Khamis, 18 Jun 2026

APA MAKNA BERITA INI ?


BERITA INI

BAWA MAKNA

PROJEK PRU16 

DAH DEKAT

KAH KAH KAH

PASTI ADA

NAMA POLITIKUS 

SANGKUT

KAH KAH KAH

SANGKUT SAJA

DAH CUKUP

TAK LEH TANDING

KHALAS


Op Daya: Lebih 1,600 syarikat dalam radar SPRM

 
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,638 syarikat berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit dalam kes pemalsuan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 dianggarkan bernilai mencecah RM45 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata pihaknya bagaimanapun memberi tumpuan kepada 143 syarikat yang dikenal pasti pada fasa awal siasatan sehingga membawa kepada penahanan 97 individu menerusi Op Daya.

"Dalam unjuran awalan kami, saya menyatakan bahawa sebanyak 143 syarikat dikenal pasti setakat ini tapi dalam risikan dan juga penyiasatan yang kami lakukan, terdapat 1,638 syarikat sebenarnya.

"Dari segi unjuran 'dolar dan sen' adalah merangkumi jumlahnya (sebanyak) RM45 juta," katanya pada sidang media mengenai perkembangan siasatan Op Daya di sini, hari ini.

1 ulasan: