Ahad, 9 November 2025
MASIH ADA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN YANG BERANI DAN JUJUR
MASIH ADA PEMIMPIN
PAKATAN HARAPAN
YANG
BERANI & JUJUR
KHALAS
ANWAR BAWA BAHAYA KEPADA JIRAN DAN ASEAN
ANWAR DILIHAT BAWA
BAHAYA AMERIKA
PADA NEGARA
JIRAN DAN ASEAN
KHALAS
GUA TAK MAHU KOMEN UCAPAN BAGINDA
Sultan Nazrin: Negara ini bukan rumah sengketa, tempat insan mabuk kuasa
Segala perbuatan yang berpotensi memecahbelahkan perpaduan serta hubungan harmoni antara kaum di negara ini wajib ditentang secara tegas, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah, usaha menyatukan penduduk pasti berdepan halangan besar apabila masih ada dalam kalangan rakyat yang memilih untuk mensensasikan isu kaum, agama, negeri dan wilayah.
“…pada waktu kita sepatutnya lebih memberi fokus untuk mematangkan kerjasama dan mengukuhkan persefahaman yang dirintis serta dibina oleh pemimpin terdahulu.
“Negara ini jangan dijadikan rumah sengketa, tempat berpesta insan yang mabuk kuasa. Merdeka itu akan hancur maknanya apabila lidah sebahagian rakyat bersifat lebih bisa daripada anak panah beracun, meracuni fikiran rakyat,” titah baginda ketika berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-69 di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, hari ini.
Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Sultan Nazrin bertitah bahawa kemerdekaan bukan sekadar perayaan mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya lambang maruah bangsa dan titik mula sebuah negara berdiri dengan kaki sendiri.
“Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi turut memiliki kebebasan minda dan kematangan politik, serta kejayaan menumbuhkan ekonomi dan membangunkan negara, dan lebih utama didukung oleh rakyat yang menghayati semangat satu warga.
“Malaysia yang bermula daripada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ialah negara yang termaktub dalam klausa Perlembagaan, mengiktiraf komposisi penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama, mewarisi pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa,” titah baginda.
Baginda menegaskan bahawa amat merugikan jika kelainan dan perbezaan dilihat dari sudut negatif yang sarat dengan prasangka buruk sehingga merosakkan hubungan harmoni sesama manusia serta menjejaskan paksi keseimbangan (the axis of equilibrium) dalam hubungan antara kaum dan agama.
Sultan Nazrin turut bertitah bahawa semangat permuafakatan yang diasaskan pemimpin terdahulu ketika membentuk negara merdeka perlu terus dihormati, dan sebarang suara atau tindakan yang bercanggah dengan semangat itu wajib ditentang.
Baginda bertitah, tindakan sesetengah pihak yang terlalu dipengaruhi emosi dibimbangi akan membawa kerugian besar kepada negara.
“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membela nasib rakyat terutama dalam kalangan mereka yang hidup daif dalam kemiskinan.
“Rakyat tidak harus dijadikan mangsa persengketaan politik yang bagaikan tidak ada penghujungnya, sedangkan negara lebih memerlukan sumber tenaga dan kekayaan ditumpukan kepada kerja yang lebih produktif,” titah Sultan Nazrin.
Baginda turut menzahirkan penghargaan atas kesepakatan Raja Muda, Raja Dihilir, Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar serta ahli Dewan Negara Perak yang senantiasa membantu baginda melaksanakan amanah sebagai Amirulmukminin.
Selain itu, penghargaan turut dizahirkan kepada Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, hakim, ahli Dewan Negeri, ulama, pasukan keselamatan, badan beruniform, penghulu, imam dan pemimpin agama serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang telah menyempurnakan amanah sehingga negeri Perak dapat dibangunkan dalam keadaan aman dan sejahtera.
“Demikian juga penghargaan Beta kepada pihak swasta, badan sukarela, badan kebajikan, pertubuhan belia, badan sukan serta warga keseluruhannya yang telah melengkapkan usaha pembangunan yang dirintis Kerajaan Beta,” titah baginda.
BILA RAJA NAZRIN
SEBUT NAMA
TANAH MELAYU
SEBUT MERDEKA
SEBUT BEBAS
DARI PENJAJAH
MAKA GUA
TAK NAK KOMEN
AMIN
YA AMPOON
SAPA FAHAM
PASTI FAHAM
KHALAS
JANGAN SILAP - BUKAN DAUN KETUM DAUN KESUM
Ketika lazimnya sepinggan mi goreng di kedai biasa boleh mencecah harga antara RM7 hingga RM10, sebuah restoran perusahaan sosial baru di Kuala Lumpur membuat rakyat Malaysia menilai semula apa sebenarnya harga makanan yang adil.
Terletak di kawasan parlimen Pandan, Kesum — yang dilancarkan semalam melalui inisiatif Ayuh Malaysia yang diterajui bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli — menawarkan hidangan Malaysia gaya rumah yang menyelerakan.
Semua hidangan di situ berharga tidak lebih RM5.
Di Kesum, nasi lemak ayam goreng berharga hanya RM4.90, mi goreng RM3.90, manakala kepak ayam pedas RM4.99. Harga itu hampir separuh daripada harga di restoran berhampiran yang biasanya bermula sekitar RM6 untuk hidangan asas, dan lebih tinggi jika ditambah ayam atau telur.
Seorang peniaga kecil, Amilia Abdul Rahman, 45, nasi lemak ayam goreng yang ditawarkan pada harga RM4.90 di Kesum itu memang berbaloi untuk dicuba. Tambahan pula hidangan tersebut boleh dianggap seimbang dan mengenyangkan.
“Dengan harga tu, memang berpatutan,” katanya.
Kata Amilia, biasanya apabila bersarapan di tempat lain, dia akan berbelanja antara RM3 hingga RM6, justeru harga di Kesum masih dianggap realistik.
Namun kunjungannya ke kedai yang menggunakan moto “Kenyang, Sedap dan Murah” itu bukan sekadar untuk makan. Dia juga mahu melihat cara operasi dan memahami apa yang menjadikan model perniagaan tersebut berbeza daripada yang lain.
“Tawarkan makanan murah bukan benda baru, jadi saya nak tahu apa manfaat jangka panjang untuk komuniti dan adakah ia betul-betul membawa kelainan pada masyarakat,” katanya.
Semua tak ada pengalaman
Pada akhir kunjungannya di Kesum, Amilia mengaku dia masih membuat penilaian.
“Panas dan sibuk, saya kena fikir dulu,” katanya sambil ketawa.
Seorang lagi pelanggan, Nur Laila Kamaruddin, 63, sanggup datang dari Port Dickson bersama suami selepas melihat video restoran itu di media sosial.
“Kat Port Dickson pun tak dapat makanan semurah ni,” katanya.
Nur Laila juga memuji nasi lemak yang dihidangkan di Kesum sebagai wangi, selain ayam yang menyelerakan, sambal yang kena dengan tekaknya, serta saiznya yang banyak.
“Saya harap mereka buka cawangan lain,” tambahnya.
Bagi Muhd Fauzi Kamal, 62, seorang veteran yang tinggal di Cochrane, pendekatan Kesum memberi pilihan yang baru kepada orang ramai.
“Di kedai mamak misalnya, nasi berlauk ayam dengan sayur pun senang-senang RM7 ke RM10.
“Di sini ayam RM1, air RM1.50, sistem pun efisien. Bagus tengok anak muda tempatan buat benda ni, bukan serah pada peniaga asing,” katanya.
Muhd Fauzi juga berharap inisiatif sebegitu dapat dikembangkan kerana kedai yang menawarkan pilihan makanan mampu milik banyak membantu masyarakat.
Sehari sebelum pelancaran Kesum, bekas pegawai khas Rafizi di kementerian ekonomi, Haqimi Zamri, 24, mengetuai latihan terakhir bersama pasukan mudanya – yang semua masih baru dalam bidang penyediaan makanan – sebagai persediaan meraikan pelanggan.
“Kami sedang siapkan hal-hal kecil-kecil latihan malam ni.
“Tak ada seorang pun kru yang ada ini pernah kerja restoran, semua belajar sambil bekerja,” katanya kepada Malaysiakini pada Jumaat.
Haqimi menjelaskan setiap syif ada enam pekerja yang bergilir antara dapur, kaunter, dan pembersihan supaya semua dapat latihan pelbagai kemahiran.
Margin 20 peratus
Katanya, Kesum menggunakan sistem retort cooking, menjadikan dapur seperti food assembly ala restoran segera untuk menjimatkan masa dan kos tanpa menjejaskan kualiti yang dihidangkan.
Pun begitu ayam goreng dimasak segar untuk memastikan ia rangup — perkara kecil yang tetap diberi perhatian di sebalik tawaran harga lebih rendah berbanding kedai lain.
Menjelang malam, Rafizi sendiri turun padang memeriksa dapur dan rak penyimpanan bagi memastikan semuanya siap sedia untuk hari pembukaan beberapa jam selepas itu.
“Kita kena pastikan sebelum jam 10 malam ni semua dah siap,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan struktur harga Kesum direka untuk mencabar tanggapan umum bahawa makanan murah mesti bermakna berkualiti rendah.
“Tujuan kami ialah untuk membuktikan bahawa apabila syarikat sosial tak mengejar untung, kita boleh kurangkan kos dan tetap boleh jual pada harga ni,” katanya.
Rafizi berkata dengan menghapuskan keuntungan peribadi dan menumpu pada jualan berkuantiti tinggi, Kesum masih boleh mengekalkan margin 20 peratus. Hal itu kerana walaupun untung bagi setiap barang kecil, kos operasi adalah rendah.
“Ini membuktikan makanan sedap tak semestinya berharga RM10 kalau kita buang mark-up (harga tokokan) yang tak perlu,” katanya.
Jika model kewangan Kesum kekal stabil dalam tiga bulan pertama, Rafizi berkata konsep itu akan diperluas ke seluruh negara.
Katanya Kesum bukan sekadar tentang makanan murah, tapi cubaan mengubah cara rakyat berfikir tentang pemilikan dan keadilan dalam perniagaan makanan.
“Ini bukan sekadar kafe, tapi satu cabaran terhadap idea bahawa harga tinggi itu normal — dan peringatan bahawa makanan yang berharga murah memang boleh wujud,” katanya.
Perjalanan perusahaan sosial Rafizi bermula dengan Fleximart, kedai perintis di bawah inisiatif Ayuh Malaysia yang menjual makanan dan barangan dapur murah sambil berkongsi keuntungan dengan pekerja dan pembekal kecil.
Kedai itu beroperasi dengan model sama — untung kecil, jualan tinggi — bagi memastikan harga berpatutan, dan pada ketika sama memberi peluang pendapatan kepada usahawan kecil, serta menguji cara baru memastikan makanan serta barangan asas berkualiti kekal mampu milik untuk komuniti setempat.
Ketika pelancaran Fleximart, orang ramai beratur mencuba makanan RM5 dan ramai memuji konsep itu sebagai praktikal dan berjiwa komuniti.
Dengan hidangan siap sedia dari mesin layan diri serta makanan panas di bawah RM5, konsep itu menunjukkan bagaimana perusahaan sosial boleh digabungkan harga mampu milik, kualiti, dan peluang untuk pembekal kecil — membuka jalan kepada projek seterusnya seperti Kesum.

