Sabtu, 11 Oktober 2025
MALAYSIA NEGARA HEBAT
'Siapa orang yang begitu berkuasa itu?' Dakwaan Mahathir cetus persoalan di sebalik skandal kewarganegaraan
Tumpuan orang ramai dalam skandal kewarganegaraan terbesar di Malaysia sejak beberapa dekad mula beralih daripada pasukan bola sepak kebangsaan kepada dakwaan oleh Dr Mahathir Mohamad bahawa wujud seseorang yang "begitu berkuasa" sehingga kelulusan "ekspres" taraf kerakyatan diberikan kepada tujuh warga asing.
Mahathir memberi amaran pihak yang tidak bersalah mungkin menjadi sasaran sementara pelaku sebenar, yang menurutnya "terkecuali" daripada tindakan undang-undang, akan dilepaskan.
"Jadi, ada seseorang yang begitu berkuasa sehingga boleh melakukan kesalahan dan terlepas begitu sahaja, itulah yang dibangkitkan oleh pihak Vietnam," kata bekas perdana menteri itu dalam sebuah podcast terbitan akhbar Sinar Harian baru-baru ini.
Kenyataan itu serta-merta menyaksikan ledakan komen di media sosial, di mana ramai turut merujuk kepada perbalahan yang pernah melibatkan Mahathir dan beberapa orang kenamaan sebelum ini.
"Semua orang di Malaysia tahu siapa yang bersalah, namun tidak ada yang berani menyebut namanya, dan ini bukan kali pertama orang itu terlepas daripada jenayah," kata pengguna X, Firdaus Abd Hanan.
Pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini bergelut dengan skandal terbesar sejak mengambil alih kuasa pada 2022, yang turut mendapat perhatian media antarabangsa.
Ia ketika menteri dan pelbagai agensi kerajaan berusaha mematahkan tuduhan bahawa prosedur dan undang-undang telah dilanggar dalam mengurniakan taraf kerakyatan kepada tujuh pemain untuk membolehkan mereka mewakili negara ketika menentang Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2027 empat bulan lalu.
guardian_harimaumalaya"Terpalit dengan penuh sensasi," menurut tajuk akhbar terkemuka Britain, The Guardian.
“Ia sudah pasti tidak memberi apa-apa kelebihan kepada sebuah negara yang selama ini lebih terkenal dalam dunia bola sepak kerana sindiket 'match-fixing' (mengatur perlawanan) dan pertaruhan, bukannya apa yang berlaku di atas padang,” kata akhbar itu.
Pada 6 Oktober lepas, badan induk bola sepak antarabangsa FIFA mendedahkan bukti dokumen palsu telah digunakan dalam memberikan status kerakyatan kepada tujuh pemain asing, susulan rasa tidak puas hati Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya dua minggu sebelumnya.
Antara yang paling lantang membantah keputusan FIFA itu ialah Pemangku Sultan Johor dan bekas presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang membangkitkan sama ada wujud tekanan luar dalam keputusan tersebut.
"Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?" soal Tunku Ismail, yang terkenal dengan panggilan TMJ.
Kenyataan itu segera disusuli kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa ia tidak ada bidang kuasa dalam perkara itu, respons yang diberikan ketika agensi antirasuah itu berdepan kecaman mengenai bidang kuasa yang tidak terbatas dan tuduhan pendakwaan terpilih.
Pada 7 Oktober, rakyat Malaysia menyatakan rasa terkejut apabila FIFA tampil dengan penjelasan yang dikeluarkan sehari sebelumnya, disertakan gambar dan butiran menunjukkan Malaysia menggunakan salinan sijil kelahiran yang dipalsukan bagi menyokong kelayakan pemain asing mewakili Malaysia.
Laporan panjang lebar FIFA itu turut menjelaskan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah menerima sijil kelahiran asal yang telah ditemui dan didedahkan FIFA.
"Sebaliknya, JPN mengeluarkan salinannya sendiri berdasarkan maklumat sekunder dan dokumen luar negara dari Argentina, Brazil, dan Sepanyol,” kata timbalan pengerusi jawatankuasa disiplin FIFA, Jorge Palacio.
Berdepan dengan kecaman yang semakin meningkat, FAM kemudiannya berkata berlaku "kesilapan teknikal" ketika menyerahkan dokumen kepada FIFA, sambil mendakwa salah seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen salah yang dibekalkan ejen pemain dan bukannya dokumen rasmi JPN.
'Soalan cepumas'
Ketika isu itu semakin dilihat sebagai skandal antarabangsa, usaha Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution memberikan penjelasan tidak berjaya meredakan kemarahan.
Pada Khamis, Saifuddin, yang memiliki bidang kuasa luas ke atas JPN, menyampaikan penjelasan panjang lebar di Parlimen, sambil secara tidak langsung mengambil tanggungjawab apabila berkata beliau menggunakan kuasa perlembagaannya untuk meluluskan permohonan kerakyatan.
Bagaimanapun, peguam Rafique Rashid berkata walaupun diakui Saifuddin mempunyai budi bicara dalam soal kewarganegaraan, persoalan sebenar ialah bagaimana JPN menerima pakai dokumen yang kini terbukti dipalsukan.
"Cepumas yang masih belum terjawab: Siapa arahkan pemalsuan? FIFA guna peluru hidup, bukan peluru kapur," katanya.
Beliau mempersoalkan tindakan JPN mengesahkan dokumen tersebut walaupun tanpa salinan asal, sambil mengingatkan bahawa FIFA sebaliknya berjaya "cari dan jumpa sijil lahir asal datuk dan nenek pemain-pemain ini".
"Bagaimana pegawai-pegawai di JPN begitu berani menyerahkan dokumen tanpa melihat yang asal atau asli? Bagaimana pegawai-pegawai agensi serta kemudiannya FAM begitu berani sehingga proses dokumentasi tanpa lihat yang asal?" soalnya, sambil menambah kuasa budi bicara menteri masih memerlukan justifikasi undang-undang dan perlembagaan.
"Kalau itu lojiknya, maka mudah sahaja nampaknya kalau warga asing hendak jadi warganegara?
“Setiap budibicara itu mesti berpaksi pada undang-undang tidak kira siapa, samada dilahir biasa atau cara kayangan, samada kaki bangku atau kaki bola,” kata Rafique.
Rafique berkata dalam keadaan biasa, proses permohonan kewarganegaraan selalunya memakan masa bertahun-tahun, pandangan yang sebelum ini diluahkan peguam dan aktivis hak asasi yang mempersoalkan kewujudan puluhan ribu orang tanpa kerakyatan walaupun dilahirkan di negara ini, tetapi terpaksa berdepan pelbagai kesulitan menjalani kehidupan atas kegagalan kerajaan memberikan taraf kewarganegaraan walaupun cukup syarat.
Beliau turut mencabar Saifuddin menyatakan sama ada pegawai yang terlibat telah menguji kefasihan tahap bahasa Melayu pemohon.
Di bawah Perkara 19 Perlembagaan Malaysia, pemohon mestilah telah bermastautin selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun, di samping mempunyai pengetahuan bahasa kebangsaan yang memadai, syarat yang menurut Saifuddin telah dipenuhi oleh pemain.
MASA DAH
SAMPAI
MALAYSIA WAJIB
DILIHAT
SEBAGAI NEGARA
HEBAT
AMIN
JADIKAN
ANGELINA JOLIE
WARGA MALAYSIA
KHALAS
MIMPI BASAH TRUMP JADI KERING
Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, menang Hadiah Keamanan Nobel
OSLO: Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis demokrasi Venezuela, Maria Corina Machado.
Menurut juri Nobel, Machado, yang hidup bersembunyi sejak setahun lalu, diberi penghormatan atas usaha gigihnya memperjuangkan hak demokratik rakyat Venezuela.
"Machado terpaksa hidup dalam persembunyian di negara yang disifatkan sebagai 'negara autoritarian yang kejam'.
"Beliau berjuang bagi mencapai peralihan adil serta aman daripada pemerintahan diktator kepada demokrasi," kata pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway, Jorgen Watne Frydnes, di Oslo.
"Saya masih terkejut," kedengaran kata Machado dalam rakaman video yang dihantar kepada AFP oleh pasukan medianya.
Frydnes berkata, Venezuela telah berubah daripada sebuah negara yang pernah demokratik dan makmur kepada 'negara autoritarian yang kejam yang kini mengalami krisis kemanusiaan dan ekonomi'.
Dalam keadaan itu, Machado menjadi tokoh penyatu utama dalam barisan pembangkang politik yang dahulunya berpecah-belah.
Jawatankuasa itu memuji beliau sebagai antara contoh keberanian awam paling luar biasa di Amerika Latin dalam era moden.
"Walaupun menghadapi ancaman serius terhadap nyawanya, beliau tetap memilih untuk kekal di Venezuela — keputusan yang memberi inspirasi kepada jutaan rakyat," kata Frydnes.
Kemenangan Machado dianggap mengejutkan kerana namanya tidak disebut antara calon utama menjelang pengumuman rasmi.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pula secara terbuka menyatakan hasratnya untuk memenangi anugerah itu tahun ini.
Sejak kembali ke Rumah Putih bagi penggal kedua pada Januari lalu, Trump berulang kali menegaskan bahawa beliau 'layak' menerima Hadiah Nobel atas peranannya menyelesaikan pelbagai konflik, dakwaan yang dianggap pemerhati sebagai keterlaluan.
Namun pakar Hadiah Nobel di Oslo menegaskan sebelum pengumuman bahawa Trump tidak mempunyai peluang, dengan menyatakan dasar 'America First' yang dibawanya bertentangan dengan semangat Hadiah Keamanan Nobel seperti termaktub dalam wasiat Alfred Nobel pada 1895.
Frydnes menegaskan Jawatankuasa Nobel Norway tidak dipengaruhi sebarang usaha melobi untuk mendapatkan anugerah itu.
Hadiah Nobel Keamanan disertakan dengan pingat emas, diploma dan wang tunai berjumlah AS$1.2 juta (kira-kira RM5.7 juta), dan akan disampaikan pada majlis rasmi di Oslo pada 10 Disember — tarikh ulang tahun kematian pengasasnya, pencipta dan dermawan Sweden, Alfred Nobel, pada 1896.
Hadiah Keamanan adalah satu-satunya anugerah Nobel yang diumumkan di Oslo, manakala kategori lain diumumkan di Stockholm. – AFP
MIMPI BASAH
TRUMP KERING
AMIN
TRUMP GAGAL
HADIAH NOBEL
AMIN
APAKAH TRUMP
AKAN SERANG
NORWAY?
KAH KAH KAH
KHALAS
JANJI ZIONIS BLACKROCK
155 rakyat Palestin maut di Gaza dalam tempoh 24 jam biarpun gencatan senjata diumumkan
GAZA: Mayat 155 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel dibawa ke hospital di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk 135 mayat yang ditemukan di bawah runtuhan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan selepas tengah malam Jumaat.
Menurut sumber itu, 19 rakyat Palestin maut dalam serangan udara berterusan Israel di seluruh Gaza walaupun perjanjian gencatan senjata telah diumumkan, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan terdahulu.
Antara insiden terbaru, 16 orang terbunuh apabila pesawat perang Israel mengebom rumah milik keluarga Ghabboun di selatan Bandar Gaza. Dua lagi terbunuh dalam serangan udara di selatan Khan Younis.
Hospital-hospital di seluruh Gaza menerima sejumlah besar mangsa: 43 mayat dihantar ke Hospital Al-Shifa, 60 ke Hospital Al-Ahli Baptist di Bandar Gaza, empat ke Hospital Al-Awda di Nuseirat, 16 ke Hospital Al-Aqsa Martyrs di Deir al-Balah dan 32 ke Hospital Nasser di Khan Younis.
Lewat Khamis malam, Kerajaan Israel secara rasmi meluluskan perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menandakan permulaan fasa pertama pelan damai yang lebih menyeluruh.
Perjanjian itu merangkumi penghentian semua serangan, pengunduran tentera Israel dari Gaza, penyampaian bantuan kemanusiaan serta pelaksanaan pertukaran tahanan.
Bagaimanapun, serangan berterusan ke atas rakyat Palestin mencetuskan keraguan terhadap komitmen Israel terhadap gencatan senjata itu.
Sejak Oktober 2023, lebih 67,000 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 170,000 cedera -kebanyakannya kanak-kanak dan wanita - akibat serangan dua tahun Israel di Semenanjung Gaza.
Kemusnahan besar termasuk pengeboman rumah kediaman dan infrastruktur turut menyebabkan ratusan ribu penduduk terpaksa berpindah. – BERNAMA-WAFA
BOLEH KE
PERCAYA JANJI
ZIONIS
BLACKROCK
KHALAS
LATIHAN BANGUN PAGI UNTUK DEMO
LATIHAN
BANGUN PAGI
UNTUK DEMO
AHAD 16/10/25
JAM 10 PAGI
KHALAS
Unknown commented on
"SUBUH INI"
Wei bangun awal kerana dapat imbuhan sara kah? PMX dah bagi semua tetapi masih merungut lagi? Semuanya duit daripada poket dia sendiri, adapun wayang terpaling hebat, ramai juga bodek cium tangan tegur manis senyum apabila bajet diumumkan,
ingat satu sahaja, tak ada yang percuma, ambil dari satu orang bagi kepada orang sendiri, tak payahlah berusaha sangat kena pandai manipulasi ayat cukai barang haram naik, cukai halal dikurangkan amin, semoga semuanya orang kita menjaga halal sampai ke kubur, kah kah kah selamat negara
Unknown commented on
"SUBUH INI"
syiok oo oksigen subuh sampai pagi,original segar bugar untuk kesihatan ,kecergasan &kecerdasan badan minda utk demo lawan madafaka serta maharaja merika kah kah kah
FANTASTIK KENDURI DUMP TRUMP
FANTASTIK
KENDURI
DUMP TRUMP
KHALAS
Unknown commented on
"KENDURI TETAP DI TERUS -
AHAD PAGI 26 OKTOBER"
cantik ...pantatstik pantatstik pantatstik.
GUA AKAN AJUKAN
GUA AKAN
AJUKAN
AMIN
Unknown commented on
"ESOK PAGI"
Asean dah x dak negara tanah melayu tapi bahasa melayu masih ada untuk jadi bahasa kedua rantau Asean pun jadilah , ,,,,semoga d terima !!!
PANDANGAN MOLEK
PANDANGAN
MOLEK
AMIN
MARI TURUN
DEMO DULU
KHALAS
Unknown commented on
"ESOK PAGI"
Jangan bincang TT buat flotilla terus...kakakak..
ZIONIS TEMPATAN
ZIONIS
TEMPATAN
KHALAS
Unknown commented on
"FAM TIPU KDN - KDN TIPU FIFA"
Kalau tak tipu bukan?
Kalau tak malas bukan?
Kalau tak rasuah bukan?
Kalau tak rogol anak bukan ?
Yahudi kafir zionis?
Kah kah kah
SUBUH INI
SUBUH INI
GUA DENGAR BUNYI BURUNG
CHIP CHIP CHIEW
ENTAH BURUNG APA
GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
MATAHARI AKAN KELUAR
SURA BURUNG MAKIN JAUH
CHIP CHIP CHEW
UDARA NYAMAN
SEJUK AN BERSIH
TIDAK ADA KERETA DI JALAN
AMIN
SEMBAHYANG INI APA BENDA ?
SEMBAHYANG
INI APA BENDA?
KHALAS
Unknown commented on
"SUBUH INI"
Wahhh...tt dah bangun semayang subuh..guna colok ke stangi kahkahkah








