Sabtu, 16 Ogos 2025

MENTERI BURIT HIJAU


ANAK MUDA

LAUNGKAN MARAH

DALAM BURIT HIJUA

FADHLINA

AMIN

CONTOH KEPIMPINAN PDRM YANG BAIK


SOSOK

CONTOH 

KEPIMPINAN

PDRM YANG BAIK

KHALAS

KES ZARA - PANDANGAN BEKAS MENTERI UNDANG-UNDANG



Tak timbul isu ibu Zara tanda tangan dokumen tak bedah siasat

Setelah saya menulis artikel mengenai isu tragedi kematian yang melibatkan arwah adik Zara Qairina Mahathir sebanyak dua siri sebelum ini, saya tidak menyangka sama sekali ada beberapa pihak yang agak bersungguh meminta saya meneruskan penulisan tersebut dengan menyambung beberapa siri lagi.

Walaupun saya tidak mempunyai hasrat untuk menuruti hasrat mereka itu pada awalnya, namun saya rasakan mungkin elok juga untuk saya meneruskan penulisan tersebut. Moga penulisan saya ini ada manfaatnya kepada masyarakat .

Dan seperti sebelum ini saya hanya berminat untuk mengupas isu ini daripada perspektif perundangan dan keadilan sahaja.

Beberapa hari ini boleh dikatakan hampir semua media di negara ini melaporkan berita kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar S Muthuvelu yang, antara lain, mendedahkan bahawa semakan polis mendapati ibu arwah adik Zara Qairina ada menandatangani dokumen hospital ‘Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang turut disahkan oleh doktor patologi dan pegawai penyiasat terbabit pada peringkat awal.

ADS

Tidak pelik jika pendedahan itu mungkin dilihat oleh mereka yang terlibat dalam bidang kewartawanan ada mempunyai nilai berita tersendiri. Justeru hampir semua media kelihatan mengeksploitasi semaksimum mungkin pendedahan itu sebagai berita utama. 

Kesannya, ada setengah pihak kelihatan seakan mula menyalahkan ibu arwah adik Zara Qairina sama ada secara langsung atau secara tersirat.

Sebenarnya jika kita membaca keseluruhan kenyataan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tersebut, jelas ada kaveat dalam kenyataan itu sendiri.

Dia dilaporkan turut menyatakan meskipun terdapat permohonan keluarga untuk tidak menjalankan bedah siasat, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon prosedur itu sekiranya terdapat keraguan terhadap punca kematian.

ADS

Hanya mereka yang mungkin tidak mengikuti perjalanan dan perkembangan isu ini dari awal sahaja yang kelihatannya tidak sedar kewujudan beberapa keraguan atau tanda tanya terhadap punca kematian arwah adik Zara Qairina.

Oleh itu, bagi saya isu ibu arwah adik Zara Qairina ada menandatangani dokumen hospital ‘Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ sepatutnya tidak pernah timbul sejak dari awal.

Tidak jelas mengapakah isu itu ingin dibangkitkan semula dan ianya seolah-olah bagi mengalih isu kecuaian pihak-pihak tertentu.

Dalam siri pertama tulisan saya sebelum ini, saya antara lain menyatakan: 

“Pada hemat saya jika pihak polis merasakan ada asas kuat untuk proses bedah siasat dilakukan, mereka sepatutnya tiada masalah untuk sama ada meyakinkan keluarga arwah untuk menurunkan tanda tangan persetujuan bedah siasat atau meyakinkan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan undang- undang yang perlu, seperti mendapatkan perintah mahkamah agar bedah siasat boleh dilakukan.


Saya juga ada menulis dalam bahasa inggeris seperti berikut, “If the death has suspicious elements a post mortem has to be conducted even if the family of the deceased say otherwise.The decision by the IO, as far as I know, trumps the decision of the family.”

ADS

Sekiranya benar pun ibu arwah adik Zara Qairina ada menandatangani dokumen hospital tersebut, saya sebenarnya langsung tidak pelik atau hairan dengan perkara itu. 

Tanyalah mana-mana keluarga si mati, berapa ramai daripada mereka yang bersedia atau rela membenarkan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia untuk dibedah siasat, apa lagi jika mayat ahli keluarga yang beragama Islam.

Orang Islam selalu diajar agar menghormati mayat, oleh itu amat munasabah jika ibu, bapa atau keluarga si mati enggan membenarkan mayat ahli keluarga mereka untuk dibedah siasat.

Dan sebagai mantan wakil rakyat, saya berani mengesahkan adalah benar jika ada mana-mana wakil rakyat yang menyatakan mereka ada didatangi ahli keluarga si mati yang memohon untuk membantu berunding dengan pihak tertentu agar mayat ahli keluarga mereka tidak dibedah siasat.

Justeru itu, sekiranya benar sekalipun ibu arwah adik Zara Qairina ada menandatangani dokumen hospital ‘Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’, dokumen itu perlu dilihat dalam konteks yang saya nyatakan di atas.

Hanya kerana ibu arwah adik Zara Qairina ada menandatangani dokumen itu, ia tidak bermakna pihak polis sama sekali tidak boleh mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas jenazah arwah adik Zara Qairina.

Malahan fakta ini diakui sendiri melalui kenyataan M Kumar dan saya amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Itulah kedudukan undang-undang sedia ada yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya sebagai peguam jenayah.


MOHAMED HANIPA MAIDIN

 adalah bekas timbalan menteri undang-undang.

TERUSKAN

BERI PENCERHAN

AMIN

DENGAN 

MAKLUMAT

MAKIN RAMAI

RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

KEMATIAN ZARA DAN UNDANG-UNDANG


Kes Zara Qairina Serlah Kelemahan Asas Sistem Perundangan Malaysia


Kematian tragis Zara Qairina bukan sekadar meragut nyawa seorang anak, tetapi menjadi tamparan hebat kepada sistem keadilan negara. Peristiwa ini mengundang persoalan besar mengenai ketelusan dan integriti proses siasatan kematian di Malaysia.


Keadaan ini menyerlahkan kelemahan asas dalam sistem perundangan kita iaitu ketiadaan sebuah Akta Undang-Undang Koroner yang berfungsi secara bebas seperti yang telah lama diamalkan di Singapura dan United Kingdom.

Di Malaysia, kerangka undang-undang sedia ada, adalah untuk siasatan kematian berpandukan Kanun Tatacara Jenayah (CPC). Mengikut peruntukan ini, pegawai polis memulakan siasatan kematian, mengarahkan post mortem dan, jika perlu, membawa kes kepada majistret untuk inkues.

Sistem ini meletakkan kuasa utama di tangan pihak penguat kuasa yang pada masa yang sama mungkin menjadi subjek siasatan, sekali gus mewujudkan konflik kepentingan yang ketara dan membuka ruang kepada kecuaian.

Ketiadaan institusi koroner yang bebas menimbulkan risiko campur tangan dan bias, terutama dalam kes-kes melibatkan kematian dalam tahanan atau melibatkan agensi penguatkuasaan.

Sejarah telah berkali-kali membuktikan kelemahan ini. Kes Teoh Beng Hock pada 2009, misalnya, mendedahkan bagaimana kematian misteri seorang saksi SPRM dalam bangunan agensi tersebut membawa kepada inkues yang berlarutan, dapatan yang bercanggah, dan desakan berterusan oleh keluarga serta masyarakat sivil untuk mendapatkan jawapan yang sahih.

Kes A. Kugan pada 2009, contohnya, memperlihatkan percanggahan ketara antara dua laporan bedah siasat; kes Ahmad Sarbani Mohamed pada 2011 pula menimbulkan pertikaian antara dapatan inkues dan keputusan mahkamah sivil; kes S. Balamurugan pada 2017 menunjukkan kegagalan mematuhi arahan majistret sehingga mangsa meninggal dunia dalam tahanan; dan kes A. Ganapathy pada 2021 mengesahkan kecuaian pengendalian tahanan sehingga membawa maut.

Dalam kes pelajar, insiden seperti kematian Mohamad Thaqif Amin pada 2017 dan S. Vinosiny pada 2022 menonjolkan isu kelewatan, percanggahan, dan komunikasi yang tidak telus dalam menentukan punca kematian.

Kes-kes ini menggambarkan corak berulang iaitu ketidaktelusan siasatan, standardisasi forensik yang tidak konsisten, dan kekangan akses keluarga terhadap bukti — yang sama seperti apa yang sedang dipersoalkan dalam kes Zara.

Keluarga si mati sering berdepan kekangan untuk mendapatkan akses penuh kepada dokumen siasatan, bukti forensik dan laporan post mortem.

Ketidakselarasan prosedur antara negeri dan daerah, yang bergantung kepada budi bicara pegawai penyiasat dan majistret, hanya memburukkan lagi keadaan, sementara keyakinan awam terus merudum apabila keputusan siasatan dianggap berat sebelah atau tidak telus.

Kes Zara menjadi gambaran nyata masalah ini. Keluarganya memerlukan jawapan yang sahih, namun terpaksa bergantung kepada saluran yang sama yang berpotensi mempertahankan institusi sendiri atau terdedah kepada kecuaian pihak penguat kuasa.

Sekiranya Malaysia memiliki sebuah Akta Undang-Undang Koroner seperti di Singapura melalui Coroners Act 2010 atau di United Kingdom melalui Coroners and Justice Act 2009, proses siasatan kematian akan dikendalikan secara bebas dan neutral oleh koroner yang tidak terikat kepada polis atau mana-mana agensi penguatkuasaan. Setiap kematian luar biasa, mencurigakan atau tidak diketahui puncanya akan melalui prosedur seragam di seluruh negara.

Waris akan mempunyai hak undang-undang untuk mendapatkan maklumat siasatan, mengemukakan soalan dan memanggil saksi dalam inkues. Integriti forensik juga akan lebih kukuh kerana autopsi dilaksanakan di bawah arahan koroner dengan pakar forensik bebas, mengurangkan risiko manipulasi atau penghilangan bukti.

Lebih penting, keputusan yang dikeluarkan oleh institusi bebas akan meningkatkan semula kepercayaan awam terhadap proses keadilan.

Sistem koroner di negara lain telah membuktikan keberkesanannya. Di Singapura, Coroners Act 2010 mewajibkan setiap kematian yang tidak semula jadi, tiba-tiba atau tidak dapat dijelaskan dilaporkan kepada koroner.

Koroner mempunyai kuasa memerintahkan autopsi, memanggil saksi dan menentukan punca kematian secara terbuka. Di United Kingdom, Coroners and Justice Act 2009 memastikan koroner adalah pegawai kehakiman bebas yang menyiasat kematian demi kepentingan awam, terutamanya dalam kes berprofil tinggi atau melibatkan agensi kerajaan.

Di Australia dan Kanada, sistem koroner digunakan di peringkat negeri atau provinsi, dengan bidang kuasa bebas daripada polis, dan laporan mereka sering menjadi asas kepada pembaharuan polisi dan undang-undang.

Model-model ini menunjukkan bagaimana institusi koroner yang bebas bukan sahaja memberi jawapan kepada keluarga mangsa, tetapi juga berfungsi sebagai mekanisme akauntabiliti negara terhadap nyawa rakyatnya.

Kes Zara adalah peringatan keras bahawa nyawa rakyat tidak boleh diperlakukan sebagai angka dalam statistik. Malaysia memerlukan sebuah Akta Undang-Undang Koroner yang memastikan setiap kematian mencurigakan disiasat oleh badan bebas yang telus, profesional dan berwibawa.

Kelewatan untuk bertindak hanya akan menyebabkan lebih banyak keluarga terus terumbang-ambing mencari kebenaran yang mungkin terkubur bersama jasad orang tersayang.

Jika Singapura, United Kingdom, Australia dan Kanada telah membuktikan keberkesanan sistem ini, tiada alasan munasabah bagi Malaysia untuk terus bergantung kepada model lapuk yang bersandar pada budi bicara pihak berkepentingan. Kebenaran adalah hak, bukan ihsan, dan kes Zara harus menjadi titik mula kepada reformasi ini.

Setiausaha Agung – Sekretariat Tanahair

LAWAN

MATI KATAK

AMIN

LAWAN 

KEZALIMAN

AMIN

SUSUN ATUR

TURUN KE JALAN

KHALAS