Selasa, 23 Disember 2025
NAJIB BUKAN CURI SATU TIN MILO
PAS beri amaran ‘pencerobohan’ perlembagaan dalam kes Najib
PAS membangkitkan kebimbangan berlakunya ‘pencerobohan’ perlembagaan dengan menempatkan kuasa budi bicara pengampunan diraja bawah kawalan badan kehakiman atau birokrasi.
Pendirian itu dinyatakan selepas mahkamah semalam menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk memberi pengampunan, menangguhkan atau mengurangkan hukuman adalah merupakan kuasa budi bicara yang di-pertuan Agong, raja-raja dan yang di-pertua negeri.
Katanya, ia adalah kuasa eksekutif yang dijalankan melalui Lembaga Pengampunan dan tidak tertakluk kepada persetujuan kehakiman, sokongan pentadbiran atau penerimaan politik.
“Justeru, sebarang usaha atau percubaan untuk menempatkan kuasa dan budi bicara pengampunan diraja ini bawah kawalan kehakiman atau birokrasi, berpotensi besar untuk menceroboh ketetapan perlembagaan mengenainya,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.
Hakim Alice Loke memutuskan titah adendum Yang di-Pertuan Agong mengenai penahanan rumah itu bukan perintah sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.
Loke juga berkata perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian.
Dalam kenyataan hari ini, Takiyuddin berkata keputusan, arahan atau petunjuk yang dibuat oleh Agong dalam menjalankan kuasa budi bicara jelas berada dalam kerangka perlembagaan.
Justeru, katanya, kekaburan pentadbiran, kehilangan dokumentasi, pendedahan yang bertangguh atau pengakuan yang berpilih-pilih tidak boleh sama sekali digunakan untuk meneutralkan, menangguhkan atau mempersoalkan kesahihan tindakan diraja.
“Perbuatan sedemikian hanya akan menghakis dan merendahkan wibawa, kedaulatan dan kedudukan raja-raja seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan,” katanya.
Oleh itu, kata Takiyuddin, titah tambahan yang dibuat mestilah diterima, dilaksanakan dan diberikan kuat kuasa undang-undang secara serta-merta tanpa bantahan kehakiman atau pentadbiran, seperti dalam kes pengampunan Anwar Ibrahim pada tahun 2018.
Anwar selepas mendapat pengampunan diraja pada 2018
Dia mengingatkan bahawa prinsip perlembagaan tidak boleh sama sekali dilaksanakan secara terpilih mengikut keperluan politik atau individu yang berbeza.
“Perlembagaan tidak menerima hierarki atau kelas dalam kalangan rakyat terutama dalam menjalankan kuasa pengampunan diraja,” katanya.
Katanya, kewujudan persepsi berlakunya layanan tidak setara akan merosakkan kepercayaan awam terhadap sistem pemerintahan yang terbina berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.
“Berdasarkan prinsip-prinsip tadi, maka PAS menyokong penuh hak Najib untuk memfailkan rayuan kesnya ke mahkamah yang lebih tinggi selaras dengan hak rayuan adalah jaminan serta perlindungan asasi setiap individu yang wajib dihormati dan dibenarkan berjalan dengan bebas, adil dan tanpa prejudis,” katanya.
MASALAH BESAR
AKAN DATANG
KES 1MDB NAJIB
BELUM SELESAI
AMIN
NANTI NAK
MASUK JIL
MACAM MANA?
AMIN
TAKKAN NAK
TERUS JIL DALAM
RUMAH
AMIN
CURI SATU TIN MILO
KENA JIL 2 TAHUN
TAK ADA AMPUN
AMIN
TIDAK MASUK
AKAL NAJIB CURI
BILION BILION $$$
BOLEH BEBAS
KHALAS
BEBASKAN NAJIB - DAP TERUS BERKUASA
Pemimpin DAP mahu Najib diberi pengampunan penuh
KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin DAP, Ong Kian Ming tampil menyatakan sudah tiba masanya satu perbincangan serius dimulakan mengenai kemungkinan pengampunan penuh terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak berdasarkan pertimbangan kemanusiaan dan kematangan politik.
Kian Ming yang juga mantan Ahli Parlimen Bangi berkata, Najib telah dihukum dan menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara sejak 23 Ogos 2022 justeru tiada sebab untuk mana-mana pihak ‘meraikan’ atau ‘menambah luka’ susulan keputusan mahkamah berkaitan titah Adendum semalam.
“Saya fikir sudah tiba masanya, mungkin pada tahun baharu 2026, untuk kita memulakan perbincangan serius mengenai kemungkinan pengampunan penuh terhadap Najib,” tulisnya dalam Facebook hari ini.
Kata beliau, dirinya pada 2023 beliau pernah menyifatkan pengampunan penuh terhadap Najib sebagai satu ‘garis merah’ bagi DAP namun pendiriannya kini berubah selepas lebih dua tahun berlalu.
“Lebih dua tahun kemudian khususnya selepas pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, saya kini kurang pasti tentang ‘garis merah’ tersebut,” ujarnya.
Tambah beliau, keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak pelaksanaan Titah Addendum adalah selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana perintah itu tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan, dan wajar dihormati sebagai keputusan undang-undang.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, keputusan itu tidak seharusnya ‘diraikan’ secara terbuka kerana Najib telah menjalani hukuman penjara dan berdepan isu kesihatan yang berulang kali dibangkitkan oleh keluarganya.
Kian Ming turut menyuarakan kebimbangan tindakan meraikan keputusan mahkamah boleh memburukkan lagi perpecahan masyarakat khususnya dalam konteks politik perkauman dan keagamaan yang semakin ketara.
Dalam kenyataan sama, beliau berkata, perbincangan mengenai pengampunan penuh tidak bermaksud melupakan kesalahan lalu sebaliknya sebagai sebahagian daripada usaha ke arah pendamaian politik dan kematangan demokrasi.
Beliau berkata, dalam semangat Krismas, pendekatan kemaafan tanpa melupakan kesalahan lampau wajar dipertimbangkan demi matlamat perdamaian dan masa depan negara. –
INI PANDANGAN
BIJAK DARI DAPA
AMIN
BEBASKAN NAJIB
ANWAR
BIN IBRAHIM
SELAMAAT
AMIN
DAP AKAN
TERUS BERKUASA
KHALAS
PENCURI JANGAN NYOROK BAWAH KAIN SELIMUT RAJA
Bilamana Titah Diraja tidak lagi bernilai’
SEMALAM adalah satu hari yang amat menyedihkan buat keluarga kami. Walaupun saya sedar ada pihak yang gembira dan meraikannya, saya juga dapat melihat dengan jelas di media sosial wajah sebenar mereka yang memilih untuk bersorak atas keputusan semalam.
Saya kenal ayah saya. Bossku tidak akan mengalah. Beliau akan terus berjuang. Namun sebagai seorang anak, dengan setiap halangan dan ujian yang berpanjangan ini, saya tidak dapat menahan persoalan — bilakah semua ini akan berakhir? Bilakah ia dianggap cukup bagi mereka?
Keputusan semalam amat menyedihkan buat saya, bukan semata-mata kerana ayah saya, tetapi kerana makna di sebalik keputusan itu. Selama puluhan tahun, UMNO memperjuangkan prinsip tertinggi — menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mematuhi setiaptitah serta perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Namun dalam sekelip mata, semalam, maruah dan kedudukan institusi tersebut seolah-olah runtuh. Keputusan itu membawa maksud bahawa apa-apa titah atau dokumen Diraja tidak mempunyai nilai tanpa melalui proses kerajaan. Ini satu implikasi yang amat besar dan mendalam terhadap sistem yang selama ini kita junjung.
Jika ini pendirian kerajaan, mengapa perkara ini tidak dinyatakan dari awal?
Mengapa kami perlu berulang-alik ke mahkamah selama ini, memperjuangkan kewujudan satu addendum yang kini dikatakan tidak sah kerana isu proses?
Saya secara peribadi percaya addendum itu adalah sah. Selama ini, kefahaman saya — dan kefahaman ramai — ialah Lembaga Pengampunan hanyalah bersifat nasihat, manakala kuasa sebenar terletak pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Namun semalam, mesej yang diterima amat jelas: kuasa itu kini terletak pada kerajaan, dan tanpa proses kerajaan, dokumen Diraja tidak membawa sebarang nilai.
Jika begitu, bagaimana pula dengan kes-kes terdahulu yang juga mempunyai isu proses?
Bagaimana seseorang boleh menjadi Perdana Menteri tanpa Lembaga Pengampunan yang lengkap dan ketika Peguam Negara berada dalam cuti khas?
Di manakah konsistensi? Atau adakah semuanya ini sekadar satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia?
Kepada mereka yang meraikan hakikat bahawa Najib Razak masih berada di Kajang — ingatlah, ini bukan hari pertama beliau di sana. Ia sudah memasuki tahun keempat.
Dan jika benar kehendak Tuanku yang terdahulu, seperti yang dizahirkan melalui surat Istana, maka kerajaan hari ini sedang menahan Najib Razak secara tidak adil, bertentangan dengan kehendak tersebut.
Lebih menyedihkan, bagi satu jenayah yang dilakukan oleh Jho Low, individu yang sehingga hari ini kerajaan sendiri tidak lagi menunjukkan kesungguhan untuk memburunya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus bersama kami. Saya mohon maaf kerana kami tidak dapat membawa berita baik semalam.
Dan kepada mereka yang memilih untuk bergembira dan meraikan keputusan semalam — nikmatilah kemenangan politik terbesar anda: menjatuhkan sebuah kerajaan lama yang telah membina negara ini ke tahap hari ini.
Selain meraikan sabitan seorang ahli politik Melayu, apakah lagi yang telah dilakukan untuk rakyat — sama ada Melayu, Cina atau India?
Saya percaya rakyat mampu menilai sendiri.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah.
Masa akan menentukan segalanya
WOIT
ANAK NAJIB
AYAH KAU
PENCURI
AMIN
TERLIBAT 3 KES
BUNUH
AMIN
KES 1MDB
BELUM SELESAI
AMIN
JANGAN GUNA
RAJA UNTUK
KELUAR PENJARA
AMIN
EMAK KAU PUN
PENYAMUN
KHALAS
DUIT IALAH KUASA
DUIT
IALAH KUASA
ADA DUIT SEMUA
BOLEH
AMIN
Unknown commented on
"SAPA REMBAT DUIT
CARI SYARIKAT ROKOK ?"
Engkau tak penting, sebab aku dah ada kuasa, boleh runding apa saja menggunakan duit RM kah kah kah, sebab itulah rokok tidak haram, vape lagi tidak haram,. semuanya membawa keuntungan kah kah kah
PEMIMPIN PALESTIN BERJAYA
Israel roboh bangunan di Baitulmaqdis Timur, penduduk Palestin diusir
BAITULMAQDIS: Puluhan penduduk Palestin hilang arah tuju selepas kediaman empat tingkat dirobohkan Israel di Baitulmaqdis Timur, yang dilakukan secara tergesa-gesa pada tengah malam.
Terletak di kejiranan Silwan berhampiran Kota Lama, bangunan berkenaan mengandungi kira-kira 12 unit pangsapuri yang menempatkan sekitar 100 penduduk, kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Bangunan itu adalah yang terbaharu dalam siri struktur kediaman dimusnahkan ketika pegawai Israel menyasarkan pembinaan tanpa kebenaran di bahagian timur bandar.
Ia adalah sebahagian kempen regim Yahudi yang disifatkan pegawai tempatan Palestin sebagai dasar sistematik untuk mengusir penduduk.
Tiga jentolak mula merobohkan struktur itu semalam ketika penduduk hanya mampu melihat, dengan pakaian serta barangan peribadi mereka berselerakan di jalan-jalan berhampiran.
Polis Israel menutup jalan-jalan sekitar kawasan itu, dengan pasukan keselamatan dikerahkan berkawal dan ditempatkan di atas bumbung rumah berhampiran.
Menjelang tengah hari, sebahagian besar bangunan itu sudah diratakan.
Aktivis berkata, struktur yang dibina di atas tanah milik persendirian Palestin itu dijadualkan untuk dirobohkan kerana tidak mempunyai permit pembinaan.
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Ir Amin dan Bimkon, menyifatkan operasi itu sebagai yang terbesar dilakukan pada 2025, sambil menambah dalam satu kenyataan bahawa sekitar 100 keluarga di Baitulmaqdis Timur kehilangan tempat tinggal.
Sementara itu, Gabenor Baitulmaqdis yang bernaung di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA) berpangkalan di Ramallah, berkata pemusnahan bangunan itu adalah sebahagian daripada dasar sistematik yang bertujuan mengusir penduduk Palestin secara paksa dan mengosongkan bandar daripada penduduk asalnya.
"Sebarang operasi merobohkan bangunan dengan menghalau penduduk dari rumah mereka adalah pelan pendudukan yang jelas untuk menggantikan pemilik tanah dengan peneroka haram," katanya.
Majlis Perbandaran Baitulmaqdis, yang mentadbir kedua-dua bahagian barat dan timur bandar itu, sebelum ini berkata operasi dijalankan bagi menangani pembinaan haram serta membolehkan pembangunan infrastruktur atau kawasan hijau.
Majlis itu berkata, bangunan yang dirobohkan di Silwan dibuat berdasarkan perintah mahkamah pada 2014, dan tanah yang menempatkan struktur itu dikhaskan untuk kegunaan rekreasi dan sukan, bukan kediaman.
Namun, aktivis menuduh pihak berkuasa Israel kerap mengklasifikasikan kawasan di Baitulmaqdis Timur sebagai taman negara atau ruang terbuka bagi memajukan kepentingan penempatan Israel.
Israel menganggap Baitulmaqdis Timur sebagai sebahagian yang tidak terpisah daripada ibu negaranya, manakala rakyat Palestin mahu menjadikan bandar itu sebagai ibu negara mereka yang merdeka pada masa depan mereka.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap pendudukan Israel ke atas Baitulmaqdis Timur sebagai tidak sah dan tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - AFP
MAHMOUD ABAS
KLIM PRESIDEN
PALESTIN TAPI
TAK BERANI
LAWAN ISRAEL
AMIN
HANYA BEJAYA
RABA TELO
KHALAS
RAKAM VIDEO & SUARA JADI BAHAN BUKTI
RAKAM VIDEO
SUARA JADI
BAHAN BUKTI
KHALAS
Unknown commented on
"ZIONIS JOLOK JUBO - ZIONIS TEMPATAN BAKAR KOTE !!!"
Awas teknologi menyedarkan kita semua, dulu sekadar bercakap orang tidak percaya, sekarang ada video sebagai bukti, rakaman suara pun tak jadi apa correct correct correct ingat VK Lingam? Kah kah kah cukup satu video untuk menjatuhkan orang, cukup satu audio untuk meranapkan masjid, kah kah kah lembu gostan hebat lagi sampai video hilang terus kah kah kah
KERAJAAN MADANON CILAKA - JADIKAN NAJIB WIRA MELAYU
KERAJAAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
CUKUP CELAKA
AMIN
INI MENJADIKAN
NAJIB DI LIHAT
WIRA MELAYU
KHALAS
Unknown commented on
"NAJIB WIRA MELAYU"
Dah nak sampai penghujung baru nak blah? Kononnya ada maruah? Selama ini maruah simpan mana ? Selama ini senyap menyap menikmati subsidi kontrak pencen ilat percuma? Ada bagi orang kampung yang miskin papa kedana? Pernah seorang pemimpin yang sedekah duit dia sendiri? Pernah atau tidak? Setakat ambil duit rakyat sedekah kepada rakyat bukan sedekah woit?
Ramai orang kita masih bodoh tidak faham cerita asal usul keturunan ketuanan kah kah kah sejak berzaman memang begitu, macam Madafaka cukai semuanya kononnya membantu melancarkan kehidupan rakyat masa sama projek komisen berjalan lancar kah kah kah macai-macai daulah yang cium tangan sokong lah kan amin
Unknown commented on
"APAKAH ZAHID AKAN SELAMAT
JIKA NAJIB BEBAS ?"
Woit selamat apanya? Atok dan geng geng penyamun sudah kaya raya, menikmati segala keseronokan dunia woit, nak selamat apa? Bung Mokhtar dah selamat di akhirat, kes semua tutup anak beranak selamat sejahtera kah kah kah disanjungi sebagai wira negeri nanti woit kah kah kah
SAPA REMBAT DUIT CARI SYARIKAT ROKOK ?
Pendedahan mengejutkan syarikat rokok pernah tawar bekas menteri kesihatan rasuah RM50 juta gugurkan GEG
Nukilan seorang pemimpin PKR untuk menghargai bekas menteri Dr Zaliha Mustafa, yang baru-baru ini digugurkan daripada Kabinet, kini mencetuskan kontroversi baharu yang mengaitkan keputusan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2023 untuk tidak meneruskan sebuah peruntukan mengharamkan penjualan produk tembakau dan vape kepada generasi muda.
Sivamalar Genapathy, timbalan setiausaha agung PKR yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Zaliha ketika beliau memegang jawatan menteri kesihatan, mendedahkan bahawa syarikat tembakau pernah menawarkan bayaran RM50 juta sebagai ganjaran kerajaan menggugurkan Dasar Generasi Penamat (GEG), sebahagian daripada rang undang-undang anti-merokok yang satu masa dulu giat dipromosikan pendahulunya, Khairy Jamaluddin.
"Apabila berdepan dengan syarikat tembakau dan kepentingan korporat besar, beliau tidak berganjak," tulis Sivamalar dalam catatan Facebook minggu lalu.
"Pernah ditawarkan RM50 juta untuk menggugurkan dasar Generational End Game. Beliau menolak tanpa ragu dan meminta mereka keluar. Saya berada di situ. Saya menyaksikannya sendiri. Itu bukan keberanian yang dibuat-buat. Itu keberanian yang lahir daripada nilai."
Pendedahan itu bagaimanapun menimbulkan persoalan apabila portal berita kesihatan, CodeBlue, memetiknya sebagai berkata bahawa Zaliha tidak melaporkan insiden percubaan merasuah itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.
"Tiada siapa yang boleh menghalang kami pada masa itu. Kami tidak mahu membuang masa. Kami hanya fokus pada apa yang sepatutnya kami lakukan," beliau memberitahu CodeBlue.
Di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009, adalah merupakan satu kesalahan sekiranya seseorang yang menerima, ditawarkan, atau diberi rasuah tidak melaporkan perkara itu, dan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun.
Pada Disember 2023, Zaliha dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai menteri Wilayah Persekutuan, dan tempatnya di Kementerian Kesihatan digantikan oleh Dzulkefly Ahmad dari Amanah. Zaliha baru-baru ini digugurkan terus dari Kabinet manakala portfolio beliau dipenuhi Hannah Yeoh dari DAP.
Pendedahan terbaru ini lebih dua tahun selepas Kementerian Kesihatan yang dipimpin Zaliha mengumumkan kerajaan menggugurkan peruntukan GEG dalam RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok.
Susulan pengumuman itu, Khairy dengan nada menyindir mengucapkan tahniah kepada syarikat tembakau kerana berjaya dalam usaha melobi.
"Saya gubal GEG demi kesihatan awam dan bentang di Parlimen, sebelum ini. RUU ini mengandungi langkah pengawalan bagi penjualan vape serta GEG dan mendapat sokongan daripada komuniti kesihatan awam," kata bekas menteri kesihatan itu pada November 2023.
Pelobi dari firma tembakau telah hadir di bangunan Parlimen untuk memberi tekanan kepada wakil rakyat supaya membantah peruntukan GEG bagi mengharamkan tabiat merokok dalam kalangan generasi muda.
Pelobi dari firma tembakau telah hadir di bangunan Parlimen untuk memberi tekanan kepada wakil rakyat supaya membantah peruntukan GEG bagi mengharamkan tabiat merokok dalam kalangan generasi muda.
Bekas ketua Pemuda Umno itu turut membidas kerajaan susulan pengakuan timbalan Zaliha, Lukanisman Awang Sauni, bahawa pelobi tembakau sememangnya hadir di bangunan Parlimen.
Akhirnya kita tahu kebenaran, iaitu keputusan itu dibuat bukan demi kesihatan awam, tetapi kerana tunduk kepada kepentingan komersial daripada syarikat-syarikat tersebut," kata Khairy dalam podcastnya, Keluar Sekejap.
Peruntukan GEG menerima tentangan ahli Parlimen Pakatan Harapan ketika gabungan itu masih belum berkuasa, termasuk dari Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menggesa kerajaan ketika itu tidak "merempuh" undang-undang tersebut.
Ia bertujuan mengharamkan merokok dan memiliki produk tembakau dan vape ke atas mereka yang dilahirkan selepas 2007, langkah yang dijangka boleh menurunkan jumlah peratusan perokok di Malaysia daripada 21% kepada 5% menjelang 2040.
Ketika dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada Julai 2022, MalaysiaNow melaporkan bahawa wakil dari industri tembakau hadir di Parlimen untuk melobi ahli Parlimen supaya membantah RUU itu.
Pada Mac tahun lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja terhadap dakwaan syarikat tembakau telah melobi wakil rakyat di dalam Parlimen.
Menurut CAP siasatan sedemikian penting bagi merungkai sejauh mana pelobi menyusup dan berpengaruh ke atas wakil rakyat.
"Kami juga ingin mengetahui siapa di sebalik usaha untuk mensabotaj GEG. Melainkan menyalah guna proses Parlimen ini dicegah, ia akan membuka pintu kepada kuasa luar, termasuk kerajaan asing, untuk mempengaruhi kerajaan untuk melaksanakan agenda mereka," kata Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader.
Keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan GEG selaras dengan langkah beliau mengeluarkan cecair atau gel nikotin - bahan utama dalam produk vape - daripada Akta Racun, membolehkan bahan itu dijual secara sah kepada golongan bawah umur.
Ia mencetuskan protes daripada aktivis anti-tembakau dan kumpulan perubatan, termasuk Persatuan Ahli Farmasi Malaysia, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan NGO pejuang kesihatan awam, Galen Centre







