Sabtu, 6 Disember 2025
NYAWA INDIA HITAM BERNILAI
Keluarga serah rakaman audio kes tembakan di Melaka kepada Bukit Aman
KUALA LUMPUR: Keluarga tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu, hari ini menyerahkan rakaman audio insiden berkenaan kepada polis.
Rakaman audio itu diserahkan oleh isteri seorang mangsa, M Jayasri, 31, kepada Superintendan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, Ta Kah Loon, di pintu masuk ibu pejabat polis itu.
Peguam Rajesh Nagarajan berkata, keluarga mangsa terpaksa tampil sendiri untuk menyerahkan bukti, walaupun Perdana Menteri telah menggesa siasatan yang telus dan terbuka berhubung kematian M Puvaneswaran, M Pushpanathan dan G Logeswaran.
"Adalah membimbangkan apabila pihak penyiasat langsung tidak menghubungi keluarga mangsa, walaupun satu laporan polis telah dibuat dan kewujudan rakaman tersebut didedahkan secara terbuka
"Kami yang datang ke Bukit Aman membawa bukti ini. Tiada seorang pun daripada polis menghubungi kami. Bagaimana ini boleh dianggap sebagai siasatan?" katanya.
Turut hadir ialah isteri dan ibu Puvaneswaran dari Ayer Tawar, Perak; peguam N Surendran dan Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty (LFL), serta pengasas Agamam Ani, Arun Dorasamy.
Keluarga nafi serang anggota polis
Keluarga mangsa nafi kenyataan polis bahawa ketiga-tiga lelaki itu menyerang anggota polis dengan senjata, dengan menegaskan rakaman audio berkenaan jelas merakamkan suasana panik, jeritan meminta tolong dan kekecohan sebelum bunyi tembakan kedengaran.
Rajesh berkata, adalah tidak wajar keluarga yang berduka terpaksa mendesak agar siasatan diteruskan, mengambil kira kewujudan bukti kukuh yang menunjukkan kemungkinan berlaku salah laku pihak polis.
Penasihat LFL, Surendran pula berkata, kegagalan pihak penyiasat menghubungi keluarga mangsa selepas lebih 72 jam laporan dibuat menunjukkan kurangnya komitmen dalam menyiasat kes yang membabitkan anggota mereka sendiri.
Keluarga mangsa sebelum ini turut menggesa campur tangan perdana menteri dan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Rakaman audio itu, dirakam oleh isteri Logeswaran ketika masih berada di talian dengan suaminya sehingga saat tembakan dilepaskan, telah didedahkan kepada umum dan didakwa bercanggah dengan versi polis. Rakaman itu menunjukkan ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri upacara keagamaan, bukannya untuk melakukan jenayah.
Menjelang detik tembakan, rakaman berkenaan turut memaparkan Logeswaran memaklumkan bahawa sebuah Perodua Aruz tanpa tanda rasmi mengikuti kenderaan mereka sebelum kenderaan itu berhenti dan kekecohan tercetus.
SUSUN ATUR
GERAKAN
NYAWA INDIA
HITAM BERNILAI
KHALAS
SUSUN ATUR TURUN KE JALAN
SUSU ATUR
TURUN KE JALAN
AMIN
Unknown commented on
"ADAKAH ASKAR KITA KINI DI BAWAH JAGAAN ASKAR AMERIKA?"
habis hancur jahanam ketuanan melayu. kini perlu sembah dan cium serta jilat jubur maharaja trump. bagus dan padan muka! kah kah kah!
DETIK DETIK AKHIR KESAH CINTA TERKORBAN
DETIK DETIK AKHIR
SAYANG SUAMI
PADA ISTERI
AMIN
SAYANG
ISTERI PADA SUAMI
KHALAS
PADAMKAN SIKAP PERKAUMAN
PADAMKAN
SIKAP PERKAUMAN
AMIN
Unknown commented on
"SAIFUDIN KALAH PILIHAN RAYA MACAM MANA SAIFUDIN MASUK PARLIMEN ?"
Kah kah kah hanya di negaraku cemerlang boleh disisihkan, yang kalah bola diangkut sebagai johan, ada budak-budak menang robotik sedunia tidak diendahkan, kalau nasi lemak dijadikan ilham oleh orang Mesir amin, kita bersyukur, kalau boleh terbang lagipun Alhamdulillah syukur juga kah kah kah
kadangkala kita sendiri merendahkan martabat kemanusian kita, selalu menjerit melaungkan slogan terhadap Yahudi, komunis tetapi kita lupa cermin diri, kita pun bukan baik sangat tidak adil sangat, bersifat perkauman melampau,
bersikap agama ekstrem tetapi sebagai majoriti tanggungjawab tiada langsung, sentiasa menganiaya minoriti kerana kita kuat gagah perkasa, ingat hukum alam semesta mudah, apa kamu bagi kamu akan terima balik, ini balasan baik atau buruk kamu tentukan sendiri amin kah kah kah
DI HORMATI BUKAN KERANA KERETA BESAR
DI HORMATI
BUKAN KERANA
KERETA BESAR
KHALAS
Unknown commented on
"DALAM DUNIA INI
MASIH RAMAI ORANG BAIK"
Baru tengok you tube kisah ketibaan Presiden Rusia di India, PM Modi jemput Putin pakai kereta Toyota Innova saja woit, tak ada huru hara macam Trump pakai Beast, dua pemimpin dunia naik Toyota Innova relax saja,
tak ada tarian tak ada wayang Madani kah kah kah, tak ada ucapan fantastic lagi kah kah kah mampoos dunia ketiga lebih wayang pacak pakai lampu malap woit kah kah kah
GANJA & PISTOL AKAN DI TEMUI DALAM KERETA ALBERT TEI !!!
GANJA & PISTOL
AKAN DITEMUI
DALAM KERETA
ALBERT TEI
KHALAS
ADAKAH ASKAR KITA KINI DI BAWAH JAGAAN ASKAR AMERIKA?
Bekas panglima ATM sertai bantahan terhadap perjanjian dagang Anwar-Trump, mahu menghadap raja-raja
Veteran tentera yang diketuai bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia hari ini menyertai bantahan yang semakin meningkat terhadap dasar Anwar Ibrahim yang dilihat semakin condong kepada Washington, sambil menyuarakan kebimbangan serupa oleh pakar bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) Malaysia-AS yang ditandatangani perdana menteri dengan Presiden Donald Trump pada Oktober lalu merupakan satu bentuk penyerahan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia.
Jeneral (Bersara) Borhan Ahmad, yang pernah menjawat sebagai panglima ATM ke-12 dari 1994 hingga 1995, berkata beliau dan beberapa veteran tentera merancang untuk membawa isu ini kepada perhatian Majlis Raja-Raja.
Selain ART, Borhan turut menyuarakan kebimbangan mengenai memorandum persefahaman pertahanan yang bertujuan meningkatkan kerjasama ketenteraan Malaysia dengan AS, dengan mengatakan kerajaan telah "menyerahkan kedaulatan dan integriti negara kepada kuasa asing".
"Ini tidak mencerminkan imej sebuah negara bangsa yang merdeka," kata Borhan pada sidang akhbar bersama Dr Mahathir Mohamad, tiga hari selepas bekas perdana menteri itu membuat laporan polis menggesa Anwar disiasat kerana mensabotaj kepentingan negara dengan menandatangani perjanjian itu.
"Apakah kini kita sedang diperhambakan, dijajah semula, atau diperas ugut untuk menerima perjanjian yang berat sebelah ini?
"Apakah alasan kita tunduk kepada ancaman sekatan dan kenaikan tarif jika kita tidak bersetuju dengan peraturan perdagangan yang tidak munasabah ini?" soalnya.
Anwar dan barisan menterinya mempertahankan ART sebagai satu kejayaan, meskipun pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi menyifatkan perjanjian itu berat sebelah dan hanya mengutamakan kepentingan Washington.
Antara pengkritik termasuk bekas peguam negara Tommy Thomas, yang berkata pelbagai komitmen yang dikenakan ke atas Malaysia menunjukkan pihak yang sepatutnya terlibat dalam rundingan – dari Pejabat Perdana Menteri hingga ke Jabatan Peguam Negara – "langsung tidak berunding".
"AS menunjukkan drafnya. Kemudian, ia ditandatangani tanpa soal oleh Anwar, yang memperagakan pen Trump dan menaiki kereta Trump," katanya, merujuk kepada hadiah sebatang pen Rumah Putih daripada Trump kepada Anwar, sejurus selepas menandatangani perjanjian itu pada 26 Oktober ketika presiden AS itu menghadiri Sidang Asean di Kuala Lumpur.
Anwar_Trump_graphic_MnowButiran perjanjian itu hanya diketahui umum selepas ia diterbitkan di laman rasmi White House beberapa jam selepas ditandatangani.
Apa yang menjadi titik kemarahan orang ramai ialah peruntukan yang mewajibkan Malaysia menjadi pemain langsung dalam sebarang konflik ekonomi melibatkan AS.
Ia menyatakan bahawa jika Washington mengenakan sekatan atau tarif ke atas mana-mana negara ketiga atas sebab keselamatan negara, Malaysia "hendaklah menerima pakai atau mengekalkan langkah dengan kesan sekatan yang setara", sekali gus menamatkan dasar luar Malaysia yang telah lama dipegang iaitu tidak berpihak dan mencerminkan sekatan AS terhadap negara lain.
'Jangan kembali jadi pengemis'
Borhan mengingatkan bahawa Asean sentiasa berpegang pada prinsip yang dinyatakan dalam Zopfan, atau Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali, deklarasi oleh blok itu pada 1971 bagi memastikan rantau tersebut bebas daripada campur tangan kuasa luar.
"Bagi mendokong prinsip ini, kita mesti kekal berkecuali dalam semua bentuk dan keadaan, serta tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar atau kuasa serantau," tambahnya.
Beliau turut mengingatkan kerajaan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat turut disumbang oleh pengorbanan anggota tentera melalui "darah dan air mata".
Beliau memberi amaran bahawa pengorbanan itu akan sia-sia sekiranya Malaysia tunduk kepada tuntutan kuasa asing.
"Maka janganlah kita menggadaikan negara hingga menjadi pengemis semula," kata Borhan.
WOIT
BEKAS PAGLIMA
PERANG KITA
KATA PERJANJIAN
ANWAR-TRUMP
ANCAM NEGARA
AMIN
HANYA SATU
JAWAPAN SAJA
AMIN
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
BERDEBAR MENUNNGU GEMPA BUMI
Gempa bumi besar diramal di Jepun
TOKYO: Gempa bumi kuat yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlaku di bawah Tokyo dan kawasan berhampiran dalam tempoh beberapa dekad akan datang boleh meragut 18,000 nyawa.
Ia juga diunjur menyebabkan kerugian ekonomi 83 trilion yen (RM2.2 trilion) dalam senario terburuk, menurut deraf anggaran kerajaan pada Jumaat.
Anggaran itu, berdasarkan senario gempa berukuran magnitud 7.3 yang melanda kawasan metropolitan, dilihat kurang teruk berbanding anggaran terdahulu pada 2015.
Namun, ia masih tidak mencapai sasaran kerajaan ketika itu untuk mengurangkan separuh angka kematian dalam tempoh 10 tahun, lapor Agensi Berita Kyodo.
Penyemakan semula daripada anggaran 23,000 kematian dan kerugian ekonomi 95 trilion yen (RM2.5 trilion) itu mengambil kira kemajuan usaha menjadikan bangunan lebih tahan gempa dan kebakaran.
Memandangkan Jepun terdedah kepada bencana alam, kerajaan merancang mengemas kini pelan asas bagi mempertingkat kesiapsiagaan bencana selepas pembentangan anggaran itu kepada panel pakar akhir bulan ini.
Gempa magnitud 7.3 yang dianggarkan itu lebih kecil berbanding gegaran magnitud 9 yang melanda timur laut Jepun dan menyebabkan beberapa loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan teruk pada 2011.
Kerajaan menjangka kira-kira 70 peratus kemungkinan gempa bumi sedemikian berlaku di Tokyo dan kawasan sekitarnya dalam tempoh 30 tahun.
Senario itu akan menjejaskan jutaan penduduk di kawasan metropolitan yang menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat korporat.
Dianggarkan kira-kira 400,000 bangunan boleh musnah dan 8.4 juta orang mungkin terkandas atau menghadapi kesukaran pulang ke rumah.
Bilangan kematian berkaitan bencana, seperti disebabkan kemerosotan kesihatan ketika berlindung, dianggarkan mencecah antara 16,000 dan 41,000, menurut deraf berkenaan.
NEGARA SEMAKIN CELARU
NEGARA KITA
SEMAKIN
BERCELARU
AMIN
Unknown commented on
"SUARA CUKONG
TAK MAHU BAYAR CUKAI"
Semakin lama semakin haru, semakin celaru, orang kita yang semakin pandai menjadi semakin bodoh sekarang, banyak isu-isu yang berlegar sekarang, tetapi dalam media sosial macam-macam bergaduh bertikam lidah, entah, yang tiada kena mengena pula terlebih komen, terlebih tahu semua hal dunia,
setakat sembang buang masa di kedai tak apa juga, tetapi berani buat video dalam TikTok bercakap berhujah macam tahu segala ilmu dunia kah kah kah inilah tahap kemahiran pemikiran kita
sekarang commented on
"SUARA CUKONG
TAK MAHU BAYAR CUKAI"
Orang Cina dah muak dengan DAP ... cakap tak serupa bikin ... tak ada telur. Baik MCA bangkit.
Unknown commented on
"SETPOL ANWAR BIN IBRAHIM
BUAT LAWAK"
cerita musti diadun dengan sempurna, dihiaskan dengan ayat ayat yg maha tinggi... agar lepas dikemudian hari dan ini semua akan dilabel fitnah belaka... mana politik nak cekau duit bohhh, depa tak meniaga... cuma ada kuasa nak luluskan projek... scratch ur back nicely ya... 2 x lima je sapa yg naik rasanya...
TT DI TUTUP SATU SEJARAH !!!
SAUDARA YANG
BAIK HATI
SELAMAT DATANG
AMIN
TT DI TUTUP
BULAN PUASA LALU
SEBULAN LEBIH
AMIN
Unknown commented on
"SUARA CUKONG
TAK MAHU BAYAR CUKAI"
wala weiii... ingat dah takde, tetibe tegerak hati nak bukak... tahniah blog tuan da bebas lama rupa nye...
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SABTU 6 DISEMBER 2025
KULIT HITAM
TIGA JANTAN INDIA
Kes tiga jantan India DI TEMBAK POLIS ini wajib kita semua hebohkan. Dari pita rakaman yang kita dengar jelas mereka dibunuh. Malah dari bedah siasat di dapati peluru terhenti di hati – ERTINNYA mereka di tembak dari atas kepala atau dari mulut – ertinya BUKAN mati berbalas tembakan.
Kes macam ni telah banyak kita dengar – apa yang menarik ialah RAMAI YANG MATI KENA TEMBAK POLIS IALAH JANTAN INDIA - jeng jeng jeng.
Betul Jantan India banyak kaki busuk dan samseng dan gengster - Mereka minoriti tapi paling banyak dalam penjara – Paling ramai mati JANTAN INDIA MATI dalam tahanan polis.
Bila gua lihat fakta ini maka gua teringat kepada Amerika. Orang Itam Negro di Amerika minoriti – tapi paling ramai dalam penjara. Paling ramai mati di tangan polis – hingga MUNCUL BLACK LIVES MATTER .
Apa kah di Malaysia Jantan India ini sama seperti Jantan NEGRO di Amerika – mereka HITAM – Kulit mereka hitam justeru pasti JAHAT ???
JUSTERU gua nak tunggu satu GERAKAN : NYAWA INDIA ITAM PENTING !!! amin
CHINA
Si Jin Ping umum negara China akan beri bantuan 100 juta dolar untuk Gaza.
JEPUN
Warga Jepun sedang menunggu kesampaian Gempa Bumi Besar. Ini mengikut kajian Jabatan Kaji Bumi.
EROPAH
Pemimpin Eropah bercadang untuk menyerang Rusia. Mungkin akan melakukan PROJEK SALAH BENDERA dan menuduh Rusia punya angkara.
AMERIKA
FIFA bodek Trump beri Trump Hadiah Keamanan – kerana tahun 2025 Trump tak dapat hadiah Nobel Keamanan.
FRANCE
Presiden Macron berkata ada kemungkinan Trump akan belot dan meninggalkan Ukraine.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk cerah basah – langit pucat. Matahari belum dilihat. KL & KL Sentral berkabus tebal. Kemarin hujan lebat.
Pagi yang Siti tak kelihatan – yang datang makan 4 Puppy dan Jantan Baik – yang lain entah di mana.
Gua berjalan arah ke Wakaf Tiga melintas depan Pokok Ara – ha ha ha – Parlimen Ara sedang bersidang – riuh rendah bunyi unggas. Ada masuk ada keluar. Daun Ara bergoyang-goyang – pasti Ara sedang berbunga - banyak ulat untuk rezeki barung.
Berjalan pulang SITI menunggu di tempat biasa – Tadi entah hilang dimana - Siti mendapat Jajan Hati Ayam Kering Rebus sama seperti Tak Tak dan Ezi.
Ha ha - di tempat gua letak nasi - gua nampak dua ekor Tioong sedang mencari nasi.
Bila gua menulis ini cahaya matahari dah melimpah di balkoni gua. Wow hari ini akan panas. Jap lagi gua ke Chow Kit – rutin mingguan – gua nak beli Buah Delima – masih murah 4 biji10 Rm. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU
BRO
Lu betul-betul kalah jika lu berhenti berusaha.
BRO
Lu jangan hilang harapan masa lu sedih. Jangan hancur walau pun lu jatuh.
BRO
Lu pasti ada bakat – semua orang ada bakat – cari dan temui bakat lu. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI









