAH OLEH SPRM. Dan di dapati mati.

Di katakan MATI BUNUH diri – kah kah kah – kah kah kah.  Teo mati dalam bangunan SPRM jeng jeng jeng.

Kematian Teo jadi kempen besar DAP. Jadi Kempen besar Pakatan – Heboh heboh heboh. Nak tangkap sana. Nak tangkap sini.   INI KES BUNUH. 

BILA PAKATAN jadi  kerajaan satu habuk taraak. Maka DAP mula tidak di yakni. Madafaka memang kaki mohong.

TUP TUP Azam Baki nak selesaikan ... kah kah kah.. Minta maaf dan nak beri duit belanja... kah kah kah. Ini KES BUNUH boleh kah di selesaikan dengan MINTA MAAF... jeng jeng jeng.

MAKA keluarga BENG HOCK tolak. Ini tepat sekali. Amin.

SYRIA
Zionis Israel bom Syria.  Kerajaan Syria ini nak di jadikan kerajaan barua oleh Israel. Klim Islam tapi kerja dengan Zionis. Kini Tuan Zionis telah bom. Padan muka.

KOREA SELATAN
Penyakit Demam  Babi Afrika sudah sampai ke  Korea Selatan empat bulan dulu. 4 ladang babi telah di arah di tutup.

AMERIKA
Seketul batu meteorit dari Marikh yang besar telah di lelong. Wow ada yang beli dengan harga 18 juta ringgit.

HOKKIEN
Pagi ini kelam. Langit pucat. Matahari dilindungi awan pucat. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. 

Suara Tekukur berlagu. Dalam sawah rumput gua dengar bunyi Pipit tapi muka tak nampak. Abang Potong Rumput bekerja  - Tiong kenduri menerima rezeki.

Gua raya hari ini akan panas. Harap Hujan Rahmat sampai. Bawa sejuk.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO
Ada buku kita  hanya rasa.
Ada buku kita kunyah

Ada buku di kunyah dan di telan.

BRO
Jika lu tak nak kena kritik : Lu jangan buat apa-apa
Lu jangan cakap apa- apa
Lu tak jadi sesiapa

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BEKERJA