Rabu, 27 Ogos 2025

ESOK KAUM BURUH TURUN BERDEMO !!!



ESOK KAUM BURUH

TURUN BERDEMO

AMIN

APAKAH PRABOWO

BOLEH BERTAHAN

AMIN

DOKUMEN SULIT TABUNG HAJI



DOKUMEN SULIT 

BOCOR

JENG JENG JENG

INI MAKNANYA

ADA ORANG DALAM

LAWAN MADAFAKA

KHALAS

PEMIMPIN MUDA - PENYELAMAT BANGSA



'Rumah kita milik kita' - Akmal, Wee gesa URA ditolak

Dua wakil rakyat BN mahu Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) ditolak sepenuhnya.

Ketua Pemuda Umno merangkap Adun Merlimau, Dr Akmal Saleh hari ini merayu kepada ahli Parlimen BN supaya menolak RUU berkenaan, atas dasar ia tidak adil kepada pemilik rumah.

“Antara perkara yang kita tak boleh terima adalah penurunan ambang persetujuan. Kalau dulu nak bangunkan satu kawasan bandar, mesti dapatkan 100 peratus persetujuan. Tapi kali ini nak turunkan kepada 80 peratus dan 75 peratus,” katanya.

Katanya, ia bermakna hartanah menjadi milik majoriti dan bukan pemilik itu sendiri, dan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Rumah kita milik kita, tanah kita milik kita. Bukan milik majoriti.

“Saya mohon kepada semua ahli Parlimen BN, tolong sangat-sangat. Kita tolak RUU ini dan kita tambah baik, kemudian barulah dibentang semula,” katanya lagi dalam video yang dimuat naik di Facebook.

Akmal turut mempersoalkan mengapa ambang persetujuan penduduk perlu diturunkan, sedangkan ketika BN menaik taraf Kondominium Razak Mansion di Kuala Lumpur, kerajaan mendapat persetujuan semua penduduk.

Justeru, dia mempersoalkan jika ia tidak boleh dilakukan semula di bawah RUU yang dicadangkan.

Sementara itu, Presiden MCA merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong berkata dia dan seorang lagi Ahli Parlimen dari parti itu, Wee Jeck Seng juga tidak dapat menyokong cadangan undang-undang tersebut. 

Dia berkata MCA memutuskan untuk tidak menyokong RUU tersebut selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan, khususnya NGO.

“Ahli Parlimen kami tidak dapat menyokong RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 yang masih tidak lengkap dan tidak dapat meyakinkan bahawa kepentingan rakyat mendapat perlindungan maksimum.

“Pindaan RUU ini perlu dibuat untuk mengambil kira kekhuatiran rakyat,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Pulau Pinang sudah jalankan pembaharuan

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow berpendapat sebaliknya. Dia menegaskan pembaharuan bandar penting untuk menaik taraf flat lama berusia lebih 50 tahun serta meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Menurut laporan Malay Mail, Chow berkata Pulau Pinang sudah memulakan usaha pembaharuan walaupun tanpa undang-undang yang dicadangkan itu, dengan merujuk kepada projek Mahsuri di Bayan Baru.

“Apa alternatifnya? Tunggu bangunan berusia 50 tahun ini menjadi 100 tahun? Siapa yang mahu tinggal di bangunan lama ini?

“Kalau kita lihat Selangor, negeri itu ada banyak projek sebegini yang perlu dibangunkan semula,” katanya.

Katanya lagi, negeri yang menentang URA tidak berdepan masalah flat lama dengan unit bersaiz kecil yang tidak lagi memenuhi keperluan zaman sekarang.

Dalam kenyataan bersama semalam, empat menteri besar negeri yang ditadbir PN – Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis – menolak URA.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen kerajaan pembangkang bersama-sama menggesa bacaan kedua URA ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat seterusnya.

INI SUARA

PEMIMPIN MUDA

PENYELAMAT

 NEGARA

KHALAS

PROJEK HALAU ORANG MELAYU?


PROJEK HALAU

ORANG MELAYU

DARI 

BUMI SENDIRI?

KHALAS

Unknown commented on 
"APAKAH INI PROJEK CHINA NAK HALAU MELAYU DARI BANDAR"

Kah kah kah jangan silap jangan gundah gulana? Ini projek kapitalis mengambil kesempatan untuk mengusir semua penduduk asal, ini projek orang kaya melenyapkan bandar daripada orang miskin, bandar nilai tanah tinggi, hanya untuk orang kaya orang moden orang berkualiti mengikut kaca mata kapitalis, bandar baru diwujudkan dengan nama Inggeris supaya orang kampung tidak masuk,

orang kampung tidak mampu beli pun, mampu tengok, lokasi cantik lokasi menarik dijadikan tempat orang kaya tinggal, disiapkan dengan pagar kawalan keselamatan nak masuk pakai kad, nak nampak pantai sudah tiada, tebus tanah di persisiran pantai untuk orang kaya orang berkuasa orang kayangan saja, inilah projek sebenarnya, kah kah kah, 

untuk mendapatkan persetujuan dikatakan projek perumahan rakyat termiskin, siap subsidi menolak semuanya di kawasan jauh jauh kah kah kah manakala kelompok warga asing yang bekerja disediakan juga kondo apartment sebagai kuarters kediaman amin, kalau itu pun susah baca maka hampeh saja beribu PhD kangkung kita sekelian kah kah kah

AZAM BAKI INI BETULKE LAWAN RASUAH ?




Skandal Sabah: Muda lapor polis, cabar bos SPRM jawab dakwaan

Parti Muda membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berhubung dakwaan pemberi maklumat isu rasuah Sabah,Albert Tei yang dia diugut oleh pegawai SPRM supaya tutup mulut dan tidak membongkarkan isu berkenaan.

Pemangku presidennya Amira Aisya Abdul Aziz, berkata dia mengambil tanggungjawab membuat laporan polis selepas melihat agensi yang sepatutnya mencegah rasuah gagal bertindak terhadap perkara itu.

"Saya telah membaca satu artikel yang mana artikel ini dilaporkan pada bulan tujuh (Julai) di mana Albert Tei telah melaporkan bahawa pada Oktober 2024 beliau ingin membuat satu laporan tentang perlombongan di Sabah tetapi pada waktu itu diugut oleh pegawai tertinggi SPRM.

"Ini bagi saya tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali. Ini satu pengkhianatan pada institusi SPRM. Tapi yang tidak masuk akal sekali Azam langsung tidak bersuara, langsung tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap dakwan yang dibuat Albert.

ADS

"Saya akan membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan terhadap Azam mengapa dia tidak bersuara, mengapa tidak ada satu pun siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat Albert," katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengapa tiada siasatan

Laporan polis itu dibuat sambil ditemani beberapa orang peguam termasuk, Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek.

Amira berkata, amat malang apabila institusi yang sepatutnya mencegah rasuah hanya mendiamkan diri dan seolah-olah memihak kelompok tertentu.

ADS

Pada 23 Julai lalu, Tei yang juga ahli perniagaan bersedia untuk menamakan pegawai SPRM yang memberi amaran kepadanya agar tidak mendedahkan skandal perlombongan di Sabah, namun dia mahukan perlindungan sebagai pemberi maklumat terlebih dahulu, kata peguamnya Mahajoth Singh.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Mahajoth mendedahkan amaran itu datang daripada individu yang memegang jawatan berautoriti tinggi.

Dia mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran semalam yang menggesa Tei membuat laporan rasmi serta memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk intimidasi terhadap pemberi maklumat.

Namun, Mahajoth berkata jaminan seperti itu perlu dilihat dengan berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu anak guamnya.

Mengulas lanjut, Amira menggesa orang ramai tanpa mengira parti politik membuat laporan polis terhadap Azam berhubung perkara itu.

Sementara itu, Zaid berkata isu ini bukan asing bagi kalangan rakyat, malah terdapat beberapa video dan rakaman audio berhubung pendedahan rasuah tersebut.

"Mengapa tidak ada apa-apa siasatan yang telus dan menyeluruh dalam hal ini dengan mendakwa semua orang terlibat dalam skandal ini.

"SPRM mempunyai tugas untuk menyiasat apa-apa kejadian rasuah itulah yang terkandung dalam seksyen tujuh dan 11 akta SPRM tersebut... tanggungjawab siasat secara menyeluruh kejadian rasuah yang berlaku," katanya.

Katanya kegagalan siasatan jelas berlaku apabila tiada tindakan meskipun segala bukti telah diserahkan kepada SPRM.

AZAM BAKI

INI BETUL KE

LAWAN RASUAH ?

KAH KAH KAH

DIA SENDIRI

ADA KES

KAH KAH KAH

BOLEH KAH

KAKI RASUAH

ANTI RASUAH

KAH KAH KAH

KHALAS

KENAPA ADA DEMO DI JAKARTA

 



Demo di Jakarta: Apa yang kita tahu


JAKARTA: Ribuan rakyat Indonesia telah berhimpun dan mengadakan protes sejak beberapa hari kebelakangan ini membantah beberapa dasar kerajaan pimpinan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Ini termasuk:

* Bantahan terhadap elaun tinggi Ahli Parlimen

- Elaun perumahan bulanan baharu sebanyak 50 juta rupiah (hampir RM13,000) untuk Ahli Parlimen, yang hampir 10 kali ganda gaji minimum di ibu kota dan bandar terbesar Indonesia, Jakarta.

Rakyat berasa tidak puas hati dan bertambah marah apabila terbongkar bahawa Ahli Parlimen menerima elaun perumahan bulanan sebanyak 50 juta rupiah.

Golongan pelajar dan aktivis menilai ini sangat sensitif secara moral, terutama ketika rakyat kebanyakannya bergelut dengan kos hidup tinggi

* Jangan biarkan peruntukan duit orang banyak dipermainkan

Penunjuk perasaan melaungkan bahawa pembaziran wang rakyat melalui elaun besar itu memperlekehkan usaha kerajaan yang cuba melaksanakan penjimatan atau pengurusan bajet yang lebih berkesan.

- Pembabitan lebih ramai anggota kanan tentera Indonesia dalam pentadbiran negara dan bagi menerajui syarikat milik kerajaan.

- Rancangan baru Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) untuk menghidupkan semula garis panduan dasar negara yang telah dimansuhkan menimbulkan kebimbangan akan melemahkan lagi demokrasi di Indonesia, dengan melonggarkan syarat tempoh had jawatan presiden.

- Tambahan belanjawan 2025 hampir 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu bagi memantapkan aset ketenteraan Indonesia dibantah sebagai membazir kerana keadaan ekonomi negara belum cukup kukuh.

* Tekanan ke atas akauntabiliti & ketidaksamaan

Lebih 1,200 anggota keselamatan dikerah untuk menyuraikan demonstrasi dengan gas pemedih mata dan meriam air. Mereka yang berdemonstrasi melemparkan batu, membakar tayar, dan menutup jalan utama di sekitar Parlimen — mencerminkan rasa kemarahan mendalam terhadap jurang ketidaksamaan dan korupsi golongan elit

* Langkah penjimatan, pemotongan belanjawan, dan perkhidmatan awam terjejas

Selain isu elaun, orang ramai juga menyuarakan kemarahan terhadap langkah-langkah pemotongan bajet besar-besaran kerajaan. Ia dilihat menjejaskan pendidikan, kesihatan, dan perkhidmatan awam — walhal sumber harusnya dilaburkan untuk rakyat, bukan elit politik

GAJI YB NAIK

GAJI BURUH

TAK NAIK

AMIN

SABSIDI DIPOTONG

RAKYAT MARAH

KELUAR BERDEMO

KHALAS

PETANG INI BERJEREBU


PETANG INI 

BERJEREBU

PETANG INI JAM 6 ++

ADUH !
PANAS TERIK MEMBAWA JEREBU
KOTA KUALA LUMPUR
KELIHATAN KABUS DI TELAN JEREBU
GUA HARAP ESOK
HUJAN TURUN
BAWA BERSIH
AMIN



GEMPA DI SEGAMAT KALI KE TIGA


'Ini kali ketiga rumah kami bergegar' - Penduduk

SEGAMAT: "Ketika sedang memasak, rumah kami bergegar dan pintu kayu berbunyi sangat kuat," kata Nur Ezwa Zakaria, 40, ketika menceritakan detik cemas dilalui akibat gempa bumi sekali lagi melanda daerah ini, pagi tadi.

Gempa berkekuatan 3.2 magnitud pada jam 8.59 pagi, kira-kira 18 kilometer selatan Segamat dengan gegaran turut dirasai beberapa kawasan di Johor dan juga selatan Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, Nur Ezwa berkata, ini adalah gegaran ketiga berlaku di rumah ibu bapanya, Siti Hanizah Abas, 65, dan Zakaria Yusof, 68, di Bukit Lintang, Pekan Jabi, di sini, selepas gempa sama pada jam 6.13 pagi Ahad lalu.

"Waktu itu, saya sedang siapkan sarapan dan secara tiba-tiba, rumah kami bergegar. Ibu dan ayah turut merasai perkara sama dan mereka memberitahu keadaan seperti ini yang mereka alami semasa gempa pada Ahad.

"Ibu memberitahu, rumah kami tiga kali bergegar termasuk kejadian pagi tadi, namun tidak mendatangkan kerosakan harta benda. Saya cuma risau jika masih berlaku lagi kejadian sama selepas ini.

"Saya juga bimbang berlaku runtuhan seperti mana di rumah saudara tidak jauh dari sini. Mujurlah ia tidak menyebabkan kerosakan walaupun gegaran itu agaklah kuat.

"Tahun lalu, rumah kami juga berhadapan situasi sama namun ia tidak sekuat seperti berlaku sepanjang minggu ini," katanya ketika dihubungi.

Seorang lagi penduduk, Nor Faizah Masri, 34, berkata walaupun gempa itu lemah namun sudah cukup membuatnya sekeluarga berada dalam ketakutan.

"Ramai rakan memberitahu mereka merasai gegaran itu terutama di Taman Yayasan, Astakajaya dan beberapa kawasan lain yang berhampiran.

"Gegaran dapat dirasai walaupun hanya seketika dan kami bimbang jika ia masih berlaku pada hari akan datang," katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku pagi tadi, adalah gempa susulan pada Ahad lalu.

Berdasarkan analisis MetMalaysia, gempa ini berlaku di Zon Sesar Mersing namun orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia berlaku pada magnitud lemah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah memberitahu sebanyak lima laporan diterima sejak gempa melanda pada 24 Ogos lalu.

Katanya, laporan dibuat berkaitan kerosakan harta benda tanpa membabitkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa.


WOW

PERUBAHAN IKLIM

PERUBHAN

GERAK BUMI

AMIN

SEMUA SEDANG

BERLAKU

AMIN

KHALAS