Ahad, 27 Julai 2025
KES AMBALAT MACAM MANA ?
Isu Pulau Batu Puteh: Kenyataan Anwar makin keruhkan keadaan – Hanipa Maidin
KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), menyifatkkan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini yang menganggap Dr Mahathir Mohamad sebagai bersalah berhubung isu Pulau Batu Puteh sebagai mengeruhkan keadaan.
“Jika keputusan untuk mendakwa belum timbul lagi atau tidak pernah timbul kerana siasatan polis belum dijalankan…mengapa YAB PMX nyatakan di dalam Parlimen yang Tun M sudah bersalah?
“Tidakkah itu menampakkan kejanggalan?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, tambahnya, jika siasatan polis pun belum dijalankan bagaimana perdana menteri begitu yakin berkata dalam Parlimen bahawa Dr. Mahathir sudah bersalah.
“Nampak sangat kenyataan YAB itu bukan sahaja tidak betul tetapi juga boleh mengelirukan DEWAN!,” ujar beliau.
Jelas Hanipa, isu tersebut melibatkan perundangan yang tidak harus diulas tanpa hujah yang konkrit.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini , isu ini melibatkan isu perundangan maka lebih elok sepatutnya YAB tidak laju sangat untuk membuat sebarang komen,” tambahnya.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan baru-baru ini membawa usul agar Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) berkaitan isu Batu Puteh.
Usul tersebut kemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, susulan kenyataannya bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir atas faktor usia beliau yang telah lanjut.
Kenyataannya itu susulan jawapan mengenai kedudukan Pulau Sulawesi yang diutarakan oleh Ronald Kiandee (Bersatu-Beluran).
Kemudian semalam Anwar dilaporkan berkata, keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Dr M berhubung isu kedaulatan Batu Puteh yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah keputusan Kabinet dan tidak melangkaui bidang kuasa Peguam Negara.
Sebaliknya jelas beliau, walaupun suruhanjaya berkenaan mengusulkan supaya laporan polis dibuat dan tindakan diambil terhadap Dr Mahathir, keputusan akhir adalah berdasarkan pertimbangan Kabinet.-
BAGAIMANA
DENGAN KES
AMABALAT ?
JENG JENG JENG
SABAH MAKIN
MARAH
JENG JENG JENG
AMIN
ANWAR CAKAP BENAR
Himpunan `Turun Anwar’ semai sentimen politik kebencian – Perdana Menteri
PUTRAJAYA – Anwar Ibrahim menyifatkan `Himpunan Turun Anwar’ anjuran pembangkang di sekitar Dataran Merdeka semalam merupakan usaha untuk menyemai sentimen politik kebencian dalam kalangan masyarakat.
Anwar berkata, beliau sudah menilai isu-isu yang dikemukakan namun tiada perkara berbangkit seperti ekonomi, pendidikan, perpaduan dan kestabilan negara, diketengahkan.
Ujar Anwar , kerajaan harus memberi penjelasan kerana dalam temubual yang disiarkan, ramai yang mempertikaikan harga minyak naik, walhal minyak turun.
“Ini hanya sentimen politik, kebencian dan tidak ikut fakta. Rakyat boleh menilai dan jika ada kelemahan, kita perbaiki. Saya tidak katakan apa yang dilakukan itu sempurna,” ujar beliau.
ANWAR CAKAP
BETUL LAGI
BENAR
AMIN
MEMANG KITA
HASUT ORANG
RAMAI
TURUN BERDEMO
UNTUK
BENCI PADA
MADANI
AMIN
INI MEMANG
TUJUAN DEMO
LAWAN MADAFAKA
KAH KAH KAH
KHALAS
JANGAN SEBAR FITNAH
MUSTAHIL !!!
15 TAN BUKAN
SAMPAI PENDEMO
AMIN
KAMI TURUN TAK
SAMPAI 10000
MUSTAHIL SAMPAH
SAMPAI 15 TAN
AMIN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KHALAS
Manbelangkas commented on
"RAKYAT BANGUN
LAWAN MADAFAKA"
Ko Meng ckp peserta perhimpunan tinggal sampah 15 tan...lu tak turun lu mana tau..jgn fitnah...perhimpunan paling bersih ..unit amal buat kerja...ku sejak joint UMNO dah jadi kaki fitnah...musibat betul la
POKOK JADI KIPAS
Program penanaman bakau perlu penyelarasan pihak berkuasa
HARI Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa disambut setiap tahun pada 26 Julai sejak diisytiharkan oleh UNESCO pada 6 November 2015. Sambutan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global tentang kepentingan ekosistem hutan bakau kepada alam semula jadi dan manusia.
Pokok bakau berperanan dalam melindungi kawasan pantai daripada bencana ribut dan ombak termasuk tsunami, sebagai habitat penting bagi hidupan laut, tempat asuhan hidupan laut, ekonomi penduduk tempatan dan sebagai penyerap karbon penting.
Isu hutan bakau di Malaysia telah mendapat perhatian ramai kerana kepentingannya kepada masyarakat tempatan, keselamatan daripada ombak dan kempen besar-besaran di peringkat global. Melindungi hutan bakau adalah untuk masa depan komuniti.
Bencana tsunami pada tahun 2004 akibat daripada gempa bumi di Lautan Hindi yang telah mengorbankan lebih 230,000 nyawa di 14 negara telah mengajar manusia tentang pentingnya benteng semula jadi hutan bakau yang mempunyai akar dan struktur pokoknya yang kuat.
Pengurangan hutan bakau global secara berterusan membimbangkan dunia, tambahan lagi apabila seluruh dunia bercakap tentang kesihatan planet, perubahan iklim, simpanan karbon dan hakisan pantai yang berlaku dengan cepat.
Di Malaysia, hutan bakau berkurang sebanyak 50 peratus sejak merdeka. Pembangunan pantai dan perbandaran, aktiviti akuakultur dan industri serta pelancongan menggangu kawasan pantai dan hutan bakau sebagai habitat semula jadi.
Kehilangan hutan bakau boleh menyebabkan kepupusan kepelbagaian biologi marin dan menjejas sumber perikanan dan pendapatan nelayan. Populasi hidupan liar yang unik seperti belangkas dan penyu akan terjejas apabila keadaan pantai yang terhakis tidak dilindungi.
Pengesanan cepat kehilangan hutan bakau sangat penting dengan menggunakan teknologi terkini penderiaan jauh untuk tindakan segera seperti penguatkuasaan undang-undang dan merancang program pemulihan ekosistem hutan bakau.
Program pemulihan hutan bakau terosot aktif melibatkan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan sukarelawan korporat. Pada tahun 2005-2017 mencatatkan kejayaan dengan penanaman hampir 7 juta pokok bakau di persisiran pantai seluruh negara.
Program penanaman pokok bakau memerlukan penyelarasan oleh pihak berkuasa. Pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia perlu mengenal pasti kawasan yang sesuai dan berkepentingan untuk di tanam dengan anak pokok bakau. Keadaan tempat, spesies dan kaedah yang sesuai perlu ditentukan untuk memastikan kelangsungan hidup anak bakau.
Peningkatan minat dan penglibatan pihak NGO, korporat serta pelajar sekolah dalam penanaman pokok bakau perlu dipandu oleh pihak berkuasa dengan kerjasama pakar penyelidik. Lebih kurang 20-30 peratus sahaja anak bakau yang ditanam terus hidup, dan ini mesti ditingkatkan.
Dengan komitmen kerajaan untuk mengekalkan 50 peratus kawasan tanah diliputi hutan selaras dengan komitmen Sidang Kemuncak Bumi 1992, program pemulihan hutan bakau juga mesti diselaraskan dan dipantau dengan berkesan.
Kempen penanaman pokok bakau tidak boleh bersifat simbolik sahaja dan amalan “tanam dan tinggal”. Anggapkan aktiviti penanaman bakau bertujuan pemulihan habitat terosot sebenar. Maka aktiviti ini mesti dirancang dengan baik, dipantau dan diselenggara oleh pihak berkuasa, NGO dan sukarelawan berdekatan dengan tapak program.
Kawasan penting seperti hutan bakau di Merbok, muara Sungai Muda, Pantai Teluk Air Tawar Seberang Perai, Kuala Gula-Matang, Perak, pantai Selangor dan Johor, antara yang perlu diberikan perhatian. Lebih banyak kajian perlu dilakukan berkaitan ekosistem hutan bakau berkenaan.
Kawasan hutan bakau dengan pantai berlumpur yang landai menjadi tempat penting burung hijrah singgah. Ada diantara kawasan ini diiktiraf sebagai “Important Bird and Biodiversity Area (IBA)” yang juga sebagai tempat singgah burung hijrah dari Mongolia, China, Rusia, Korea dan Jepun.
Kawasan hutan bakau juga habitat penting bagi haiwan vetebrata lain seperti kera, lotong, memerang, musang, biawak, ular, burung dan kelawar. Semua haiwan ini mempunyai peranan masing-masing dalam pemuliharaan ekosistem hutan bakau.
Untuk kepentingan kepelbagaian biologi, program penanaman pokok bakau mesti lebih sistematik. Kajian berkaitan ekosistem perlu ditiingkatkan melibatkan institusi berkaitan. Kajian bekaitan spesies utama bakau seperti Rhizophora, Avicennia, Sonneratia, dan peranan mereka dalam ekosistem bakau, masih lagi berkurangan dan memerlukan perhatian segera
SAMA SAMA
KITA JAGA
ALAM SEKITAR
AMIN
DUNIA MAKIN
PANAS
POKOK JADI KIBAS
KHALAS
BERAPA LAMA PEGAWAI PDRM INI AKAN DI KLIA?
BERAPA LAMA
PEGAWAI PDRM
YANG JUJUR INI
BOLEH BERTUGAS
DI KLIA?
AMIN
SIAM SUKA LUASKAN WILAYAH
Konflik Thailand-Kemboja: Thailand gesa media asing siar laporan tepat
BANGKOK: Thailand menggesa media asing menyemak ketepatan imej dan maklumat berkaitan ketegangan sempadan yang sedang memuncak, sambil memberi amaran bahawa laporan tidak tepat atau mengelirukan boleh memburukkan lagi keadaan yang sememangnya genting.
Jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap, berkata beberapa organisasi berita antarabangsa telah menyiarkan laporan mengandungi fakta tidak tepat dan kapsyen gambar yang salah ketika pertempuran di sempadan memasuki hari ketiga berturut-turut.
Beliau memberi amaran bahawa laporan tidak lengkap atau di luar konteks boleh mencetuskan salah faham antarabangsa yang serius.
"Kerajaan Thailand bersedia memberikan maklumat secara terbuka dan berdasarkan fakta, dengan menghormati sepenuhnya peranan media dalam menyampaikan kebenaran kepada masyarakat dunia.
"Jika terdapat kekeliruan atau perkara yang tidak jelas, pihak media digalakkan menghubungi sama ada Kementerian Luar Thailand atau Pasukan Petugas Pentadbiran Situasi Sempadan Thai-Kemboja (TCB-SAT)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Thailand dan Kemboja terbabit pertikaian diplomatik sejak 28 Mei lalu susulan insiden tembak-menembak antara anggota tentera kedua-dua negara di kawasan sempadan berhampiran Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu telah lama dalam pertikaian kawasan sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditanda sempadan rasmi, dan sering menjadi punca ketegangan dan mengeruhkan hubungan diplomatik.
SIAM SUKA
LUASKAN
WILAYAH
AMBIL TANAH
NEGARA LAIN
AMIN
MEDIA LUAR
NEGARA LAPOR
BERITA INI
SIAM JADI MARAH
KAH KAH KAH
KHALAS
PEGAWAI JUJUR
PEGAWAI PDRM
JUJUR SELALU
KENA TUKAR
KENA BEKU
KHALAS
Unknown commented on
"CONTOH PEMIMPIN
JUJUR BEKERJA"
Mr Suhaili ini bawa krew tv bersama selalu kah? Kalah pelakon drama dewasa kini kah kah kah tetapi gaya ada handsome berlakon bijak skripnya petah berhujah lakonan mantap kah kah kah
SAPA MAMAT INI ?
SAPA MAMAT
INI ?
Unknown commented on
"MENGENAL MUSUH"
Tahniah kepada datuk seri el salvado setiausaha politik dahulu, semua dapat akhirnya kepada setiausaha, pandai mengatur langkah apabila Boss masuk tempat kah kah kah, lihat balik rekod, lihat balik semua pasti ada rekod tetapi apabila berada di landasan yang berkuasa semua diputihkan manakala orang biasa dinayakan dengan modal kah kah kah inilah kejayaan orang kita yang syumul amin kah kah kah
ALJAZEERA BUAT KACAU - BOCOR BERITA
ALJAZEERA
BUAT KACAU
BAGI DUNIA TAHU
SAPA MADAFAKA
KAH KAH KAH
KHALAS
RAKYAT BANGUN LAWAN MADAFAKA
Muhyiddin: Kini suara keramat rakyat mahu kamu turun, Anwar
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa suatu ketika dahulu dia pernah menyatakan bahawa suara rakyat adalah ‘suara keramat’.
Dalam satu hantaran Facebook, Muhyiddin meminta Anwar akur kehendak rakyat yang mahukan dia berundur, susulan himpunan “Turun Anwar” yang berlangsung di ibu negara semalam.
"Dulu kamu kata suara rakyat, suara keramat. Kini suara keramat rakyat sedang bergema di gegendang telinga kamu. Dengar suara rakyat baik-baik. Rakyat mahu kamu turun!
"Jangan berbohong kepada rakyat. Jangan zalim kepada rakyat. Jangan pandang enteng suara rakyat," katanya.
Dalam pada itu Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada orang ramai yang menggunakan hak kebebasan untuk berhimpun dan mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang memastikan perhimpunan itu berjalan lancar.
"Tahniah kepada Pemuda PN, badan-badan bukan kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini yang telah berjaya menghimpunkan lautan manusia dan mengurus acara dengan teratur walaupun banyak cabarannya.
"Terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan, Briged Armada, Jabatan Amal Malaysia dan semua pihak yang terlibat menjaga keselamatan para peserta himpunan.
“Alhamdulillah, keadaan terkawal dan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Urimai, P Ramasamy dalam satu kenyataan menyifatkan himpunan itu sebagai “satu kejayaan besar,” dan mendakwa ia “seumpama lautan manusia.”
Malaysiakini menganggarkan kehadiran sekitar 25,000 orang menyertai perhimpunann itu, manakala penganjur pula mendakwa ia mencecah angka setengah juta orang.
Pun begitu, Ramasamy menganggarkan jumlah peserta antara 150,000 hingga 200,000 orang.
“Ada pemimpin pembangkang mungkin membesar-besarkan jumlah kehadiran pada waktu petang, tetapi angka yang hadir membuktikan tanpa ragu bahawa himpunan itu benar-benar mahu Anwar melepaskan jawatan.
“Ia ibarat pepatah: Anwar kini merasa sendiri ‘ubat’ yang dahulu pernah diberinya ketika memimpin gerakan reformasi semasa beliau di pihak pembangkang,” katanya.
Ramasamy berkata, walaupun majoriti peserta yang hadir adalah orang Melayu dari pelbagai negeri, kehadiran kaum Cina dan India juga sangat ketara.
“Gerakan membawa peserta Cina, manakala Urimai dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) membawa peserta India. Penyokong Urimai dari Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan berarak bersama dari Kuil Hindu Dewi Sri Pathrakaliamman, Masjid India, menuju ke Sogo.
“Urimai memang sengaja memilih kuil itu sebagai titik mula,” katanya merujuk kepada kuil di Masjid India yang sebelum ini menjadi tumpuan dalam isu pemindahan kontroversi pada Mac lalu.
SAH RAKYAT
SUDAH BANGUN
LAWAN MADAFAKA
AMIN
SAH TAK
TURUN JALAN RAYA
TAK MENANG
PILIHAN RAYA
AMIN
SAH MADAFAKA
MUSUH UTAMA
RAKYAT
KHALAS
SIAM SUKA LUASKAN SEMPADAN
Pertempuran Thailand-Kemboja berlanjutan, masuk hari ketiga walaupun ada gesaan gencatan senjata
SISAKET, THAILAND: Pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja masuk hari ketiga hari ini, namun seakan ada sinar baru apabila kedua-dua pihak meminta sokongan diplomatik, menyatakan mereka bertindak mempertahankan diri dan menyeru pihak lain untuk menghentikan pertempuran serta memulakan rundingan.
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan lebih 130,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam pertempuran terburuk antara negara jiran di Asia Tenggara itu dalam tempoh 13 tahun.
Tentera laut Thailand berkata, terdapat pertempuran di wilayah pesisir pantai Trat awal hari ini, lebih 100 kilometer (km) dari titik konflik lain di sepanjang sempadan yang sekian lama dipertikaikan.
Ketegangan antara kedua-dua negara terbabit meningkat sejak Mei lalu susulan insiden berdarah yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Tentera di kedua-dua sempadan diperkuatkan di tengah-tengah krisis diplomatik besar yang membawa kerajaan pakatan Thailand yang goyah ke ambang kehancuran.
Angka kematian di Thailand kekal 19 orang hari ini, manakala jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata, berkata lima tentera dan lapan orang awam terbunuh dalam pertempuran itu.
Di daerah Kanthralak di wilayah Sisaket, Thailand, di sempadan berhampiran beberapa pertempuran, pekerja hotel, Chianuwat Thalalai, berkata bandar itu sudah dikosongkan.
"Hampir semua penduduk sudah berpindah, ia hampir sebuah bandar terbiar.
"Hotel ini masih dibuka kepada individu yang berada berhampiran dengan kawasan sempadan yang memerlukan tempat tinggal," katanya.
Duta Thailand ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cherdchai Chaivaivid memberitahu mesyuarat Majlis Keselamatan pada Jumaat, tenteranya cedera akibat periuk api yang baru ditanam di wilayah Thailand sebanyak dua kali sejak pertengahan Julai.
Tambahnya, Kemboja menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan negara itu kemudiannya melancarkan serangan pada pagi Khamis.
"Thailand menggesa Kemboja untuk menghentikan segera semua permusuhan dan tindakan pencerobohan, sekali gus menyambung semula dialog dengan niat baik," katanya kepada majlis itu dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media.
SIAM SUKA
LUASKAN
SEMPADAN
AMIN
HINNGA AMBIL
EMPAT WILAYAH
PATANI
KHALAS
BIJAK BUAT VIDEO
BIJAK BUAT
VIDEO
AMIN
Unknown commented on
"PANDAI BUAT VIDEO
BOLEH KAYA RAYA"
El Salvador sekarang terlalu kuat, nak masuk saham semua tempat, Madafaka bagi kuncu hidup sama macam kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini, keluar TikTok dapat Datuk Seri pula, apa kejayaan apa kecemerlangan terpaling hebat ?
Apa sumbangan kepada rakyat masyarakat negara negeri, kalau ada kabel elektrik semua jalan laju cepat cergas sama macam sistem negara sekarang kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 27 JULAI 2025
DEMO DAH SELESAI
TAK TURUN JALAN RAYA
TAK PENANG PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA
SEBELUM PILIHAN RAYA
PILIHAN JALAN RAYA
BUKAN HANYA PILIHAN RAYA
DEMO BERJAYA !!!
Untuk gua demo kemarin berjaya. Awalnya gua risau KERANA musim panas. Jerebu lagi - apakah ada yang nak datang.
Bila gua bergerak dari Pasar Seni – dengan anak muda mahasiswa – ok je – ada 3 ribu – gua masih risau kerana angka gua ialah 5000 - baru berjaya. Ini masih tak cukup.
Bila masuk ke DATARAN MERDEAK gua lihat dah ada orang tetapi tak ramai.. gua campur semua total hanya ada 4901 – ini tanda gagal. TAK SAMPAI LIMA RIBU - polis ada tapi mereka bukan berdemo Lalu gua jalan tepi sungai belakang bangunan Sultan Abdul Samad. Jeng jeng jeng
Gua jumpa Pak Amin dari Jitra Kedah – gua dah jumpa dia dulu semasa gua menghasut di Alor Star. Pak Amin rehat dengan tim dia - anak dan isteri ada 7 orang – mereka datang awal dengan bas – maka nak rehat sambil melihat Sungai Klang.
Tap[i masih belum jumlah hanya 4908 – alah mak tak cukup lagi. Tup tup gua terserempak dengan DR Halim – isteri dan tiga anak. Dr Halim ini jaringan gua dalam Bersih. Dia datang dari Kota Baru. Anak dan menantu duduk di KL.
Wow – campur punya campur - jumlah akhir 5004 – ham du lil – DEMO LAWAN MADA FAKA BERJAYA kah kah kah – kalau tidak malu juga kah kah kah. KHALAS
MADAFAKA AKAN TERUS DI LAWAN
Jeng jeng jeng – Madafaka akan terus dilawan tapi paling menarik dalam sorak sorak TANGKAP AZAM BAKI... DAKWA ZAHID ... ada timbul juga lauangan TANGKAP FARSHAH ... ini pendatang baru... sapa Mamat ini – kah kah kah. AMIN
IRAN
Kota Tehran kekurangan air. Empangan kering dan air bawah tanah juga kering. Hujan tak sampai. Kehidupan warga makin berat - Negara baru berperang – juga sekatan ekonomi. TAPI negara Iran ini masih bertahan.
GAZA
Zionis Israel tak akui ada masalah kebuluran. Bantuan makanan dan ubatan telah mula di benar masuk kerana dunia makin marah dengan Israel.
AMERIKA
Trump beri ingatan pada negara Eropah untuk selesai krisis Pendatang Haram di Eropah sebelum berbincang dengan Amerika hal perniagaan.
SIAM – KAMBOJA
Perang dua negara ini berterusan. Dah merebak ke 6 wilayah di Siam. Kemboja setuju untuk berunding.
AMERIKA
Trump buat panggilan talipon pada PM Siam dan PM Kemboja. Dua dua setuju nak henti perang kata Trump.
HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Matahari dah keluar. Cahaya masih muda. KL & KL Sentral berjerebu. Langit pucat putih – kelihatan juga awan putih – petanda baik.
Seekor Gagak melintas – menangis - terbang ke arah Kwantung. Dekat gaung Pokok Ara satu kumpulan Pipit melintas tapi suara salakan Warga Asal memadam semua suara unggas.
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit – makanan gua dah habis. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD
Bawa jendela ke pulau Daik
Untuk baiki rumah Cik Baka
Satu tanda yang amat baik
Ramai rakyat lawan Madafaka
Tanam delima tanam cendawan
Tabur baja di atas batas
Teruskan demo teruskan lawan
Bagi Madafaka sesak nafas
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI










