KERAJAAN TRUMP
MAKIN TERBARAI
KAAH KAH KAH
PANGLIMA PERANG
DI PAKSA
LETAK JAWATAN
KAH KAH KAH
PEGUAM NEGARA
KENA PECAT
KAH KAH KAH
TANDA TANDA
AKHIR SAEKOR
TRUMP
KHALAS
Trump pecat Peguam Negara, gantikan dengan bekas peguam peribadi
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat Peguam Negara, Pam Bondi dan melantik bekas peguam peribadinya sebagai ketua sementara Jabatan Kehakiman.
Langkah itu, yang diumumkan presiden dari Parti Republikan itu menerusi hantaran di media sosial, dibuat ketika Bondi dikritik kerana cara beliau mengendalikan fail Epstein serta kegagalannya mendakwa beberapa individu yang dianggap musuh politik Trump.
"Pam Bondi adalah seorang patriot Amerika yang hebat dan rakan setia, yang telah berkhidmat dengan penuh kesetiaan sebagai Peguam Negara saya sepanjang tahun lalu," kata Trump di Truth Social.
"Pam telah melakukan kerja yang luar biasa dalam mengawasi tindakan besar-besaran membanteras jenayah di seluruh negara," katanya.
Trump berkata, Bondi "akan beralih kepada pekerjaan baharu yang amat diperlukan dan penting dalam sektor swasta yang akan diumumkan dalam masa terdekat," dan akan digantikan sementara oleh Timbalan Peguam Negara, Todd Blanche.
Bondi merupakan sekutu kuat Trump tetapi menerima kecaman daripada sebahagian penyokongnya kerana cara beliau menguruskan pelepasan fail Jabatan Kehakiman berkaitan pesalah seks Jeffrey Epstein, yang meninggal dunia dalam sel penjara di New York pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan seks.
Isu Epstein menjadi liabiliti politik besar buat Trump, yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ahli kewangan yang telah tercemar itu.
Bondi juga dilaporkan menimbulkan kemarahan Trump kerana gagal dalam usaha mendakwa beberapa pihak yang dianggap musuh politik Trump seperti bekas pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comey dan Peguam Negara New York, Letitia James.
Menurut The New York Times, Trump mungkin melantik bekas anggota Kongres Republikan, Lee Zeldin, yang kini mengetuai Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), sebagai peguam negara yang baharu.
Buat sementara waktu, jawatan itu akan dipangku oleh Blanche, yang merupakan antara peguam peribadi yang mempertahankan Trump dalam beberapa kes jenayah selepas beliau meninggalkan Rumah Putih pada 2021.
Pemecatan Bondi berlaku hampir sebulan selepas Trump memecat Kristi Noem sebagai ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Ahli-ahli Parlimen Demokrat menyambut baik pemecatan Bondi.
"Baguslah," kata Senator Elizabeth Warren dari Massachusetts.
"Di bawah Peguam Negara Pam Bondi, Jabatan Kehakiman menjadi sarang rasuah," kata Warren.
"Bondi akan dikenang kerana menyekat pelepasan fail Epstein dan menjadikan DOJ sebagai senjata untuk memburu musuh politik Trump," katanya.
Senator Mark Warner dari Virginia pula berkata "pengendalian gagal fail Epstein" oleh Bondi telah "menafikan ketelusan kepada mangsa dan terus menghakis kepercayaan terhadap sistem keadilan."
"Rakyat Amerika berhak mendapat Jabatan Kehakiman yang benar-benar fokus untuk menegakkan keadilan, bukan berkhidmat untuk agenda kepentingan peribadi dan politik seorang presiden," kata Warner.
Bondi menyertai pasukan guaman Trump semasa perbicaraan pemecatan penggal pertama beliau, apabila Trump dituduh menekan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky supaya mencari bahan yang boleh menjatuhkan Demokrat, Joe Biden.
Trump telah dipecat oleh Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat tetapi dibebaskan oleh Senat yang dikuasai Republikan.
Bondi turut membantu menyebarkan dakwaan palsu Trump mengenai penipuan pilihan raya selepas beliau tewas kepada Biden pada pilihan raya 2020.
Beliau membuat beberapa penampilan di televisyen bagi pihak Trump dan cuba menjejaskan kredibiliti proses pengiraan undi di negeri-negeri penting sebagai sebahagian usaha Trump untuk membatalkan keputusan pilihan raya.
Bondi juga mengkritik kes-kes jenayah terhadap Trump dan hadir menunjukkan sokongan semasa perbicaraan di New York, di mana Trump disabitkan kesalahan memalsukan rekod perniagaan untuk menutup pembayaran wang tutup mulut kepada seorang pelakon lucah.
Bondi pernah berkhidmat sebagai pendakwa raya selama 18 tahun sebelum dipilih sebagai Peguam Negara Florida pada 2010, wanita pertama memegang jawatan itu. Beliau dipilih semula untuk penggal kedua pada 2014. - AFP

macam tiru non je.. kah kah kah
BalasPadam