Rabu, 20 Ogos 2025
TRUMP NAK BUAT VIDEO DI KL ?
Rafizi dedah anak diserang lepas dapatkan maklumat berkaitan Farhash
Rafizi Ramli mendedahkan perjumpaannya dengan pembocor maklumat sebelum anaknya diserang berkaitan dengan ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
“Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim dan mengenai urus niaga syarikat-syarikatnya,” dedah bekas menteri ekonomi itu.
Penjelasan itu dibuat ketika menafikan dakwaan pertemuan itu berkaitan dakwaan kes pengubahan wang haram melibatkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan projek kesihatan berkaitan bekas menteri Khairy Jamaluddin.
Farhash minggu lepas menafikan khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan serangan terhadap anak Rafizi yang berusia 13 tahun di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
“Gila,” kata Farhash ringkas ketika dihubungi.
Malaysiakini hari ini sekali lagi menghubungi Farhash bagi mendapatkan komennya berkaitan pendedahan terbaru Rafizi dan masih menunggu maklum balasnya.
Alih perhatian
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Rafizi menyifatkan penyebaran cerita tidak benar bertujuan mengalih perhatian rakyat dan siasatan.
“Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian,” katanya.
Rafizi juga berkata telah berhubung dengan Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusannya untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar.
Terdahulu, Rafizi mendedahkan anaknya ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.
Kandungan suntikan itu belum dikenal pasti. Bagaimanapun, Rafizi berpendapat terdapat tiga kemungkinan sama ada dadah atau racun, virus seperti HIV serta hepatitis atau air kosong.
Isterinya juga menerima mesej susulan berbunyi: “Diam, jika teruskan Aids!”
Rafizi, yang meletakkan jawatan menteri selepas kalah pemilihan PKR, berkata dia masih menunggu laporan perubatan untuk mengesahkannya.
Menegaskan tidak akan tunduk, dia percaya bahawa serangan itu merupakan amaran kepadanya supaya tidak lantang bersuara dalam isu tertentu.
![]() |
WOIT
INI TAKTIK
BIJAK
ALIH CERITA
KAH KAH KAH
NAK TUTUP
CERITA JUAL
TANAH ?
KAH KAH KAH
LEBIH BAIK BUAT
CERITA TRUMP
NAK DATANG
KE KL KERANA
NAK BUAT
VIDEO NURUL
KAH KAH KAH
LAGI CUN
LAGI BIJAK
AMIN
KHALAS
ISMAIL SABRI CUCUK ANAK RAFIZI ?
Ismail Sabri lapor polis lepas dikaitkan kes anak Rafizi diserang
Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis selepas dikaitkan dengan serangan terhadap anak Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Ismail berkata setiausaha akhbarnya telah membuat laporan polis bagi pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap sebuah laman Facebook yang menerbitkan dua artikel palsu dan berunsur fitnah, yang mengaitkannya dengan insiden tersebut serta satu skandal melibatkan sebuah syarikat swasta.
“Laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Facebook supaya tindakan segera diambil terhadap laman serta pengendali atau pemiliknya,” kata anggota Parlimen Bera itu dalam kenyataan, hari ini.
“Keseluruhan kandungan artikel yang dimuat naik dalam laman Facebook tersebut tidak benar sama sekali dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi serta nama baik saya.
“Saya mohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik atau pengendali akaun Facebook ini serta mana-mana pihak yang menyebarkan artikel terbabit. Saya juga telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya terhadap pihak terbabit,” katanya lagi.
Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada Rafizi yang sebelum ini tampil menjelaskan perkara itu di X.
Penjelasan Rafizi
Terdahulu, Rafizi mendedahkan perjumpaannya dengan pembocor maklumat sebelum anaknya diserang berkaitan dengan ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Bekas Menteri Ekonomi itu sebelum ini membayangkan serangan terhadap anak lelakinya yang berusia 12 tahun dengan jarum suntikan di tempat letak kereta pusat beli-belah di Putrajaya mungkin ada kaitan langsung dengan pertemuan tersebut.
Ketika itu, Rafizi hanya menyebut pertemuan itu melibatkan “seorang individu”, namun dia kemudian mendedahkan butiran lanjut selepas ada usaha mengaitkannya dengan Ismail Sabri dan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, atas dakwaan dia sedang menyiasat kes yang dikaitkan dengan mereka.
Rafizi menyifatkan penyebaran cerita tidak benar bertujuan mengalih perhatian rakyat dan siasatan.
Malaysiakini telah menghubungi Farhash untuk mendapatkan komen susulan kenyataan terbaru Rafizi.
WOIT
MUSTAHIL
MAIL BERANI
CUCUK ANAK
RAFIZI
KAH KAH KAH
MAIL NI
TAKADA PROJEK
TANAH
KAH KAH KAH
LAGI PUN MAIL
TAK TAHU BUAT
RAKAM VIDEO
AMIN
KHALAS
JANGAN HINA BANGLA
JANGAN HINA
BANGLA
AMIN
Unknown commented on
"MENTERI FADHLINA
TERUSKAN JADI MENTERI"
Beli lencana 8.4 juta, kasut itam supaya nampak.bersih, khat semuka nak tunjukkan ke isle'an..ini menteri punya kirija ka? Bangla tukang sapu kat skolah boleh handle semua nie..tu la apabila guiness stout ditinggalkan untuk ketum...sohai...
RAMAI-RAMAI SOKONG MADEY
SEKARANG MADEY
NAK TERAJANG
ANWAR
AMIN
MARI RAMAI RAMAI
SOKONG MADEY
KHALAS
Gobala commented on
"ORANG RAMAI LEBIH PERCAYA DENGAN MADEY DARI PERCAYA DENGAN ANWAR"
Dulu kita panggil madey mahafiraun, sekarang pun kita Masih panggil madey mahafiraun! Dulu kini madey selamanya mahafiraun!
TENGKU DARI NEGARA MANA?
MALAON INI SAPA?
DOKTOR PROFESOR
JENIS APA?
AMIN
TENGKU NEGARA
MANA?
KAH KAH KAH
KHALAS
TRUMP PUTIN DAN UKRAINE
TRUMP, PUTIN DAN
UKRAINE
![]() |
Trump mengalu-alukan Putin kembali ke pentas dunia dengan permaidani merah. Ketika Putin sampai , Trump bertepuk tangan. Kedua-dua pemimpin itu berjabat tangan dengan mesra dan tersenyum.
Perlu diingati disini pada 17 Mac 2023, Dewan Pra-Perbicaraan II Mahkamah Jenayah Antarabangsa (“ICC” atau “Mahkamah”) di Belanda telah mengeluarkan waran tangkap untuk Vladimir Putin kerana jenayah perang di Ukraine.
Justeru dunia memerhatikan dengan mata dan telinga terbuka apa yang berlaku di Anchorage. Ini pertemuan bersejarah. Ratusan wartawan dan orang kenamaan dari seluruh dunia telah turun ke Anchorage minggu ini untuk sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Mereka berbincang selama kurang lebih 3 jam. Kemudian mereka mengadakan sidang akhbar. Pertama berucap ialah Putin kemudian Presiden Trump pula bercakap. Sidang akhbar pendek dan tidak ada soal jawab. Satelah bercakap di depan ratusan pemberita dan wartawan ke dua pemimpin dunia ini beredar.
Maka dunia jadi heboh. Pelbagai andaian timbul. Pelbagai spekulasi muncul. Semua di analisa. Seperti biasa Trump memakai tali leher berwarna merah. Warna merah ini untuk Trump adalah tanda pertemuan ini amat penting.
Apa yang jelas ialah Presiden Ukraine Zelensky tidak di jemput. Ini menjadikan negara di Kesatuan Eropah dan NATO gelabah. Semua ingin tahu apa yang telah di bincang dan keputusan apa yang telah di persetujui.
Zelensky telah meraung, menyalak dan menjerit kerana di tinggalkan dari perbincangan ini. Justeru Zelensky mengadu nasib dengan Starmer, Macron dan Merz. Zelensky terbang ke Berlin untuk mengadakan perbincangan zoom dengan Starmer di London dan Macron di Paris.
Zelensky minta bantuan dari Kesatuan Eropah dan NATO. Zelensky tidak mahu bersendirian ketika berzoom dengan Trump.
Banyak spekulasi muncul. Ada yang mengandaikan bahawa Trump bersetuju dengan semua cadangan Putin. Ada pemerhati politik yang mengandaikan bahawa agenda utama Trump ialah untuk menjalin kembali hubungan dua hala Amerika-Rusia.
Trump seorang ahli perniagaan di andaikan akan berbincang dengan Putin tentang membuka kembali jalan perniagaan dengan Rusia. Ukraine hanya jadi agenda sampingan.
Hasil dari perbincangan zoom dilihat positif. Zelensky telah di jemput datang ke Rumah Putih pada Senin 18 Ogos 2025 – tiga hari sesudah Trump bertemu Putin. Untuk melegakan tekanan ke atas Zelensky Presiden Trump juga bersetuju untuk menerima Starmer, Macron dan Merz hadir sama.
Presiden Ukraine ini sedar dan berawas bila berhadapan dengan Trump. Zelensky pasti akan mengingati apa yang telah terjadi pada bulan Februari dulu di Pejabat Oval Rumah Putih. Dia telah di belasah oleh Trump dan Timbalan Presiden Vance di hadapan media dunia.
‘ Kamu tidak ada daun pakau yang boleh kamu mainkan...’ Ini kata-kata Trump kepada Zelensky.
‘ "Dia boleh kembali apabila dia bersedia untuk keamanan," kata Presiden Donald Trump selepas mesyuarat itu terbarai. Jamuan makan tengah hari yang di rancang dibatalkan. Zelensky meraung terpekik terlolong pulang ke Kyiv.
Justeru kali ini Zelensky datang untuk bertemu Trump dengan membawa “geng dari Eropah “ Pertemuan di Pejabat Oval Trump akan dihadiri bersama oleh pemimpin dari UK, Finland, Peranchis, German, Itali dan turut bersama wakil Kesatuan Eropah dan NATO.
Jelas ini pertemuan yang amat penting. Pertemuan di Pejabat Trump untuk mencari jalan penamat Perang Ukraine.
Senin 18 Ogos 2025 – di Pejabat Oval Rumah Putih Trump sebagai tuan rumah menerima delegasi Presiden Zelensky dan “pengawal peribadi” terdiri dari Macron dari Peranchis, Starmer dari UK , Merz dari German , Meloni dari Itali, Stubb dari Finland – juga gedeber Setiausaha Agong NATO Mark Rutte dan Komissinor Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen.
Ini dilihat pertemuan yang amat penting dalam usaha untuk menamatkan Perang Ukraine. Sekali lagi Trump dilihat memakai tali leher merah.
Selesai pertemuan delegasi Zelensky dengan Presiden Trump satu sidang akhbar telah diadakan. Kali ini sidang akhbar yang lebih mesra berbanding apa yang terjadi kepada Zelensky Februari dulu.
Media melaporkan bahawa Amerika bersetuju untuk menjamin keselamatan Ukraine. Ini salah satu dari tuntutan Zelensky dan juga permintaan dari Kesatuan Eropah.
Pemimpin Eropah masih lagi dibungkus dalam suasana Perang Dingin yang terus menganggap Rusia sebagai musuh. Tetapi dalam masa yang sama Eropah tidak memiliki kekuatan bala tentera untuk melawan Rusia. Justeru bantuan Amerika di perlukan. Tanpa Amerika NATO hanya tin kosong.
Hasil dari pertemuan ini negara Eropah telah bersedia untuk mengeluarkan dana persenjataan. Malah negara-negara Eropah telah di minta oleh Trump untuk meninggikan ke 5% bajet persenjataan. Amerika mengikut Trump tidak mahu lagi menjadi ‘ budak bodoh’ keluar duit untuk beri makan NATO.
Untuk menyedapkan hati Trump dan Amerika semua senjata-senjata ini akan di buat di Amerika. Negara Eropah wajib membeli senjata-senjata ini. Amerika buat , Amerika jual dan Eropah beli. Sah dah terbukti bahawa Presiden Amerika ini seorang taikun ahli perniagaan.
Dalam perjumpaan ini tidak ada disebutkan – Gencatan Senjata. Ini bermakna perang akan berterusan. Malah bala tentera Rusia dari hari ke hari semakin banyak menawan wilayah dan membina kembali wilayah yang telah di tawan.
Dalam masa yang sama Ukraine sedang nazak di medan pertempuran. Parlimen Ukraine baru saja meluluskan undang-undang membolehkan warga berumur 60 tahun untuk di rekrut menjadi soldadu. Ini membuktikan bahawa tentera Ukraine telah terbarai hinggakan Datuk dan Cucu juga di paksa untuk menjadi soldadu.
Kerana tidak ada perbincangan gencatan senjata maka Trump telah masuk bakul mengangkat diri sendiri. Trump klim dia telah menamatkan 6 peperangan tanpa perlu gencatan senjata.
"Saya telah menghentikan enam peperangan - saya secara purata kira-kira satu perang sebulan," kata Trump kepada pemberita. Ini termasuklah perang India dan Pakistan dan Siam dan Kemboja.
Sebelum pertemuan ini berlangsung media telah menyebarkan berita bahawa Trump telah bersetuju untuk menerima beberapa cadangan Putin.
Contohnya wilayah Donbas, Donetsk dan Luhansk akan di afdalkan sebagai wilayah milik Rusia. Wilayah-wilayah ini telah diambil oleh Rusia satelah Putin melancarkan Operasi Istimewa pada 22 Februari 2022. Manakala wilayah Crimea telah di ambil kembali oleh Rusia pada 20 Februari 2014.
Satu perkara yang wajib di terangkan disini bahawa semua wilayah ini adalah berasal usul dari wilayah Rusia. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah etnik Rusia. Malah Ukraine itu sendiri pada satu ketika dulu adalah sebahagian dari Rusia.
Justeru wilayah ini kembali ke pangkuan Ibunda Rusia. Semua wilayah ini telah dimasukan ke dalam perlembagaan Rusia sebagai bumi Rusia satelah diadakan pemungutan suara pada tahun 2014. Hampir 90% warga di wilayah ini mahu kembali bersama Rusia.
Media Barat dan media kaum imperialis enggan menyatakan fakta ini.
Malah Putin melancarkan ‘Special Operation’ kerana warga di wilayah in meminta bantuan Rusia. Mereka menjadi sasaran korban kumpulan Azov Brigade. Ini adalah Pasukan Nazi Ukraine yang berakar umbi semenjak perang Dunia Ke Dua. Azov Brigade adalah cucu cicit Hitler di Ukraine.
Justeru salah satu dari tujuan Rusia masuk ke Ukraine ialah untuk melupuskan Pasukan Nazi Azov Brigade. Malah Amerika sendiri mengakui bahawa Azov Brigade ini adalah pengganas Nazi.
Hanya pada 10 Jun 2024 Azov Brigade ini tidak lagi di cap sebagai Pengganas Nazi oleh Amerika. Ini untuk membolehkan Amerika memberi kumpulan Nazi ini senjata dan membantu Zelensky.
Tujuan utama dan terpenting Special Operation Putin ialah untuk memastikan Ukraine tidak menjadi anggota NATO. Rusia curiga jika Ukraine menjadi anggota NATO ini akan mengancam keselamatan Rusia. Jika Ukraine menjadi anggota NATO maka segala bentuk senjata – roket dan bom nuklear – boleh di tempatkan di Ukraine. Wujudiah Rusia terancam.
Diplomasi perjumpaan Senin 18 Ogos 2025 di pejabat Oval Rumah Putih ini akhirnya ditutup oleh Trump.
“Pada akhir mesyuarat, saya menelefon Presiden Putin, dan memulakan perbincangan untuk mengadakan satu pertemuan , di lokasi yang akan ditentukan, antara Presiden Putin dan Presiden Zelensky,” tulis Trump di platform Truth Social. Trump juga menambah bahawa mesyuarat tiga hala termasuk Presiden Amerika akan menyusul.
Kini media telah melaporkan pertemuan antara Zelensky, Putin dan Trump ini akan berlaku dalam masa 10 hari. Tempat masih belum di tentukan.
Apa yang menarik – ketika tulisan ini di garap – tidak ada apa-apa komen atau kenyataan dari Putin atau dari Kremlin. Jika perjumpaan ini berlaku maka bermakna Putin juga telah berkompromi. Kerana selama ini Putin enggan berjumpa dengan Zelensky yang dianggap tidak mewakili Ukraine.
Jika Perang Ukraine tamat dalam masa terdekat pasti Trump akan dicadangkan sekali lagi untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan. Kita tunggu dan nanti dalam masa 10 hari. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/752830
.












